Halaman

Khamis, April 05, 2018

Tafsir asas quran sesi 81

USUL KE 17
MENGETAHUI AYAT-AYAT YANG MENASAKHKAN DAN AYAT-AYAT YANG DIMANSUKHKAN MENURUT AHLI TAFSIR MUTAQADDIMIN DAN MUTA'KKHIRIN

Surah al ahzab
Ayat 50 jadi nasikh ,memansukhkan ayat 52

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَحْلَلْنَا لَكَ أَزْوَاجَكَ اللَّاتِي آتَيْتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ مِمَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَيْكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ وَبَنَاتِ عَمَّاتِكَ وَبَنَاتِ خَالِكَ وَبَنَاتِ خَالَاتِكَ اللَّاتِي هَاجَرْنَ مَعَكَ وَامْرَأَةً مُؤْمِنَةً إِنْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لِلنَّبِيِّ إِنْ أَرَادَ النَّبِيُّ أَنْ يَسْتَنْكِحَهَا خَالِصَةً لَكَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۗ قَدْ عَلِمْنَا مَا فَرَضْنَا عَلَيْهِمْ فِي أَزْوَاجِهِمْ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ لِكَيْلَا يَكُونَ عَلَيْكَ حَرَجٌ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, buka bagi orang-orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; - supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 50

لَا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاءُ مِنْ بَعْدُ وَلَا أَنْ تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ إِلَّا مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ رَقِيبًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baharu sekalipun engkau tertarik hati kepada kecantikan mereka, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 52

Ayat ini adalah Khilaf ,ada yg kata mansukh dan ada yg kata tidak.

7jenis isteri2 yg boleh:
1.isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan
2.hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu):
3.anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta
4.anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan
5.anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta
6.anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana
7.perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya; ...boleh ...tapi nabi saw tetap memberi maskahwin...kalu ada hanya maimunah.
Untuk khusus untuk nabi saw shj.
Nikah tanpa maskahwin hanya untuk nabi saw.

Paling dekat adalah sepupu untuk nabi saw dan umat juga.
Syarat kena hijrah ,baru boleh kahwin dgn nabi saw.
Habsah ..hijrah
Ummu salamah..hijrah
Semua isteri telah lulus ujian allah dan ini adalah anugerah allah untuk isteri2 .
Yg 7 jenis ini sudah cukup layak .
Berkahwinkan isteri2 dgn menceraikan isteri2 yg telah ada,sedang selepas ayat ini nabi saw kahwin dgn maimunah.nak tukar pun tak boleh.tambah  yg lain yg tidak 7jenis tu tak boleh.
Alasan ayat 52 tak mansukh:hadis,
Kata ziyat ,bgmn yg sedia ada meningggal dunia ,boleh?
Jawab Ubai...halal.
Tak boleh kahwin yg tidak termasuk dlm  7 jenis ini.
Ganti dgn cerai tu tak boleh.
Kenapa pelihara yg duk ada?
Sebab itu pilihan Allah,tidak boleh diceraikan.

Masa ayat ni turun nabi saw ada 9 isteri dan nabi saw kahwin lagi sampai 11orang,dimana tahun ke7 nabi saw mengahwini Maimunah.surah alhzab turun dari  4 hingga ke 6hijrah.
Penyelesaiannya?
Ayat 52 adalah keterangan lanjut tuhan dari ayat 50&51.
Tafsir yg rajih oleh jumhur ulamak.

Isteri2 nabi saw adalah manusia biasa seperti sahabat2.
Memansukhkan bererti menarik balik anugerah!
Itukah sifat tuhan??

Bukan bermakna tak boleh nikah lansung tetapi mesti termasuk dlm 7 jenis ini.
Ganti dgn sebab cerai shj tak boleh.
Hikmat allah bg nabi saw kahwin ramai.

Padahal tak kata mansukh pun ,nabi saw boleh kahwin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan