Khamis, Ogos 13, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms034

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms034

Misykatul masabiih kitab iman sesi 00D
27 jan 13

Misykatul masabiih 34

perkara-perkara yang menyebabkan imannya berkurang. Golongan kedua Ahli as-Sunnah pula mengatakan 'amal bil arkaan itu pada hakikatnya adalah buah dan hasil daripada hakikat iman. Kesimpulannya kedua-dua golongan Ahli as-Sunnah menerima 'amal bil arkaan sebagai sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada iman. 'Amal tanpa iman tidak menjadi. Iman tanpa 'amal pula tidak bererti. 

Misykatul masabiih kitab Iman sesi OOE 27 jan 13

Iman dan Islam.
Apakah perkataan iman dan Islam itu membawa maksud yang sama atau ada perbedaan di antara keduanya?' Jika dilihat kepada nas-nas al-Qur'an dan as-Sunnah, anda akan  dapati penggunaan dua perkataan ini adakalanya sebagai dua perkataan yang sama ertinya  عل سبيل الترادف adakalanya sebagai dua perkataan yang berbeda ertinya  على سبيل التباين dan adakalanya pula sebagai dua perkataan yang bermasuk-masukkan ertinya على سبيل التداخل.

Menurut istilah ilmu Mantiq hubungan di antara dua perkataan atau pengertian dipanggil nisbah. Jadi nisbah di antara dua perkataan iman dan Islam itu berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah sama ada nisbah taraaduf dan tasaawi, atau nisbah tabaayun dan ikhtilaf atau nisbah tadaakhul dan 'umum khusus mutlaq. Nisbah 'umum khusus min wajhin tidak dapat dibuktikan dengan alQur'an dan as-Sunnah. Imam al-Ghazali misalnya hanya menerima tiga bentuk nisbah sahaja untuk perkataan iman dan Islam selain 'umum khusus min wajhin. Antara bukti dua perkataan itu digunakan dalam bentuk nisbah taraaduf dan tasaawi ialah dua firman Allah ini:
Adh-Dhariyat 51:35
فَأَخْرَجْنَا مَن كَانَ فِيهَا مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Adh-Dhariyat 51:36
فَمَا وَجَدْنَا فِيهَا غَيْرَ بَيْتٍ مِّنَ ٱلْمُسْلِمِينَ 

Bermaksud: (setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ. (Sesudah diperiksa) Maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah Rumah sahaja yang ada penghuninya dari kalangan orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut). (az-Zaariyaat:35-36).

Yunus 10:84
وَقَالَ مُوسَىٰ يَٰقَوْمِ إِن كُنتُمْ ءَامَنتُم بِٱللَّهِ فَعَلَيْهِ تَوَكَّلُوٓا۟ إِن كُنتُم مُّسْلِمِينَ 

Bermaksud: dan Nabi Musa berkata (kepada kaumnya).: "Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)?' (Yunus:84). 

Di dalam kedua-dua ayat di atas,mu'min dan muslim dikatakan kepada orang-orang yang sama. la menunjukkan nisbah di antara dua perkataan itu adalah nisbah taraaduf dan tasaawi. Antara bukti dua perkataan itu ada digunakan dalam bentuk nisbah tabaayun dan ikhtilaf ialah firman Allah berikut:
 Al-Hujurat 49:14

قَالَتِ ٱلْأَعْرَابُ ءَامَنَّاۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا۟ وَلَٰكِن قُولُوٓا۟ أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ ٱلْإِيمَٰنُ فِى قُلُوبِكُمْۖ وَإِن تُطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَٰلِكُمْ شَيْـًٔاۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 

Bermaksud: Orang-orang "A'raab" berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman(Janganlah berkata demikian), tetapi (sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu) berkatalah sahaja: "Kami telah Islam"; dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun pahala amalanmu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (al-Hujuraat:14). 

Maksud iman di sini ialah membenarkan dengan hati, itu dinafikan. Dan maksud Islam pula ialah pengakuan dengan Iidah dan mengamalkan (ajaran Islam) dengan anggota badan, itu tidak dinafikan bahkan dikatakan telah ada pada mereka. Hadits Jibril yang mengandungi penjelasan Rasulullah s.a.w. tentang iman bahawa ia adalah kepercayanmu kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, hari kemudian   kepada taqdir (ketentuan Allah), baik atau buruknya. Islam pula ialah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan Zikat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitillah jika engkau mampu pergi ke sana, jelas menunjukkan nisbah di antara iman dan Islam adalah nisbah tabaayun ikhtilaf. Iman berkait dengan kepercayaan dan Islam berkait dengan amalan berupa ucapan dan perbuatan anggota badan. Antara bukti dua perkataan itu ada digunakan dalam bentuk

34

Tiada ulasan:

Catat Ulasan