Halaman

Selasa, Mei 17, 2022

Sahih bukhari kitab haji sesi 01-12 tajuk

Sahih bukhari kitab haji sesi 01-12 tajuk

Sahih bukhari kitab haji sesi 01tajuk

946.Bab kewajipan haji dan umrah, 
Firman Allah Ali-ali-Imran 3:97
باب وُجُوبِ الْحَجِّ وَفَضْلِهِ: وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حَجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ 
Dan (di antara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, yaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Barangsiapa mengingkari (kewajiban) haji, maka ketahuilah bahwa Allah Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam


947.Bab Allah berfirman (Al-Hajj 22:27-28) 
باب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ(27)مَنَٰفِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا۟(28).{فِجَاجًا} الطُّرُقُ الْوَاسِعَة
niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, atau mengendarai setiap unta yang kurus, mereka datang dari segenap penjuru yang jauh(27)Agar mereka menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka(28)
{dalam ayat Al-Anbiya 21,31 & Nuh 71:20 sebut فِجَاجًا menjelas makna فَجٍّ} jalan2 yang luas,


Sahih bukhari kitab haji sesi 02tajuk

950. Miqat-miqat haji 
951. Firman Allah Al-Baqarah 2:197...Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa…"
952. Talbiyah penduduk Makkah untuk haji dan umrah
953. Miqat penduduk Madinah, dan mereka tidak membaca talbiyah sebelum Dzul Hulaifah.
954. Miqat penduduk Syam` telah memberitakan  kepada kami .
955. Miqat penduduk Najd
956. Miqat bagi orang yang ada dalam garis miqat.
957. Miqat penduduk Yaman.
958. Miqat penduduk Irak dari Dzatu Irqin.

961.Bab basuh wangian, yakni air wangi yang berjirim 3kali daripada pakaian.
962. Memakai wewangian sebelum ihram dan apa yang dikenakan jika ingin ihram
باب الطِّيبِ عِنْدَ الإِحْرَامِ وَمَا يَلْبَسُ إِذَا أَرَادَ أَنْ يُحْرِمَ وَيَتَرَجَّلَ وَيَدَّهِنَ: 
وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَشَمُّ الْمُحْرِمُ الرَّيْحَانَ وَيَنْظُرُ فِي الْمِرْآةِ، وَيَتَدَاوَى بِمَا يَأْكُلُ الزَّيْتَ وَالسَّمْنَ. 
وَقَالَ عَطَاءٌ يَتَخَتَّمُ وَيَلْبَسُ الْهِمْيَانَ. وَطَافَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا وَهُوَ مُحْرِمٌ، وَقَدْ حَزَمَ عَلَى بَطْنِهِ بِثَوْبٍ. وَلَمْ تَرَ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا بِالتُّبَّانِ بَأْسًا لِلَّذِينَ يَرْحَلُونَ هَوْدَجَهَا
Memakai wewangian sebelum ihram dan apa yang dikenakan jika ingin ihram .
(Dan sesaorang itu boleh menyisir melumur minyak rambutnya).
Ibnu Abbas berkata, orang muhrim (yakni orang dalam ihram) boleh mencium bauan atau wangian dan dia boleh tengok cermin dan boleh makan sebagai ubat apa yang dia makan minyak sapi (yakni boleh lumur sebagai ubat tiada masalah) . Athok berkata sesorang muhrim itu boleh pakai cincin dan pakai tali pinggang. Ibnu Umar melakukan tawaf padahal ada pada perutnya pengikat sebagai tali pinggang. Aisyah tidak menganggap apa-apa  masalah dalam pakai seluar pendek ketika ihram.
Kata Imam bukhari, dia maksudkan orang mengangkat sekudupnya.


Sahih bukhari kitab haji sesi 03tajuk

963. Mengucapkan talbiyah (orang yang ihlal )dalam  keadaan mentalbitkan (sejenis wangi2an seperti minyak rambut) rambutnya.
964. Talbiyah dari masjid Dzul Hulaifah
965. Pakaian yang tidak boleh dikenakan oleh orang yang ihram
966. Mengendarai dan membonceng kendaraan saat berhaji
967. Pakaian yang dikenakan oleh orang yang ihram.
Bab apa yang boleh muhrim pakai  (dari pakaian-pakaian atau daripada kain-kain dan selimut mereka)  dan kain yang dipakai berupa ridak dan selimut.
Aisyah pakai pakaian yang dicelup usfur ketika mana dia ihram . Dia berkata sesaorang perempuan itu tidak boleh pakai lisar (penutup mulut dan hidung) dan tidak boleh pakai wurkok (yakni purdah) dan tidak boleh pakaian yang dicelup wars juga yang dicelup dengan zatfaran.
Jabir berkata ,saya tidak nampak atau fikir , pakaian yang dicelup muasfar itu sebagai wangian (yakni pakaian yang kena air wangi) .Aisyah berpendapat tidak mengapa  perhiasan kain hitam dan begitu juga kain yang dicelupkan dengan warna bunga ros begitu juga khauf (untuk perempuan).
Ibrahim berkata tidak mengapa sesaorang itu menukar pakaiannya.

968. Orang yang bermalam di Dzul Hulaifah hingga subuh.
969. Mengeraskan suara saat talbiyah
970. Talbiyah

Sahih bukhari kitab haji sesi 04tajuk
971. Tahmid, tasbih dan takbir dengan mengendarai sebelum talbiyah.
972. Membaca talbiyah ketika kendaraan telah berjalan .
973. Membaca talbiyah dengan menghadap kiblat.
974. Membaca talbiyah saat turun memasuki lembah.
975. Bagaimana orang yang haid dan nifas membaca talbiyah.
Bagaimana orang yang haid dan nifas membaca talbiyah
Bercakap atau menuturkannya
Kami nampak anak bulan atau kami masuk dlm bulan baru.
Semuanya dengan makna zuhur atau nyata.
Hujan keluar dari awan.
Dan binatang yg desebut nama Allah selain Allah atau binatang pada ketika disembelih atau  yg disembelih bukan menyebut nama Allah.
Dan dia dari tangisan kanak2 atau budak menangis.
Perempuan haid atau nifas adalah boleh buat haji .
Istihlal adalah  bermaksud budak menangis.
976. Orang yang membaca talbiyah di masa Nabi Shallallahu 'alaihi Wasallam, sebagaimana Nabi Shallallahu 'alaihi Wasallam membaca.(Bab  orang yang ihlal dizaman Nabi saw seperti ihlal Nabi saw).  Katanya Ibnu Umar ra dari Nabi saw.

(Sahih bukhari kitab haji sesi 05tajuk)
977. Bab firman Allah,
Al-Baqarah 2:197.(Musim) haji itu (pada) bulan-bulan yang maklum. Sesiapa yang mewajibkan haji keatas dirinya, maka tidak boleh dia mencampuri isteri(jimak @muqadimah) dan tidak boleh melakukan kejahatan dan  tidak boleh melakukan pertengkaran .
Al-Baqarah 2:189. Katakanlah, Ia adalah waktu untuk manusia dan untuk buat (ibadah) haji.”
Ibnu Umar berkata:Bulan- bulan haji ialah Syawal,Zulqaeda dan 10 Zulhijjah.
Berkata Ibnu Abbas, diantara sunnah Nabi saw , iaitu engkau berihram menunaikan haji bahawa engkau tidak memakai ihram haji kecuali pada bulan-bulan haji.
Usman ra  tidak suka sesaorang berihram dari khurasan atau Karman
978. Bab tamattuk, iqran dan ifrad haji dan fasakh haji bagi orang yang tidak bersamanya hadyu.



Sahih bukhari kitab haji sesi 06tajuk

979. Bab orang mengucapkan talbiyah haji dan menamakannya.

980. Bab Haji tamattu' di zaman Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam 

981.Bab firman Allah ,Albaqarah:196

Demikian itu, bagi orang yang keluarganya tidak ada (tinggal) di sekitar Masjidilharam

982. Bab Mandi saat masuk Makkah.

983. Bab masuk ke Mekah waktu tengahari  atau malam.
Nabi saw berada Dzu Thuwa sehingga pagi kemudian masuk ke Mekah, 
Dan juga Ibnu Umar melakukan itu


984.Bab  Dari mana arah masuk Makkah

985.Bab Dari mana keluar dari Makkah

986.Bab Keutamaan Makkah dan bangunannya



Sahih bukhari kitab haji sesi 07tajuk
987.Bab keutamaan tanah haram.
Allah berfirman An-Naml 27:91,
Aku (Muhammad) hanya diperintahkan menyembah Tuhan negeri ini (Mekah) yang Dia telah menjadikan suci padanya dan segala sesuatu adalah milik-Nya. Dan aku diperintahkan agar aku termasuk orang Muslim,
Allah berfirman, Al-Qasas 28:57 Bukankah Kami telah meneguhkan kedudukan mereka dalam tanah haram (tanah suci) yang aman, yang didatangkan ke tempat itu buah-buahan dari segala macam (tumbuh-tumbuhan) sebagai rezeki (bagimu) dari sisi Kami? Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

988. Bab mewariskan rumah-rumah di Mekah, menjual dan membelinya. Dan orang dalam masjidilharam itu sama sj khusus dalam masjildilharam kerana Al-Hajj 22:25
Sungguh, orang-orang kafir dan yang menghalangi orang-orang dari jalan Allah dan masjid, yang mana Allah swt telah jadikan  itu untuk manusia sebagai tempat ibadat yang aman , jadi sama saja yang duduk disitu atau  datang dari luar. Sesiapa  yang berhasrat melakukan kejahatan, kezaliman,  Kami akan merasakan azab yang pedih.
Yang datang daripada luar, tertahan,


989. Bab tempat singgah semasa ke Mekah (dari Madinah)

990.Bab firman Allah, Ibrahim 14:35-37
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhan, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku agar tidak menyembah berhala(35)
Ya Tuhan, berhala-berhala itu telah menyesatkan banyak dari manusia. Barangsiapa mengikutiku, maka orang itu termasuk golonganku, dan barang-siapa mendurhakaiku, maka Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang(36).
Ya Tuhan, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan (yang demikian itu) agar mereka melaksanakan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur(37).


991. Bab firman Allah, Al-Ma'idah 5:97
Allah telah menjadikan Ka‘bah rumah suci tempat manusia berkumpul. Demikian pula bulan haram, hadyu dan qala'id. Yang demikian itu agar kamu mengetahui, bahwa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahwa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu

Sahih bukhari kitab haji sesi 08tajuk
992. Kiswah (kelambu) Ka'bah
993. Bab penghancuran Kaabah.
Riwayat Aaisyah ,Nabi saw bersabda:Satu tentera akaan menyerang kaabah lalu akan ditenggelamkan tentera itu yakni akan ditelan bumi tentera itu.
994. Bab apa yang disebutkan tentang hajarul aswad.
(dijadikan simbolik atau tempat  tanda penghubungan kasihsayang antara orang-orang dulu seperti Nabi saw dengan kita umatnya yang datang kemudian )
995. Bab tutup pintu Baitullah dan solat dipenjuru mana yang dikehendaki olehnya (Nabi saw) dalam baitillah itu
996. Bab Shalat dalam Ka'bah (khilaf).
997. Bab orang tidak masuk dalam Kaabah.
Ibnu Umar banyak kali pergi haji tapi dia tak masuk ke dalam kaabah.. 
998.Bab باب مَنْ كَبَّرَ فِي نَوَاحِي الْكَعْبَةِ
999. Bagaimana memulai jalan cepat.
1000.Bab istilam hajarul aswad ketika datang ke Mekah dipermulaan tawaf dan sesaorang itu romal tiga kali.
1001. Bab Berjalan cepat (romal) ketika haji dan umrah 
1002. Bab istilam (isyarat mengankat tangan)  rukun dengan kayu(tongkat)
1003. Bab orang yang tidak istilam kecuali di rukun yamaniyan (bucu yang mengadap keYaman)
1004. Bab kucup (atau istilam) hajarul  aswad.
1005. Bab orang yang isyarat kepada rukun apabila setiap kali sampai kesitu 
1006.Bab takbir ketika sampai di rukun(selain isyarat)


Sahih bukhari kitab haji sesi 09tajuk

1007. Bab orang yang  tawaf Baitillah bila datang ke Mekah sebelum dia  balik kerumahnya kemudian dia solat 2 rakaat kemudian dia keluar ke Safar 

1008. Wanita thawaf bersama laki-laki

1009. Berbicara saat thawaf.

1010. Bab sesaorang itu tengok tali yang tidak eluk pada masa tawaf ,dia boleh potong (boleh membetulkan dengan perkataan atau perbuatan)

1011. Bab Tidak boleh thawaf di Ka'bah dengan telanjang dan orang musyrik tidak boleh buat haji.

1012.Bab orang yang berhenti semasa tawaf.
(Apakah hukumnya).
Atok berkata berhubung dengan orang yang tawaf lalu terus orang iqamat untuk solat atau tertolak dari tempatnya(atau mataf) kerana sesuatu sebab , maka bila bila dia bagi salam,  dia kena balik ketempat dia diputuskan tadi lalu dia bina atau sambung balik.
Dan disebutkan seperti ini juga daripada Ibnu Umar.
Abdul Rahman bin Abi Bakr pun ada juga kata begini.

1013. Bab tawaf  Nabi saw dan solatnya untuk 7 keliling dia, 2 rakaat, yakni solat sunat tawaf.
Nafi berkata setiap 7  kali tawaf, 2 rakaat.
Ismail berkata, Aku berkata kepad Zuhri, Athok berkata, Solat ferdu itu memadai, tidak perlu lagi buat 2 rakaat tawaf , sudah masuk dalam tu. Kata Zuhdi, sunnah nabi tidak tawaf 7 kali  sama sekali melainkan dia solat 2 rakaat selepasnya.

1014. Bab sesaorang yang tidak menghampiri Kaabah dan tidak tawaf sehingga dia keluar ke Arafah dan balik selepas dari tawaf yang pertama itu(baru dikerjakan tawaf)

1015. Bab sesiapa solat 2 rakaat tawaf diluar daripada masjid.Dan Saidina Umar solat diluar daripada tanah haram.
 
1016. Bab solat 2 rakaat di belakang maqam.
(Ini yang afdal, diluar itu pula harus)
 
1017. Bab tawaf selepas subuh dan asar.
Sesungguhnya Ibnu Umar ra solat tawaf  ketika belum keluar matahari lagi dan Umar tawaf sebelum solat subuh , lalu dia naik kenderaan nya sehingga dia solat tawaf itu di Ziltuwa.(diluar tanah haram)

1018. Bab orang sakit tawaf dalam keadaan berkenderaan.
1019. Memberi minum (terutama minum, boleh lain-lain kemudahan)jamaah haji
1020.Bab hadits tentang  zamzam


Sahih bukhari kitab haji sesi 10tajuk
1021. Bab Thawaf bagi orang yang melakukan haji qiran
 
1022. Bab tawaf (kena) dalam keadaan berwuduk .
 
1023. Bab Wajibnya sai antara Shafa dan Marwa, dan Allah menjadikannya termasuk dari syiar-syiar Nya

1024. Bab mengenai sai Safar dan Marwah
Ibnu Umar berkata, sai itu drp Dar Bani Abad kepada Bani Zuqoqi  (زُقَاقِ) Bani Abi Husain

1025. Bab wanita haid  mengqadak   menasik haji semuanya kecuali tawaf di Baitillah.Dan apabila sai dengan  tiada wuduk antara Safar dan Marwah.

1026.Bab ihlal daripada Batha'
Dan lainnya(bukan penduduk Mekah) dan orang (ihlal)haji dia (ketika )keluar ke Mina.
Dan bertanya Atho', tentang orang yg duduk diMekah, Adakah dia talbiyah haji?
Berkata Ibnu Umar talbiyah pada hari tarwiyah bila doa selesai solat zohor dan diatas kenderaan dia.
Kata Abdul Malik dari Atho' dari Jabir ,kami datang bersama Nabi , kami buka ihram kami sehinggalah hari tarwiyah . Dan kami jadikan Mekah dibelakang kami yakni meninggalkan Mekah dan kamipun talbiyah haji.
Dan talbiyah daripada Batha'.
Dan berkata Ubaid Ibnu Juraid paman Ibnu Umar, saya lihat ketika berada diMekah orang ihlal dah bila nampak anak bulan tu tetapi  engkau tak ihlal lagi sehingga hari tarwiyah.
Kata Ibnu Umar saya tidak tengok nabi ihlal kecuali bila kenderaan dia tu bangun bawa dia, bermakna bila nak pergi hari tarwiyah baru dia ihlal atau talbiyah.


Sahih bukhari kitab haji sesi 11tajuk

1027. Bab dimana sesaorang solat zuhur pada hari tarwiyah.
1028. Bab solat diMina.
1029.Bab Puasa pada hari Arafah
1030.Bab talbiyah dan takbir bila dia  berangkat dari Mina ke Arafah(berselang- seli))
1031.Bab bersegera berangkat sebelum gelincir matahari pada hari Arafah.
1032. Bab Wukuf diatas bintang (dengan berkendaraan) di Arafah
1033.Bab jamak diantara solat( 2 solat) di Arafah.
Ibnu Umar ra bila dia terlepas solat bersama imam,dia menghimpunkan yakni jamak 2 solat
1034.Bab  Meringkas khutbah di Arafah 

Bab bersegera ke Maukif(Arafah).(Tajuk shj tiada hadis)

1036.Bab wukuf di Arafah.
1037. Bab berjalan (laju)dari Arafah (ke Muzdalifah).
1038. Bab nuzul(tinggal sementara) antara Arafah dan Jam'in (Muzdalifah)
1039. Bab Nabi suruh berangkat dengan tenang dari Arafah dan mengisyaratkan kepada mereka dengan cemetinya supaya orang berjalan dengan tenang dan tidak riuh
1040. Bab menjama' dua solat di Muzdalifah.
1041. Bab orang yang menjamakan antara dua solat dan dia tidak tatawuk (yakni tak buat sunat).
1042. Bab Orang yang azan dan iqamat untuk tiap- tiap daripada dua solat asing-asing.(magrib dan isyak)


Sahih bukhari kitab haji sesi 12tajuk.
1043. Bab Sesaorang yang mendahulukan keluarganya yang lemah di waktu malam dan  mereka duduk di Muzdalifah dan berdoa disitu dan dia menghantar dulu tu bila hilang bulan.
1044.Bab sesaorang yang solat fajar di Muzdalifah.
1045. Bab bila sesaorang itu berangkat dari jam'in (Muzdalifah).
1046.Bab Talbiyah, takbir di pagi hari pada hari nahr pada 10 Zulhijjah pada ketika melempar jumrah dan mengendung (membonceng) dalam perjalanan.

1047. Bab siapa yang menikmati  umrah sampai kepada  haji, maka hendaklah dia mengorbankan binatang  yg termudah (yg boleh didapati dengan mudah) firman Allah.(Al-Baqarah 2:196,Apabila kamu dalam keadaan aman, maka barangsiapa mengerjakan umrah sebelum haji, dia (wajib menyembelih) hadyu yang mudah didapat. Tetapi jika dia tidak mendapatkannya, maka dia (wajib) berpuasa tiga hari dalam (musim) haji dan tujuh (hari) setelah kamu kembali. Itu seluruhnya sepuluh (hari). Demikian itu, bagi orang yang keluarganya tidak ada (tinggal) di sekitar Masjidilharam)

1048.Bab naik unta,firman Allah Al-Hajj 22:36
Unta2 itu kami jadikannya untuk kamu  sebagai syiar Allah yakni tanda2 kebesaran Allah bg kamu .Bagi kamu padanya itu ada kebaikan.Maka sebutkanlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan dia berdiri atas 3  kaki.
Dan bila  dia rebah yakni lepas sembelih tu rebah (matilah), makanlah sebahagian daripadanya
Mujahid berkata kenapa  dinamakan  Al bud'ni.
Ini di sebabkan berbadan besar.
Dan yang  meminta dan yang memerlukan
Dan berilah makan kepadanya
Yakni yg memerlukan unta itu samada yg kaya atau miskin.
Yakni membesarkan bud'ai dan comelkan atau elukan dia.
(Macamana?)Dengan Bagi makan molek2, baru besar.
Tidak diterima yg cacat atau tak eluk.
Dan Atiq(Apa makna atiq?),yakni bebasnya rumah itu daripada pemerintah-pemerintah yg zalim .Dan  gugur ke tanah dan matahari jatuh.

1049. Bab orang yang membawa unta dari rumahnya lagi.
1050. Bab orang yang membeli hadyu di dalam perjalanan.
....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan