Muka 12
Imam Bukhari berpendapat hadis2 yg melarang orang2 berjunub, berhaid dan bernifas daripada memegang al-quran tidak ada satu pun yg sahih. Atau kalau sahih pun ia tidaklah setaraf dan setanding dengan hadis2 yg menjadi pegangannya iaitu yg menepati syarat2nya yg ketat dalam penilaian hadis
2.4.2 Dikalangan tabiin terdapat ramai tokoh2 yg berpendapat perempuan berhaid atau bernifas dan orang berjunub boleh membaca al-quran dan memegangnya sama seperti Imam Bukhari. Antara lain ialah Muhamad bin Sirin, Hakam bin Utaibah, Hammad bin Abi Sulaiman, Said bin Musayyab, Atha bin Rabah, Said bin Jubair.
2.4.3 Dari kalangan para ulama mujtahidin selepas zaman tabiin pula terdapat ramai juga yg sependapat dengan Imam Bukhari dalam perkara ini. Mereka ialah Daud Zahiri, Ibnu Al-Munzir, At-tabari, Imam Malik mengikut riwayat daripada muridnya Ibnu Al-Qasim, Ibnu Hazam dll.
2.4.4 Pendapat Imam Bukhari dan orang2 yg sependapat dengannya dalam masalah pelajar ini tampak lebih releven dan sesuai terutamanya untuk perempuan2 yg terlibat dalam menghafal al-quran, apalagi jika gurunya juga seorang perempuan.
2.4.5 Dalam keadaan sesaorang perempuan yg datang bulan atau bernifas diganggu makhluk halus juga, pendapat golongan ini kelihatan lebih berguna dan praktikal demi perlindungan dirinya dari gangguan yg amat membahayakan mereka.
2.4.6 Penerimaan mazhab Imam Bukhari dan orang2 yg sealiran dengannya pasti akan menghilangkan pandangan serong dan prejudis setengah pihak (terutama bukan islam) bahawa islam mendiskriminasikan lelaki dan wanita. Pendapat Iman Bukhari ini paling tidak mendekatkan jurang perbezaan diantara lelaki dan wanita apabila dalam soal furu' dan khilafiah seperti ini dihadapi dengan sikap terbuka dan penuh toleransi.
Muka 12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan