Pesakit remaja saya masuk, dan mula berkongsi dengan saya masalah yang dia lalui seminggu-dua ini.
Kehidupan yang dia lalui, tekanan yang dia hadapi da apa yang dia buat untuk menghadapinya. Hampir 20 minit dia berkongsi masalah yang dia laluii. Saya hanya mendengar dengan tekun kisahnya.
Selesai dia berkongsi saya bertanya.
Bila kali terakhir cederakan diri?
"Dah tiga bulan saya clean doktor, tak cederakan diri lagi"
Saya tersenyum.
Ini datang dari remaja yang sebelumnya akan mencederakan diri setiap kali tertekan. Seolah ketagihan melihat luka pada diri.
Saya ingatkan padanya
"Awak mungkin berkongsi 20 minit masalah, tekanan yang awak hadapi. Tapi yang saya dengar hakikatnya ialah seorang yang sedang mengemudi kehidupanya, melalui kesusahan, mencuba macam-macam langkah dan memilih untuk mencari jalan untuk tak kembali seperti dulu.
Awak mungkin nampak masalah.
Tapi saya nampak peluang.
Peluang yang awak guna dengan baik membina untuk dayatahan, resilience".
.............................
Begitulah kita sebagai manusia. Adakalanya terlepas pandang blindspot kita sendiri. Asyik melihat yang buruk, sampai terlepas pandang kebaikan yang sebenarnya datang di celah-celah kesukaran itu.
Alhamdullillah.
Tahniah kerana berusaha untuk terus berjuang.
Dr Rizanizam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan