Halaman

Ahad, Januari 10, 2021

Sahih bukhari kitab solat sesi 008 714

Sahih bukhari kitab solat sesi 008 714

Kalau engkau buka kainmu dan meletakkannya di atas   belah bahumu sebagai pelapik kepada batu-batu (yang engkau pikul) itu.⁸⁰⁹  Perawi  berkata: Nabi saw pun membuka kainnya. Beliau s.a.w. sudah hendak (hampir) meletakannya  diatas kedua belah  bahu tiba-tiba beliau terus jatuh pengsan. Selepas (peristiwa ) itu baginda tidak lagi  dilihat bertelanjang (terdedah 'auratnya).⁸¹⁰

باب الصَّلاَةِ فِي الْقَمِيصِ وَالسَّرَاوِيلِ وَالتُّبَّانِ وَالْقَبَاءِ: 
9 - Bab : bersembahyang dengan memakai Baju Labuh, Seluar Panjang, Seluar  Pendek Dan Baju Kelawar.⁸¹¹

____________
⁸⁰⁹ 'Abbaas berkata begitu tidak kerana Iain melainkan kerana bersimpati kepada anak saudaranya. Dengan meletakkan kain di atas bahu, akan selamatlah bahu daripada luka-luka atau melecur kerana batu-batu yang dipikul.


⁸¹⁰Ada beberapa perkara yang perlu diletakkan di hadapan untuk memahami hadits ini dengan baik. 
Pertama: Pendedahan aurat bukanlah sesuatu yang meng'aibkan dan menjatuhkan maruah seseorang pada pandangan masyarakat jahiliah Arab. 
Kedua: Nabi s.a.w. dalam peristiwa ini belum lagi menjadi rasul. 
Ketiga: Tidak disebut dengan jelas di dalam riwayat ini sama ada Beliau saw. berbaju atau tidak. Mungkin juga beliau berbaju. Kalau begitu apa yang dimaksudkan di dalam hadits ini ialah sebahagian daripada 'aurat Nabi s.a.w. sahaja yang terdedah kepada pak ciknya, iaitu 'aurat mukhaffafah (العورة المخففة). Ia tidak bererti yang terdedah itu ialah 'aurat mughallazah (العورة المغلظة). Apa yang tersebut di dalam hadits ini sebagai bertelenjang itu hanyalah tasharruf perawi semata-mata atau ia termasuk dalam bab mubalaghah dalam cerita. Tidak ada berlaku dalam kenyataan apa yang dapat disebut sebagai bertelanjang dalam erti katanya yang sebenar. 
Keempat: Sebenarnya Nabi s.a.w. belum lagi bertelanjang, beliau baru membuka kain dan belum lagi meletakkannya di atas bahu, lalu beliau terus jatuh pengsan. Dalam keadaan tidak sedar itu boleh jadi sedikit sebanyak kainnya telah terselak atau terbuka. ltu sajalah hakikatnya apa yang dikatakan bertelanjang itu. Terjemahan yang diberikan di atas adalah berdasarkan perkara ketiga dan keempat ini, dengan mengambil kira taqdir pada perkataan فَجِعَلِهُ . Taqdirnya ialah  فأراد أن يجعله على منكبيه .lJi . 
Kelima: Allah memelihara Nabi s.a.w. daripada berlakunya sesuatu yang menjatuhkan maruah nabiNya sebelum dia dilantik menjadi nabi dan rasul lagi. 

Keenam: Allah memelihara para nabi daripada melakukan dosa besar dan dosa kecil sebelum dan selepas mereka dilantik menjadi nabi .



⁸¹¹ Daripada bab-bab yang yang lalu telah pun diketahui tentang keperluan menutup di dalam sembahyang dan juga di luar sembahyang. Pakaian yang dikehendaki ialah yang menutup aurat, tak kisah berapa jumlahnya, apa jenisnya, berjahitkah atau tidak. Kerana itu Bukhari mara selangkah lagi ke hadapan apabila beliau mengadakan bab ini pula. Melaiui bab ini Bukhari menyatakan sehelai saja pakaian yang menutupi 'aurat sudah mencukupi dan memadai untuk sahnya sembahyang. Walaupun memakai lebih daripada sehelai pakaian tentulah lebih baik dan

714

Tiada ulasan:

Catat Ulasan