Jumaat, Julai 29, 2016

Fiqh bukhari mmay(muka 8)

Muka 8
Bermaksud :Aaisyah berkata. "Kami keluar bersama Nabi saw dengan tidak ada maksud yang lain selain hendak mengerjakan haji. Apabila kami sampai ke Sarif aku berhaid. Rasullah saw selepas itu masuk ke tempat penginapanku ketika aku sedang menangis. Baginda bertanya, Kenapa engkau menangis? " Aku menjawab," Suka sekali aku demi allah kalau aku tidak untuk mengerjakan haji tahun ini ". Nabi saw berkata," Barangkali engkau telah datang bulan?  ". Aku berkata," Ya". Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya itu adalah sesuatu yg telah ditentukan oleh Allah kepada anak2 perempuan Adam. Engkau lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang yang mengerjakan haji cuma engkau tidak boleh bertawaf diBaitullah sebelum bersuci.
*Komentar :Apa yg dilakukan oleh orang haji adalah berdoa, berzikir, membaca quran dan lain2. Didalam hadis diatas Nabi saw hanya mengecualikan bertawaf di Baitullah sahaja kerana ia seperti solat (dari segi kedua2nya) mengkehendaki syarat suci daripada hadas berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a daripada Nabi saw dimana Baginda bersabda :
الطواف حول البيت مثل الصلاة
Bermaksud :Bertawaf disekeliling Baitullah  sama seperti bersolat.
 (hadis riwayat Tarmizi, Nasai dan Darimi)
Ertinya yg lain2 tidak mengkehendaki syarat tersebut. Boleh dilakukan walaupun dalam keadaan berhadas besar atau kecil.

2.4.1.2
Hadis Aaisyah yg telah dikemukakan oleh Bukhari sendiri, Muslim, Ahmad, Baihaqi dan lain2. iaitu:
ان النبي صلي الله وسلم كان يتكبئ في وانااحا حائض ثم يقراء القرآن
Bermaksud:Sesungguhnya Nabi saw meletakkan kepalanya pada ribaan ku kemudian Baginda saw membaca al-quran.

Muka 8

Tiada ulasan:

Catat Ulasan