Ahad, Julai 18, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)349

Tafsir asas quran nota 9(302)349

Energi yang dipancarkan dari satu semburan yang dapat dikesan baru-baru ini telah dihitung iaitu setara dengan 100 juta kali bom atom yang pernah dijatuhkan di Hiroshima. Lima puluh lapan jam setelah ledakan, diamati bahawa jarum magnet pada kompas menunjukkan pergerakan yang tidak biasa, dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi. suhu tiba-tiba meningkat hingga 2,500 darjah Celsius.

Kesimpulannya, sebuah sistem sempurna berkerja di atas bumi. la menyelimuti dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar. Para saintis mempelajari tentang hal itu hanya baru-baru ini. Tetapi berabad-abad lalu Allah telah pun memberi tahu kita dalam al-Qur'an tentang atmosfera bumi yang berfungsi sebagai perisai.

(5) Firman Allah berkenaan dengan langit yang
mengembalikan:

Ayat ke-11 Surat at-Thaariq dalam al-Qur'an merujuk kepada fungsi "mengembalikan" yang dimiliki langit:

At-Tariq 86:11
وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلرَّجْعِ 
"Demi langit yang mempunyai sistem kitaran dan pusingannya." (Ath-Thaariq: 11 ).

"Sistem kitaran" dalam terjemahan al-Qur'an, juga bererti "mengirimkan kembali" atau "mengembalikan".

Sebagaimana diketahui, atmosfera yang melapisi bumi terdiri dari banyak lapisan. Masing-masing lapisan mempunyai fungsi penting demi kelangsungan hidup penyelidikan telah mengungkapkan bahawa lapisan-lapisan ini mempunyai fungsi mengembalikan material atau sinar yang mengenainya ke ruang angkasa atau kembali ke bumi.

 Sekarang, mari kita kaji dengan beberapa contoh fungsi "pengembalian" dari lapisan yang melingkari bumi.

Troposfera, 13-15 kilometer di atas bumi, memungkinkan wap air naik dari permukaan bumi untuk dikondensasikan dan dikembalikan ke bumi sebagai hujan.

Lapisan Ozon, pada ketinggian 25 kilometer, mengembalikan sinar kosmik dan sinar ultraviolet yang berbahaya ke angkasa.

Ionosfera memantulkan siaran gelombang radio dari bumi kembali ke pelbagai tempat lain di bumi, menyerupai satelit komunikasi pasif, dan dengan demikian memungkinkan komnnikasi tanpa kabel. siaran radio dan televisyen jarak jauh.

Lapisan magnetosfera memantulk'an bahan radioaktif berbahaya yang dipancarkan matahari dan bintang lain kembali ke ruang angkasa sebelum menjangkau bumi.

349

Tiada ulasan:

Catat Ulasan