Halaman

Jumaat, Julai 29, 2016

Fiqh bukhari mmay(muka 13)

Muka 13
2.5 Persoalan anjing samada najis atau tidak. Para ulamak berbeza pendapat tentangnya. Kebanyakan daripada mereka mengatakan najis walaupun mereka berbeza pula tahap kenajisannya. Imam Syafie, Ahmad dan golongan yg sehaluan dengannya berpendapat, anjing termasuk dalam najis berat (najasah mughallazah). Ertinya apa-apa yg terkena anjing mesti dibasuh 7X atau 8X dan salah satu daripadanya ialah dengan air yang bercampur tanah yang suci. Imam Abu Hanifah dan orang2 yg sependapat dengannya najisnya adalah najis biasa. Apa yg perlu ialah dibasuh tanpa ada ikatan bilangan tertentu. Walaubagaimanapun sebaik2nya 3X.Sementara Imam Malik dan Imam Bukhari disamping tokoh fiqh yg lain pula berpendapat anjing tidak najis samada air liur atau peluh atau tokoh fiqh yang lain pula berpendapat anjing tidak najis samada air liur atau peluh atau tubuhnya dalam keadaan kering atau basah. Ia adalah sejenis binatang yg suci seperti kucing dan lain2 dan apa2 yg disentuhnya tidak perlu dibasuh.

2.5.1 Imam Bukhari, Malik dan golongan yg sehaluan dengan mereka berdua berpegang dengan beberapa dalil drp al-quran, assunnah dan qias seperti berikut.

2.5.1.1 Allah berfirman didalam Al-quran :

 يسألونك ماذا أحل لهم قل حهل لكم الطيبات وما علمتم من الجوارح مكلبين تعلمون هن مما علمكم الله فكلوا مما أمسكن عليكم واذ كروااسم الله ان الله سريع الحسب
Bermaksud:Mereka bertanya kepada mu (Muhamad), "Apakah (makanan) yg dihalalkan bg mereka?" Katakanlah dihalalkan bagi mu(makanan) yg baik2 dan (buruan yg ditangkap) oleh pemburu yg telah kamu latih untuk berburu, yg kamu latih menurut apa yg telah diajarkan oleh Allah kepada mu. Maka makanlah apa yg ditangkap untuk mu, sebutlah nama Allah (waktu melepasnya) Dan bertaqwqlah kepada Allah (dengan memelihara diri drp memakan apa yg diharamkan Allah) Sesungguhnya Allah sanagt cepat perhitunganNya(Al-Maidah:4)

*Komentar :Imam Bukhari dan orang2  yg sependapat denganya berhujjah bahawa jika anjing memang najis, bagaimana Allah membenarkan penggunaanya untuk berburu.

Muka 13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan