Halaman

Isnin, Mac 14, 2022

Kecacatan(Ilal) hadis sesi 1000l(0008)

Kecacatan(Ilal) hadis sesi 1000l(0008)

melainkan dengan amal Salaf dan pendapat para mujtahidin sebelumnya seperti Imam asySyaffe. Ahmad dan Ishaq sahaja, di mana tidak ada di kalangan mereka orang yang berpendapat boleh jama' antara dua shalat tanpa sebarang keuzuran. Itulah sebabnya Imam an-Nawawi di dalam Syarah Muslimnya menulis:
وهذا.....به
Bermaksud: "Apa yang dikata oleh Tirmidzi tentang hadits peminum arak (iaitu hadits (b) yang dikemukakan di atas) memang tepat. la adalah hadits mansukh. Ijma' para ulama' 
mengatakan ia mansukh. Adapun hadits Ibnu Abbaas maka tidak ada ijma tentang tidak boleh beramal dengannya." (Lihat an-Nawawi — Syarah Muslimj.5 m/s 218).
Kata-kata Imam at-Tirmidzi di dalam komentamya terhadap hadits Ibnu 'Abbaas tersebut,
bahawa "Menurut Ahli ilmu, amalan adalah berdasarkan hadits ini, iaitu tidak boleh dijamakan dua sembahyang (fardhu) kecuali dalam perjalanan (ketika bermusafir) atau ketika di Arafah (ketika mengerjakan haji)", cukup menimbulkan kemusykilan, kerana bukankah beliau sendiri selepas itu berkata: "Sesetengah Ahli ilmu dari kalangan Tabi'in membenarkan (membolehkan) jama' di antara dua sembahyang (fardhu) untuk orang sakit. Itulah pendapat Ahmad dan Ishaq. Sesetengah Ahli ilmu pula berpendapat, boleh di antara dua sembahyang (fardhu) ketika hujan. Ini adalah pendapat Syafi'e, Ahmad dan juga Ishaq. Apa ertinya kata beliau "kecuali dalam perjalanan (ketika bermusafir) atau ketika di Arafah (ketika mengerjakan haji)" kalau masih ada lagi yang dikecualikan! laitu ketika sakit atau ketika hujan!! Apakah sakit dan hujan yang membolehkan seseorang menjama' dua shalat fardhu hanya ketika ia sedang bermusafir atau ketika ia berada di 'Arafah sahaja?? Tentu sekali tidak begitu, kerana itu bererti "tahsil al-hasil"(تحصيل الحاصل).
Kenyataan Imam Tirmidzi bahawa hadits-hadits yang dikemukakan oleh beliau di dalam Kitab Sunannya hanya dua hadits itu sahaja yang tidak dipakai oleh mana-mana fuqaha' atau mana-mana imam mujtahid nampaknya tidak disokong dan dipertahankan oleh sebilangan  besar ulama' yang datang kemudian. Malah ada di antara mereka mempertikaikannya. Sebagai contohnya Imam an-Nawawi, seperti dikemukakan di atas tadi. Hafiz Ibnu Hajar juga seperti an-Nawawi tidak mempertahankan kenyataan Imam Tirmidzi. Beliau sebaliknya di dalam Fathul Baari menulis begini:
 وقد ذهب.....الحديث
Bermaksud: Sekumpulan imam berpegang dengan zahir hadits ini. Kerananya mereka mengharuskan jama' ketika berada di tempat sendiri (tidak bermusafir) kerana apa saja hajat (keperluan). Tetapi dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai suatu kebiasaan. Antara tokoh yang berpendapat begitu ialah Ibnu Siriru Rabi'ah, Asyhab, Ibnu al-Munzir dan al-Qaffaal al-Kabir. Al.Khatthaabi juga ada menyebutkan sekumpulan Ahlul Hadits yang berpendapat demikian.

Imam Bukhari adalah salah seorang tokoh Ahlul hadits yang berpegang dengan zahir hadits Ibnu 'Abbaas di atas. Pada pandangan penulis, Hafiz Ibnu Hajar sendiri nampak lebih cenderung kepada pendapat ini. Kerana itulah selepas menukilkan pendapat sekumpulan imam yang mengharuskan jama' ketika tidak bermusafir kerana apa saja hajat (keperluan) beliau menukilkan pula beberapa riwayat daripada Ibnu 'Abbaas. sekarang lihatlah riwayat-riwayat itu. 
(a) An-Nasaa'i menerusi saluran riwayat Amar bin Harim daripada Abi Asy- Sya'tsaa' meriwayatkan tentang Ibnu 'Abbaas, bahawa beliau pernah bersembahyang zohor dan (sebagai jama') di Bashrah dengan tidak mengerjakan apa-apa sembahyang sunat di antara keduanya. Maghrib dan juga dijama' beliau dengan tidak mengerjakan apa-

8








Tiada ulasan:

Catat Ulasan