1.1.3.10 Imam Bukhari beriltizam untuk tidak mengemukakan sesuatu hadis atau sesuatu bab didlm Kitab Sahihnya berulangkali dlm lafaz dan makna yg sama. Jesteru kita pasti akan mendapati perbezaan pada isnad atau maksud daripada sesuatu hadis yg mungkin dikemukakan oleh Imam Bukhari lebih 20 seperti hadis Barirah.
1.1.3. 11 Abwab dan Tarajim ciptaan Imam Bukhari didalam Kitab Sahihnya merupakan gedung mutiara fiqh beliau yg tidak ternilai. Para ulamak mengakui bahawa tidak pernah wujud sebuah kitab hadis yg memuatkan Abwab dan Tarajim seperti yg terdapat di dlm Sahih Bukhari. Abwab dan Tarajim adalah intisari kajian sepanjang hayat penyusunnya dlm pelbagai aspek ilmu2 Islam berlandaskan hadis2 Rasullah saw. Para pensyarah Sahih Bukhari telah mengutarakan beberapa usul untuk memahami maksud tersirat disebalik Abwab dan Tarajimnya. Syaikhul hadis Maulana Muhamad Zakaria Al-Kandhlavi malah telah mengemukakan sampai 70 usul bagi Abwab dan Tarajim Sahih Bukhari yg perlu diletakkan dihadapan sebagai panduan oleh setiap orang yg mahu menjiwai fiqh Bukhari.
1.1.3.12 Kadang2 Imam Bukhari mengemukakan sesuatu hadis marfu' sebagai tajuk bg sesuatu bab dgn maksud menyatakan keshihan hadis itu,walaupun tidak menepati syaratnya. Tujuan sebenar Imam Bukhari dalam hal ini ialah mahu menjelaskan bahawa kesahihan hadis itu ada banyak tahapnya. Walaupun hadis yg dikemukakan didalam tajuk bab tadi tidak menepati syaratnya namun tahap kesahihanya boleh meningkat apabila beliau mengemukakan pula syawahid untuknya berupa hadis2 sahih yg menepati syaratnya dibawah tajuk bab tersebut.
1.1.3.13 Seringkali juga Imam Bukhari membantah apa yg menjadi pegangan umum dalam sesuatu perkara. Padahal ia tidak berlandaskan alasan yg kukuh. Kalau ada pun hadis dalam soal berkenaan maka ia adalah hadis dhaif. Ini misalnya dapat dilihat pada tajuk yg di buat Imam Bukhari باب موت يوم الاثنين. Tujuan beliau membuat bab ini ialah untuk menyatakan hari yg paling baik untuk kematian sesaorang ialah hari Isnin bukan hari jumaat seperti yg difahami orangramai. Kerana Rasullah telah ditaqdirkan wafat pada hari Isnin.
Muka 5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan