Kecacatan(Ilal) hadis sesi 1000l(0001-5)s
بسم الله الرحم الرحيم
الحمد رب العالعين والصلا والسلام على رسوله الأمين وعلى أله رصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
Muqaddimah
Kitab al-'llal İni sebenarnya adalah "Muqaddimah Lahiqah" (pendahuluan yang terletak di hujung atau akhir sesebuah kitab) bagi Sunan at-Tirmidzi yang tersohor itu. Ia ditulis İmam Timidzi r.a. khusus untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman oleh para pembaca atau orang-orang yang mempelajari Kitab Sunan beliau. Di dalamnya imam Tirmidzi memuatkan 16 perkara yang merupakan metodologinya dalam penyusunan Kitab Sunan atau Jaami'nya itu.
16 perkara yang merupakan metodologi imam Tirmidzi dalam penyusunan Kitab Sunannya itü adalah sebagai berikut:
Perkara Pertama:
Semua hadits di dalam Jaami' Tirmidzi boleh dipakai kecuali dua hadits sahaja.
Perkara ke-dua:
Sanad-sanad para fuqaha' hingga kepada Tirmidzi.
Perkara ke-tiga:
Rujukan 'Ilal hadits dan hal ehwal para perawi.
Perkara ke-empat:
Sebab-sebab dikemukakan di dalam Jaami' Tirmidzi pendapat para fuqaha', illat-illat hadits dan hal ehwal perawi.
Perkara ke-lima:
Mentajrihkan (mengkritik) perawi-perawi dha'if adalah unluk kebaikan agama, ia bukan mengumpat.
Perkara ke-enam:
Keperluan isnad dan jarh terhadap perawi-perawi dha' if.
Perkara ke-tujuh:
Perawi-perawi yang haditsnya tidak boleh dijadikan dalil.
Perkara ke-lapan:
Sejarah perawi-perawi yang dipertikaikan.
Perkara ke-sembilan:
Meriwayatkan hadits berdasarkan ma'nanya dan meringkaskan hadits adalah diharuskan jika ia tidak mengubah ma'na hadits.
Perkara ke-sepuluh:
Perawi-perawi tsiqah yang utama dan perbedaan darjat mereka.
Perkara ke-sebelas:
Periwayatan hadits secara tahdits dan ikhbar sama saja darjatnya.
Perkara ke-dua belas:
Keharusan meriwayatkan hadits yang diterima melalui saluran munawalah yang disertakan dengan ijazah.
Perkara ke-tiga belas:
Masalah kehujahan hadits mursal.
Perkara ke-empat belas:
Berkenaan dengan para perawi mukhtalaf fih (yang diperselisihkan oleh para 'ulama' sama ada periwayatannya boleh diterima atau tidak).
Perkara ke-lima belas:
Hadits hasan menurut istilah Imam Tirmidzi.
Perkara ke-enam belas:
Gharib dan bahagian-bahagiannya menurut istilah Imam Tirmidzi.
Kitab al-'llal as-Shaghir pada hakikatnya adalah sebuah risalah kecil karangan Imam at-Tirmidzi yang dilampirkan di hujung Kitab Sunannya. Oleh kerana terdapat dua buah kitab 'Ilal tulisan Imam Tirmidzi, maka untuk membezakan kedua kitab beliau itu ditambahkan diakhirnya as-Shaghir atau al-Kabir. Kitab al-'llal al-Kabir ialah sebuah kitab yang agak besar, ia membicarakan secara lebih terperinci segala komentar Imam Tirmidzi di dalam Sunannya. Kitab al-Qllal as-Shaghir pula seperti telah disebutkan sebelum ini hanyalah sebuah risalah, ia mengandungi 16 perkara yang merupakan metodologi Imam Tirmidzi dałam penyusunan Kitab Sunannya.
Erti 'Ilal عِلَّل mufradnya عِلَّة
Perkataan عِلَّل adalah kata jama bagi perkataan عِلَّة. la dari segi bahasa 'Arab bererti sebab, alasan, penyakit, kecacatan dan sebagainya. عَلَّل الشَّيْءَ bererti menerangkan sebab sesuatu. عَلَّلَ الرَّجُلَ pula bererti mengubati penyakit seseorang. Sementara menurut istilah muhadditsin pula 'illat bererti kecacatan tersembunyi yang terdapat sama ada pada sanad atau matan hadits disebabkan waham perawi, menyebabkan sesuatu hadits kelihatan elok pada zahirnya, padahal ia mempunyai kecacatan atau penyakit. Kecacatan dan penyakit sesuatu hadits itu hanya dapat dikesan oleh pakar-pakar hadits melalui kajian menyeluruh terhadap saluran-saluran riwayatnya dan juga melalui petanda-petanda lain berpandukan usul dirayat hadits.
Definisi 'Illat Atau 'Ilal عِلَّل
Di bawah ini dikemukakan tiga definisi 'illat yang popular di kalangan para muhadditsin:
(١)هِيَ عِلَارَةٌ عَنْ سَبَبٍ غَامِضٍ خَفِىٍّ، قَادِحٍ فِى الحَدِيْثِ، مَعَ أَنَّ الظَاهِرَ السَّلَا مَةُ مِنْهُ
Bermaksud: 'Illat ialah sebab tersembunyi dan tidak mudah dikesan. la mencacatkan hadits, sedangkan zahirnya tidak bercacat.
Inilah definisi 'illat yang dipilih dan dikemukakan oleh kebanyakan 'ulama' hadits, seperti Ibnu as-Shalah, an-Nawawi, as-Sakhawi, az-Zarkasyi, as-Suyuthi dan lain-
lain.
(٢) الْعِلَّةُ عِبَارَةٌ عَنْ سَبَبَ غَامِضٍ يَدُلُّ عَلَى وَهُمِ الرَّاوِي سَوَاءٌ أَكَانَ الرَّاوي ثِقَةً أَمْ ضَعِيْفًا وَسَوَاءٌ أَكَانَ الْوَهْمْ فِيْمَا يَتَعَلَّقُ بِالْإِسْنَادِ أَمْ فِيْمَا يَتَعَلَّقُ بِالْمَتْنِ
Bermaksud: 'Illat ialah sebab tersembunyi yang menunjukkan waham (kekeliruan) perawi, sama ada ia tsiqah atau dan sama ada kekeliruannya berkenaan dengan isnad atau berkenaan dengan matan (teks hadits).
(٣)الْعِلَّةُ عِبَارَةٌ عَنْ سَبَبٍ غَامِضٍ خَفِىٍّ قَادِحٍ فِى الْحَدِيْثِ اُطُّلِعَ عَلَيْهِ بَعْدَ التَّفْتِيْشِ وَإِمْعَانِ النَّظِرِ مِنَ النِّاقِدِ الْفَهِمِ الْبَصِيْرِ مَعَ أَنَّ ظَاهِرَهُ السَّلَامَةُ مِنْهَا
Bermaksud: 'Illat ialah sebab tersembunyi yang tidak mudah dikesan, dan ia mencacatkan hadits. Kecacatannya dikesan setelah dibuat pemeriksaan dan kajian yang mendalam oleh pengkritik hadits yang bijaksana dan mahir, sedangkan zahirnya tidak bercacat.
Topik perbincangan ilmu ini ialah riwayat-riwayat perawi-perawi tsiqah yang secara zahirnya menepati segala syarat-syarat hadits sahih, tetapi sebenamya ia bermasalah.
Tujuan dan matlamat mempelajari ilmu ini ialah untuk mendapat kemampuan mengesan kesilapan dan kekeliruan (waham) mana-mana perawi, lalu mendedahkannya dengan maksud menjaga ketulenan hadits-hadits Rasulullah s.a.w.
Kesilapan dan kekelirauan perawi dapat dikesan melalui banyak cara. Antaranya apabila seseorang perawi bersendirian (tafarrud) dalam meriwayatkan sesuatu hadits, sedangkan ada perawi lain yang meriwayatkannya dalam keadaan bercanggah atau berbeza terus daripada yang diriwayatkan oleh perawi pertama. Kekeliruan dan kesilapan pula mungkin berlaku pada sanad, dan mungkin juga berlaku pada matan hadits.
Itulah sebetulnya yang dibincangkan dalam ilmu 'llal Hadits. Di dalam Kitab 'llal Shaghir Tirmidzi ini pula tidak ketara sangat perbincangan tentang soal-soal itu. la tidak lebih daripada tatimmah (penyempurna) bagi kitab Sunan at-Tirmidzi. Kitab 'llal as-Shaghir Imam Tirmidzi itu bukanlah kitab 'llal dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
Perbincangan di dalamnya tidak begitu menjurus kepada topik sebenar ilmu llal hadits. la tak ubah seperti Muqaddimah Sahih Muslim. Bezanya hanyalah Muqaddimah Muslim merupakan muqaddimah sabiqah (pendahuluan kitab yang terletak di permulaan kitab), sementara muqaddimah Sunan Tirmidzi itu pula merupakan muqaddimah lahiqah (pendahuluan yang terletak di hujung atau akhir sesebuah kitab). Kedua-duanya lebih menjurus kepada perbincangan tentang metodologi pengarang masing-masing.
Oleh kerana risalah Imam Tirmidzi' yang terkenal dengan nama al-'llal itu bukan sebuah kitab yang berasingan terus daripada Kitab Sunannya, maka para 'ulama'
mutqaddimin tidak memulakankannya dengan tasmiah بسم الله الرحمن الرحيم pun. Sanadnya juga tidak tersebut di pemulaan kitab itu kecuali dalam edisi cetakan India dan Pakistan. Edisi Arab yang digunakan oleh Ibnu Rajab untuk mensyarahkannya juga tidak bersanad.
Bagaimanapun dicelah-celah perbincangan Imam Tirmidzi di dalam Kitab al 'llalnya itu tetap juga ada di sana sini isyarat-isyarat kepada perbincangan ilmu 'llal. Agaknya itulah sebabnya ia juga terkenal dengan nama Kitab al-'llal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan