Halaman

Jumaat, Julai 29, 2016

Fiqh bukhari (muka 7)

Muka 7

2.4 Untuk lebih jelas tentang perkara ini saya akan mengemukakan beberapa bukti dan contoh yg menunjukan dengan jelas tentang Imam Bukhari  sebagai seorang mujtahid mutlaq, tidak bertaqlid kepada mana2 imam mujtahid sebelumnya kerana  dalam banyak masalah pendapat beliau berbeza sama sekali daripada pendapat imam2 mazhab dan mujtahidin yg lain. Dari situ anda akan dapat lihat sendiri betapa kuat dan kukuhnya dalil2 pegangan beliau dalam fiqh disamping  itu betapa sesuai dan relevannya pendapat beliau untuk diguna pakai oleh generasi kemudian terutamanya dizaman kita ini. Pandangan Imam Bukhari mencerminkan keunikan ijtihad, kerapian kajian dan kehalusan citarasa seorang faqih muhaddits yg unggul.Dibawah ini saya hanya akan mengemukakan beberapa ijtihad beliau yg agak berbeza daripada ijtihad orang2 lain.

2.4.1 Imam Bukhari berpendapat perempuan pada masa haid demikian juga sesaorang pada ketika berjunub boleh membaca, menyentuh dan membawa al-quran. Sedangkan mengikut pendapat kebanyakan ulama termasuk Imam Abu Hanifah, Syafie dan Ahmad, adalah haram kepada mereka melakukan semua yg tersebut itu. Pendapat beliau ini berdasarkan hadis sahih aatsar dan qias yg muktabar.Antara lain

2.4.1.1.Hadis Aishah yg tersebut didalam Sahih Imam Bukhari sendiri  dan juga kitab2 hadis yg lain
عن عائشة قالت خرجنا مع النبي صلي الله عليه وسلم لا تذكر إلا الحج فلما جئنا سرف طمثت فدخل علي النبي صلي الله عليه وسلم وانا آبكي فقا ل ما يبكيك قلت لوددت والله آني لم آحج العام قال لعلك نفست قلت نعم قال فإن ذلك شيء كتبه الله علي بنات آدم فافلعلي ما يفعل الحاج غير آن لا تطوفي بالبيت حتي تطهري

Muka 7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan