Halaman

Rabu, Disember 23, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 153

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 153

Imannya denganturunnya surah ini. Kerana bagi oarang-orang yang beriman surah ini menambahkan lagi iman (at taubah:124)⁹⁸.(Golongan munafik berkata): Takutlah  kepada pasukantentera kuffar Quraisy. Sesungguhnya kata2 itu
___________________________________________________________
Bermaksud: Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung.Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam ugama mereka Oleh dakwaan- dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan. (Aali 'Imraan: 24). 

Bagi mereka dengan hanya menjadi bangsa Yahudi sahaja sudah memadai untuk mereka terlepas daripada seksaan Tuhan. Sebaliknya ajaran Islam yang lebih praktikal tidak pernah mengajar umatnya untuk meninggalkan amalan-amalan ketaaatan terutamanya amalan-amalan yang berkaitan dengan kemaslahatan sesama manusia. Fahaman golongan Murji'ah yang memandang remeh terhadap penghayatan amalan-amalan ketaatan dan sikap menjauhkan diri daripada amalan kemashiatan ini adalah terpesong jauh daripada ajaran Islam yang suci. Kerana menurut 'ulama' Ahli as-Sunnah Wa al-Jamaah, sesetengah amalan, sebagai contohnya melakonkan watak orang kafir dengan melakukan aksi menyembah berhala, boleh menyebabkan iman seseorang terbatal. Melalui ayat-ayat di atas juga, Imam Bukhari menganggap maksud perkataan Islam, petunjuk, taqwa, kebajikan dan seumpamanya adalah sama pada hakikatnya. Kesemuanya haruslah bertunjangkan iman. Menurut beliau lagi, kesemua perkataan tadi boleh dimaksudkan dengan iman. Jadi maksud ayat, "Kami tambah kepada mereka pertunjuk", adalah sama ma' nanya dengan, "Kami tambah kepada mereka Iman.

⁹³ Pertambahan iman yang dimaksudkan di dalam ayat ini menurut tafsiran Imam Abu Hanifah ialah pertambahan iman para sahabat yang menerima sesuatu hukum atau perintah Allah yang sebelum itu hanya wujud dalam bentuk tulisan dan bacaan ayat-ayat al-Qur'an sahaja, tetapi belum ditetapkan lagi kewajipan pelaksanaannya. Dalam erti kata yang lain, iman mereka tentang sesuatu hukum syarat itu sudah wujud semenjak ianya disebutkan di dalam al-Qur'an, lalu bertambah selepas mereka menunaikannya sebaik sahaja ia difardhukan. Contohnya ayat-ayat tentang pelaksanaan ibadah Haji, kerana kewajipan menunaikannya hanya diwartakan di penghujung hayat Baginda. Pertambahan dan kekurangan yang sama juga berlaku kepada kekufuran orang-orang kafir, kerana kekufuran mereka juga semakin bertambah setelah turunnya surah yang dimaksudkan. Dalam menjelaskannya Allah s.w.t. berfirman di dalam surah yang sama di dalam ayat selepasnya, iaitu;

At-Taubah 9:125
وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَىٰ رِجْسِهِمْ وَمَاتُوا۟ وَهُمْ كَٰفِرُونَ 
Bermaksud: Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) di dalam hati mereka, maka surah Al-Qur'an itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang telah sedia ada pada mereka; dan mereka mati dalam keadaan kafir. (at-Taubah:125).

Jadi keimanan para sahabat yang belum sempat menunaikan rukun Islam yang ke lima ini kerana telah meninggal dunia lebih awal daripada tempoh pewartaan kefardhuannya, dikira sebagai iman Mujmal iaitu iman secara kasar atau borong. Namun iman secara Mujmal seperti itu hanya berlaku di zaman Nabi s.a.w. sahaja, lantaran pada ketika itu proses penetapan hukum-hukum syariat masih belum selesai.

153

Tiada ulasan:

Catat Ulasan