Khamis, Februari 11, 2021

K303.Seawal 2 Tahun Dah Boleh Ajar Buat Kerja Rumah. Ini Senarai Kerja Rumah Yang Sesuai Mengikut Usia Anak.

K303.Seawal 2 Tahun Dah Boleh Ajar Buat Kerja Rumah. Ini Senarai Kerja Rumah Yang Sesuai Mengikut Usia Anak.

Untuk pengetahuan para mommy dan daddy di luar sana, terlalu manjakan anak boleh buat si manja tidak berdikari dan selalu mengharapkan anda sahaja.

Perkara ni perlu diberi lebih perhatian sebab ia boleh buat anak anda membesar menjadi individu yang kurang skil dalam pengurusan hidup mereka dewasa kelak.

Kerja rumah sesuai untuk ana mengikut usia;

Jadi, ajar si manja untuk buat kerja rumah seawal usia mereka lagi. Tapi, jangan pulak anda minta anak anda yang masih kecil untuk pergi beli ikan di pasar. Tunggu sehingga umur yang sesuai okay!

4-5 Tahun
– Kemas tempat tidur
– Kemas meja makan
– Siram pokok bunga
– Basuh pinggan plastik di singki

2-3 Tahun
– Simpan mainan di tempat asal
– Isi makanan haiwan peliharaan
– Lap tumpahan makanan/minuman
– Letak pakaian kotor di dalam besen.

6-7 Tahun
– Sapu lantai
– Buang daun kering
– Bantu ibu memasak
– Hidang makanan di dapur.

8-9 Tahun
– Vakum lantai
– Mop lantai
– Jahit butang baju
– Bawa haiwan peliharaan berjalan

10 Tahun ke atas
– Basuh kereta
– Cuci bilik air
– Jaga adik yang lebih muda
– Gosok baju dengan seterika

Tiada ulasan:

Catat Ulasan