Khamis, Mei 21, 2020

Tafsir asas quran nota 2(023)

Tafsir asas quran nota 2(023)

Bukankah kedua-duanya berada dalam jalinan yang sangat teguh dan indah bersama-sama dengan beberapa ayat dari Surah Shaad yang mengisahkan ujian Allah terhadap Nabi Daud a.s.? Tafsiran ini kuat dan menarik kerana selain ia mengambil kiran siyaaq dan sibaaq ayat, ia juga mengambil kira riwayat dan dirayat hadits berkenaannya.

(iii) Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah dengan Ahlul Bait di akhir ayat 33 Surah al-Ahzaab ini? 

Al-Ahzab 33:33
إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ ٱلرِّجْسَ أَهْلَ ٱلْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا 

Ayat al-Quran bermaksud: Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. 

Adakah ia isteri-isteri Rasulullah s.a.w. atau keluarga Baginda seumumnya atau individu-individu tertentu seperti kata golongan Syi’ah? Menerima orang-orang lain selain isteri-isteri Rasulullah s.a.w sebagai Ahlul Bait di dalam ayat ini bererti memutuskannya daripada kalam Allah sebelum dan selepasnya. Jika dilihat kepada siyaaq dan sibaaqnya, jelas yang dimaksudkan dengannya ialah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Mengatakan bukan isteri-isteri rasulullah yang dimaksudkan di sini bererti melakukan penyelewengan terhadap ma’na al-Qur’an. 

Di bawah ini dikemukakan ayat berkenaan lengkap dengan siyaaq dan sibaaqnya:

Ayat 30
يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ مَنْ يَأْتِ مِنْكُنَّ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ يُضَاعَفْ لَهَا الْعَذَابُ
 ضِعْفَيْنِ ۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا
Ayat 31
وَمَنْ يَقْنُتْ مِنْكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ وَتَعْمَلْ صَالِحًا نُؤْتِهَا أَجْرَهَا مَرَّتَيْنِ وَأَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقًا كَرِيمً
Ayat 32
يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ ۚ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا
Al ahzab 33
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ ۖ وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
Ayat 33
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ ۖ وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
Ayat 34
وَاذْكُرْنَ مَا يُتْلَىٰ فِي بُيُوتِكُنَّ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ وَالْحِكْمَةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ لَطِيفًا خَبِيرًا


Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.(30)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan