Khamis, Mei 14, 2020

Tafsir asas quran nota 1(012).

Tafsir asas quran nota 1(12).

hadits sahih yang bercanggah dengannya. Dia tidak percayakan mujizat. Dia bahkan selalu saja menyalahi qaedah-qaedah bahasa 'Arab yang disepakati ahli-ahli bahasa.Pentafsir seperti ini bukan sekadar tercela malah akan diseksa Allah di akhirat nanti. Ini kerana ia bukan sahaja menyesatkan dirinya, malah menyebabkan orang-orang lain juga sesat. Semoga Allah melindungi kita semua dari pada perbuatan sebegini. Menurut Imam
Ibnu Taimiyyah r.a. perbuatan mentafsir al-Qur'an dengan menggunakan 'aqal semata-mata adalah 
haram(وأما تقسير القرآن بمجرد الرأي فحرام). Setelah menukilkan sekian banyak kata-kata Sahabat dan Tabi'in tentang tafsir menggunakan fikiran yang terpuji, beliau berkata, tidak salah mentafsirkan al-Qur'an menggunakan fikiran yang terpuji itu. Mana ada ahli tafsir di dunia ini yang langsung tidak mengguna fikirannya, kemudian menyatakan pendapatnya ketika mentafsir al-Qur'an? Kata beliau lagi: 
فأما من تكلم بما يعلم من ذلك لغة وشر عافلا حرج عليه
 Bermaksud: "Adapun orang yang mahir dalam bahasa 'Arab dan alim tentang syari'at, maka tidak mengapa ia mentafsir al-Qur'an menurut pendapatnya."Para ulama salaf akan memberikan pendapat mereka tentang sesuatu ayat al-Qur'an, jika mereka mempunyai pengetahuan tentangnya. Dalam keadaan mereka tidak mempunyai
pengetahuan pula, mereka akan mendiamkan diri sahaja. Mendiamkan diri dalam keadaan anda mempunyai pengetahuan tentang al-Qur'an adalah satu dosa besar. Ia
termasuk dalam menyembunyikan agama Allah.
Seorang ahli tafsir, biar bagaimana hebat dan ikhlas sekalipun, tetap mungkin melakukan kesilapan. Kerana ia tetap seorang manusia. Ia hanya seorang umat, bukan seorang nabi atau rasul yang ma'shum. Bagaimanapun ada perbezaan di antara kesilapan yang berlaku
pada seorang pentafsir ahli as-Sunnah yang ikhlas dan pentafsir dari kalangan ahli bid'ah.Pentafsir dari kalangan ahli as-Sunnah yang ikhlas dan menggunakan qaedah-qaedah usul tafsir dengan sebaik-baiknya diampunkan jika tersalah dalam pentafsirannya. Sedangkan pentafsir dari kalangan ahli bid'ah tetap dikira bersalah, meskipun benar dalam pentafsirannya. Ini kerana kebenaran dan ketepatan tafsirannya hanyalah satu kebetulan semata-mata.

Perincian Yang Tidak Berfaedah Dalam Tafsir.
Seseorang pelajar tafsir hendaklah mengetahui bahawa menjadi rujukan umat terdapat sekian banyak cerita di dalam sesetengah tafsir yang dikaitkan dengan sesuatu

12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan