Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms035
Misykatul masabiih kitab Iman sesi OOE 27 jan 13
Misykatul masabiih 35
nisbah tadaakhul dan umum khusus mutlaq ialah sabda Rasulullah s.a.w, apabila ditanya:أَيُّ العَمَلِ أَفْضَلُ (Apakah amalan yang paling utama?) Beliau s.a.w. menjawab: (Percaya kepada Allah dan RasulNya), (Bukhari, Ahmad, Abu 'Awnanah, Ibnu Abi Syaibah, Baihaqi dan lain-lain). Pada ketika yang lain pula apabila ditanya: فَاَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ (Islam manakah yang paling utama?) Beliau s.a.w. menjawab: الْإيْمَانُ(iman). (Ahmad, at-Thabaraani, 'Abd bin Humaid, 'Abdur Razaaq dan lain-lain). Nisbah ini baru akan wujud apabila anda menerima iman bererti menerima dan percaya dengan hati sahaja. Tempat khususnya ialah di hati. Islam pula ialah mempercayai ugama Allah yang dibawa Rasulullah s.a.w. dengan hati, mengakuinya dengan Iidah dan mengamalkannya dengan anggota badan. Tempatnya ialah di hati, di Iidah dan di anggota badan.ِ Ertinya ialah Islam Iebih umum daripada iman sehingga boleh dikatakan bila ada Islam, mesti adalah iman. Tetapi tidak semestinya bila ada iman, akan ada Islam (semua sekali), Sebetulnya iman dan Islam itu ada hakikat syar'iyyahnya dan hakikat lughawiyyahnya secara berasingan. Iman bererti percaya dengan hati kepada perkara-perkara tertentu. Islam pula bererti melaksanakan amalan-amalan yang disyariatkan oleh Allah. Bagaimanapun kedua-duanya saling melengkapi satu sama lain. Adanya kepercayaan semata-mata tidaklah akan menjadikan seseorang mu'min yang sempurna dan sejati tanpa melakukan apa-apa ucapan dan amalan yang direstui Allah. Demikian juga adanya pelaksanaan tuntutan syari'at semata-mata tidaklah akan menjadikan seseorang muslim yang sempurna dan sejati tanpa adanya kepercayaan dan keimanan yang sempurna terhadap 'aqidah di dalam jiwa. Jika dua perkataan ini digunakan serentak di sesuatu tempat atau ditanya tentangnya, ketika itu hakikatnya adalah berbeda. Dengan kata lain, nisbah di antara keduanya adalah nisbah tabaayun dan ikhtilaf. Antara contoh penggunaan nisbah ini untuk iman dan Islam ialah hadits Jibril yang akan datang. Jika dua perkataan ini tidak digunakan serentak di sesuatu tempat dan tidak juga ditanya tentangnya, ada kemungkinan juga keduanya digunakan dalam bentuk nisbah tadaakhul atau umum khusus mutlaq. (lihat Hafiz Ibnu Hajar- Fathul Baari jel hal. 115).
Hafiz Ibnu Rajab al-Hambali r.a. berkata: "Ma'na iman dan Islam tidak berbeda jika keduanya disebutkan secara berasingan. Tetapi ia akan berbeda apabila keduanya disebutkan bersama di sesuatu tempat." Kata Hafiz Ibnu Rajab seterusnya:
فالإيمان والإسلام الفقير والمسكين إذا اجتمعا افترقا وإذا افتر قا اجتمعا
Bermaksud: (Perkataan atau pengertian)-lman dan Islam itu sepelii (perkataan atau pengertian) faqir dan miskin. Kalau kedua-duanya disebutkan bersama, hakikat keduanya akan berbeda. Dan kalau kedua-duanya tidak disebutkan bersama, maka keduanya boleh bermasuk-masukan." Maksud beliau ialah nisbah tadaakhul boleh berlaku di antara keduanya. (lihat Syabbir Ahmad 'Utsmaani- Fathul Mulhim j. I hal 428-429).
Kenapakan Imam Baghåwi r.a. memulakan kitabnya dengan hadits Jibril? Menurut at-Thibi, Qadhi 'Iyaadh, Mulla & Ali al-Qaari dan al-Muhaddits asy-Syeikh 'Abdul Haq adDihlivi, sebabnya ialah hadits ini merupakan Ummu as-Sunnah. Kedudukannya di antara hadits-hadits Rasulullah s.a.w. sama seperti kedudukan Ummu al-Kitaab, Surah al-Fatihah di dalam alQur'an. Sebagaimana terkandung secara ringkas segala pengajaran al-Qur'an di dalamnya, begitulah juga terkandung di dalam hadits ini segala pengajaran as-Sunnah secara ringkas. Hadits ini selain dinamakan hadits Jibril, dinamakan juga Ummu as-Sunnah atau Ummu al-Ahaadits kerana terkandung di dalamnya segala pengajaran Sunnah Nabi s.a.w. Di dalamnya terkandung secara ringkas asas-asas 'aqidah dan Imaaniyyaat (perkara-perkara yang berkaitan dengan iman) yang membabitkan hati dan merupakan ibadat batin. Di dalamnya juga terkandung secara ringkas asas-asas ajaran Islam yang membabitkan anggota badan yang lahir. Selain itu ia juga mengemukakan konsep ihsaan atau ikhlas dalam setiap amalan lahir dan batin. laitu suatu konsep yang menjadikan amalan seseorang manusia bernas dan bererti, lantaran ia merupakan syarat untuk penerimaan amalan manusia oleh Allah. Jika diperhatikan dengan cermat akan tertib yang dibuat Imam Baghawi dan dituruti pengarang Misykaat, niscaya kelihatanlah kedudukan hadits إنما الأعمال بالنيات yang tersebut sebelum ini sebagai kedudukan di permulaan بسم الله الرحمن الرحيم Surah al-Fatihah. Kerana itulah Allamah at-Thibi mengatakan, tujuan Imam Baghawi memulakan kitabnya dengan dua hadits ini (hadits إنما الأعمال بالنيات dan hadits Jibril) ialah untuk
35
Tiada ulasan:
Catat Ulasan