Rabu, Disember 14, 2022

Tafsir asas quran nota 9(286-301)18s 17vii(03)


Asas(usul) Tafsir  17vii (03)
(b) Mereka juga memakai perkataan ايه yang tersebut di dalamnya dengan erti ayat al-Qur'an' . Padahal perkataan ايه mempunyai banyak lagi erti yang lain menurut bahasa Arab.   Antara ertinya ialah:
(i) Tanda; alamat.
(ii) Bukti; dalil; hujah. 
(iii) Mujizat. 
(iv)Ayat. 
(v) Hukum. 
(vi) Pengajaran; teladan. 
(vii) contoh. 
(viii) Dan lain-lain.
Golongan ketiga berpendapat perkataan ايه di dalam Surah al-Baqarah , ayat 106 itu sebetulnya bererti mukjizat. Jadi maksud firman Allah itu ialah :"Tidak Kami tukar/hilangkan sesuatu mujizat (seseorang nabi) atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, melainkan Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya'. Tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?"

Di zaman Nabi Musa as sebagai contohnya, Allah telah memberikan kepada Baginda mukjizat-mukjizat tertentu sebagai sokongan dan bukti daripadaNya bahawa baginda
adalah Rasul Allah yang sebenar. Kemudian setelah Allah mengutuskan Nabi  Isa as , Baginda diberikan mukjizat- mukjizat yang lain pula sebagai ganti kepada mukjizat- mukjizat yang pernah diberikan kepada Nabi Musa a.s. sebelumnya.

Mukjizat-mukjizat Musa telah dilupakan oleh manusia kemudian kerana ia telah agak lama berlalu' . Begitu juga dengan mukjizat-mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada
Nabi kita Muhammad s.a.w. Ia diberikan kepada Baginda sebagai ganti kepada mukjizat-mukjizat yang pernah diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa yang telah berlalu sebelum baginda. Mukjizat-mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada seseorang nabi di zaman masing-masing adalah lebih baik daripada mu'jizat yang diberikan kepada nabi sebelumnya, paling tidak pun ia adalah sebanding dan setara dengannya. Al-Qur'an adalah salah satu mu'jizat yang diberikan sebagai ganti mu'jizat-mu'jizat yang pernah diberikan kepada nabi-nabi terdahulu. Ia tentunya lebih baik dan lebih sesuai untuk umat akhir zaman berbanding mu'jizat-mu'jizat yang pernah diberikan kepada nabi-nabi sebelum baginda. Ia bahkan lebih baik daripada kitab-kitab yang pernah diturunkan oleh Allah kepada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum Muhammad sebagai mu'jizat. Al-Qur'an melebihi kitab Taurat dan Injil sebagai contohnya dari
semua segi.

Ayat 106 Surah al-Baqarah itu menurut mereka, diturunkan sebagai bantahan terhadap golongan Yahudi yang meminta Nabi s.a.w. mengemukakan mu'jizat kebendaan seperti yang pernah diberikan kepada Musa dan 'lsa a.s. Apa yang disebut Allah sebagai "yang lebih baik daripadanya" itu ialah al-Qur'an. Ia merupakan mu'jizat yang lebih baik daripada mu'jizat-mu'jizat kebendaan yang mereka minta itu. Kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya adalah zaman ilmu pengetahuan dan penulisan, zaman sains dan kesusasteraan. Tidak seperti zaman Nabi Musa a.s. dan umatnya, ia adalah zaman berleluasanya ilmu sihir. Maka wajarlah kalau Nabi Musa a.s. diberikan mu'jizat-mu'jizat kebendaan yang sesuai dengannya. Diberikan kepadanya tongkat sakti yang dapat bertukar menjadi ular dan dapat membelah lautan. Pada lahirnya ia kelihatan seperti sihir juga, cuma ilmu sihir lemah terus apabila berhadapan dengannya. 

Walaupun begitu, bukanlah bererti al-Qur'an sahaja yang diberi Allah kepada Nabi kita Muhammad sebagai mu'jizat. Mu'jizat kebendaan yang setanding atau lebih kurang serupa dengan yang pernah diberikan kepada Musa dan 'Isa juga diberikan kepadanya. Antara mu'jizat kebendaan yang pernah diberikan kepada Nabi kita ialah keluarnya air dari celah-celah jari-jemari baginda sehingga ia mencukupi untuk berpuluh-puluh orang berwudhu'. Memasukkan kembali mata sahabat yang bernama Qataadah setelah ia tersembur keluar akibat terkena senjata musuh dan ia kembali pulih seperti sediakala, bahkan lebih baik dari sebelumnya dan lain-lain lagi.

Itulah bagi mereka maksud firman Allah di dalam ayat yang sama: "Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya." Semua itu berkait dengan mu'jizat. Ia langsung tiada kaitan dengan memansukhkan mana-mana ayat al-Qur'an, apalagi untuk dikata ia memansukhkan ayat hukum secara khusus. Untuk maksud itu, isyarat pun tidak terdapat di dalamnya!
Perkataan آية sememangnya ada digunakan di dalam al-Qur'an dengan erti tanda kebesaran dan kekuasaan Allah atau mu'jizat pada beberapa tempat. Umpamanya di
dalam dua ayat berikut:

Al-Anbiya 21:81
وَلِسُلَيْمَٰنَ ٱلرِّيحَ عَاصِفَةً تَجْرِى بِأَمْرِهِۦٓ إِلَى ٱلْأَرْضِ ٱلَّتِى بَٰرَكْنَا فِيهَاۚ وَكُنَّا بِكُلِّ شَىْءٍ عَٰلِمِينَ 
Bermaksud: Dan (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuh)nya ruh dari Kami dan Kami jadikan dia dan
anaknya tanda (kebesaran dan kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam. (al-Anbiyaa':91).

Al-Mu'minun 23:50
وَجَعَلْنَا ٱبْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُۥٓ ءَايَةً وَءَاوَيْنَٰهُمَآ إِلَىٰ رَبْوَةٍ ذَاتِ قَرَارٍ وَمَعِينٍ 
Bermaksud: Dan Kami jadikan (Nabi lsa) Ibni Mariam serta ibunya sebagai satu tanda (mu'jizat) dan Kami telah menempatkan keduanya di tanah tinggi, tempat tinggal
yang ada tanaman dan mata air yang mengalir. (al-Mu'minun:50).

Selain itu ayat 106 Surah al-Baqarah juga disudahi dengan menyebutkan sifat Maha kuasa Allah atas segala sesuatu melalui firman Allah yang bermaksud: "Tidakkah
kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?"

Kalaulah perkataan آية di dalamnya tidak dipakai dengan erti tanda kekuasaan dan kebesaran Allah atau mu'jizat (آية كونية), niscaya tidak sesuailah sifat Maha kuasa Allah atas segala sesuatu dijadikan sebagai penutupnya! Kalaulah perkataan آية yang tersebut di dalamnya bererti ayat al-Qur'an yang berkaitan dengan hukum-hakam آية تشريعية, niscaya sifat Allah yang sesuai dijadikan sebagai penutup ayat tersebut bukan قدر (Maha Kuasa), sebaliknya sifat ,عليم (Maha Mengetahui), حكيم (Maha Bijaksana)atau خبير. (Maha Mendalam llmuNya).
Semua ini menunjukkan ayat 106 yang dijadikan sebagai hujah bagi adanya nasakh didalam al-Qur'an itu sebenarnya tidak jitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan