Ahad, Mac 13, 2022

Tafsir nota 0010(0209)

Tafsir nota 0010(0209)
kepada Allah (dengan doa, talbiah dan tasbih) di (tempat) al-Masy'ar AlHaraam (di Muzdalifah), dan berdzikirlah kepadaNya scbagaimana yang ditunjukkanNya kepadamu;³³⁴ dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk dalam golongan orang-orang yang sesat (salah jalan ibadatnya).³³⁵ [198].

_________________
mintalah alnpun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Iagi Maha Mengasihani. (al-Muzzammil:20).

Firman Allah di dalam Surah al-Jumu'ah juga membayangkan maksud yang sama. Allah berfirman:
Al-Jumu'ah 62:10
فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَٱبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
Bermaksud: Kemudian setelah selesai sembahyang (Juma'at), maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan. urusan masing-masing), dan carilah limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (al-Jumu'ah: 10).

Dan bukti bagi' "limpah kurnia Allah" yang tersebut di dalam ayat ke-10 Surah alJumu'ah ini ialah berjual beli, berniaga dan melakukan urusan-urusan lain yang mendatangkan keuntungan duniawi ialah firman Allah sebelumnya, iaitu:

Al-Jumu'ah 62:9
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوْمِ ٱلْجُمُعَةِ فَٱسْعَوْا۟ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ وَذَرُوا۟ ٱلْبَيْعَۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan (dengan azan) untuk mengerjakan sembahyang (khusus) pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang juma'at) dan -tinggalkanlah beriual beli (pada sa'at itu), yang demikian itu lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (al-Jumu'ah:9).

³³⁴ melalui RasulNya. Kerana Allah berfirman:
Al-Ahzab 33:21
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْءَاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًا 
Bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyakbanyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab:21).

Al-Baqarah 2:198
لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَبْتَغُوا۟ فَضْلًا مِّن رَّبِّكُمْۚ فَإِذَآ أَفَضْتُم مِّنْ عَرَفَٰتٍ فَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ عِندَ ٱلْمَشْعَرِ ٱلْحَرَامِۖ وَٱذْكُرُوهُ كَمَا هَدَىٰكُمْ وَإِن كُنتُم مِّن قَبْلِهِۦ لَمِنَ ٱلضَّآلِّينَ 
Bukanlah suatu dosa bagimu mencari karunia dari Tuhanmu. Maka apabila kamu bertolak dari Arafah, berdzikirlah kepada Allah di Masy’arilharam. Dan berdzikirlah kepada-Nya sebagaimana Dia telah memberi petunjuk kepadamu, sekalipun sebelumnya kamu benar-benar termasuk orang yang tidak tahu.


Finnan Allah s.w,t. وَٱذْكُرُوهُ كَمَا هَدَىٰكُمْ juga bererti berdzikirlah kepadaNya dengan mentauhidkanNya semata-mata. Itulah yang ditunjukkanNya kepadamu. Janganlah ada sedikítpun unsur-unsur syirik dalam dzikirmu.

³³⁵ Maksudnya ialah kamu sebelum diutuskan Nabi Muhammad s.a.w. termasuk dalam golongan orang-orang yang sesat dan salah jalan ibadatnya. Hakikat ini tersebut dengan jelas di dalam firman Allah di dalam Surah al-Jumuah. Lihat firman Allah berkenaan di bawah ini:

209

Tiada ulasan:

Catat Ulasan