Jumaat, Ogos 14, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 msbc

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 msbc

Misykatul masobih-kitab iman-sesi 00A
09-Dis-12

Kitab iman³⁷
___________________________________________________________
³⁷ Oleh kerana iman adalah  sesuatu yang paling  penting dalam kehidupan  beragama dan ia merupakan syarat  penerimaan  segala  amalan   dan ibadat sesaorang manusia, maka pengarang memulakan kitabnya dengan kitab iman. 

Erti iman.
Dari segi bahasa Arab iman bererti  mempercayai, menyakini , menerima dan membenarkan . Penggunan perkataan ini dari sudut bahasa dapat dilihat umpamanya dalam firman Allah berikut ini:
Yusuf 12:17
 وَمَآ أَنتَ بِمُؤْمِنٍ لَّنَا وَلَوْ كُنَّا صَٰدِقِينَ 
Bermaksud:Ayah sudah tentu tidak akan percaya kepada kami, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar.”

Perkataan iman berasal  daripada  perkataan  أَمْنٌ yang bererti  keamanan, keselamatan dan ketenteraman.Seolah-olahnya orang  yang membenarkan sesaorang, meletakannya dalam  keamanan dan ketenteraman  daripada dibantahi dan didustainya.

Dari segi istilah syariat pula, beberapa takrif iman telah dikemukakan oleh para ulamak. Antara lainnya ialah:
(1)Kebanyakan  ulama berpendapat iman menurut istilah syariat ialah 
 الَّصْدِيقُ بِمَا عَلِمَ بِالضَّرُورَة مِنَ الدِّينُ كَالْإِيْمَانِ بِاللهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ
Bermaksud : Membenarkan  apa yang diketahui sebagai ajaran agama Islam oleh semua orang seperti percaya kepada Allah , malaikat.kitab-kitab suciNya, rasul-rasulNya dan hari kemudian.

(2)Mahmud Al-Aalusi berkata didalam  kitabnya Ruh al-Maani mentakrifkannya  dengan berkata 
هُوَ التَّصْدِيْقُ بِمَا عَلِمُ مُجِيءَ النَّبِيِ بِهِ ضَرُورَةً تَفْصِيلًا فِي  عَلِمَ تَفْصِيلَا وَإِجْالَا فِيمَا  عُلِمَ إِجْمَالًا
Bermaksud :Iman ialah membenarkan  ajaran-ajaran yang diketahui semua orang telah dibawa oleh Nabi saw. Yang dikemukakan oleh Rasullah  saw secara terperinci perlu  diimani  secara terperinci   dan yang dikemukakan oleh Baginda saw secara borong  pula, perlu  diimani  secara borong. Setelah mengutarakan  takrif  tersebut Al-Alusi  berkata وَهَذَا مَذْهَبُ جُمْهُوْرِ المُحَقِّقِينَ 
( ini adalah  pegangan kebanyakan ahli tahqiq-ulama yg boleh bagi dalil dari kajiannya/pakar)

(3)Iman ialah membenarkan  ajaran-ajaran yang diyakini  sebagai  agama  yang dibawa oleh  Rasullah saw. Justeru ajaran-ajaran  yang tsabit berdssarkan dzan semata-mata,seperti  yang tsabit  melalui  hadits-hadits aahaad dan qias tidak termasuk dalam bidang  imaniyaat(perkara-perkara yang wajib diimani) .

(4)Iman Ghazali  didalam  Faishalatul atTafriqah Baina al-Islam Wa az-Zandaqah mentakrifkan iman dan kufur  dengan katanya 
اَلإِيْمَانِ هُوَ تَصْدِيقَ النَّبِي عَلَيهِ وَالسَّلَامِ فِي جَمِيعِ مَا جَاءَ بِهِ وَالْكُفْرِ هُوَ تَكْذِيْبُهُ فِي شَيْءٍ مِمَّا جَاءَبِهِ 
Bermaksud:Iman ialah  membenarkan  segala apa yang dibawa oleh Nabi saw dan kufur  ialah  mendustakan  apa saja  yang dibawa Baginda saw . Jadi mengikut takrif ini, sesaorang  itu baru  dikatakan  beriman  apabila ia membenarkan semua perkara yang  dibawa oleh Rasullah saw  . Dan untuk menjadi kafir pula tidak perlu ia mendustakan semua  perkara  yang dibawa oleh  Rasullah saw. Memadailah  dengan ia mendustakan satu saja ajaran  yang dibawa Baginda saw.

(5)Imam Raazi kurang puas hati  dengan takrif yang dikemukakan  oleh al-Ghazali itu  kerana  beberapa alasan . Salah satunya  ialah  takrif itu tidak merangkumi orang  yang tidak membenarkan  dan tidak  juga mendustakan Rasullah saw. Padahal semua ulama  sepakat  mengatakan  orang  seperti itu juga dikira kafir. Maka beliau mengubah sedikit takrif yang dibuat al-Ghazali tadi dengan berkata:
اَلإِيْمَانِ هُوَ تَصْدِيقَ النَّبِي عَلَيهِ وَالسَّلَامِ فِي جَمِيعِ مَا جَاءَ بِهِ وَالْكُفْرِ هُوَ تَكْذِيْبُهُ فِي شَيْءٍ مِمَّا جَاءَبِهِ 
Bermaksud : Iman ialah membenarkan  Nabi saw serta ajaran  yang dibawanya dan kufur pula ialah tidak  membenarkan apa saja yang dibawa Nabi saw. Dengan itu  tidak terlepaslah orang yang tidak  membenarkan dan tidak juga mendustakan  Rasullah saw daripada kekufuran.

(6)Syah Abdul Aziz dinukilkan berpendapat bahawa iman itu bererti menerima Kitab Allah, zahir dan batinnya sesuai dengan kehendak alQuran dan  Sunnah Nabi saw .
Sesaorang tidak akan terlepas daripada menjadi mulhid(kafir) dan zinddiq walaupun setelah  menerima Kitab Allah zahir dan batin,sekiranya ia masih lagi mentakwilkannya dengan takwilan-takwilan  yang tidak  bersesuaian dengan Kitab Allah dan Sunnah rasulNya. Misalnya ia percaya bahawa syurga dan neraka yang tersebut didalam alQuran itu benar, tetapi  ditakwilnya  syurga dengan ketenangan jiwa dan neraka pula  dengan penderitaan jiwa. Takwilan seumpama ini bercanggah sama sekali  dengan alQuran dan asSunnah. Firman Allah   فاخلع نعليك sebagai contoh kedua, diterimanya sebagai firman Allah. Tetapi maksudnya sughra dan 

22

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms023

Misykatul masobih-kitab iman-sesi 00A
09-Dis-12
_______________________________________________________________________________________________
kubra atau lain-lain yang secara total bercanggah dengan al-Quran dan as-sunnah. Menolak apa yang dibawa Rasullah saw secara terang pula adalah kekufuran dan menerimanya dengan  lidah sahaja atau  mengerjakannya secara lahir sahaja,sedangkan hatintidak menerimanya adalah  nifaq.

(7)Maulana Muhamad Anwar Syah al-Kashmiri berpendapat  الإيمان هو تصديق النبي صلى الله عليه بما جاء به بالا عتماد علية صلى الله وسلم Bermaksud :Iman ialah membenarkan Nabi saw serta ajaran  yang dibawanya dengan semata-mata bersandar dan percaya kepadanya. Dengan itu orang yang membenarkan  ajaran  yang dibawa oleh  Nabi saw dengan bersandarkan kepada dalil-dalil aqliahnya sendiri masih tidak boleh dikatakan mukmin. Alasan beliau ialah  firman Allah di bawah ini:
An-Nisa' 4:65
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا۟ فِىٓ أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا 
Bermaksud: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka (manusia) tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau (pemutus) dalam mana-mana yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan apa telah engkau putuskan itu, dan mereka menerimanya dengan sepenuhnya. (An-Nisaa':65). 


(8) Iman Muhammad bin al-Hasan  dinukilkan  berkata:
الإيمان هو تصديق النبي صلى الله عليه وسلم بما جاء به التبري عن جميع ما سوى الله

Bermaksud :Iman ialah membenarkan Nabi s.a.w. serta ajaran yang dibawanya di samping berlepas diri daripada segala sesuatu selain Allah. Syeikh Ahmad Sarhindi yang dianggap sebagai mujaddid alaf kedua oleh ulama-ulama di benua kecil India, menyokong pendapat ini dengan mengemukakan firman Allah di bawah ini sebagai sandarannya:
  Al-Mumtahanah 60:4
قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِىٓ إِبْرَٰهِيمَ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥٓ إِذْ قَالُوا۟ لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَءَٰٓؤُا۟ مِنكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ ٱلْعَدَٰوَةُ وَٱلْبَغْضَآءُ أَبَدًا حَتَّىٰ تُؤْمِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَحْدَهُۥٓ
 
Bermaksud: Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada. Ibrahim a.s. dan pengikut-pengikutnya, semasa mereka berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah; Kami ingkari (kekufuran) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu buat selama-lamanya, sehingga kamu beriman kepada Allah semata-mata. (Al-Mumtahanah:4).

(9) Syeikh 'Abdul Qadir al-Jilaani, Syah Waliyyulah dan Qadhi Tsana'ullah Paniipati pula berpendapat, iman ada rupa zahir dan hakikat. Rupa zahir iman ialah تصديق بالجنان (membenarkan dengan hati),  إقرار باللسان(mengaku dengan Iidah) dan عمل بالأركان (melakukan dengan angota badan). Hakikat iman pula ialah keinginan manusia sepenuhnya mengikut kehendak Syari'at (ugama Islam). Sandaran untuk hakikat iman itu dapat dilihat umpamanya di dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh 'Amar bin al-Aash ini:
لَا يُوءْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُوْ هَوَاهُ تَبْعًا لِمَا جِئْتُ بِهِ

 Bermaksud: Tidak beriman seseorang daripada kamu selagi keinginannya tidak mengikut apa (ajaran) yang telah ku bawa. (al-Baghawi di dalam Syarah as-Sunnahnya, di dalam Arba'innya, at-Thabaraani, Ibnu Abi 'Aashim dan lain-lain). 

Firman Allah berikut juga jelas mengisyaratkan kepadanya:

وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ ٱللَّهِۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِى كَثِيرٍ مِّنَ ٱلْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ ٱلْإِيمَٰنَ وَزَيَّنَهُۥ فِى قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ ٱلْكُفْرَ وَٱلْفُسُوقَ وَٱلْعِصْيَانَۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلرَّٰشِدُونَ 

Bermaksud: dan ketahuilah bahawa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau dia menuruti kehendakmu dalam banyak perkara, tentulah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan Dia menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka Itulah orang orang yang mengikuti jalan yang lurus, (Al-Hujuraat:7).

 Dengan rahmat dan inayat Allah semata mata, kita manusia yang lemah ini ditaklifkan (dibebani agama) hanya dengan rupa zahir iman sahaja. Padahal kesempurnaan iman itu tetap juga berada pada hakikatnya.

23

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms024

Misykatul masabiih 24

 
Pembahagian Kufur (Kekufuran). Lawan iman adalah kufur. Erti dan ta'rif kufur telah pun disebutkan sebelum ini  dengan erti dan tarif imam .Namun begitu para ulama telah membahagian pula kufur itu kepada dua bahagian utama. Pertama: Kufur besar ( الكفر الأكبر) yang menyebabkan seseorang tidak boleh dianggap mu'min dan muslim. Kufur besar ini juga menyebabkan seseorang terkeluar daripada agama Islam, kekal di dalam neraka dan tidak dapat   syafa'at oleh sesiapa pun. Kufur inilah yang merupakan lawan iman. la boleh berlaku atau terjadi dengan  kerana kepercayaan, perkataan, perbuatan, dan keraguan. Antara kufur yang termasuk dalam bahagian kufur besar ini ialah: (1) كفر الإنكر(Kufur ingkar). laitu mengingkari kebenaran agama Islam dengan hati dan lidah, kedua-duanya sekali. Kekufuran inilah yang tetdapat pada kebanyakan orang-orang kafir.(2) كفر الجحود(Kufur juhud). laitu mengingkari kebenaran agama Islam dengan lidah sahaja. Walaupun hati mengakui dan mengetahui kebenarannya. Seperti kekufuran Iblis yang melanggar perintah Allah supaya bersujud kepada Adam dan kekufuran orang-orang Yahudi di zaman Rasulullah s.a.w. (3) كفر العناد(kufur 'inad). laitu mengetahui kebenaran agama Islam dan menerimanya juga di dalam hati, di samping mengakui pula dengan lidah. Tetapi tetap tidak mahu menganut agama Islam. Seperti kekufuran Abu Thalib, bapa saudara Nabi s.a-w. (4) كفر النفاق (kufur nifaq). laitu mengakui kebenaran agama Islam dengan lidah. Tetapi hati tidak (5) كفر الشك (kufur syak). laitu kekufuran kerana masih lagi ada keraguan tentang kebenaran agama Islam.
Kedua: Kufur kecil (الكفر الأصغر). laitu kekufuran yang tidak mengeluarkan seseorang daripada agama Islam dan tidak pula menyebabkannya kekal di dalam neraka. Istilah lain yang sering juga digunakan untuk kufur kecil ini ialah  (الكفر العملى)dan  كفر دون كفر. Kufur kecil ini walaupun tidak mengeluarkan seseorang daripada agama Islam kerana tidak merobohkan asas keimanan itu sendiri, namun ia boleh menjejaskan dan melemahkan imannya. Orang yang terlibat dengan kufur kecil ini dikira terlibat dengan dosa besar dan dimurkai Allah .Dia dikehendaki bertaubat dengan segera. Hakikat kufur kecil itu sebenarnya ialah ma'shiat-ma'shiat atau dosa-dosa besar yang disebut Rasulullah s.a.w. sebagai kekufuran. Atau kerana ia mengandungi bayang-bayang kesyirikan. Antara kufur yang termasuk dalam bahagian kufur kecil ini ialah: (1)  كفر النعمة  والإحسان(kufur ni'mat dan budi). Kufur ni'mat sebenamya adalah lawan kepada syukur. Seseorang yang tidak bersyukur kepada Allah atas ni'mat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, pada hakikatnya adalah seorang yang tidak tahu mengenang budi dan tanpa disedarinya dia sesungguhnya mengingkari dan menafikan ni'mat Allah itu apabila ia mengaitkannya dengan orang lain atau sesuatu yang lain selain Allah. Walaupun jauh di sudut hatinya dia masih beri'tiqad bahawa Allah jugalah yang mengurniakan semua itu kepadanya. Antara contoh kufur ni'mat ialah: (a) Menamakan anak-anak dengan nama yang   bayang-bayang kesyirikan. Seperti Abdul Husain, Abdur Rasul dan lain lain. Bukankah Allah yang mengurniakan anak kepada kita. Kenapa pula kita mengatakan anak itu hamba Husain atau hamba Rasul. Seolah-olahnya Husain dan Rasul pula yang mengurniakan anak itu kepada kita! (b) Beria-ia benar atau bersungguh-bersungguh sangat mengaitkan kesembuhan dengan sesuatu ubat atau rawatan seseorang doktor. Padahal yang menyembuhkan adalah Allah. Ubat dan doktor itu tidak lebih daripada sebab sahaja. Itulah yang dimaksudkan oleh Allah melalui dua firmanNya di bawah ini:An-Nahl 16:83
يَعْرِفُونَ نِعْمَتَ ٱللَّهِ ثُمَّ يُنكِرُونَهَا وَأَكْثَرُهُمُ ٱلْكَٰفِرُونَ 
Bermaksud: Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian tergamak mengingkarinya; kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kufur ingkar. (An-Nahl:83).

An-Nahl 16:112
وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ ءَامِنَةً مُّطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِّن كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ ٱللَّهِ فَأَذَٰقَهَا ٱللَّهُ لِبَاسَ ٱلْجُوعِ وَٱلْخَوْفِ بِمَا كَانُوا۟ يَصْنَعُونَ 
Bermaksud: dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezkinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari ni'mat-ni'mat Allah itu, maka Allah merasakan kepada mereka

24





Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms025.

Misykatul masabiih 25

pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang mereka lakukan(An nahl:112)

(2)Bersumpah atas nama orang Iain atau sesuatu yang Iain selain Allah.Kerana Rasullah saw telah bersabda:
مًنْ حَلَفَ بِغَيْرِ الله كَفَرَ أَوْأَشْرَكَ
Sesiapa yang bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia telah kufur atau syirik- 
(Ahmad, Tarmizi,Abu Daud at-Thayaalisi,Abu Ya'la, at-Thabaraani, al-Baihaqi, al-Haakim, Abu Awaanah dan Iain-Isa). 

(3) Memerangi orang Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda Memauki adalah kefasikan dan memeranginya adalah kekufuran (Bukhari, Muslim,Ahmad,Tirmizi,Nasaa'i, Ibnu Majah, Baihaqi, at-Thabaraani dan Iain-Iain). 

(4)Mencaci dan memburukan keturunan seseorang dan meratapi orang yang telah mati. Rasulullah saw:
اثنتان فى الناس هما بيهم كُفْرٌ الطَّعْنُ في الأنساب وتلنِّياحة على المية

Bemaksud: Dua sifat ada pada orang ramai. la mereka kufur. (Pertama) Mencaci dan memburukkan keturunan orang (Kedua) meratapi orang mati. 
(Muslim, Ahmad, Abu 'Awaanah dan Ibnu Mandah). 

(5) Mengaitkan diri dengan bukan ayah sendiri atau tidak mengakui keturunan sendiri yang sebenar. Rasullah saw
bersabda: 
لَا تَرْ غَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ أَبِيهِ فَهُوَ كُفْرٌ
Bermaksud: Jangan kamu benci kepada keturunanmu.
(Sikap) Orang yang tidak suka kepada ayahnya itu adalah suatu kekufuran. (Bukhan, Ahmad dan Abu 'Awaanah).

Pendapat Pelbagai Aliran Agama (Firqah) Tentang Iman.
menurut Murji'ah tidak Iebih daripada nama kepada membenarkan agama Islam dengan hati(تصديق بالجنان) semata-mata. Pengakuan dengan lidah (إقرار بالسان) dan  عمل بالأركان( melakukan suruhan agama dengan anggota badan) bagi mereka bukan syarat dan dan bukan juga juzuk iman. Cogan  kata mereka ialah 
لا تضر مع الإيمان معصية كما تنفع الطاعة مع الكفر
 (Tidak melakukan maksiat kalau beriman. Tidak berguna keta'atan kalau ia dilakukan dalam kekufuran).  
إن المؤمن وإن عصي لا يدخل النار
(Sesungguhnya orang mu'min tidak akan rosak  walaupun ia melakukan maksiat). Firqah Karraamiyyah berpendapat, iman hanya  kepada إقرار بالسان atau pengakuan dengan lidah sahaja. Mengaku kebenaran agama Islam dengan lidah sahaja sudah memadai untuk seseorang manusia selamat. Sama ada ia disertai membenarkan agama Islam dengan hati atau tidak. Firqah (aliran) Jahmiah pula berpendapat, iman adalah nama kepada ilmu dan pengetahuan tentang agama Islam.Apabila seseorang mengetahui Islam adalah benar dan ia adalah agama Allah, itu bererti mereka sudah pun beriman. Iman mereka bahkan sudah sempurna!   firman Allah di dalam Surah al-Baqarah ini jelas menolak pendapat mereka:

Al-Baqarah 2:89

وَلَمَّا جَآءَهُمْ كِتَٰبٌ مِّنْ عِندِ ٱللَّهِ مُصَدِّقٌ لِّمَا مَعَهُمْ وَكَانُوا۟ مِن قَبْلُ يَسْتَفْتِحُونَ عَلَى ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فَلَمَّا جَآءَهُم مَّا عَرَفُوا۟ كَفَرُوا۟ بِهِۦۚ فَلَعْنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلْكَٰفِرِينَ 
 
Bermaksud: dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), Yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa Yang telah mereka ketahui (kebenarannya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dan Al Quran), mereka mengingkarinya; (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang Yang kafir ingkar itu (alBaqarah:89). 

Golongan Khawarij berpendapat, iman adalah gabungan tiga rukun berikut:التصديق بالجنان(menerima atau membenarkan dengan hati),  (melakukan suruhan agama dengan anggota badan) dan الإقرار بالسان(mengaku dengan lidah). Oleh kerana mereka menganggap العمل بالأركان sebagai juzu' hakiki (komponen sebenar) dan asas iman yang tidak dapat dipisahkan, mereka menghukum kafir terhadap orang yang meninggalkannya. Orang melakukan dosa besar bahkan akan kekal di dalam neraka menurut mereka. Golongan Mu'tazilah juga mempercayai iman adalah gabungan tiga rukun tersebut, tetapi seseorang tidak mengamalkan amalan agama, tidaklah sampai menjadi kafir. la bagaimanapun  terkeluar dari sempadan iman. Kedudukan orang-orang yang tidak mengamalkan perintall bagi agama adalah di antara sempadan iman dan sempadan kekufuran  منزلة بين النزلتين. Ahli as-

25

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms026.

Misykatul masabiih 26

Sunnah wa aJ-Jama'ah tidak menganggap orang yang tidak mengamalkan suruhan Allah dan RasulNya sebagai kafir atau terkeluar dari sempadan iman dan sempadan kekufuran,selagi mereka mempercayai kebenaran  perintah Allah dan Rasul itu di samping tidak menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan tidak pula mengharamkan apa yang dihalalkanNya. Mereka bahkan dianggap sebagai mu'min yang fasiq. Seorang fasiq masih lagi seorang mu'min pada pandangan Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah, cuma iman mereka tidak sempurna . 

Golongan Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah terbahagi kepada dua kumpulan dalam menentukan kombinasi tiga bahagian iman yang tersebut tadi. Jumhur muhadditsin, jumhur fuqaha', Malik, Syafi'e, Sufyan ats-Tsauri, Ahmad, al-Ilumaidi, Bukhari dan lain-lain tokoh salaf berpendapat, iman terbentuk daripada tiga perkara di atas itu juga. 

Cuma orang yang tidak beramal tidak menjadi kafir dan ia masih lagi dikira sebagai mu'min. Tetapi mu'min yang fasiq. la mungkin akan masuk neraka kerana kecuaiannya dalam melaksanakan amalan-amalan tertentu, tetapi tetap tidak akan kekal di dalamnya. Perbezaan di antara mereka ini dengan golongan Khawarij dan Mustazilah ialah mereka tidak menganggap juzu' (komponen) kedua dan ketiga iaitu  الإقرار باللسان(mengaku dengan lidah) dan العمل بالأركان (melakukan suruhan agama dengan anggota badan) sebagai juzu' (komponen) yang sama tinggi kedudukannya dengan juzu' (komponen) pertama iman iaitu membenarkan dengan hati (التصديق بالقلب). Kerana itulah orang bisu yang tidak dapat membuat pengakuan dengan lidah dianggap sebagai mu'min dan orang yang tidak mengamalkan perintah Allah atau melanggar perinahNya juga dianggap mu' min oleh mereka. 

Imam Abu Hanifah, Abul Hasan al-Asy'ari (berdasarkan riwayat yang lebih sahih daripada beliau), Abu Manshur al-Maaturidi dan jumhur mutakallimin berpendapat, hakikat iman sebenarnya hanya terletak pada membenarkan dengan hati (التصديق بالقلب)semata-mata. Pengakuan dengan lidah (الإقرار باللسان) hanya syarat untuk pelaksanaan hukum-hakam duniawi sahaja. Melakukan suruhan agama dengan anggota badan (العمل بالأركان) pula merupakan syarat untuk kesempumaan iman. Dua yang terakhir ini bukan merupakan komponen yang membentuk hakikat iman itu sendiri. Sesetengah mutakallimin dan fuqaaa' berpendapat, juzu' yang merupakan rukun asas iman ialah membenarkan dengan hati semata-mata. Pengakuan dengan lidah  (الإقرار باللسان)   juga rukunnya, tetapi bukan rukun asasinya. la hanya rukun tambahan ( زائد) yang boleh gugur dalam keadaan tidak mampu mengucapkannya atau dalam keadaan dipaksa (mengucapkan perkataan kufur yang bercanggah dengan apa yang dibenarkan dengan hati). Bagaimanapun amalan sebagai syarat kesempurnaan iman tidak dinafikan oleh mana-mana pihak Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah. Demikianlah keterangan Hafiz al-'Aini di dalam Syarah Sahih Bôkharinya. Antara dalil yang dikemukakan oleh al-'Aini bagi pihak imam Abu Hanifah dan orang-orang yang sependapat dengannya ialah: (1) Allah s.w.t. menujukan firmanNya kepada sekalian manusia menggunakan bahasa yang terang, bahawa; آمنوا بالله(berimanlah / percayalah kamu kepada Allah). Perkataan iman atau percaya dalam bahasa 'Arab bererti membenarkan dengan hati semata-mata. Kerana itu perintah ini tidak merangkumi amalan sebagai juzu' (sebahagian daripada) iman. Kalau perkataan iman juga mengandungi makna-makna lain selain percaya dan membenarkan dengan hati semata-mata, tentulah ia diketahui orang-orang 'Arab. (2) Ayat-ayat dan hadits-hadits yang menyatakan tempat iman adalah di hati, jelas membuktikan bahawa mamna sebenar iman ialah percaya dan membenarkan dengan hati semata-mata. Iman dengan itu merupakan salah satu perbuatan dan kerja hati. Lihatlah dua firman Allah berikut sebagai buktinya: 
أُو۟لَٰٓئِكَ كَتَبَ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلْإِيمَٰنَ وَأَيَّدَهُم 
Bermaksud mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman di dalam hati mereka (al-Mujaadilah:22).
 وَلَمْ تُؤْمِن قُلُوبُهُمْۛ 
Bermaksud: padahal hatinya tidak beriman.
(al-Maa'idah:41). 

Lihat juga apa kata Rasulullah s.a.w. kepada Usaamah apabila Usaamah tetap membunuh seorang kafir yang telah mengucap di hadapannya: Bermaksud: Kenapa tidak engkau belah hatinya untuk mengetahui adakah hatinya benar-benar ikhlas atau tidak? (Bukhari,Muslim, Abu Daud, Ahmad, Nasaa'i, Ibnu Hibbaan dan lain-lain).
Anas bin Malik r.a.meriwayatkan ,katanya 
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّ اللهُ عَلَبْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ اللهم يَا مُقَلِّبَ القُلُو بِثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

26

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms027.

Misykatul masabiih 27

 
Bermaksud: Nabi s.a.w. selalu berdoa (begini): Ya Allah! Wahai Tuhan yang mengubah hati-hati manusia, tetapkanlah hatiku atas agama Mu. 
(Bukhari di dalam al-Adabu al-Mufrad, Tirmizi, Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Majah, al-Baghawi di dalam Sy-arah as-Sunnah, Ahmad, Abu Ya'la dan lain-lain). 

(3) Kufur Iawannya iman.Kerana itu Allah berfirman:  
 فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ
Bermaksud: oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia beriman (percaya) kepada Allah, (al-Baqarah:256).

Kufur bererti tidak percaya dan iman pula bererti percaya. Kedua-duanya berkait dengan hati dan saling berlawanan. Apabila ada iman, tiadalah kufur dan apabila ada kufur, tiadalah pula iman. Setelah jelas tempat kufur itu sebenarnya di hati, iman yang merupakan Iawannya juga tentulah Ietaknya di hati, bukan pada amalan atau perbuatan anggota Iahir badan. Logiknya ialah tidak akân berlaku pertentangan   dan perlawanan jika tempat iman berlainan   . لَا تَضَادَّ عِنْدَ تَغَايُرِ المَلَّيْنَ

(4) Di dalam al-Qur'an seringkali amal diathafkan kepada iman. Sebagai contohnya Iihatlah firman Allah ini:  
إن الذين آمنوا الصالحات
Bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh.
Ini menunjukkan kelainan hakikat iman dan amal saleh itu. Kalau tidak, akan berlakulah pengulangan makthuf yang sia-sia. Padahal qaedah Nahu menyebutkan 
 العطف يقتضي المغايرة
('athaf memberi erti banat ma' thuf dan ma'thuf alaih
 adalah berbeza dan berlainan). 


(5) Firman Allah di dalam alQuran menegaskan iman boleh  berada bersama perbuatan yang bukan merupakan amal saleh atau Iawan amal saleh. 
Lihat firmanNya ini:   
وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱقْتَتَلُوا۟ 

Bermaksud: dan kalau ada dua golongan dan mereka yang beriman itu berperang, (al-Hujuraat:9). 

Sedangkan logik menghukum bahawa sesuatu tidak  boleh berada bersama Iawan juzu'nya. Tetapi jelas tersebut di dalam ayat di atas bahawa iman boleh berada bersama Iawan amal saleh iaitu berperang. Maka dengan sendirinya ia menunjukkan amal bukan juzu' (sebahagian daripada) iman. 

(6) Iman merupakan syarat untuk sahnya sesuatu amal saleh. Hakikat ini dapat dilibat di dalam dua firman Allah berikut ini sebagai contohnya:
فَمَن يَعْمَلْ مِنَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَا كُفْرَانَ لِسَعْيِهِۦ وَإِنَّا لَهُۥ كَٰتِبُونَ 
Bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, tidaklah disiasiakan (amal) usahanya itu; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya. (al-Ambiyaa':94).
 
فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَصْلِحُوا۟ ذَاتَ بَيْنِكُمْۖ وَأَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ 
Bermaksud: bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu; dan taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika benar kamu orang-orang yang beriman. (al Anfaal:1).

Sedia dimaklumi bahawa syarat sesuatu bukan sebahagian daripada hakikatnya 

 (7) Setiap kali hendak menyuruh hamba-hambaNya mengerjakan sesuatu amal keta'atan, Allah akan menyeru mereka dengan sifat iman. 
Lihatlah misalnya Allah berfirman: يأيها الذين آمنوا
(wahai orang-orang yang beriman) di permulaan ayat-ayat yang memerintahkan hamba-hambaNya bersembahyang, berpuasa, berwudhu' dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan amalan itu sendiri tidak termasuk dalam mafhum iman .Kalau tidak, apakah ertinya memerintah atau menyuruh supaya beramal secara berasingan setelah mereka disifatkan dengan beriman?! 

(8) Di dalam hadits Jibril tersebut pertanyaannya ما الإيمان(apa itu iman?) Bukankah jawapan Rasulullah saw. kepadanya ialah: ”  
تُؤْمِنَ بِا الله وَمَلائكَتِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الاخِرِ تُؤْمِنَ بِالقَدَرِخَيْرهِ وَشَرِّهِ
Engkau percaya kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya dan han kemudian, di samping engkau percaya juga kepada taqdir (ketentuan Allah), baik buruknya.” 

Apa yang terkandung di dalam jawapan ini semuanya dengan kepercayaan yang merupakan perbuatan hati semata-mata. Tidak ada satu pun yang berkait dengan amal atau perbuatan anggota badan.

(9) Menerusi ayat berikut Allah memerintahkan orang-orang mu'min supaya bertaubat:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ تُوبُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, (at-Tahrim:8).

Ia secara tidak langsung menunjukkan iman dan ma'shiat dapat berkumpul bersama kerana tidak ada ertinya perintah bertaubat, sekiranya orang-orang


27

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms028.

Misykatul masabiih kitab iman sesi 00B
23 dis 12

Misykatul masabiih 28

mukmin itu tidak ada langsung melakukan maksiat. Hakikat ma'shiat ialah melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dengan ketentuan agama.Dengan itu iman boleh ada,walaupun tidak ada amal-amal yang baik bersamanya. Secara tidak langsung  ia membuktikan itu iman boleh amal bukan juzuk (bahagian yang  tidak dapat dipisahkan daripada) iman. (10) Rasulullah s.a.w. pernah mengesahkan iman hamba wanita dengan adanya tashdiq (membenarkan dengan hati sebagai komponen utama iman) dan iqrar (mengaku dengan lidah scbagai komponen keduanya) sahaja tanpa ada juzu' (komponen) ketiganya iaitu amal dengan anggota badan. 
Lihat haditsnya: 
أن رجلا من الأنصار جاء إلى رسولا الله صلى الله عليه وسلم بِجَارِيَة لهُ سَوْدَا فَقَالَ يَارَسُول الله عَلي رَقَبَة مُؤْمنَة أَفاعتق هَذَا فَقَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم أتشهدين أن لَا إله إلَّا الله قَالت نَعم قَالَ أتشهدين أن مُحَمَّدًا رسول الله قَالت نعم قال أتؤمنين  بعد المَوْت قَالت نعم فقال رَسُول الله صلَّى الله عَلَيهِ وَسلم فاعتقها


Bermaksud: Sesungguhnya ada seorang lelaki Anshaar datang menemui Rasulullah s.a.w. sambil membawa bersamanya seorang hamba perempuan Yang hitam (warna kulitnya). Lelaki itu bertanya: "Wahai Rasulallah! Saya kena merdekakan seorang hamba Yang beriman. Bolehkah saya memerdekakan dia ini?" Rasulullah s.a.w. lantas bertanya: "Adakah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah?" Jawab hamba perempuan itu, Ya. Rasulullah s.a.w. terus bertanya. "Adakah engkau bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah?" Jawab perempuan itu, "Ya." Rasulullah s.a.w. seterusnya bertanya: "Adakah engkau percaya kepada kebangkitan sesudah mati?" Jawab perempuan itu, "Ya." Maka Baginda s.a-w. bersabda: "Merdekakanlah dia." 
(Malik di dalam Muwatha'nya, Ahmad, 'Abdur Razzaaq, Ibnu al-Jaarud, at-Thabaraani dan Iain-Iain). 
Hadits ini jelas menunjukkan amal bukanlah komponen yang tidak dapat dipisahkan sama sekali dari iman. Kerana itulah Rasulullah s.a.w. langsung tidak bertanya tentangnya. 

Mu'tazilah, Asya'irah, muhadditsin, Syafi'e, Ahmad, Bukhari dan ramai lagi tokoh ulama berpendapat, iman boleh bertambah dan berkurang. 

Misykatul masabiih kitab iman sesi 00C 13 Jan 13.

Demi mengelak daripada menyerupai fahaman Khawarij, Imam Malik teragak-agak dalam menerima   iman juga boleh berkurang. Demikianlah tersebut di dalam Hasyiah Faidhu al-Baari.

Imam Ibnu al-Mubaårak juga sependapat dengan Malik dalam masalah ini. Imam Abu Hanifah, tokoh-tokoh ulama , pendokong mazhabnya, Imam al-Haramain dan ramai lagi tokoh-tokoh yang Iain berpendapat, iman tidak bertambah dan tidak berkurang. Perbezaan pendapat dalam masalah ini  sebenarnya berpunca daripada perbezaan pendapat mereka tentang iman itu sendiri, adakah ia murakkab (terbentuk daripada beberapa juzu' .atau komponen) atau basith (tunggal tidak berjuzub? Adakah amal merupakan juzu' iman atau tidak? 

Orang-orang yang berpendapat iman itu murakkab dan amal adalah salah satu juzu' daripada tiga juzu' iman seperti telah disebutkan sebelum ini, mengatakan iman bertambah dan berkurang. 

Orang-orang yang berpendapat iman itu basith dan amal bukan juzu' iman pula mengatakan iman tidak bertambah dan tidak berkurang. 

Pada hakikatnya   kedua-dua golongan di atas berbeza hanya dalam pendekatan dan pada lafaz sahaja. Sebabnya ialah kalau golongan pertama ditanya, bukankah semua juzu' (mukawwin) bagi hakikat sesuatu itu sama kedudukannya? Kalau sama, kenapa kamu mengatakan jika tashdiq (membenarkan di dalam hati) tiada, maka tiadalah iman. Seseorang yang tidak bertashdiq kafir. 

Sepatutnya kamu juga mengatakan orang yang tidak beramal kafir seperti orang yang tidak bertashdiq. Kenapa kamu hanya mengatakan fasiq kepada orang yang tidak beramal?? Jawab mereka, amal sebenarnya bukan juzu' asasi dan hakiki iman, sehingga boleh dikatakan iman yang murakkab dan merupakan kull itu akan terus lenyap apabila tidak ada amal. Amal hanya juzu' urfi (menurut istilah golongan tertentu sahaja) dan juzu' mukammil (penyempurna) bagi Iman. Apabila ia ada, iman akan bertambah sempurna. Apabila ia tiada pula, akan berkuranglah kesempurnaan iman. Golongan kedua walaupun tidak menganggap amal juzu' hakiki iman, mereka tidaklah seperti golongan Murji'ah yang langsung tidak mementingkan amal dalam kehidupan berugama. Mereka bahkan sangat mengambil berat tentang amalan dan mengangapnya sebagai sebab yang menyempurnakan iman juga. Dengan itu jelaslah bahawa golongan kedua tidak menolak amal sebagai juzu' penyempurna (mukammil) yang diterima oleh golongan pertama. Sikap golongan kedua yang tidak menerima amal sebagai juzu' hakiki atau juzu' mukawwin (komponen yang membentuk hakikat) iman juga sebenarnya tidak bercanggah dengan

28

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms029

Misykatul masabiih kitab iman sesi 00C
13 jan 13

Misykatul masabiih 29
 
pegangan golongan pertama. Dengan itu juga perbezaan pendapat tentang amal sebagai juzu' iman atau tidak pada hakikatnya tidak lebih daripada perbezaan lafzi jua. Maka perbezaan kedua golongan di atas tentang iman itu bertambah dan berkurang atau tidak juga sebetulnya termasuk dalam perbezaan lafzi jua, tidak lebih dari itu.

Latar belakang semasa merupakan salah satu faktor penting yang melahirkan perbezaan pendapat di antara golongan pertama dan kedua yang tersebut tadi. Kewujudan gelombang Murji'ah telah mendorong golongan pertama bertegas mengatakan 'amal bil arkaan sebagai juzu' iman. Walaupun pada hakikatnya 'amal bil arkaan itu di sisi mereka tidak lebih daripada juzu' penyempurna atau juzu' mukammil sahaja. Ini kerana golongan Murji'ah percaya amal sama ada baik atau buruk tidak memberi apa-apa kesan kepada iman seseorang. Menerima agama Islam sebagai agama yang benar di dalam hati sahaja sudah memadai untuk dianggap seseorang itu mu'min yang pasti akan masuk syurga. Walaupun ia tidak pernah melakukan apa-apa kebaikan dalam kehidupannya. Penerimaan agama sekadar itu cuma, sudah memadai untuk menghalang seseorang masuk neraka, walaupun di sepanjang hayat ia hanya melakukan kejahatan dan dosa.

Golongan kedua pula menghadapi gelombang puak Khawarij dan Mustazilah yang percaya bahawa seseorang akan terus menjadi kafir atau terkeluar dari batas iman sebaik sahaja ia tidak melakukan apa-apa suruhan agama yang wajib atau melanggar apa-apa perintah dan larangan agama yang menyebabkan pelakunya berdosa besar. Ini kerana dalam asas kepercayaan mereka, amal adalah juzu' asasi dan juzu' mukawwin (komponen yang membentuk hakikat) iman sama seperti tashdiq. Latar belakang inilah yang mendorong golongan kedua menafikan amal bil arkaan sebagai juzu' iman. Oleh kerana golongan kedua menafikan amal bil arkaan sebagai salah satu juzu' iman seperti golongan Murji'ah, mereka kadang-kadang dituduh Murji'ah. Padahal Murji'ah menafikan kedua-dua bentuk juzu' mukawwin dan mukammil. 
Golongan kedua pula hanya menafikan amal bil arkaan sebagai juzu' mukawwin sahaja. Mereka tidak pernah menafikannya sebagai juzu' mukammil. Inilah sebenarnya perkara yang menjadi punca kepada tuduhan melulu seperti itu. Puncanya ialah kejahilan tentang perbezaan di antara juzu' mukawwin dan juzu' mukammil. Kalaulah semata-mata menyerupai sesuatu golongan yang menyeleweng pada pandangan sepintas lalu, membolehkan anda mengaitkan sesuatu aliran yang benar dengan golongan yang menyeleweng itu, niscaya boleh juga anda kaitkan aliran pertama dengan aliran Khawarij dan Mu'tazilah. Kerana bukankah dua golongan yang menyeleweng itu juga mempercayai iman murakkab? Membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah dan mengamalkan segala titah perintah Allah dan rasulNya adalah tiga komponennya?? Kenapa tidak pula golongan pertama dikaitkan dengan dua golongan yang menyeleweng itu??? Jika jawapannya ialah keserupaan yang kelihatan kepadamu itu adalah akibat pandangan sepintas lalu, maka begitulah juga dengan golongan kedua.

Sebabnya golongan pertama tidak boleh dikaitkan dengan Khawarij dan Mustazilah ialah kerana mereka tidak menganggap amal bil arkaan sebagai juzu' mukawwin iman seperti dua aliran yang meneleweng itu. Mereka hanya menganggapnya juzu' mukammil atau mutammim semata-mata. Tuduhan terhadap golongan kedua sebagai Murji'ah agak meluas di suatu ketika dahulu sehingga asySyahristaani di dalam kitabnya al-Milal wa an-Nihal membahagikan Murji'ah kepada dua puak Pertama: Murji'ah ahli bidah. Mereka ini langsung tidak memandang penting terhadap sebarang amalan dalam kehidupan berugama. Kedua: Murji'ah Ahli as-Sunnah. Mereka ini meskipun tidak menganggap amal bil arkaan sebagai juzu' iman, tetapi sangat mengambil berat tentangnya. Selain sangat kuat beramal, mereka juga merupakan pengikut Sunnah yang setia. Daripada keterangan asy-Syahristaani itu dapat disimpulkan golongan kedua tadi kalau pun telah dipanggil sebagai Murji'ah, ia bukanlah Murji'ah yang sesat tetapi termasuk dalam Murji'ah Ahli asSunnah yang sangat mengambil berat tentang amalan dan sangat kuat beramal mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w. Satu lagi sebab kenapa Imam Abu Hanifah yang merupakan salah seorang tokoh penting dari golongan kedua dikatakan Murji'ah ialah kerana adanya seorang tokoh Murji'ah yang bernama Nukman. Dia juga telah memàkai kunyah yang sama dengan Imam Abu Hanifah. Masyarakat kemudian terkeliru. Mereka menyangka Abu Hanifah Nu'man tokoh

29
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms030

Misykatul masabiih kitab iman sesi 00C
13 jan 13

Misykatul masabiih 30

Murji'ah itu Imam Abu Hanifah Nukman bin Tsabit. Padahal dia adalah seorang yang lain. Oleh itu tidak wajar sama sekali mengaitkan golongan kedua dari kalangan Ahli as-Sunnah dengan golongan Murji'ah yang sesat. Tinggal lagi satu kemusykilan yang perlu diselesaikan .Oleh golongan Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah yang kedua iaitu bagaimana dengan ayat-ayat, hadits-hadits dan atsar-atsar yang dengan jelas menunjukkan iman itu memang bertambah dan berkurang? Berikut ialah sebahagian daripada ayat-ayat berkenaan dan perhatikanlah perkataan-perkataan yang bergaris di bawahnya:

Al-Anfal 8:2
إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمَٰنًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ 


Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman (yang sempurna imannya) ialah mereka yang bila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gemetarlah hati mereka; dan apabila dibacakan ayat-ayatNya   (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (al-Anfaal:2).


Misykatul masabiih kitab iman sesi 00D 27 jan 13
 
Aal-e-Imran 3:173

ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدْ جَمَعُوا۟ لَكُمْ فَٱخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَٰنًا وَقَالُوا۟ حَسْبُنَا ٱللَّهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ 

Bermaksud: mereka ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita): "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan pasukan untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya." Maka berita itu makin menambahkan iman mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung." (Aali 'Imraan: 173).

At-Taubah 9:124

وَإِذَا مَآ أُنزِلَتْ سُورَةٌ فَمِنْهُم مَّن يَقُولُ أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَٰذِهِۦٓ إِيمَٰنًاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَزَادَتْهُمْ إِيمَٰنًا وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ 

Bermaksud: dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari al-Qur'an), maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): "Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, dan mereka berasa gembira (dengan turunnya). (at-Taubah: 124).


Al-Muddaththir 74:31

وَمَا جَعَلْنَآ أَصْحَٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَٰٓئِكَةًۙ وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لِيَسْتَيْقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ وَيَزْدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِيمَٰنًاۙ وَلَا يَرْتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْمُؤْمِنُونَۙ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَٱلْكَٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًاۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُۚ وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَۚ وَمَا هِىَ إِلَّا ذِكْرَىٰ لِلْبَشَرِ 


Bermaksud: dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari Malaikat dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cobaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang yang beriman bcrtambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi al-Kitab dan orang-orang mu'min itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (mengatakan): "Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?" Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan tidak ada yang mengetahui tentara Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia. (alMuddatstsir.31)

Al-Fath 48:4
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ فِى قُلُوبِ ٱلْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوٓا۟ إِيمَٰنًا مَّعَ إِيمَٰنِهِمْۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا 

Bermaksud: Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu'min supaya iman mereka bertambah di samping iman mereka (yang sedia ada). Kepunyaan Allah jua tentara langit dan bumi; dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. (al-Fath:4).
 
Al-Ahzab 33:22
وَلَمَّا رَءَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلْأَحْزَابَ قَالُوا۟ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّآ إِيمَٰنًا وَتَسْلِيمًا 

Bermaksud: dan tatkala orang-orang mu'min melihat golongan-golongan yang bersekutu itu,  mereka berkata: "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita dan benarlah Allah dan RasulNya. dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidaklah menambah kepada

30

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms031

Misykatul masabiih kitab iman sesi 00D
27 jan 13

Misykatul masabiih 31

mereka kecuali iman dan ketundukan (penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah). (alAlzaab:22).
Perhatikan pula hadits-hadits di bawah ini, betapa ia menyatakan dengan terang tentang iman itu adakalanya bertambah dan adakalanya berkurang: 
أكمل الناس إيماناً أحسنهم جلقًا
Bermaksud: Orang yang paling sempurna ialah yang terbaik akhlaqnya. 
(Abu Ya'la, al-Bazzaar dan Ishaq bin Rahawaih di dalam Musnad masing-masing, Ibnu Abi Syaibah dan lain-lain).

يُخْرَجُ مِنْ النِّرِ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنَ الْإِيمَانِ   
 
Bermaksud: akan dikeluarkan dari neraka orang vang ada di dalam hatinya (Tirmizi, Nasaa'i, Ahmad (dan lain-lain).

يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الجَنَّة وَأَهْلُ النَّارِ النَّرَ ثُمَّ يَقُولُ الله تَعَالى أَخْرِجُوا مِنَ النَّارِ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدِ اسْوَدُوا  فَيُلْقَوْنَ فِي نَهَرِ الْحَيَا أَوِ الْحَيَاةِ -شَكُ مَالِكٌ- فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّهُّ فِي السَّيْلِ أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةَ

Bermaksud: Ahli syurga akan masuk ke dalam syurga dan ahli neraka akan masuk ke dalam neraka. Kemudian Allah berkata: "keluarkan daripada neraka sesiapa yang ada di dalam hatinya (walaupun hanya). Maka mereka dikeluarkan dalam keadaan telah menjadi hitam legam lalu dicampakkan ke dalam sungai malu atau sungai kehidupan - Malik syak (tidak pasti yang mana satu daripada dua perkataan tadi telah disebutkan oleh 'Amar) - Teruslah mereka tumbuh seperti tumbuhnya biji benih selepas banjir. Tidakkah engkau lihat (bagaimana) biji-biji benih itu keluar dalam keadaan kuning dan berolak naik.
(Bukhari, Ahmad, Abu sAwaanah, Abu Ya'la dan  Baihaqi)


مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرُهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ  وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Bermaksud: Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kemungkaran, dia hendaklah mengubahnya dengan tangannya. Kalau tidak mampu dengan tangan, hendaklah dengan Iidahnya. Kalau dengan Iidah pun tidak mampu, maka hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.
(Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi Nasaa'i, Ibnu. Majah, Ibnu Hibbaan, 'Abd bin Humaid dan Abu Daud at-Thayaalisi). 
مَنْ أَحَبَّ لِله وَأَعْطَى لِله وَمَنَعَ لله فَقَدْ اسْتَكْمَلَ الْإِيمَانَ

Bermaksud: Sesiapa yang kasih kerana Allah, benci kerana Allah, memberi kerana Allah dan tidak memberi juga kerana Allah, sesungguhnya dia telah menyempurnakan imannya. (Ahmad, Abu Daud, at-Tbabaraani, adh-Dhiaa' al-Maqdisi, al-Baihaqi dan al-Baghawi).  

 الْإِيمَانَ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ  شُعْبَةً  فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لَا إِلهَ إِلَّا الله وَأَدنَا هَا إِمَطَةُ الْأَذَى الطَّرِيْقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ
Bermaksud: Iman ada lebih tujuh puluh bahagian. Yang paling istimewa daripadanya ialah ucapan (kesaksian) لَا إِلهَ إِلَّا الله dan yang paling kurang daripadanya ialah membersihkan jalan dari segala gangguan. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman.
(Ahmad, Muslim, Abu Daud, Nasaa'i, Ibnu Majafi, Ibnu Ilibbaan dan at-Ihabaraani di dalam Musjam al-Ausathnya).

Akhir sekali lihallah pula atsar-atsar sahabat .Ini adalah sebahagian daripadanya: Saiyyidina 'Umar pernah berkata kepada para sahabatnya:   
هَلُمُّوا نَزَدَدْ إِيمَانًا فَيَذْكُرُونَ الله تَعَالى

Bermaksud: "Ayuh, biar bertambalh iman kita! Lalu mereka berzikir." (al-Khallaal di dalam as-Sunnah, al-Laalkaai di dalam Syarah Ushul i'tiqaad Ahli as-Sunnah, Ibnu Baththah di dalam al-Ibaanah). 

Ibnu Massud selalu berdoa begini: 
اللَّهُمَّ زِدْنَا إِيمَانًا وَيَقِينًا وَفِقْهًا
Bermaksud: "Ya Allah! Tambahlah kepada kami iman, yakin dan kefahaman yang mendalam." (al-laalkaai di dalam Syarah Ushul i'tiqaad Ahli as-Sunnah).
Jundab bin 'Abdillah al-Bajali menceritakan, kata beliau:

 كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صًلَّى الله عَلَيه وَسَلَّمَ وَنَحْنُ فِتْيَانٌ حَزَاوِرَةٌ فَتَعَلَّمْنَا الْإِيمَانَ قَبْلَ أَنْ نَتَعَلَّمَ الْقُرْآنَ ثُمَّ تَعَلَّمْنَا الْقُرْآنَ فَازْدَدْنَا بِهِ إِيمَانَا


Bermaksud: "Ketika muda belia kami bersama Nabi s.a.w. Kami pelajari iman sebelum mempelajari al-Qur'an. Kemudian kami pelajari al-Qur'an. Dengan itu bertambahlalh iman kami." (Ibnu Majah dan Baihaqi). 

Abu Hurairah, ibnu 'Abbaas dan Abu ad-Dardaa' selalu Bermaksud: "Iman itu bertambah dan berkurang ." (al-Laalkaai di dalam Syarah Ushul i'tiqaad Ahli r.a.b berkata: 
الإيمان يزيد وينقص قيل وما زيادته ونقصانه قال إذا ذكرنا الله فحمدناه وسبحنا فتلك زيادته فتلك زيادته وإذا غفلنا فذلك نقصانه
Bermaksud: bertambah dan berkurang. Beliau  ditanya Orang: "Bagaimana  bertambah dan berkurangnya itu?" Beliau menerangkan: "Apabila kita ingat kepada Allah lalu kita bertahmid dan begitulah ia bertambah. la berkurang apabila kita leka." 
(Baihaqi di dalam sycab al-Iman, Ibnu Abi Syaibah di dalam al-Iman, Ibnu Baththah di dalam al-Ibaanah). 

Demkianlah kami paparkan sebahagian daripada dalil-dalil daripada al-Quran (Ian as-Sunnah menunjukkan iman itu bertambah dan berkurang. selain dalil-dalil daripada al-Quran dan

31

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms032

Misykatul masabiih kitab iman sesi 00D
27 jan 13

Misykatul masabiih 32

as-Sunnah itu golongan pertama Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah juga berpegang dengan dalil aqal. Kata mereka, kalau hakikat iman tidak berlebih kurang, tentulah setiap orang yang beriman itu sama tarafnya, termasuk iman orang-orang yang melakukan masshiat dan bermacam -macam bentuk kejahatan yang lain. Tentulah iman semua orang sama saja dengan iman para nabi dan malaikat. Ini adalah suatu yang sama sekali tidak masuk 'aqal. Golongan kedua Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah menta'wilkan dalil-dalil itu dengan ta'wilan-ta'wilan berikut: 
(1) Yang bertambah dan berkurang sebenarnya ialah juzu' mukammil(juzuk oenyempurna) iman, bukan juzu' mukawwinnya(juzuk pembentuk). Juzu' mukammil iman yang boleh bertambah dan berkurang itu mungkin berupa ucapan. Mungkin juga berupa amalan. 
(2) Yang bertambah dan berkurang ialah nur iman. Nur iman itu memanglah lahir daripada amal ibadat dan ketaatan kepada Allah. Perhatikanlah firman Allah ini sebagai
أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدْرَهُۥ لِلْإِسْلَٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِّن رَّبِّهِۦۚ فَوَيْلٌ لِّلْقَٰسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ ٱللَّهِۚ أُو۟لَٰٓئِكَ فِى ضَلَٰلٍ مُّبِينٍ 
Bermaksud: Maka Apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingati Allah. mereka itu dalam kesesatan yang nyata. 
(az-Zumar:22). 

Maksud dibukakan Allah hatinya ialah Allah memberi taufiq kepadanya untuk melakukan keta'atan lalu terhasillah daripadanya nur (cahaya). 

(3) Perkataan iman adakalanya diguna dengan erti membenarkan apa yang semestinya dibenarkan) dan adakalanya ia dipakai dengan erti ketenangan, kemanisan dan sinarnya. Lihatlah dua firman Allah berikut sebagai contohnya:

Al-Fath 48:4

هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ فِى قُلُوبِ ٱلْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوٓا۟ إِيمَٰنًا مَّعَ إِيمَٰنِهِمْۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا 

Diålah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu'min  supaya iman mereka bertambah di samping iman mereka (yang sedia ada). Kepunyaan Allah jua tentara längit dan bumi; dan adalah Allah Måha mengetahui lagi Maha Bijaksana. (al-Fath:4).
 

At-Taubah 9:26
ثُمَّ أَنزَلَ ٱللَّهُ سَكِينَتَهُۥ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَعَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ وَأَنزَلَ جُنُودًا لَّمْ تَرَوْهَا وَعَذَّبَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ۚ وَذَٰلِكَ جَزَآءُ ٱلْكَٰفِرِينَ 
Bermaksud: kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman,-, Dia menurunkan bala tentara yang kamu tiada melihatnya •
dan menyiksa orangorang kafir; demikianlah balasan (dibérikan) kepada orang-orang kafir. (at-Taubah:26).

Berdasarkan dua ayat ini pertambahan iman adakalanya dipakai dengan erti pertambahan ketenangan, kemanisan dan kesempurnaan iman. la tidak bererti pertambahan tashdiq yang merupakan asas iman itu sendiri. Ini kerana asas iman itu ada pada semua orang mu'min. Tidak kira sama ada ia seorang yang saleh atau fasiq, alim atau jahil. Sebagaimana para nabi dan rasul as. berbeza-beza dalam sifat dan keistimewaan tertentu, tetapi mereka tetap sama dan tidak berbeza daripada segi kenabian dan kerasulan itu sendiri. Demikian juga dengan manusia, walaupun mereka berbeza dalam sifat-sifat dan kelebihan-kelebihan tertentu, namun mereka tetap sama dalam kemanusiaan itu sendiri. Hakikat iman juga begitu. la tidak bertambah dan berkurang. Apa yang bertambah dan berkurang ialah mukammilaatnya (sifat-sifat yang menyempurnakannya) seperi ketenangan, kemanisan, sinar, cahaya dan lain-lain.

Syah Waliyyullah menyatakan kehairanannya terhadap sikap para muhadditsin yang membilang amal bil arkaan sebagai juzu' iman. Kemudian beliau sendiri memberikan jawapan dengan mengemukakan satu contoh yang sangat menarik. Kata beliau: "Perbandingan amal bil arkaan yang diterima muhadditsin sebagai juzu' iman itu ialah seperti tangan, kaki, jari-jemari, hidung, telinga dan sebagainya. Semua ini adalah juzu'-juzu' (komponen-komponen) badan manusia. Manusia akan tetap dikatakan manusia sama ada ia mempunyai juzu'-juzu' atau komponen komponen badan yang tersebut itu atau tidak .Bezanya ialah dalam keadaan pertama ia merupakan manusia yang sempurna kejadiannya. Dalam keadaan kedua pula ia adalah manusia yang tidak sempurna kejadiannya. Begitulah juga dengan iman. Iman yang disertai amal adalah iman yang sempurna. Semakin banyak amal dilakukan, semakin sempurnalah iman itu. Manakala

32

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms033

Misykatul masabiih kitab iman sesi 00D
27 jan 13

Misykatul masabiih 33

 
iman yang tidak disertai amal pula adalah iman yang tidak sempurna." Sekarang penulis cuba meringkaskan apa yang dikatakan perbedaan pendekatan dan perbedaan lafzi di antara dua golongan Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah tersebut  . Dengan itu akan nyatalah persamaan tanggapan tentang iman yang ada pada keduanya. 

(1) Golongan pertama mengatakan iman bertambah dengan amalan keta'atan dan berkurang dengan amalan ma'shiat atau perbuatan dosa. Apa yang bertambah? Kata mereka, yang bertambah ialah kesan amalan itu, hasilnya atau kaifiatnya. Golongan kedua tidak menafikannya. Yang mereka nafikan ialah bertambah atau berkurangnya apa yang semestinya diimani dan dipercayai (مُؤْمَنٌ بِهِ). Dalam soal ini pada hakikatnya golongan pertama tidak berbeda daripada golongan kedua 

(2) Golongan pertama mengatakan terdapat tiga juzu' (komponen) di dalam iman. Tetapi juzu' asas dan sebenarnya hanyalah تصديق بالجنان(membenarkan dengan hati). Membuat pengakuan dengan lidah dan mengamalkan apa yang diimani juga merupakan juzu' (komponen) iman, tetapi kedua-duanya adalah komponen tambahan (جزء زائد) Golongan kedua walaupun tidak bersetuju dengan golongan pertama mereka tetap bersetuju dengan golongan pertama dari segi iman mempunyai  bebetapa juzuk,ada asassi  dan ada tambahan.Tetapimereka tetap setuju tentang تصديق sebagai  hakikat(ماهية) iman. 

Adapun yang dua lagi itu bukan juzu'nya, ia tidak lebih dari buah atau hasil iman. 

(3) Golongan kedua percaya bahawa orang yang tidak melakukan apa-apa perintah dan suruhan agama, begitu juga orang yang melanggar perkara-perkara yang diharamkan oleh agama tidak akan terus masuk syurga seperti kepercayaan Murji'ah. Mereka mengatakan orang seperti itu kalau tidak diampunkan oleh Allah akan dihukum dahulu sama ada di alam Barzakh, di Mahsyar atau di dalam neraka. Bagaimanapun akhirnya ia akan dilepaskan dari neraka dan akan masuk syurga. Golongan pertama pula percaya bahawa orang yang meninggalkan amal bil arkaan boleh  menyebabkannya dimasukkan ke dalam neraka jika tidak diampuni Allah. Tetapi merka tidak akan kekal di dalamnya. Bukankah perbedaan seperti ini hanya perbedaan pada lafaz dan 'ibarat sahaja? Kesimpulan daripada kedua pendapat itu ialah orang yang meninggalkan amal bil arkaan mungkin masuk neraka. Tetapi kerana ada iman di dalam hatinya, dia akhirnya akan selamat juga  dan akan masuk syurga juga. 

(4) Iman seseorang akan bertambah apabila ia mengerjakan segala bentuk ketaatan dan kebajikan. Di bawah ini disenaraikan sebahagian daripada bentuk keta'atan yang boleh menyebabkan bertambahnya iman seseorang: 
(a) Menuntut. ilmu yang berguna terutamanya yang berpunca daripada al-Qur'an dan as-Sunnah. 
(b) Membaca al-Qur'an  serta mengamati kandungannya dan mengamalkan ajaran-ajarannya. 
(c) Menghayati kandungan al-Asmaa' al-Husna yang tersebut di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah serta menterjemahkannya ke daJam kchidupan. 
(d) Mempelajari sirah dan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. dengan maksud menjadikannya sebagai panduan hidup. 
(e) Menghayati keindahan Islam dalam peraturanperaturan dan undang-undang Yang ditetapkannya demi kesejahteraan hidup manusia. 
(f) Merenungi tanda-tanda kebesaran Allah dan makhluk ciptaanNya. 
(g) Banyak bezikir dan berdoa kepada Allah. 
(h) Memperbanyakkan amalan-amalan sunat di samping menjaga dengan sebaik-baiknya amalan-amalan yang fardhu.
(i) Berperangai dengan perangai orang-orang saleh dan aulia'illah. Mengikut jcjak langkah mereka dan bergaul mesra dengan mereka. 
(j) Menyeru manusia ke jalan Allah, menyuruh mereka melakukan kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan perkara-perkara mungkar.
(k) Mengakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman. 
(l) Mengelak diri daripada dosa-dosa besar, nifaq, kefasikan dan segala bentuk ma'shiat. Sebaliknya iman seseorang akan berkurang apabila ia melakukan masshiat dan segala bentuk kederhakaan kepada Allah. Antara perkara yang boleh menyebabkan iman seseorang berkurang ialah: 
(a) Kejahilan tentang ajaran agama. 
(b) Kelekaan, kelalaian dan lupa akan panduan agama. 
(c) Melakukan masshiat dan dosa. 
(d) Menurut hawa nafsu. 
(e) Terpesona dengan dunia dan tergoda dengan keindahannya. 
(f) Mengikut teman-teman yang jahat. 
(g) Menurut jejak langkah syaitan dan sebagainya. Menurut golongan pertama Ahli as-Sunnah, juzu' ketiga iman iaitu 'amal bil arkaan itulah yang seseorang melakukan semua perkara Yang menyebabkan imannya bertambah. Amal bil arkaan itulah juga yang menghalang seseorang daripada melakukan

33

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms034

Misykatul masabiih kitab iman sesi 00D
27 jan 13

Misykatul masabiih 34

perkara-perkara yang menyebabkan imannya berkurang. Golongan kedua Ahli as-Sunnah pula mengatakan 'amal bil arkaan itu pada hakikatnya adalah buah dan hasil daripada hakikat iman. Kesimpulannya kedua-dua golongan Ahli as-Sunnah menerima 'amal bil arkaan sebagai sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada iman. 'Amal tanpa iman tidak menjadi. Iman tanpa 'amal pula tidak bererti. 

Misykatul masabiih kitab Iman sesi OOE 27 jan 13

Iman dan Islam.
Apakah perkataan iman dan Islam itu membawa maksud yang sama atau ada perbedaan di antara keduanya?' Jika dilihat kepada nas-nas al-Qur'an dan as-Sunnah, anda akan  dapati penggunaan dua perkataan ini adakalanya sebagai dua perkataan yang sama ertinya  عل سبيل الترادف adakalanya sebagai dua perkataan yang berbeda ertinya  على سبيل التباين dan adakalanya pula sebagai dua perkataan yang bermasuk-masukkan ertinya على سبيل التداخل.

Menurut istilah ilmu Mantiq hubungan di antara dua perkataan atau pengertian dipanggil nisbah. Jadi nisbah di antara dua perkataan iman dan Islam itu berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah sama ada nisbah taraaduf dan tasaawi, atau nisbah tabaayun dan ikhtilaf atau nisbah tadaakhul dan 'umum khusus mutlaq. Nisbah 'umum khusus min wajhin tidak dapat dibuktikan dengan alQur'an dan as-Sunnah. Imam al-Ghazali misalnya hanya menerima tiga bentuk nisbah sahaja untuk perkataan iman dan Islam selain 'umum khusus min wajhin. Antara bukti dua perkataan itu digunakan dalam bentuk nisbah taraaduf dan tasaawi ialah dua firman Allah ini:
Adh-Dhariyat 51:35
فَأَخْرَجْنَا مَن كَانَ فِيهَا مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Adh-Dhariyat 51:36
فَمَا وَجَدْنَا فِيهَا غَيْرَ بَيْتٍ مِّنَ ٱلْمُسْلِمِينَ 

Bermaksud: (setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ. (Sesudah diperiksa) Maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah Rumah sahaja yang ada penghuninya dari kalangan orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut). (az-Zaariyaat:35-36).

Yunus 10:84
وَقَالَ مُوسَىٰ يَٰقَوْمِ إِن كُنتُمْ ءَامَنتُم بِٱللَّهِ فَعَلَيْهِ تَوَكَّلُوٓا۟ إِن كُنتُم مُّسْلِمِينَ 

Bermaksud: dan Nabi Musa berkata (kepada kaumnya).: "Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)?' (Yunus:84). 

Di dalam kedua-dua ayat di atas,mu'min dan muslim dikatakan kepada orang-orang yang sama. la menunjukkan nisbah di antara dua perkataan itu adalah nisbah taraaduf dan tasaawi. Antara bukti dua perkataan itu ada digunakan dalam bentuk nisbah tabaayun dan ikhtilaf ialah firman Allah berikut:
 Al-Hujurat 49:14

قَالَتِ ٱلْأَعْرَابُ ءَامَنَّاۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا۟ وَلَٰكِن قُولُوٓا۟ أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ ٱلْإِيمَٰنُ فِى قُلُوبِكُمْۖ وَإِن تُطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَٰلِكُمْ شَيْـًٔاۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 

Bermaksud: Orang-orang "A'raab" berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman(Janganlah berkata demikian), tetapi (sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu) berkatalah sahaja: "Kami telah Islam"; dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun pahala amalanmu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (al-Hujuraat:14). 

Maksud iman di sini ialah membenarkan dengan hati, itu dinafikan. Dan maksud Islam pula ialah pengakuan dengan Iidah dan mengamalkan (ajaran Islam) dengan anggota badan, itu tidak dinafikan bahkan dikatakan telah ada pada mereka. Hadits Jibril yang mengandungi penjelasan Rasulullah s.a.w. tentang iman bahawa ia adalah kepercayanmu kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, hari kemudian   kepada taqdir (ketentuan Allah), baik atau buruknya. Islam pula ialah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitillah jika engkau mampu pergi ke sana, jelas menunjukkan nisbah di antara iman dan Islam adalah nisbah tabaayun ikhtilaf. Iman berkait dengan kepercayaan dan Islam berkait dengan amalan berupa ucapan dan perbuatan anggota badan. Antara bukti dua perkataan itu ada digunakan dalam bentuk

34


Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms035

Misykatul masabiih kitab Iman sesi OOE 27 jan 13


Misykatul masabiih 35

nisbah tadaakhul dan umum khusus mutlaq ialah sabda Rasulullah s.a.w, apabila ditanya:أَيُّ العَمَلِ أَفْضَلُ (Apakah amalan yang paling utama?) Beliau s.a.w. menjawab:   (Percaya kepada Allah dan RasulNya), (Bukhari, Ahmad, Abu 'Awnanah, Ibnu Abi Syaibah, Baihaqi dan lain-lain). Pada ketika yang lain pula apabila ditanya:  فَاَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ (Islam manakah yang paling utama?) Beliau s.a.w. menjawab: الْإيْمَانُ(iman). (Ahmad, at-Thabaraani, 'Abd bin Humaid, 'Abdur Razaaq dan lain-lain). Nisbah ini baru akan wujud apabila anda menerima iman bererti menerima dan percaya dengan hati sahaja. Tempat khususnya ialah di hati. Islam pula ialah mempercayai ugama Allah yang dibawa Rasulullah s.a.w. dengan hati, mengakuinya dengan Iidah dan mengamalkannya dengan anggota badan. Tempatnya ialah di hati, di Iidah dan di anggota badan.ِ Ertinya ialah Islam Iebih umum daripada iman sehingga boleh dikatakan bila ada Islam, mesti adalah iman. Tetapi tidak semestinya bila ada iman, akan ada Islam (semua sekali), Sebetulnya iman dan Islam itu ada hakikat syar'iyyahnya dan hakikat lughawiyyahnya secara berasingan. Iman bererti percaya dengan hati kepada perkara-perkara tertentu. Islam pula bererti melaksanakan amalan-amalan yang disyariatkan oleh Allah. Bagaimanapun kedua-duanya saling melengkapi satu sama lain. Adanya kepercayaan semata-mata tidaklah akan menjadikan seseorang mu'min yang sempurna dan sejati tanpa melakukan apa-apa ucapan dan amalan yang direstui Allah. Demikian juga adanya pelaksanaan tuntutan syari'at semata-mata tidaklah akan menjadikan seseorang muslim yang sempurna dan sejati tanpa adanya kepercayaan dan keimanan yang sempurna terhadap 'aqidah di dalam jiwa. Jika dua perkataan ini digunakan serentak di sesuatu tempat atau ditanya tentangnya, ketika itu hakikatnya adalah berbeda. Dengan kata lain, nisbah di antara keduanya adalah nisbah tabaayun dan ikhtilaf. Antara contoh penggunaan nisbah ini untuk iman dan Islam ialah hadits Jibril yang akan datang. Jika dua perkataan ini tidak digunakan serentak di sesuatu tempat dan tidak juga ditanya tentangnya, ada kemungkinan juga keduanya digunakan dalam bentuk nisbah tadaakhul atau  umum khusus mutlaq. (lihat Hafiz Ibnu Hajar- Fathul Baari jel hal. 115). 
Hafiz Ibnu Rajab al-Hambali r.a. berkata: "Ma'na iman dan Islam tidak berbeda jika keduanya disebutkan secara berasingan. Tetapi ia akan berbeda apabila keduanya disebutkan bersama di sesuatu tempat." Kata Hafiz Ibnu Rajab seterusnya:  
فالإيمان والإسلام الفقير والمسكين إذا اجتمعا افترقا وإذا افتر قا اجتمعا
Bermaksud: (Perkataan atau pengertian)-lman dan Islam itu sepelii (perkataan atau pengertian) faqir dan miskin. Kalau kedua-duanya disebutkan bersama, hakikat keduanya akan berbeda. Dan kalau kedua-duanya tidak disebutkan bersama, maka keduanya boleh bermasuk-masukan." Maksud beliau ialah nisbah tadaakhul boleh berlaku di antara keduanya. (lihat Syabbir Ahmad 'Utsmaani- Fathul Mulhim j. I hal 428-429). 

Kenapakan Imam Baghåwi r.a. memulakan kitabnya dengan hadits Jibril? Menurut  at-Thibi, Qadhi 'Iyaadh, Mulla & Ali al-Qaari dan al-Muhaddits asy-Syeikh 'Abdul Haq adDihlivi, sebabnya ialah hadits ini merupakan Ummu as-Sunnah. Kedudukannya di antara hadits-hadits Rasulullah s.a.w. sama seperti kedudukan Ummu al-Kitaab, Surah al-Fatihah di dalam alQur'an. Sebagaimana terkandung secara ringkas segala pengajaran al-Qur'an di dalamnya, begitulah juga terkandung di dalam hadits ini segala pengajaran as-Sunnah secara ringkas. Hadits ini selain dinamakan hadits Jibril, dinamakan juga Ummu as-Sunnah atau Ummu al-Ahaadits  kerana terkandung di dalamnya segala pengajaran Sunnah Nabi s.a.w. Di dalamnya terkandung secara ringkas asas-asas 'aqidah dan Imaaniyyaat (perkara-perkara yang berkaitan dengan iman) yang membabitkan hati dan merupakan ibadat batin. Di dalamnya juga terkandung secara ringkas asas-asas ajaran Islam yang membabitkan anggota badan yang lahir. Selain itu ia juga mengemukakan konsep ihsaan atau ikhlas dalam setiap amalan lahir dan batin. laitu suatu konsep yang menjadikan amalan seseorang manusia bernas dan bererti, lantaran ia merupakan syarat untuk penerimaan amalan manusia oleh Allah. Jika diperhatikan dengan cermat akan tertib yang dibuat Imam Baghawi dan dituruti pengarang Misykaat, niscaya kelihatanlah kedudukan hadits إنما الأعمال بالنيات yang tersebut sebelum ini sebagai kedudukan   di permulaan بسم الله الرحمن الرحيم Surah al-Fatihah. Kerana itulah Allamah at-Thibi mengatakan, tujuan Imam Baghawi memulakan kitabnya dengan dua hadits ini (hadits   إنما الأعمال بالنيات dan hadits Jibril) ialah untuk

35

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms036

Misykatul masabiih kitab Iman sesi OOE 27 jan 13


Misykatul masabiih 36

 
mengİkutİ teknik penyusunan al-Qur'an di dalam al-Mushhaf. Hafiz at-Turpasyti (Fadhlullah bin Husain m.600h) berkata: "Soal jawab di antara Rasulullah s.a.w. dan Jibril di dalam hadits ini telah berlaku pada 10H sebelum haji wadak, ketika mana periode penurunan wahyu hampir berakhir dan hukum-hakam syariat sudah hampir sempurna. Tujuannya ialah supaya hükumhakaın. peraturan dan panduan hidup yang telah diberikan secara terperinci sebelum itü disimpulkan dalam bentuk khulasah dan rumusan. Khulasah bagi sesuatu adakalanya disebutkan swbelumnya. Adakalanya pula dikemukakan selepasnya.” Di dalam Fathul Mulhim pula tersebut bahawa mungkin juga peristiwa ini berlaku selepas haji wadak. Kerana tersebut di dalam setengah-setengah riwayat perkataan   في آخر عُمْرِ النبي(di akhir hayat Nabi s.a.w.).

36

































Tiada ulasan:

Catat Ulasan