Halaman

Khamis, Julai 15, 2021

Daurah tafsir 2016 sesi 012 fatihah 1-7s

Daurah tafsir 2016 sesi 012 fatihah 1-7s

Al fatihahالفاتحة (pembukaan)
Ayat 1بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Ayat 2الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Isyarat kepada setengah dari Al-Quran.

Ayat 3 الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Ayat 4مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

Ayat 5إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Ayat 6اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Ayat 7صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

-Al fatihah adalah kesimpulan kepada 30 juzuk al quran.
penjelasannya dalam surah selepasnya.
-nama lain alfatihah adalah Ibu atau induk bagi Quran
-lagi nama alfatihah ,taklimun masalah  mengajar memohon ajar cara meminta iaitu taklimumasalah 
-Perbuatan meminta dengan Allah adalah sangat2 disukai olehNya.Dan sebaliknya tidak meminta akan dimurkaiNya.


-Pembahagian Ketuhanan ada 4
-Pertama  الْحَمْدُ لِلهSegala puji tertentu bagi Allah.
Penjelasa  الْحَمْدُ لِله berada   dari Surah Fatihah  sampai ke surah maidah,
-Alhamdu الْحَمْدُ aliflam bukan istiroki(segala puji atau kesemua)yang ramai orang terjemah.
-alif lam istiroki adalah darjat yg ke2atau ke3.
-jika kata segala puji ,bagaimana dengan pujian sesama kita.ini perbahasan nahu.
-Sebenarnya aliflam ini untuk  الْحَمْدُ.tapi orang Arab dah selalu guna pada tokwali ,nabi,malaikat atau lain dr Allah.
-Lafaz telah ditukar kepada selain dari allah
Jadi Allah ajar Kena tukar penggunaannya.pujian syirik itu adalah hanya kepada Allah.
-Hanya perbicaraan Al-Quran jenis aqidah yg membincangkan Alif lam lil ahdi.
Lillah hanya untuk Allah shj.
Lafaz  الْحَمْدُ hanya untuk ibadah shj

*catitan
jenis2 alif lam(ال) ada 12
-kitab mizan nulik tidal fi asma ilrijal.
1.Alif lam iwad iaitu alif lam ganti.ada perkataan lain yang dibuang, jadi ganti kepada yang dibuang itu
Contoh kitab tu jadi al mizan.
Contoh lagi qola hafiz ul fat,  jadi  al bari yang yang dibuang.
Ini penting bila baca kitab arab.
Ini perkara sukar
Contohلَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
Bukanlah kekayaan itu karena banyaknya harta, akan tetapi kaya sejati itu adalah kaya hati."
-perkataan sejati diambil dari alif lam pada perkataan الْغِنَى
Ini nama alif lam hakikat bukan alif lam iwad.
Macam mana dapat  ditentukan alif lam disini  begini?. Ini adalah kemahiran berbahasa.
Contoh اطلُبُوا العِلْمَ ولو بالصينِ
Maksudnya : “Carilah (tuntutlah) ilmu walaupun ke negara Cina”.
 -alif lam di العِلْمَ ini alif lam apa?
Ini alif lam lil ahdi.
-ilmu atau اْلعِلْمْ ini adalah ilmu yang nabi saw bawa, bukan ilmu lain atau semua ilmu. 
Contoh lagiطَلَبُ اْلعِلْمْ فَرِثْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
"Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap individu muslim."
- alif lam itu mesti ditentukan.
Dan mesti tahu juga apa yang dibuang.
Yang dibuang boleh jadi مضاف atau   مضاف الية atau موصل atau lain-lain...ini penguasaan bahasa.


-ke2 Yang memelihara رَبِّ الْعَالَمِينَ
- yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
-penjelasannya dari surah al anam sehingga surah isra
-Dia lah maha memelihara semua makhluk,lebih lagi manusia dan jin.
-Bila sebut memelihara ,adalah nak didik hamba kenang jasa Allah.
-Ibubapa juga memelihara begitu juga sesiapa yang melakukan tugas memelihara dengan penuh penjagaan.
-Jasa  ibu tidak boleh dibalas.Jadi Tuhan nak bagi tau ,Allah lebih berjasa dari ibubapa sebab رَبِّ الْعَالَمِينَ. Kasihsayang dan susu adalah tuhan yang buat. 
-Masa  ibu tidur siapa yg jaga? Allah jaga sentiasa.
-Jadi jasa Allah lebih dari jasa ibu bapa.


Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani  الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
-Huraian nya dalam 7 juz .
-Pemurah Meliputi dunia  dan akhirat.
-Allah sanggup tengok orang dia kasih hidup dalam  susah,ini rahman الرَّحْمَٰنِ
-manakala الرَّحِيمِ hanya diakhirat 
-Seperti diberi rasa minta maaf dari Allah akan lebih dizahirkan  diakhirat nanti.

-Ke 3 Allah lah mengurus dan mentadbir ,yang berkuasa penuh.
-Dan huraiannya dari Alkahfi hingga surah al ahzab

ke 4 Yang berkuasa hari pembalasanمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
-Allahlah Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan iaitu hari Akhirat.
-dunia ni ada banyak yang berkuasa.
-Hamba jika fahamtentang kekuasaan Allah tidak akan menderhakai allah
-Penjelasannya dari surah Saba  hingga  surah an Nas
-Fatihah adalah isyarat
-Disegi ketuhanan Allahlah yg menguasai hari pembalasan.
-Akhirat lebih penting untuk mendapatkan tempat yg lebih selamat kerana kehidupan yg tiada penghujung.


Ayat 2 الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam).
-kaitan Nabi Musa dan firaun yang mashyur.
-ada batil maka adalah yang hak.
-sebut Al khaliq adalah bermakna pencipta.
-alif lam lil ahdi perkara yang sudah diketahui 
Contoh  ذَهَبْتُ إِلى المَدْرَسَة(saya pergi sekolah)
Dan sekolah ada begitu begini...dan lepas itu dia akan royat semula tentang sekolah, dia kata وَتِلْكَ المَدْرَسْة (sekolah itu)...sudah maklum sekolah itu.
-alif lam lain  adalah alif lam istiroki dan alif lam jimsiyyah.
-alif lam istiroki adalah  bermakna kesemua
-penggunaan alif lam istiroki hanya setelah lil ahdi tidak boleh dipakai.
-jadi bila kata segala puji bagi Allah mesti ada jawapan.
-Jadi الْحَمْدُ yang  alif lam lil ahdi ini orang arab Quraisy Mekah sudah guna untuk berhala2 mereka.
Sedang lafaz الْحَمْدُ hanya untuk Allah sebagaimana asal dizaman Nabi Ibrahim dulu.
Jadi bila alif lam lil ahdi terjemah الْحَمْدُ لِلَّهِ iaitu Pujian itu hanya bagi Allah.
Jika alif lam istiroki, terjemah الْحَمْدُ لِلَّهِ jadi segala puji bagi Allah.
-tiadalah boleh soal jawab lagi.
-jadi terjemahan banyak yang terjemah segala puji.
- perkataan الْحَمْدُ hanya boleh untuk Allah.


Yang memelihara رَبِّ الْعَالَمِينَ
-nak didik hamba mengenang jasa Allah.
-orang lain ,ibu bapa atau manusia bagaimana yang memelihara?
-ibubapa yang sayang anak tidak akan mahu orang lain jaga anak dia.
-pelihara adalah jasa yang sangat besar.
-anak tak boleh  durhaka sebab jasa.
-sebab itu, tiada agama boleh terima durhaka terhadap ibubapa yang begitu berjaya memelihara.
-maka Allah lebih memelihara manusia kerana Allah yang campak kan rasa kasihsayang kepada ibubapa,Allah yang menjadikan susu pada ibu.bahkan ketika ibu tidur, Allah lah yang menjaga.
- dalam hal  pemeliharaan ada 2 perkara iaitu  تَخْلِية  dan تَحْلِيه
-Takhliayah تَخْلِية mengosongkan dari bahaya &
tahliyah تَحْلِيه menghiasi dengan kebaikan.
- Allah jaga baik dari segi jasmani  juga dari segi  rohani.
-dari segi jasmani ,Allah bagi akal pada kita , boleh tahu dan faham baik buruk .
- dari segi rohani supaya kira selamat ,Allah turunkan Alquran.
- Allah juga adakan malaikat untuk jauhkan syaitan pada majlis pembelajaraan agama atau lain tempat bila ingat Allah, yaitu  Allah adakan benteng supaya manusia hidup di dunia boleh ikut syariat dengan syaitan tidak boleh menganggunya.
-juga turunkan Nabi saw untuk ajar alquran pada manusia.
-sahabat2 yang telah berjaya di didik oleh  nabi saw

Ayat 3 
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
-Rubiyyah Allah sangat nampak dari bayi kepada sesaorang itu matang.
-semua urusan beres, Allah bagi tahu Allah yang urus sehingga ke akhirat 
-Maha murah الرَّحْمَٰنِ meliputi dunia akhirat, semua orang dapat tak kira jenis namrud atau firaun atau orang taat.
Juga Allah termasuk  الرَّحْمَٰنِ ,  Dia biarkan orang yang Dia kasih, hidup susah di dunia. Dalilnya  atau buktinya adalah  Nabi saw.
Manusia yang paling dikasihi oleh Allah yang paling susah adalah Nabi saw. (Nabi saw susah kerana Allah ).
-manakala الرَّحِيمِ akan zahir diakhirat.
Sifat  الرَّحِيمِ yang bagi taufik untuk bertaubat atau apa-apa perkarapun  yang menyebabkan manusia tidak disiksa diakhirat adalah الرَّحِيمِ.
-huraiannya dari surah kahfi hingga surah ahzab

Ayat 4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
-hanya quran dan hadits yang bagi tau tentang akhirat.
- Allah bagi tau tempat yang manusia tidak pernah pergi dan  akan duduk lama nanti.
-sesiapa yang ikhtiar taat didalm dunia dia akan selamat.
-ini dari surah Saba  hingga surah An anas


Tiada ulasan:

Catat Ulasan