Tafsir asas quran nota 9(302)350
Fakta sifat atmosfera yang baru diketahui belum lama ini telah diumumkan berabad-abad lalu dalam al-Quran, sekali lagi menunjukkan bahasa al-Quran adalah firman Allah s.w.t.
(6) Firman Allah berkenaan dengan Lapisan Atmosfera.
Satu fakta tentang alam semesta yang diungkap dalam ayat-ayat al-Quran adalah bahawa langit terdiri dari tujuh lapisan:
Al-Baqarah 2:29
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ لَكُم مَّا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ ٱسْتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبْعَ سَمَٰوَٰتٍۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikanma tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Baqarah: 29).
Kata "langit" yang muncul dalam banyak ayat al-Quran digunakan untuk merujuk kepada langit di atas bumi, di samping keseluruhan alam semesta. Mengingat erti kata ini, terlihat bahawa langit bumi, atau atmosfera, terdiri dari tujuh lapisan.
Memang sa'at ini diketahui bahawa atmosfera bumi terdiri dari lapisan-lapisan yang berbeda yang letaknya saling bertumpukan. Lebih jauh, langit terdiri dari tujuh lapisan sebagaimana yang digambarkan al-Quran. Dalam sebuah sumber ilmiah, hal ini dihuraikan seperti berikut:
Ilmuwan telah menemukan bahawa atmosfera terdiri dari beberapa lapisan... Setiap lapisan memiliki sifat fizik berbeda seperti tekanan dan jenis gas. Lapisan atmosfera terdekat dengan bumi disebut TROPOSFERA yang mengandung sekitar 90% massa total atmosfera. Lapisan di atas troposfera disebut STRATOSFERA. LAPISAN OZON adalah bahagian dari stratosfera yang menjadi tempat penyerapan Sinar ultraungu. Lapisan di atas stratosfera disebut MESOSFERA. TERMOSFERA berada di atas mesosfera. Gas terionisasi yang membentuk lapisan di dalam termosfera disebut IONOSFERA. Bahagian terluar atmosfera bumi dimulai dari ketinggian sekitar 480 km hingga 960 km. Bahagian ini disebut EKSOSFERA.
Jika kita menghitung jumlah lapisan yang disebutkan sumber ini. kita lihat bahawa atmosfera terdiri tepat tujuh lapisan, sebagaimana dinyatakan dalam ayat di atas: 1.Troposfera
2.Stratosfera
3.Ozonosfera
350
Tiada ulasan:
Catat Ulasan