K409.“Macam Mana Anak Nak Pintar Kalau Diracun Jajan Setiap Hari” Jajan Akan Kecilkan Pusat Memori Otak.
Kita memang sedia maklum makanan ringan (jajan) sememangnya tiada khasiat langsung untuk tubuh badan. Tetapi keenakan jajan membuatkan kita terlupa tentang bahayanya kandungan bahan yang terdapat dalam makanan ringan ini.
Elak perkenalkan makanan ringan atau jajan pada anak anda terutama yang masih kecil. Ini kerana ia akan menganggu pertumbuhan si manja anda. Anak-anak seharusnya mendapatkan makanan yang sebenar dan sihat untuk perkembangan yang baik. Kenapa kita harus elak makanan ringan ini? Ikuti perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar.
Waktu itu aku sedang menuils laporan. Tengah kusyuk menulis, terdengar namaku disebut. Dr Andy sudah berada di sisi ketika aku berpaling. Dengan penuh teruja dia mengajak aku ke lab.
Dr Andy adalah pakar neuropsikiatri. Hampir tiga dekad menabur bakti dalam dunia psikiatri. Pendekatannya sedikit berbeza.
Apabila tidak sama pasti mengundang jelek bicara. Ramai jadi tukang kutuk. Tukang fitnah.
Sehingga Dr Andy dihadap ke lembaga disiplin bidang perubatan. Dr Andy tidak berundur. Tidak kendur.
Ketika orang lain mengasing diri, Dr Andy keluarkan data saintifik. Terus dengan dunia imbasan otak.
Ya, dulunya tidak pernah rawatan psikiatri gunakan imbasan otak. Biasanya Talk Therapy. Dia melawan arus.
Kini dia dihormati. Khidmatnya ditagih. Pendapatnya jutaan nilaiannya.
Keluar dari bilik kami berjalan beriringan. Dr Andy tunjukkan hasil imbasan otak Jay. Seorang pesakit berusia 19 tahun.
Dia tunjukkan bahagian Hippocampus. Pusat memori manusia. Aneh. Hippocampus Jay lebih kecil saiznya. Dr. Andy bertanya kepadaku. Apakah punca Pusat Memori ini mengecil.
Berat soalan ini. Aku berfikir sejenak. Mencari jawapan yang terbenam dalam subconscious mind.
Dengan tenang aku menjawab. Puncanya PUSAT MEMORI MENGECIL ialah MAKANAN RINGAN atau JAJAN.
“Betul,” kata Dr Andy. “Spot on,” tambahnya lagi lebih teruja wajahnya kali ini.
Jay selalu habiskan masa dengan makanan ringan. Berjajan sahaja. Pada jajan ada pewarna. Ada perasa.
Pada jajan ada bermacam bahan kimia. Semuanya mengakis. Semuanya merosakkan.
Bagaimana mahu belajar apabila pusat memori makin mengecil? Bagaimana dapat jadi pintar terdidik apabila OTAK DIRACUN JAJAN setiap hari?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan