Rabu, Jun 07, 2017

Dakwa surah hujurat (49)

Surah hujurat adalah surah untuk memberitahu adab2 dalam negara islam.
Selepas haamin 7adalah surah qital,surah beritahu tentang peperangan
setelah memberitahu aqidah tauhid jelas2,tinggal lagi berperang jika tidak dengar lagi dan bila berperangan islam menang surah fath.
Bila menang terbentuk negara perlu ikut peraturan undang2 negara islam.
Ini surah hujurat tentang peraturan negara islam.
Penjelasan tauhid,ajak menerima tauhid,jika engkar perangi kemudian jika mereka kalah mereka ditawan dan dapat negara islam kena ikut peraturan negara islam
Surah ini terbahagi kepada dua

Bahagian pertama
Ayat 1-13
Ada 7 undang2 negara islam.

Bahagian ke2
Manakala ayat 14-18 adalah syikayah mengenai sifat2 setengah orang islam .

Undang2 pertama,
Jangan mendahului allah dan rasul dalam apa sj perkara.
Jangan mencanggahi alquran dan sunnah.
Aqidah jangan lawan quran
Kehidupan jangan lawan sunnah.
Ayat 1
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya;
dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉jangan pandai2 buat apa2 sebelum tanya quran dan sunnah.kita dikira salah jika buat tanpa rujuk quran dan sunnah.

Ayat 2
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ
وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ
كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ
أَنْ تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ
وَأَنْتُمْ لَا تَشْعُرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi,
dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya
semasa bercakap dengan setengahnya yang lain.
(Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya,
sedang kamu tidak menyedarinya
👉Ini undang2 ke2,adab dgn pemimpin.
Sahabat sangat jaga perhubungan dgn nabi
Sebuah bilik kebilik 15kaki
Jarak bilik kepintu besar 10kaki.
Semua bilik mengadap ke masjid.
Orang kampung dtg ajak nabi seperti berkawan dgn orang biasa.
Adab dgn ibubapa ramai yg tahu.

Ayat 9
وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا
فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ
فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ
فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي
حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّهِ ۚ
فَإِنْ فَاءَتْ
فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ
وَأَقْسِطُوا ۖ
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang,
maka damaikanlah di antara keduanya;
jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah;
jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah),
serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
👉Otak yg berlainan ,kemampuan berlainan,pemahaman berlainan melahirkan ijtihad yg berlainan.
Undang2 ke2,memerangi yg degil tak mahu berdamai
Undang2 ke3,mendamaikan bila telah terima.
Undang2 ke4,Mesti adil.

Ayat 11
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ
عَسَىٰ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ
وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ
عَسَىٰ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ ۖ
وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ
وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ
بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ
وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain,
(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,
(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain;
dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman.
Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya)
maka merekalah orang-orang yang zalim.
👉Undang2 ke5,Tidak boleh merendah2kan orang lain.

Ayat 12
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ
وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ
أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman!
Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;
dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;
dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
👉Undang2 ke 6,menghilangkan sangka buruk.
Dari sangkaan akan jadi celaan.
Sangkaan ugama boleh iaitu ijtihad.
Cari kesalahan
Kemudian menyebutkan kesalahan
Didepan atau dibelakang
Tiada didepan seperti dia mati.

Ayat 13
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا
وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ
إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
👉Ini undang2 yg ke7,
Berbangga dgn keturunan dilarang.
🍒🍒
Undang2 untuk negara islam ringkasan dari surah hujurat.
Undang2 pertama,
Jangan mendahului allah dan rasul dalam apa sj perkara.
Jangan mencanggahi alquran dan sunnah.
Aqidah jangan lawan quran
Kehidupan jangan lawan sunnah.
Undang2 ke2,
Memerangi yg degil tak mahu berdamai
Undang2 ke3,
Mendamaikan bila 2 pihak yg bersengketa telah terima.
Undang2 ke4,
Mesti adil.
Undang2 ke5,
Tidak boleh merendah2kan orang lain.
Undang2 ke 6,
Menghilangkan sangka buruk.
Ini undang2 yg ke7,
Berbangga dgn keturunan dilarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan