Usul dirayah hadis 0081(1-6) 21/5/22(usul 48)
Usul dirayah hadis 0081(1) 21/5/22(usul 48)
Usul (48) Hadits-hadits yang mencela dan menghina sesuatu pekerjaan atau usaha-usaha mencari rezeki dan profesion tertentu semuanya maudhu`. Begitu juga dengan
hadits-hadits yang menghina tukang-tukang atau orang-orang yang melakukan sesuatu pekerjaan sebagai profesionnya seperti guru, tukang jahit, peniaga, petani dan lain-lain.
Hadits-hadits yang akan dikemukakan di bawah ini adalah sebahagian daripada contohnya:
Contoh Pertama:
شرار الناس التجار والزراع
Bermaksud: Manusia yang paling jahat ialah peniaga- peniaga dan petani-petani.
Rujukan:
Al-Jauzaqāni – al-Abāthīl Wa al-Manākīr j.2 m/s 155, as-Suyūthi - al-La’āli’ al-Mashnū`ah j.2 m/s 120,
Ibnu `Arrāq – Tanzīh asy-Syari`ah al-Marfū`ah j.2 m/s 191,
Muhammad Thāhir bin `Ali al-Hindi al-Fattani – Tadzkiratu al-Maudhū`at m/s 136.
Dari Selangor baca
Komentar:
(1) Hadits ini terdapat di dlm kitab al-Abāthīl Wa al-Manākīr karangan al-Jauzaqāni.
Di bawah ini diperturunkan sanad dan matan hadits sebagaimana dikemukakan oleh beliau di dlm kitabnya itu:
أخبرنا.....والزراع
(2) Setlh mengemukakannya al-Jauzaqāni berkata, “Ini adalah hadits bathil (karut). Di dlm isnadnya terdapat bukan seorg perawi majhūl.
(3) Kalau al-Jauzaqāni meriwayatkan hadits itu dpd Anas, maka Ibnu `Adi dan Abu Nu`aim pula meriwayatkan hadits yg lebih kurang mafhumnya dpd Ibnu `Abbaas. Di dlm sanad Ibnu `Adi terdapat perawi matrūk, di dlm sanad Abu Nu`aim pula terdapat perawi majhūl.
1
Usul dirayah hadis 0081(2) 21/5/22(usul 48)
(4) Hadits contoh pertama itu bercanggah dan bertentangan dgn sekian banyak hadits sahih yg menyebut pekerjaan bertani, berladang dan berniaga sebagai pekerjaan atau usaha mencari rezeki yg terbaik. Apabila nabi s.a.w. ditanya ttg pekerjaan yg paling baik dan paling utama, baginda bersabda:
عمل الرجل بيده وكل بيع مبرور
Bermaksud: Pekerjaan sso menggunakan tangannya dan segala bentuk jual beli (perniagaan) yg halal.
(Hadits riwayat Ahmad, at-Thabaraani, al-Haakim, al-Baihaqi, al-Bazzaar, Ibnu Abi Syaibah dll).
Hadits ini tlh diriwayatkan bukan oleh seorg dua sahabat, malah ia diriwayatkan oleh beberapa org dari kalangan mereka. Antaranya ialah Rāfi` bin Khadīj, Barā’ bin `Aazib,
Ibnu `Umar dan Abi Burdah bin Niyār.
Ia dikemukakan oleh pengarang-pengarang kitab-kitab hadits yg terkenal spt Ahmad, at-Thabaraani, al-Haakim, al-Baihaqi, al-Bazzaar, Ibnu Abi Syaibah dll.
`Aaishah pula meriwayatkan bahawa nabi s.a.w. bersabda:
أن أطيب أكل الرجل من كسبه وأن ولد الرجل من كسبه
Bermaksud: Sesungguhnya apa yg paling baik dimakan oleh sso ialah dpd hasil usahanya. Dan (hasil usaha) anak sso juga dpd hasil usahanya.
(Hadits Riwayat Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibnu Majah, an-Nasā’i, `Abdur Razzaaq dll).
Usaha yg tersebut di dlm hadits ini umum merangkumi segala usaha mencari rezeki, termasuk bertani, berladang, bertukang dan berniaga. Hasil dpd usaha dan pekerjaan yg
dilakukan oleh sso dikatakan oleh rasulullah sebagai yg terbaik utk dimakan. Maka bagaimana pula org-org yg melakukan pekerjaan dan perusahaan yg mulia dan baik itu akan dikatakan oleh baginda: “Manusia yang paling jahat ialah peniaga-peniaga dan petani-petani.”
Sambung lagi baca
(5) Hadits contoh pertama: “Manusia yang paling jahat ialah peniaga-peniaga dan petani-petani.” Bagaimana boleh dikatakan rasulullah tlh bersabda secara umum begini,
padahal bukankah baginda pernah bersabda:
التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الْأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ
2.
Usul dirayah hadis 0081(3) 21/5/22(usul 48)
Bermaksud: Peniaga yg benar lagi beramanah (akan) bersama para nabi, shiddīqīn dan syuhada’.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi, ad-Daarimi, `Abd bin Humaid, ad-Daaraquthni, at-Thabaraani, al-Haakim, al-Baihaqi dll).
(6) Tdk mungkin org-org yg melakukan pekerjaan yg dilakukan oleh rasulullah s.a.w. sendiri sekian lama dlm kehidupannya, dan diikuti pula oleh para sahabatnya, akan
menjadi seburuk-buruk atau seteruk-teruk manusia! Bukankah rasulullah s.a.w. itu pernah menjadi peniaga juga? Bukankah Abu Bakar, `Umar, `Utsman, `Abdur Rahman bin `Auf dan ramai lagi sahabat baginda yg lain juga merupakan peniaga-peniaga? Ramai dpd mereka bahkan tlh menjadi kaya-raya dgn sebab perniagaan.
(7) Bukankah bertani dan bercucuk tanam itu merupakan pekerjaan sebahagian dpd nabi-nabi dan org-org saleh? Dan bukankah kebanyakan para sahabat nabi s.a.w. dari
kalangan Anshār juga terdiri dpd petani dan peladang? Kalau begitu bagaimana boleh dikatakan secara mutlaq bahawa para petani adalah manusia yg paling jahat?!
(8) Golongan petani dan peladang menyediakan sst yg sangat diperlukan oleh manusia seluruhnya utk kelangsungan hidup. Bukan shj manusia yg mendapat faedah dpdnya. Sekumpulan besar unggas, binatang ternakan, binatang buas, serangga, ulat, cacing dll
binatang melata juga secara langsung atau tdk langsung bergantung hidup dgn tanah-tanah ladang dan tanah-tanah pertanian. Tanah-tanah itulah merupakan habitat
sebahagian besar dpdnya.
Betapa beruntung dan bertuahnya golongan petani dan peladang muslim apabila hasil tanaman mereka yg dimakan oleh manusia, binatang dan beburung juga mendatangkan pahala bersedekah kpdnya. Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ أَوْ بَهِيمَةٌ إِلَّا كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَةٌ
Bermaksud: Tiada seorg pun muslim (org Islam) yg menanam apa-apa pokok atau bertani, lalu apa yg ditanamnya itu dimakan oleh burung, manusia atau binatang, melainkan ia mendapat pahala bersedekah krnnya.
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ahmad dll).
3
Usul dirayah hadis 0081(4) 21/5/22(usul 48)
Adakah org yg dikatakan begitu oleh rasulullah s.a.w. boleh dikatakan manusia yg paling jahat?!
Jabir bin `Abdillah r.a. pula meriwayatkan bahawa Baginda bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا إِلَّا كَانَ مَا أُكِلَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً وَمَا سُرِقَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةٌ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ مِنْهُ فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ وَمَا أَكَلَتْ الطَّيْرُ فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ وَلَا يَرْزَؤُهُ أَحَدٌ إِلَّا كَانَ لَهُ صَدَقَةٌ
Bermaksud: Tiada seorg muslim pun bercucuk tanam melainkan apa yg dimakan dpdnya akan mendatangkan pahala bersedekah kpdnya. Apa yg dicuri dpdnya juga mendatangkan pahala bersedekah kpdnya. Apa yg dimakan oleh binatang buas dan beburung juga mendatangkan pahala bersedekah kpdnya. Tiada siapa pun mengurangkannya atau mengambil dpdnya melainkan akan mendatangkan pahala bersedekah kpdnya.
(Hadits riwayat Muslim dan `Abd bin Ĥumaid).
Adakah org yg mendapat pahala bersedekah krn hasil usahanya diambil dgn apa cara sekalipun dan dimakan oleh sesiapa dan apa binatang sekalipun boleh dikatakan
manusia yg paling jahat?!
Contoh kedua:
لا تشاوروا الحاكة ولا الحجامين ولا المعلمين مإن الله سلبهم عقولهم ومحق أكسابهم
Bermaksud: Jangan kamu bermesyuarat dengan tukang-tukang tenun, tukang-tukang bekam dan guru-guru, krn Allah telah menarik akal mereka dan menghilangkan
keberkatan pekerjaan mereka.
Rujukan:
Ad-Dailami – al-Firdaus Bi Ma’tsūr al-Khithāb j.5 m/s 39, al-Khathīb al-Baghdādi –Tārīkh Baghdād j.12 m/s 124,
Ibnu an-Najjār al-Baghdādi – Dzail Tārīkh Baghdād j.3
m/s 162,
adz-Dzahabi – Mīzān al-I`tidāl j.1 m/s 684,
Naqdu al-Manqūl m/s 86, Hafizh
Ibnu Hajar – Lisān al-Mīzān j.1 m/s 698,
Ibnu `Arrāq – Tanzīh asy-Syarī`ah al-Marfū`ah j.1 m/s 254, asy-Syaukāni -al-Fawā’id al-Majmū`ah m/s 153-154.
Komentar:
Usul dirayah hadis 0081(5) 21/5/22(usul 48)
(1) Ibnu `Arrāq berkata, “Hadits di atas diriwayatkan melalui saluran riwayat as-Shalshāl bin bin Dahmas. Cucunya yg bernama Muhammad bin Dhau’ bin Shalshāl tlh
meriwayatkannya dpd ayahnya dpd datuknya (Shalshāl). Muhammad bin Dhau’ adalah seorg pendusta besar dan seorg yg melakukan kefasikan secara terbuka.
Fatimah baca
(2) Hadits di atas diriwayatkan dpd Abi Umāmah (sahabat nabi s.a.w.) melalui beberapa saluran. Salah satunya ialah melalui saluran riwayat Ghulām Khalīl. Tambahan di
akhirnya adalah dpd saluran riwayat `Ubaidullah bin Zaĥar. `Ubaidullah bin Zaĥarmenurut Ibnu Hibbaan adalah seorg yg meriwayatkan hadits-hadits maudhū` dpd
perawi-perawi tsiqāt dan kuat. As-Suyūthi pula meletakkan penyakit hadits itu di atas pundak Ahmad bin Ya`qub al-Ĥaddzā’.
(3) Riwayat yg mencela dan menghina tukang-tukang tenun dan tukang-tukang bekam itu ada banyak juga. Ada antaranya sangat teruk, spt riwayat di bawah ini:
لا تشاوروا الحاكة والحاكة والحجامين ولا تسلموا عليهم
Bermaksud: Janganlah kamu bermesyuarat dgn tukang-tukang tenun dan tukang-tukang bekam, dan janganlah juga kamu memberi salam kpd mereka.
Para ulama mengatakan semua hadits spt di atas itu adalah maudhu`.
(4) Guru-guru, tukang-tukang tenun dan tukang-tukang bekam dihina sebegitu rupa di dlm hadits contoh ke-2 yg dikemukakan di atas, sehingga dikatakan mereka tiada akal dan tiada keberkatan pada pekerjaan mereka. Mungkinkah kata-kata keji spt itu keluar dari mulut seorg Nabi pembawa rahmat kpd sekalian alam?
(5) Utk apa kita dilarang bermesyuarat dgn tukang-tukang tenun dan tukang-tukang bekam? Adakah kita semua yg dilarang terdiri dpd tukang-tukang tenun dan tukang-
tukang bekam atau kita yg dilarang itu bukan dari kalangan mereka?
Demikian juga dgn larangan bermesyuarat dgn guru-guru, adakah org-org yg dilarang itu terdiri dari kalangan guru-guru juga atau kita yg dilarang itu bukan dari kalangan mereka?
Andaikan larangan itu ditujukan kpd siapa pun dari kalangan kita umat Muhammad, ia tetap tdk kena dan kelihatan spt suatu anjuran yg sia-sia shj. Mungkinkah rasulullah
Usul dirayah hadis 0081(6) 21/5/22(usul 48)
s.a.w. yg terkenal sebagai seorg yg bijaksana akan mengucapkan suatu ucapan yg sia-sia dan karut spt itu?
(6) Kalau guru-guru dilarang bermesyuarat dgn guru-guru, maka dgn siapa lagi mereka harus bermesyuarat? Dan kalau guru-guru dilarang bermesyuarat, maka bagaimana
perjalanan sesebuah sekolah atau institusi pendidikan akan dapat berjalan dgn lancar dan baik?
(7) Kalau ibu bapa dan masyarakat tdk berbincang dan bermesyuarat dgn guru-guru atau pendidik-pendidik, bagaimana mereka akan dapat meningkatkan prestasi anak-anak dan pelajar-pelajar? Kini memang tdk dapat dinafikan lagi bahawa perbincangan dan kerjasama di antara guru-guru dan ibu bapa atau masyarakat merupakan pemangkin kemajuan di bidang ilmu pengetahun dan pendidikan.
(8) Bukankah mesyuarat itu salah satu perkara yg dianjurkan oleh Allah di dlm al-Qur’an? Tdk ada siapa pun dikecualikan dpd anjuran itu. Ia tetap baik utk semua
golongan masyarakat selagi apa yg hendak dikerjakan adalah suatu yg penting. Allah berfirman:
Ash-Shura 42:38
وَٱلَّذِينَ ٱسْتَجَابُوا۟ لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ
Bermaksud: Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya serta mendirikan shalat dengan sempurna; dan urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat sesama mereka; dan mereka pula membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya. (asy-Syūra:38).
(9) Ibnul Qayyim di dlm Naqdu al-Manqūl menulis, “Hadits yg melarang dpd bermesyuarat dgn tukang-tukang tenun, tukang-tukang kasut, tukang-tukang tempa (spt tukang emas, tukang besi dll), dan lain-lain pekerjaan yg diharuskan, semuanya adalah dusta atas nama rasulullah s.a.w. Allah dan RasulNya tdk akan mencela pekerjaan-
pekerjaan yg diharuskan.”
Contoh ketiga:
َشرار أمتي الصائغون والصباغون
6
Usul dirayah hadis 0081(7) 21/5/22(usul 48)
Bermaksud: Umatku yang paling teruk (jahat) ialah tukang-tukang tempa (seperti tukang emas, tukang besi dan lain-lain) dan tukang-tukang celup.
Rujukan:
As-Suyuthi – al-Jāmi` as-Shaghīr j.2 m/s 4, & al-Fatĥul Kabīr j.2 m/s 166, `Ali al-Muttaqi al-Hindi – Kanzul `Ummāl j.4 m/s 42.
Komentar:
(1) As-Suyuthi di dlm al-Jāmi` as-Shaghīr dan al-Fatĥul Kabīr menukilkan hadits ini dpd riwayat Anas di dlm Musnad ad-Dailami. Demikian juga dinukilkan oleh `Ali al-
Muttaqi al-Hindi. Setlh mengemukakannya as-Suyuthi mengisyaratkan kpd kedha`ifannya.
(2) Al-Amīr as-Shan`āni di dlm at-Tanwīr Syarĥ al-Jāmi` as-Shaghīr menukilkan kata-kata as-Sakhāwi bahawa sanadnya dha`if. Beliau juga menukilkan dpd Ibnu al-Jauzi
bahawa hadits itu tdk sahih.
(3) Hukum tdk sahih atau dha`if yg diberikan oleh mereka itu sebenarnya berdasarkan sanadnya semata-mata. Adapun jika dilihat dari sudut dirayah, maka ia jelas maudhu`, krn bercanggahnya dgn beberapa usul dirayah.
(4) Ia bercanggah dgn sekian banyak hadits yg menyatakan makanan terbaik adalah dpd hasil kemahiran pekerjaan dan pertukangan menggunakan tangan, atau hasil dari titik
peluh sso. Lihat sebagai contohnya hadits berikut:
مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ
Bermaksud: Tdk ada sama sekali makanan yg lebih baik dimakan oleh sso dpd makanan (yg diperolehi dpd) hasil usaha tangannya. Nabiyyullah Daud a.s. memakan dpd hasil usaha tangannya.
(Hadits riwayat al-Bukhari, Ahmad dan al-Baihaqi).
Setlh sso menggunakan kemahiran dan kepandaian yg mendatangkan rezeki yg halal kpdnya dan ada pula seorg nabi yg juga hidup dgn memakan hasil usaha tangannya,
kenapa pula ia terbilang sebagai seteruk-teruk atau sejahat-jahat umat Muhammad?
Usul dirayah hadis 0081(8) 21/5/22(usul 48)
(5) Kemahiran yg tinggi diperlukan dlm setiap pekerjaan, khususnya di bidang pertukangan, kejuruteraan dan vokasional utk mendapat hasil yg memuaskan. Barang-
barang yg berkualiti dan bermutu sememangnya dihasilkan oleh tukang-tukang yg mahir. Utk itu nabi s.a.w. tlh bersabda:
إن الله يحب أذا عمل أحدكم عمل أن يتقنه
Bermaksud: Sesungguhnya Allah suka apabila sso dpd kamu meneguhkan (mengukuhkan) apa-apa pekerjaan yg dilakukannya.
(Hadits riwayat al-Baihaqi di dlm Syu`ab al-Imān, Abu Ya`la di dlm Musnadnya dan at-Thabaraani di dlm al-Mu`jam al-Ausath).
Takkanlah org yg pekerjaannya disukai Allah akan menjadi seteruk-teruk atau sejahat-jahat umat Muhammad s.a.w.?!
(6) Kenyataan juga mendustakan apa yg disebut sebagai hadits itu. Apakah krn mereka suka menipu, berdusta, berdolak-dalik, tdk menepati janji atau mempunyai sifat-sifat keji yg lain? Ketahuilah, bukan semua tukang emas atau tukang celup bersifat atau berperangai begitu. Dan bukan pula tukang-tukang, pekerja-pekerja atau profesional-profesional yg lain langsung tdk mempunyai sifat-sifat keji tersebut. Sifat-sifat keji spt itu bukanlah merupakan suatu yg khusus dgn mereka shj. Sebagaimana ia mungkin ada pada mereka, ia juga mungkin ada pada kumpulan-kumpulan manusia yg lain.
Kalau begitu, kenapa rasulullah s.a.w. bersabda: “Umatku yang paling teruk (jahat) ialah tukang-tukang tempa (seperti tukang emas, tukang besi dan lain-lain) dan tukang-
tukang celup”? Seolah-olahnya merekalah yg paling teruk atau jahat di kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w.!
Bukankah terdapat ramai lagi kumpulan manusia dari kalangan umat Muhammad s.a.w. yg lebih teruk lagi pekerjaannya dpd mereka? Lebih banyak lagi sifat-sifat kejinya berbanding mereka?
Berapa ramai pula tukang emas, tukang besi, tukang tempa dan tukang celup yg saleh, baik, jujur, menepati janji dan amanah. Apakah mereka juga termasuk dlm sabda Baginda tersebut?
8
Usul dirayah hadis 0081() 21/5/22(usul 48)
Usul dirayah hadis 0081() 21/5/22(usul 48)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan