Khamis, April 05, 2018

Tafsir asas quran sesi 82

KUSUL KE 17
MENGETAHUI AYAT-AYAT YANG MENASAKHKAN DAN AYAT-AYAT YANG DIMANSUKHKAN MENURUT AHLI TAFSIR MUTAQADDIMIN DAN MUTA'KKHIRIN

لَا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاءُ مِنْ بَعْدُ وَلَا أَنْ تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ إِلَّا مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ رَقِيبًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baharu sekalipun engkau tertarik hati kepada kecantikan mereka, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 52

Surah al ahzab
Dikatakan ayat 50 jadi nasikh ,memansukhkan ayat 52

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَحْلَلْنَا لَكَ أَزْوَاجَكَ اللَّاتِي آتَيْتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ مِمَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَيْكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ وَبَنَاتِ عَمَّاتِكَ وَبَنَاتِ خَالِكَ وَبَنَاتِ خَالَاتِكَ اللَّاتِي هَاجَرْنَ مَعَكَ وَامْرَأَةً مُؤْمِنَةً إِنْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لِلنَّبِيِّ إِنْ أَرَادَ النَّبِيُّ أَنْ يَسْتَنْكِحَهَا خَالِصَةً لَكَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۗ قَدْ عَلِمْنَا مَا فَرَضْنَا عَلَيْهِمْ فِي أَزْوَاجِهِمْ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ لِكَيْلَا يَكُونَ عَلَيْكَ حَرَجٌ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, buka bagi orang-orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; - supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 50

Minit 4
Ini ayat pemansukh ayat 52.
Sebenarnya kedua2ayat boleh dipakai tidak mansukh.
Surah ini turun antara tahun ke4-6.nabi saw dok menikah ralet2 lagi.tak halal macam mana?
Kalu tak mansukh,nabi saw duk buat yg tuhan larang.
Walaupun 52,ianya turun kemudian baru jika tidak mana boleh mansukh.
Tapi boleh ubah sikit tafsir ,maka tak perlu mansukh.

Minit 8

Jamik altaki
Albarowi dan alqurtubi...

Terjemah ayat ke50,yg halal adalah yg telah dihalalkan yg lain tak halal.walaupun orang lain boleh.
Ini menunjukan ayat 50turun dulu.

Minbakdu مِنْ بَعْدُ
1.selepas demo tu.
2 selain daripada yg tuhan sebut.

halalkan bagimu
1.isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan
2.hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu):
3.anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta
4.anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan
5.anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta
6.anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana
7.perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya.
Wanita yg dikahwini nabi saw:
Ummu habibah,anak abu sufiyan dah tak jadi ketua menentang nabi saw..
Jika nabi saw tidak boleh menikah tentulah susah dlm menjalankan kerja nabi saw
Juawariyah...merdeka dan nikahinya..puaknya ramai masuk islam ..dan jadi pejuang islam.
Maimunah
Mariah..
Raihana
Sofiyah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan