Daurah tafsir 2019 sesi 09(19)nota8(164).
telah menjadikan manusia dari tiada kepada ada, adakah tidak berkuasa untuk menjadikan 'Isa tanpa bapa? (Ayat: 9)
وَقَدْ خَلَقْتُكَ مِن قَبْلُ وَلَمْ تَكُ شَيْـًٔا
sungguh, engkau telah Aku ciptakan sebelum itu, padahal (pada waktu itu) engkau belum berwujud sama sekali.”
dan (Ayat: 67).
أَوَلَا يَذْكُرُ ٱلْإِنسَٰنُ أَنَّا خَلَقْنَٰهُ مِن قَبْلُ وَلَمْ يَكُ شَيْـًٔا
Dan tidakkah manusia itu memikirkan bahwa sesungguhnya Kami telah menciptakannya dahulu, padahal (sebelumnya) dia belum berwujud sama sekali?
4. Bani Israil tidak menjaga dengan baik sembahyang yang diwajibkan ke atas mereka. Dijelaskan kepada Ahli Kitab bahawa bermula dari zaman Nabi Isma'il sehingga kepada nabi terakhir Bani Israil iaitu Nabi 'Isa a.s., sembahyang adalah suatu ibadat yang difardhukan. Sekalian nabi
memerintahkan supaya bershalat, tetapi Bani Israil telah mengabaikan ibadat yang terpenting itu. Nabi Isma'il yang hidup pada 2,000 tahun sebelum Masihi telah menyuruh ahli keluarganya bershalat dan berzakat. (Ayat 55).
وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُۥ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱلزَّكَوٰةِ وَكَانَ عِندَ رَبِّهِۦ مَرْضِيًّا
Dan dia menyuruh keluarganya untuk (melaksanakan) shalat dan (menunaikan) zakat, dan dia seorang yang diridhai di sisi Tuhannya.
Nabi 'Isa sendiri dinukilkan berkata bahawa Allah telah berpesan kepadanya supaya menjaga shalat dan
zakat di sepanjang hayatnya (Ayat: 31).
وَجَعَلَنِى مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنتُ وَأَوْصَٰنِى بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱلزَّكَوٰةِ مَا دُمْتُ حَيًّا
Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkahi di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (melaksanakan) shalat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup;
Tetapi malang sekali, kerana selepas itu Bani Israil mengabaikan ibadat yang berkurun-kurun lamanya
itu semata-mata kerana mengikut hawa nafsu. (Ayat: 59).
فَخَلَفَ مِنۢ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُوا۟ ٱلشَّهَوَٰتِۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا
Kemudian datanglah setelah mereka pengganti yang mengabaikan shalat dan mengikuti keinginannya, maka mereka kelak akan tersesat,
5. Berhubung dengan kebinasaan kaum dan umat.
Satu perkara lagi tersebut di dalam Surah Maryam, bahawa Allah selalu juga membiarkan bangsa-bangsa yang derhaka bermewah-mewah dan berseronok dengan kehidupan yang serba lengkap untuk satu jangka masa, kemudian Dia membinasakan mereka. Cara membinasakan bangsa- bangsa seperti itu tersebut dua kali di dalam surah ini, pertamanya pada ayat ke-74 dan keduanya pada ayat ke-98.
Maryam 19:74
وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هُمْ أَحْسَنُ أَثَٰثًا وَرِءْيًا
Dan berapa banyak umat (yang ingkar) yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal mereka lebih bagus perkakas rumah tangganya dan (lebih sedap) dipandang mata.
Maryam 19:98
وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هَلْ تُحِسُّ مِنْهُم مِّنْ أَحَدٍ أَوْ تَسْمَعُ لَهُمْ رِكْزًۢا
Dan berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka. Adakah engkau (Muhammad) melihat salah seorang dari mereka atau engkau mendengar bisikan mereka?
164
Tiada ulasan:
Catat Ulasan