Kecacatan('Ilal)hadis sesi 015(0039)
lebih pendusta daripada Jabir al-Ju'fi⁶⁶ dan (tidak pernah juga aku melihat sesiapa pun yang) lebih mulia (kerana berilmu) daripada 'Athaa' hin Abi Rabaah kata Abu 'Isa, aku mendengar at-Jaarud berkata, aku mendengar Waki' berkata: Jikalau tidak ada Jabir al-Ju'fi niscaya penduduk Kufah (hidup) tanpa hadits. Dan jikalau tidak ada
Hammad, niscaya penduduk Kufah (hidup) tanpa fîqh.⁶⁷
قال أبو إعيسى....
١١-وسمعت........الحديث
Bermaksud.Kata Abu 'Isa at-Tirmidzi, 11- Dan aku mendengar Ahmad bin al-Hasan berkata "Pernah kami berada di samping Ahmad bin Hambal. Lalu mereka berbincang siapakah yang wajib ke atasnya sembahyang Juma'ať? Maka mereka menyebutkan
______
⁶⁶Jabir al-Ju'fi ialah Abu Abdillah Jabir bin Yazid al-Ju'fi , Meninggal dunia pada tabun 167 Hijrah. Beliau adalah seorang perawi masyhur tetapi dhaif. Jabir adalah perawi Sunan Abi Daud. Tirmidzi dan Ibnu Majah. Di peringkat permulaannya dia sebagai seorang yang bagus, Tetapi kemudiannya dia tlh menjadi Syi'ah Saba'iyyah. Itulah sebabnya ada ulama' menganggapnya tsiqah Ialu menerima riwayatnya. Keadaan spt ini berlaku di peringkat permulaannya. Sementara segolongan besar ulama' hadits . Yang mengenalinya kemudian pula mertajrihkannya dan tidak mahu menerima riwayat-riwayatnya. Keadaan ini berlaku kepada orang-orang yang mengenalinya kemudian. Inilah yang menyebabkan Abu Hanifah mentajrihkannya sebegitu rupa, sementara Waki' pula menjulang namanya sampai ke Iangit biru.
⁶⁷ kata-kata Waki' ini ialah penduduk Kufah begitu terhutang budi keada Jabir bin Yazid al-Ju'fi dan mereka juga begitu terhutang budi dalam fiqh kepada Hammaad. Kedua orang ini amat berjasa dalam bîdang masing-masing kepada penduduk Kufah.
39
Tiada ulasan:
Catat Ulasan