Daurah tafsir 2019 sesi 06(13)notabc6s
sesi 06(11,12,13,14)
Surah Ar rad.
Tertib surah 13
Bilangan ayat 43
Bilangan rukuk 6
Surah Makkiyah
Tertib turun yg 96
Bilangan paragraf 3
Paragraf 1ayat 1-18 Seruan Islam kepada aqidah dan kepercayaan pada hari akhirat adalah benar .
Paragraf 2 ayat 19-29 Orang yg menerima tauhid bijak cerdik dan berakal dan orang-orang musyrik bodoh.
Paragraf 3 Ayat 30-43 Kesudahan orang yg beriman dan bijaksana lagi berakal dan baik.
Mesej utama didlm surah ini.
1.Orang2 yg menerima aqidah tauhid dan hari akhirat yakni aqidah tentang adanya hari akhirat dan Al-Quran daripada Muhamad adalah bijaksana اولو الألباب
2.Orang2 yg tidak menerima aqidah tauhid dan hari akhirat dan selain jahat mereka juga bodoh.
3.Pertentangan yg berlaku diantara mereka adalah pertentangan diantara Hak dan Batil(benar dan syirik)
4. Sebagaimana sifat mereka berbeza dalam kehidupan ini kesudahannya juga berbeza(hasil mereka dapat masing-masing tak sama)
Zaman Diturunkan
Surah ar-Ra'd diturunkan di peringkat akhir kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah, besar sekali kemungkinan ia diturunkan selepas Surah Yusuf pada tahun ke-12 Kenabian, pada ketika itu pakatan jahat dalam menentang Rasulullah s.a.w. sedang dijalankan. Pelbagai tipu daya dan helah jahat dirancang (Ayat: 33 dan 42). Orang-orang musyrikin Mekah semakin kuat berpegang dengan kesyirikan mereka (Ayat: 33), mereka juga semakin kuat mengingkari kerasulan Muhammad (Ayat: 43) dan
mengingkari kepercayaan kepada hari akhirat. Pendek kata, pertentangan antara haq dan bathil pada ketika itu betul-betul berada di kemuncaknya. Sesetengah 'ulama' menganggap surah ini adalah Surah Madaniyyah tetapi yang sebetulnya bukanlah begitu, ia adalah Surah Makkiyyah.
Ciri-Ciri Khusus Surah
Surah ar-Ra'd termasuk dalam surah-surah Makkiyyah yang mempunyai gaya bahasa yang sangat menarik, ia penuh dengan keindahan bahasa dan sangat padat serta ringkas, selain itu ia juga penuh dengan dalil-dalil أفاقيdan أنفسي yang kuat. Dilihat dari sudut ini, banyak sekali keserupaannya dengan Surah Qaf. Surah ar-Ra'd adalah satu surah yang sangat mendalam kesannya dan indah gaya bahasanya.
Perkaitan Surah Ar-Ra'd Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Yusuf, kebenaran yang berada di pihak Nabi Yusuf dan kebathilan di pihak penentang-penentang nya dikemukakan dalam bentuk sebuah kisah. Di dalam Surah ar-Ra'd pula, kebenaran dan kebathilan dibuktikan berdasarkan dalil-dalil عقلي dan أنفسي. Tauhid adalah benar dan syirik adalah karut, dibuktikan dengan dalil-dalil itu.
2. Di akhir Surah Yusuf, seruan Rasulullah s.a.w. dikatakan sebagai seruan kepada Allah على بصيرة yang bermaksud secara sangat jelas dan terang, di dalam Surah ar-Ra'd ini kebenaran tauhid, kerasulan dan kepercayaan kepada hari akhirat dibuktikan dengan dalil-dalil yang sangat jelas dan terang dengan gaya bahasa yang sungguh menarik.
3. Di dalam Surah Ibrahim akan datang dinyatakan satu hakikat bahawa kerana adanya kesedaran bersyukurlah manusia secara semula jadi akan terdorong untuk menerima tauhid. Di dalam surah ini dan juga surah berikutnya ada disebutkan tentang اولو الالباب (orang-orang yang bijaksana). Ahli tauhidlah golongan yang paling tepat dengan اوالالباب itu
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah ar-Ra'd terdapat tuntutan supaya menerima tauhid uluhiyah dan kepercayaan kepada
hari kemudian. Di dalam Surah ar-Ra'd ini setelah dijelaskan tentang tauhid rububiyah kepada orang-orang musyrikin,
syirik dibatalkan dan tauhid ditsabitkan (Ayat: 16).
قُلْ مَن رَّبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ قُلِ ٱللَّهُۚ قُلْ أَفَٱتَّخَذْتُم مِّن دُونِهِۦٓ أَوْلِيَآءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّاۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى ٱلْأَعْمَىٰ وَٱلْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِى ٱلظُّلُمَٰتُ وَٱلنُّورُۗ أَمْ جَعَلُوا۟ لِلَّهِ شُرَكَآءَ خَلَقُوا۟ كَخَلْقِهِۦ فَتَشَٰبَهَ ٱلْخَلْقُ عَلَيْهِمْۚ قُلِ ٱللَّهُ خَٰلِقُ كُلِّ شَىْءٍ وَهُوَ ٱلْوَٰحِدُ ٱلْقَهَّٰرُ
Katakanlah (Muhammad), “Siapakah Tuhan langit dan bumi?” Katakanlah, “Allah.” Katakanlah, “Pantaskah kamu mengambil pelindung-pelindung selain Allah, padahal mereka tidak kuasa mendatangkan manfaat maupun menolak mudarat bagi dirinya sendiri?” Katakanlah, “Samakah orang yang buta dengan yang dapat melihat? Atau samakah yang gelap dengan yang terang? Apakah mereka menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaan-Nya sehingga kedua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?” Katakanlah, “Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia Tuhan Yang Maha Esa, Mahaperkasa.”
2. Di dalam Surah ar-Ra'd ini juga terdapat tuntutan supaya menerima tauhid uluhiyvah.Setelah menjelaskan kepada orang-orang musyrikin Mekah tentang tauhid, qudrat dan iradat, mereka diminta supaya menerima tauhid uluhiyyah.
(a) Dikatakan kepada orang-orang musyrikin bahawa Allahlah yang melepaskan kilat dan hujan, Dialah yang menguasai sekalian alam, Dialah yang Maha berkuasa dan berkehendak (Ayat: 12).
هُوَ ٱلَّذِى يُرِيكُمُ ٱلْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنشِئُ ٱلسَّحَابَ ٱلثِّقَالَ
Dialah yang memperlihatkan kilat kepadamu, yang menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia menjadikan mendung.
(b) Dikatakan kepada orang-orang musyrikin bahawa bukan sahaja malaikat memuji dan bertasbih kepada Allah, malah kilat dan guruh juga turut bertasbih. Allahlah tuhan yang Maha berkuasa, kuat dan perkasa. Betul-betul ketika mereka sedang bertengkar tentang Allah, Allah melepaskan petir dan halilintar terhadap mereka (Ayat 13).
وَيُسَبِّحُ ٱلرَّعْدُ بِحَمْدِهِۦ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِۦ وَيُرْسِلُ ٱلصَّوَٰعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَآءُ وَهُمْ يُجَٰدِلُونَ فِى ٱللَّهِ وَهُوَ شَدِيدُ ٱلْمِحَالِ
Dan guruh bertasbih memuji-Nya, (demikian pula) para malaikat karena takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, sementara mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia Mahakeras siksaan-Nya.
(c) Dikatakan kepada orang-orang musyrikin bahawa Allahlah yang berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki, mereka sepatutnya tidak seronok dan berpuas hati dengan kehidupan dunia ini sahaja (Ayat:26).
ٱللَّهُ يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُۚ وَفَرِحُوا۟ بِٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا فِى ٱلْءَاخِرَةِ إِلَّا مَتَٰعٌ
Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki). Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) dibanding kehidupan akhirat.
3. Di dalam Surah ar-Ra'd juqa terdapat tuntutan kepada manusia supaya menerima tauhid doa dan tauhid ibadat.
Setelah dijelaskan kepada musyrikin Mekah tentang tauhid ilmu, mereka dituntut supaya menerima tauhid doa dan tauhid ibadat.
(a) Diperjelaskan kepada orang-orang musyrikin bahawa menyeru kepada Allah dan berdoa kepadaNya jua merupakan satu tindakan yang benar. Tuhan-tuhan selain Allah (مِنْ دُوْنِ الله) tidak dapat menyahut seruan mereka, menyeru mereka sama seperti menyeru air supaya datang ke mulut. Doa orang-orang kafir tak ubah seperti suara yang bergema di padang sahara lalu lenyap begitu sahaja .
(Ayat: 14).
لَهُۥ دَعْوَةُ ٱلْحَقِّۖ وَٱلَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِهِۦ لَا يَسْتَجِيبُونَ لَهُم بِشَىْءٍ إِلَّا كَبَٰسِطِ كَفَّيْهِ إِلَى ٱلْمَآءِ لِيَبْلُغَ فَاهُ وَمَا هُوَ بِبَٰلِغِهِۦۚ وَمَا دُعَآءُ ٱلْكَٰفِرِينَ إِلَّا فِى ضَلَٰلٍ
Hanya kepada Allah doa yang benar. Berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat mengabulkan apa pun bagi mereka, tidak ubahnya seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air agar (air) sampai ke mulutnya. Padahal air itu tidak akan sampai ke mulutnya. Dan doa orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka.
(b) Diperjelaskan kepada orang-orang musyrikin bahawa Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau apa yang lebih dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu. (Ayat: 8).
ٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَحْمِلُ كُلُّ أُنثَىٰ وَمَا تَغِيضُ ٱلْأَرْحَامُ وَمَا تَزْدَادُۖ وَكُلُّ شَىْءٍ عِندَهُۥ بِمِقْدَارٍ
Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, apa yang kurang sempurna dan apa yang bertambah dalam rahim. Dan segala sesuatu ada ukuran di sisi-Nya.
(c) Diperjelaskan juga kepada orang-orang musyrikin bahawa Allah mengetahui segala perkara ghaib dan perkara yang nyata, Dialah tuhan yang Maha tinggi lagi Maha agung (Ayat: 9).
عَٰلِمُ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ ٱلْكَبِيرُ ٱلْمُتَعَالِ
(Allah) Yang mengetahui semua yang gaib dan yang nyata; Yang Mahabesar, Mahatinggi.
(d) Ketika menjelaskan tentang tauhid ilmu, dikatakan bahawa kepada Allah seruan manusia dengan suara yang keras atau perlahan sama sahaja, Dia tidak seperti makhluknya, kepada Allah segala pergerakan yang berlaku ketika siang dan segala perkara yang tersembunyi dalam kegelapan malam sama sahaja (Ayat: 10).
سَوَآءٌ مِّنكُم مَّنْ أَسَرَّ ٱلْقَوْلَ وَمَن جَهَرَ بِهِۦ وَمَنْ هُوَ مُسْتَخْفٍۭ بِٱلَّيْلِ وَسَارِبٌۢ بِٱلنَّهَارِ
Sama saja (bagi Allah), siapa di antaramu yang merahasiakan ucapannya dan siapa yang berterus terang dengannya; dan siapa yang bersembunyi pada malam hari dan yang berjalan pada siang hari.
4. Antara kesalahan orang-orang musyrikin yang disebutkan di dalam Surah ar-Ra'd ialah mereka mengamalkan kesyirikan.Kesalahan pertama golongan musyrikin Mekah yang disebutkan di dalam Surah ar-Ra'd ialah mereka menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain وَجَعَلُوا۟ لِلَّهِ شُرَكَآءَ (ayat 16 dan 33).
5. Antara kesalahan golongan musyrikin Mekah yang tersebut di dalam Surah ar-Ra'd lagi ialah mereka menolak kerasulan.Kesalahan kedua orang-orang musyrikin Mekah yang tersebut di dalam Surah ar-Ra'd ialah mereka
menolak kerasulan Muhammad (Ayat: 43).
وَيَقُولُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَسْتَ مُرْسَلًاۚ قُلْ كَفَىٰ بِٱللَّهِ شَهِيدًۢا بَيْنِى وَبَيْنَكُمْ وَمَنْ عِندَهُۥ عِلْمُ ٱلْكِتَٰبِ
Orang-orang kafir Quraisy berkata bahawa Muhammad bukan seorang rasul yang diutuskan Allah,berilah jawapan kepada mereka bahawa cukup Allah sebagai saksi antara aku dan kamu, kesaksian orang-orang yang ada padanya kitab juga cukup sebagai saksi.
6. Antara kesalahan orang-orang musyrikin Mekah yang tersebut di dalam Surah ar-Ra'd ialah mereka tidak percaya kepada hari kemudian.Kesalahan ketiga golongan musyrikin Mekah yang tersebut di dalam Surah ar-Ra'd ialah mereka tidak ibarat hujan. Setiap lembah menerima air hujan sesuai dengan keadaannya, buih-buih terapung dan kemudiannya lenyap, sementara bahan-bahan mineral yang berguna larut di dalam air lalu kemudiannya menjadikan bumi subur menghijau. Syirik adalah suatu yang karut, ia akan lenyap, sementara tauhid adalah suatu yang berguna, ia akan meresap dan berakar umbi di dalam jiwa-jiwa manusia (Ayat: 17).
أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌۢ بِقَدَرِهَا فَٱحْتَمَلَ ٱلسَّيْلُ زَبَدًا رَّابِيًاۚ وَمِمَّا يُوقِدُونَ عَلَيْهِ فِى ٱلنَّارِ ٱبْتِغَآءَ حِلْيَةٍ أَوْ مَتَٰعٍ زَبَدٌ مِّثْلُهُۥۚ كَذَٰلِكَ يَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْحَقَّ وَٱلْبَٰطِلَۚ فَأَمَّا ٱلزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَآءًۖ وَأَمَّا مَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ فَيَمْكُثُ فِى ٱلْأَرْضِۚ كَذَٰلِكَ يَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَالَ
Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah ia (air) di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti (buih arus) itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan tentang yang benar dan yang batil. Adapun buih, akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada gunanya; tetapi yang bermanfaat bagi manusia, akan tetap ada di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan.
(b) Dikatakan kepada orang-orang musyrikin bahawa mereka benar-benar buta dan bodoh, kerana itulah
mereka tidak mahu menerima al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah. Nasihat al-Qur'an hanya dapat diterima oleh orang-orang yang celik dan beraqal (اولو الاباب)(Ayat 19).
أَفَمَن يَعْلَمُ أَنَّمَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ ٱلْحَقُّ كَمَنْ هُوَ أَعْمَىٰٓۚ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ
Maka apakah orang yang mengetahui bahwa apa yang diturunkan Tuhan kepadamu adalah kebenaran, sama dengan orang yang buta? Hanya orang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran,
(c) Tauhid doa dikatakan benar dan syirik dalam doa pula dikatakan karut. Tuhan-tuhan yang disembah selain Allah tidaklah dapat menyahut apa-apa seruan penyembahnya (Ayat: 14).
لَهُۥ دَعْوَةُ ٱلْحَقِّۖ وَٱلَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِهِۦ لَا يَسْتَجِيبُونَ لَهُم بِشَىْءٍ إِلَّا كَبَٰسِطِ كَفَّيْهِ إِلَى ٱلْمَآءِ لِيَبْلُغَ فَاهُ وَمَا هُوَ بِبَٰلِغِهِۦۚ وَمَا دُعَآءُ ٱلْكَٰفِرِينَ إِلَّا فِى ضَلَٰلٍ
Hanya kepada Allah doa yang benar. Berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat mengabulkan apa pun bagi mereka, tidak ubahnya seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air agar (air) sampai ke mulutnya. Padahal air itu tidak akan sampai ke mulutnya. Dan doa orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan