Halaman

Isnin, Disember 21, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 15(37)nota 12(260

Daurah tafsir 2019 sesi 15(37)nota 12(260)

adalah penda'wah, penyampai ajaran Allah kepada manusia (مبلغ), baik صالح dan mereka adalah orang-orang yang beramal dengan ajaran yang dibawanya dalam keadaan paling sempurna.

Dan sudah menjadi sunnatullah bahawa Allah memberi ganjaran kepada manusia sesuai dengan iman
dan amalannya (Ayat: 80, 110, 121,131).

As-Saffat 37:80
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ 
Sungguh, demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

As-Saffat 37:110
كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ 
Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

As-Saffat 37:121
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ 
Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

As-Saffat 37:131
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ 
Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.


7. Perkataan ٱلْمُؤْمِنِينَ digunakan sebanyak 4 kali di dalam surah ini.
Ia menunjukkan para nabi adalah orang-orang yang sempurna imannya, mereka tidak menyengutukan
Allah dengan sesuatu yang lain, mereka adalah hamba-hamba Allah yang taat dan kuat beribadat.

Setelah menyebutkan nama-nama Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Harun dan Ilyas, Allah berfirman berkenaan dengan mereka إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ    (Ayat: 81, 111, 122 dan 132).

As-Saffat 37:81
إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Sungguh, dia termasuk di antara hamba-hamba Kami yang beriman.

As-Saffat 37:111
إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Sungguh, dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.

As-Saffat 37:122
إِنَّهُمَا مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Sungguh, keduanya termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.

As-Saffat 37:122
إِنَّهُمَا مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Sungguh, keduanya termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.

As-Saffat 37:132
إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Sungguh, dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.

8. Di dalam surah ini perkataan  سَلَٰمٌ digunakan sebanyak 5 kali. Ia mengisyaratkan kepada keselamatan para rasul dan kebinasaan penentang-penentang mereka. Setelah
menyebutkan nama 5 orang nabi, mereka dihargai dan disanjung tinggi, usaha mereka dan sekalian para
rasul untuk menyebarkan da'wah tauhid dihargai dengan ucapan salam untuk mereka.
(a) (Ayat: 79).
(b) (AyaI 109).
(c) (Ayat 120).
(d) (Ayat: 130).
(e) (Ayat 181).

As-Saffat 37:79
سَلَٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ فِى ٱلْعَٰلَمِينَ 
”Kesejahteraan (Kami limpahkan) atas Nuh di seluruh alam.”

As-Saffat 37:109
سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِبْرَٰهِيمَ 
”Selamat sejahtera bagi Ibrahim.”

As-Saffat 37:120
سَلَٰمٌ عَلَىٰ مُوسَىٰ وَهَٰرُونَ 
”Selamat sejahtera bagi Musa dan Harun.”

As-Saffat 37:130
سَلَٰمٌ عَلَىٰٓ إِلْ يَاسِينَ 
”Selamat sejahtera bagi Ilyas.”

As-Saffat 37:181
وَسَلَٰمٌ عَلَى ٱلْمُرْسَلِينَ 
Dan selamat sejahtera bagi para rasul.


260

Tiada ulasan:

Catat Ulasan