Sabtu, Mei 15, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)295

Tafsir asas quran nota 9(302)295

berada di dalam laut yang surut aimya, tiba-tiba saja air pasang berlaku. Itulah yang menyebabkan Fir'aun dan bala tenteranya tenggelam dan mati lemas.

Paling tinggi pun bolehlah dikatakan Nabi Musa a.s. sebenarnya adalah seorang yang hebat dalam ilmu falak dan hai'at. Baginda telah mengetahui berdasarkan ilmunya bahawa pada  waktu-waktu tertentu untuk beberapa ketika air laut menjadi surut, Dan pada ketika-ketika tertentu pula air pasang berlaku. Apa yang dilakukan oleh Baginda a.s. ialah membawa para pengikutnya menyeberangi laut tepat pada ketika air surut. Dan dalam jangka masa tertentu pula ia akan pasang. Seolah-olahnya Nabi Musa a.s. dengan bertindak begitu selain menyelamatkan diri dan pengikut-pengikutnya, Baginda juga sebenarnya memerangkap Firaun dan bala tenteranya dengan air pasang yang secara naturalnya akan berlaku beberapa ketika selepas selesainya fenomena air surut.

Bagi Sir Syed Ahmad Khan, segala-galanya telah berlaku secara natural. la sama sekali bukan sebagai mu'jizat. Kerana itulah Sir Syed Ahmad Khan dan orang-orang yang berpendapat demikian dipanggil sebagai golongan naturalis.

Tafsiran yang dibuat oleh Sir Syed Ahmad Khan itu sesungguhnya telah terpesonng jauh daripada kehendak firman Allah yang sebenarnya. Tafsirannya melanggar terus qaedah bahasa Arab yang sepatutnya dipatuhi. Bagaimana boleh beliau mentafsirkan firman Allah: أن اضرب بعصاك البحر dengan "Pergilah ke laut itu dengan membawa tongkatmu"? Padahal siapa pun yang mengerti bahasa 'Arab tidak akan menterjemahkan  اضرب di situ dengan erti pergilah.

Soalannya ialah kenapakah seorang cendikiawan seperti Sir Syed Ahmad Khan menterjemahkan begitu pula? 
Jawabnya ialah kerana perkataan   ضرب di dalam bahasa 'Arab adakalanya dipakai dengan erti pergi atau berjalan. Perkataan pada pula dipakainya sebagai yang memberi makna    تعدية . la tidak dipakai beliau sebagai yang memberi erti Itulah ta'wilannya.

Apakah maksudnya di sebalik ta'wilan itu? Jawabnya ialah supaya tidak kelihatan tongkat Musa itu sebagai mu'jizatnya. Sedangkan ia bercanggah dengan tafsiran yang disepakati para 'ulama' dari zaman Salaf hingga ke zaman kita sekarang. Semua orang lain menterjemahkan firman Allah itu dengan: "Pukullah  laut itu dengan tongkatmu." Anda mungkin tertanya-tanya, kenapa pula semua orang menterjemahkan begitu? Tak bolehkah mereka menerima terjemahan yang dikemukakan oleh Sir SyedO Ahmad Khan itu? Apa salahnya kalau kita bertolak ansur dengannya?!

295


Tiada ulasan:

Catat Ulasan