Muka 6
1.1.3.14 Berpandukan hadis2 sahih yg dikemukakan oleh Imam Bukhari didalam Sahihnya anda akan dapati banyak sekali kisah2 atau cerita2 sirah dan sejarah yg tersebar dengan meluas dan menjadi pegangan umum masyarakat Islam dimana2 adalah salah kerana terang2 bercanggah dengan sumber2 Muktabar dan muktamad dalam agama. Sebagai contoh kisah israk dan mikraj dari rumah Ummu Hani, Nabi saw berhijrah pada waktu malam dengan Ali r.a mengambil tempat tidur Baginda, kisah Hindun memakan hati Hamzah dll.
1.1.3.15
Iman Bukhari juga telah membongkar banyak sekali kepalsuan yg terdapat dalam ajaran tasawwuf yg tersebar dlm masyarakat seperti kepercayaan tentang kehidupan Khadhir yg sering didakwa oleh orang2 sufi telah didatangi dan mendapat bimbingannya. Demikian juga dengan dakwaan mereka kewalian mutlak Ali dalam membawa ajaran ilmu hakikat daripada Nabi saw dan lain2.
2.0 Fikh Bukhari dalam erti yg khusus.
2.1 Fikh Bukhari dalam erti yg khusus ialah kedalaman fahamnya dan ijtihatnya dalam bab hukum hakam atau fiqh ishtilahi yg maaruf dikalangan ulama fiqh Islam.
2.2 Imam Bukhari telah diakui para ulama dahulu dan sekarang sebagai seorang mujtahid mutlak seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Ahmad, dll.
2.3 Kedudukan Imam Al-Bukhari sebagai seorang mujtahid mutlak dapat dilihat sendiri didalam Kitab Sahihnya melalui Abwab dan Tarajim yg dibuat beliau. Kalau pun terdapat pendapat Bukhari yg serupa dan memang byk yg serupa dgn seorang mujtahid adalah suatu kebetulan, bukanlah sama sekali beliau bertaqliq kepada mujtahid berkenaan.
Muka 6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan