Khamis, Jun 04, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 2(0018)

Qawaid tafsir 2018 nota 2(0018)

dalam Neraka yang menjulang-julang. (14). 

قاعدة 16   إذَ عُلِّقَ الْأَمْرُ عَلَى شَرْطٍ، أَوْ صِفَةٍ فَإِنَّهُ يَقْتَضِي التَّكْرَارَ

Apabila sesuatu perintah dikaitkan dengan sesuatu syarat atau sifat, maka ia menghendaki berulang (hukum berkenaan apabila ada syarat atau sifat itu).

Pada asalnya apa yang diperintahkan oleh Allah tidak menghendaki ia dilakukan berulang kali. Tetapi dalam keadaan ada dalil atau petunjuk yang menghendaki perintah itu diikut buat beberapa kali atau banyak kali, maka barulah ia menunjukkan apa yang diperintahkan perlu dibuat banyak kali.
-pada asal perintah hanya sekali.

Lihat firman Allah di bawah ini sebagai contohnya:

Al-Baqarah 2:172
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقْنَٰكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kamu menyembahnya. (al-Baqarah:172).

Di dalam ayat ini terdapat perintah Allah supaya orang-orang mu'min memakan rezeki yang baik-baik yang Allah kurniakan. Apakah ia bererti orang-orang mu'min dituntut sentiasa memakan rezeki yang baik-baik atau memakannya beberapa kali?Jawabnya tentulah tidak. Kerana perintah itu tidak dikaitkan sesuatu syarat atau sesuatu sifat.

Adapun perintah mengerjakan shalat fardhu lima waktu misalnya, maka ia perlu diulang-ulangi banyak kali kerana ia dikaitkan dengan waktu. Demikian juga apabila sesuatu hukum dikaitkan dengan sesuatu syarat atau sesuatu sifat, maka setiap kali ada syarat atau sifat berkenaan, perlulah dijunjung perintahNya. Tetapi perlu diingat,ia dilakukan beberapa kali bukan kerana perintah itu sendiri, sebaliknya kerana ada syarat atau sifat berkenaan padanya.

Qaedah ke-16 inilah yang dipakai pada dua firman Allah di bawah ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan