Halaman

Isnin, Julai 09, 2018

Daurah tafsir darulkausar sesi 10


11.hud(123)
12.yusuf(111)
13.ar rad
14.ibrahim
15.al hijr
16.an nahl
17.al isra
18.al kahf
19.maryam
20.taha

Surah hud
Surah ke11 didlm quran.
Nama surah hud iaitu nama seorang nabi.
Bilangan ayatnya 123
Bilangan rukuk 10
Ini surah makkiyah seperti surah sebelum ni surah yunus.
Tertib turun ialah yg ke 52,turun kepada nabi saw.

Bilangan paragrafnya ada 8.
Paragraf 1ayat 1-24. ini kita panggil pendahuluan atau muqaddimah.didlm paragraf ini tema utamanya ialah  ialah tauhid ibadah yakni tauhid uluhiyah.tauhidbada byk jenis. ada tauhid uluhiyah.ada tauhid rububiyah.ini tauhid uluhiyah.tauhid ibadah
Paragraf 2Ayat 25-49 kisah dakwah dan  kebinasaan kaum nabi nuh
Paragraf 3Ayat 50-60kisah kaum hud dan kebinasaan kaumnya kaum aad
Paragraf 4 Ayat 61-68 kisah dakwah nabi soleh dan kebinasaan kaum tsamud.
Paragraf 5 Ayat 69-83 kisah dakwah nabi lut dan kebinasaan kaum lut.
Paragraf 6 Ayat 84-95 kisah dakwah nabi syuib dan kebinasaan kaumnya
Paragraf 7Ayat 96-99 kisah dakwah nabi musa dan kebinasaan firaun dan keluarganya atau pendokong2nya.
Paragraf 8 Ayat 100-123 yg merupakan penutup kepada surah ini yg menuntut supaya kita juga berada diatas tauhid ibadah dan berpegang pada tauhid uluhiyah sebagaimana permulaan surah ini.ini termasuk kata kunci.selalunya kata kunci ini ada didepan ada dihujung.kalu kita perhati molek2 itulah mesej utamanya.

Mari kita tengok mesej utama surah ini.
Dgn menerima seruan alquran, ajaran tauhid dan bertaubat drp syirik dan dosa2  selain memohon keampunan kepada allah ,sesuatu kaum diberi peluang tanpa dibinasakan.jika tidak mereka juga akan dibinasakan seperti kaum2 sebelumnya .
itulah mesej utama surah ini.
Kita nak tengok zaman turun surah ni, bila?
Ke52,termasuk peringkat awal.makkiyah
Surah hud ini turun kepada nabi saw di zaman peringkat ke4 makkiyah.memang makkiyah tetapi kita nak tahu peringkat mana?
Ini sudah dikemuka  dlm nota usul tafsir sebelum ini.
Dalam tu ada ,Apa ciri2 peringkat pertama,kedua,ketiga,keempat?kita dapat kesan apa cirinya dan peringkat mana drp perkataan dan tema dlm setiap surah.saya sudah kemukakan dan tengoklah disitu.
(Surah ini diperingkat ke4)
👉 (PERINGKAT-PERINGKAT KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.W SEMASA DI MEKAH 
Peringkat kehidupan Rasulullah s.a.w semasa di Mekah dapat dibahagikan kepada empat bahagian. 
Dalam empat bahagian itulah turun 90 surah kepada Baginda s.a.w.  
Di bawah ini dikemukakan carta menyatakan empat peringkat kehidupan Rasulullah s.a.w semasa di Mekah)

PERINGKAT PERTAMA     
1) Bermula dari masa Baginda   s.a.w dilantik menjadi nabi hingga tahun ketiga kenabian.     
2) Dakwah Rasulullah s.a.w diperingkat ini berlangsung secara sulit dan ia berterusan selama tiga tahun.     
3) Dalam masa ini 13 surah diturunkan kepada Baginda s.a.w
PERINGKAT KEDUA     
1) Bermula dari tahun keempat hingga tahun kelima kenabian.    
2) Ia berlangsung dalam masa dua tahun. Dalam masa ini dakwah mula disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umum secara terbuka.     
3) Dalam masa ini sebanyak 42 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w
PERINGKAT KETIGA       
1) Bermula dari tahun keenam hingga tahun kesepuluh kenabian.     
2) Ia berlangsung dalam lima tahun     
3) Dalam masa ini sebanyak 22 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w
PERINGKAT KE EMPAT       
1) Bermula dari tahun kesebelas kenabian hingga ke tahun(th13) berhijrah ke Madinah.     
2) Ia berlangsung dalam masa tiga tahun.     
3) Dalam masa ini sebanyak 13 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w. -   
(Nota panduan peringkat)

Dlm masa ini lah ayat2 ini diturunkan
Lebihkurang sama turun dgn surah yunus.
Perkataan markr=perancangan jahat.
Peringkat tuduh macam2.
Nabi dituduh reka quran.
Juga dituduh sihir
Dipandang nabi penuh dgn syak.
Antara ciri khususiyah
Sifat allah,Ada jalali,sifat jalal lebih perkasa.,hukum dan kemurkaannya nyata
Jika sifat jamal,lembut dan kasihsayang begitu.sifat cantik dsbnya.
Surah ni menyebabkan ia menjadi beruban sebab nabi fikir sangat berat.
Kita kena perhati
1.Kata kunci dlm surah ini ialah ibadah.
2.Tema berkenaan dgn apa,kalu nak baiki ,gapo.
Dipermulaan paragraf sudah ada seruan tauhid uluhiyah.
Dan dihujung ada pula.

Ajaran semua nabi.
Tauhid dlm bab ibadat,dia saja yg berhak.
Tauhid tawakal.
Ajaran nabi2 sama temanya.
Kita tengok
Alif lam ro..satu
Dua
Tengok ayat 26

أَنْ لَا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ ۖ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ أَلِيمٍ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Iaitu janganlah kamu menyembah melainkan Allah; sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembah yang lainnya), kamu akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan".
-Sura Hud, Ayah 26
👉 Beberapa kali ini أَنْ لَا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَdiulang.
Bhw jgn kamu sembah melainkan ibadah.
Ini point...jgn kamu sembah melainkan allah,inilah tauhid ibadah atau dipanggil tauhid uluhiyah sebab perkataan ilah dan dari sini lah ulamak simpulkan tauhid uluhiyah atau konsep uluhiyah.terlalu jauh dr ilmu alquran sehingga menafikanyg isbatkanndlm quran.
Ini tauhid dari ayat  quran.
Yg berhak disembah melainkan allah.
Tauhid quran tidak difahami

Sekarang tengok
Ayat 123
وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ الْأَمْرُ كُلُّهُ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
-Sura Hud, Ayah 123
👉Ini kata kunci surah ini فَاعْبُدْهُ,ini ayat terakhir tauhid ibadah
ini baru kita boleh nampak point.
Inilah tauhid ibadah atau uluhiyah.
Tuhan menghidup dan mematikan  juga diterima oleh oleh orang kafir tapi dia tak terima tauhid sembah allah .jika sembah  pun dia akan mensyirikannya.

Ada kala hukum pembinasaan dr allah yg dipanggil Qanun ihlat.
Tuhan ada cara dia
Satu lagi juga hukum istibdal,hapus yg ni ganti hok lain.
Allah akan tukar,sebab ini hukum allah memang begitu, sama seperti hukum allah yg lain seperti hukum graviti.atau istilah lain sunnah allah.
Seperti hukum dlm badan kita, yg najis aka  ditolak keluar.
Dizmn nabi,Ini ancaman kepada kafir quraisy.akan bernasib seperti zmn dulu jika menentang

Keserupaan dgn surah a'raf sebelum ini.
Ada 8 paragraf.
Didlm
Ada muqadimah ada penutup dan
Dicelah tu disebutkan ada 6 kaum yg dibinasakan oleh allah swt.itu lah maksud  Hukum memusnahkan atau pembinasaan dan Hukum ganti hok lain.ini berlaku dr dulu lagi .allah bg peringatan pada kita.

Dari kaitan surah ni dgn selepasnya.
Dlm surah yunus macam2 hukuman kepada orang yg tak terima tauhid ,orang2 yg tak terima kerasulan atau orang yg tak terima kekafiran.iaitu orang yg kafir kepada allah,risalah dan hari akhirat.Kaedahnya bila Allah nak hukum kena cukup hujjah dahulu.sehingga tiada alasan
Jika tak cukup tidak ada hukum dari allah.dimana yunus larj.
Kerja dakwah bukan senang cabaranya.setaro nabi yunus merajuk.
Dlm Surah Yunus ,allah bg tau allah musnahkan kaum ini apabila cukup hujjah dr nya baru binasakan.jika tidak ,tidak akan dibinasakan.sama ada secara langsung atau melalui manusia spt yg berlaku kpd umat nabi muhamad saw.
Umat yunus dilepaskan dr hukum tadi sebab tak cukup lagi.

Dlm surah hud disebut lebih terperinci.sebab pengajaran boleh diulangi2...Kita kalu belajar yg penting akan berulang2.sudah padan sejarah tu shj tentang jatuh bangun sesuatu bangsa.seperti sebut buah2an yg bangsa arab kenal..tak sebut buah durian.kalu sebut puak tu akan tekan nabi suruh nabi bw buah durian pula.jadi quran royat sejarah jatuh bangun bangsa yg dikenali bangsa mereka juga .yg penting manusia insaf.

Didlm Surah yunus disebut keraguan atau syak dlm surah ini ada juga sebut,punca manusia menolak ajar yg benar ia dia ragu terhadap ajaran tu.
Puak firaun ragu2.
Kita sendiri carilah jln belajar supaya tidak ragu2 dan dapat keyakinan
Satu lagi kesilapan adalah tuduhan.tuduh nabi reka quran,tuduh nabi bw ajaran baru,tuduh nabi nak pecah belah masyarakat.
Jadi dlm surah yunus ini kalu betul tuduhan kamu ,buat 10 surah .ini cara menghadapi orang yg ragu..tonjolkan mukjizat .quran ini tidak sama dgn kitab yg lain.
Saintis sampai ko loni, boleh reka sendiri ke?
Tonjolkan quran,sebab quran boleh hilangkan keraguan.
Quraisy mekah ada juga dlm surah hud ini.
Jadi kita jgn ragu,carilah jln belajar dgn baik supaya dpt keyakinan.ini adalah kata kunci,perkataan keraguan atau syak yg menyebabkan sesaorang tidak beriman.
Satu lagi tuduhkan terhadap orang yg membawa kebenaran.
Tuduh nabi macam2.
Allah pukul kafir quraisy dgn dlm perang badar
Makna melalui manusia juga..hilang juga

Dlm surah yunus,disuruh mereka buat quran
Dlm surah hud juga dicabar.
Tahu quran

Yg keempat tuduhan sihir terhadap nabi saw.pada puak depa tahu sihir itu macam mana.sedang dia nampak nabi saw tidak sihir.

Bandingkan dgn  surah nabi yusuf pula,kita kena sabar.kita akan dapat hasil yg baik.
Disini nabi ni sabar.
Nabi tak berpaling..ini sabar
Kalu nabi nuh sabar beratus tahun
Begitulah nabi yusuf dll.
Hasil sabar sangat baik.

Antara kata kunci dlm surah ini adalah tauhid ibadah,ajaran semua nabi saw.semau nabi suruh beribadat kepada allah sahaja
Tauhid dlm ibadah,dia sj .itu lah yg kita lihat dlm ayat dua

أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ ۚ إِنَّنِي لَكُمْ مِنْهُ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Al-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatupun melainkan Allah. (Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran (kepada orang-orang yang (ingkar), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang (beriman).
-Sura Hud, Ayah 2
👉Ini tauhid ibadah dan tawakkal.
Dan ayat juga.

Kalu kita perhati ajaran nabi2 serupa ,ini tema surah hud iaitu tauhid ibadah.
Cuba kita tengok
Nabi nuh dia kata apa?
Ayat 26
أَنْ لَا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ ۖ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ أَلِيمٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Iaitu janganlah kamu menyembah melainkan Allah; sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembah yang lainnya), kamu akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan".
-Sura Hud, Ayah 26
👉Siapa yg kata?
Nabi nuh kata jgn sembah selain allah.

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِ إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Nabi Nuh lalu ia memberitahu kaumnya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul pemberi amaran yang nyata kepada kamu.
-Sura Hud, Ayah 25
👉Berapa kali berulang ini dipanggil tauhid ibadah

Nabi hud juga ajar benda yg sama.jika lawan dapat perkara yg sama juga.
Ayat 50
وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا ۚ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا مُفْتَرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi hud ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. kamu hanyalah orang-orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta (terhadap Allah).
-Sura Hud, Ayah 50
👉Inilah ulamak buat kesimpulan tauhid uluhiyah ِ اعْبُدُوا اللَّهَdaripada ilah tu.
Apa tauhid uluhiyah ni?
Tauhid uluhiyah adalah tauhid ibadah.allah shj yg kita kena sembah,tiba2 mari puak2 yg belajar assyairah shj ni tauhid uluhiyah ni mengarut.tauhdi rububiyah pun mengarut .tauhid asma wasifat pun mengarut juga .apa trinity dlm islam?..apa lah tok pe'ti boleh ke'cek lagu tu?
Napok sangat kejahilan.

مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ
Setiap kali sebut sembah,ilah...maknanya itulah tauhid uluhiyah.

Apa tauhid uluhiyah?
Makna hanya Allah shj yg layak disembah dipuja..tidak boleh kongsi kerana tiada yg lain.kalu kongsi maka  syirik (dlm tauhid uluhiyah).mungkin dlm bab lain tak syirik.
Bab menjadikan langit dan bumi,dia terima...bg rezeki tapi tidak tuhe shj yg disembah.situ kena.jadi tak lepas lagi syirik.
Kena lepas semua atau segala macam syirik barulah jadi muwahid atau ahli tauhid,mukmin yg sebenarnya.

Kalu yg belajar betul2 asyairah pun kata begitu juga,dia molek yg tak reti yg jadi masalah..mana tuhan yg layak disembah melainkan allah.ini tauhid uluhiyah.

Marahkan ibnu taimiyah yg bg tau tentang syirik.
Yg kecil2 yg belum allah tetapkan  boleh la buat dlm parlimen.
Kadang2 atas nama ada lesen atau tidak ada lesen halal dan haram.

Cuba tengok Kaum Soleh

وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا ۚ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ ۚ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".
-Sura Hud, Ayah 61
👉lafaz pun sama,iaitu tauhid ibadah.Semua ajaran nabi2 sama.jangan syirik dlm ibadah.

Kaum syuaib pun ajar begitu juga.
وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا ۚ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ وَلَا تَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ ۚ إِنِّي أَرَاكُمْ بِخَيْرٍ وَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ مُحِيطٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan kepada penduduk "Madyan" Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! (Sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang-orang yang bersalah).
-Sura Hud, Ayah 84
👉lafaz pun sama.inilah tema  yg penting ,Perkara penting yg ingin dimasukan dlm hati disebut berulang kali melalui lidah beberapa orang nabi utusannya.yg mn orang yg lawannya ,allah telah binasakannya dahulu.
Nabi saw menghadapi kaum quraisy ni macam mana?
Kaum quraisy percaya tuhan buat langit .
Mereka kata allah yg buat langit bumi.
Tak kan nak kata berhala ,sebab  dia buat berhala.tetapi dari segi ibadah atau mematuhi undang2 allah yg syirik.
Ini masalah musyrikin.
Maknanya kalu dia jaga kesihatan eluk2 umur  dia boleh panjang.tuhe gantung begitu.
Ini qadak mualaq.qada mubrak lain.
Selesai dah masalah ni.
Kalu kira semua allah tentu dah.memang allah tentu belaka dah.kalu lagu tu siapa menyembuhkan tak payah royat doktorlah,semua allah...ada ke begitu.
Kena tahu hukum ada berapa?orang yg ngaji aqidah  asyairah pun dia belajar yg tu.ada hukum adat,ada hukum syarak,ada hukum tabii,ada hukum aqal,byk hukum ni.yg kita kata begitu berdasarkan hukum apa?kena tahu.
Dlm surah hud ini juga disebut tentang istighafar.
Dan ini juga diajar juga oleh allah dan kamu bertaubatlah kepada allah.Bila salah bertaubatlah kepada allah.Allah boleh panjangkan umur kamu atau umur bangsa .
Hukum sebab musabab yg tuhan buat...
Kalu kamu istighafar,aku (tuhan)panjangkan umur mu...ini urusan allah jika kebetulan maka jadi panjang umur...

Disini yumatikkom...ada umur individu .bangsa pun macam tu juga,kalu nak tahan lama jaga kesihatan dia,jgn bg punah.benda2 syirik dan kezaliman penindasan ini memendekkan umur.umur apa?umur bangsa.
Pah tuhan suruh istighafar.
Istighafar boleh panjang dgn istighafar.
Siapa yg kena beristighafar?
Pemimpin atau ulamak  yg kena istighafar ,yg nabi hadap pemimpin bukan yg bawah2 ni.
Yg jadi penghalang atau almalak,ketua.pemimpim masyarakat
Polis dan tentera serta menteri istighafar.
Bukan individu shj yg kena istighafar.
Semua kena istighafar.
Istighafar,dipermulaan surah ini.Cara sebut istighafar pun kadang2 berlainan.

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ ۖ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).
-Sura Hud, Ayah 3
👉Bila salah bertaubatlah.
Istighafar boleh panjangkan umur ,umur bangsa juga.
Kalu pergi perang mati ,tak pergi berperang tak mati.
Dlm assyairah:
Qada mubrak .dah tak boleh buat apa.
Ada kalanya tuhan gantung.ini ilmu dan urusan allah
Qadak muaalaq.jika tak istighafar pendeklah umur.
Kalu mu istighafar aku bg panjang umur.
Ada kala tetap
Ada yg tuhan gantung..qadak muaalaq.
Individu boleh mati
Bangsa pun boleh mati juga.
Istighafar siapa?
Dunia boleh berubah dgn istighafar?
Pemimpin yg mesti beristighafar..
Ketua2 masyarakat.
Kalu depa tak beristighafar .
Istighafar secara jamaii.

Yg mana rasuah kena istighafar.
Baru boleh jln dgn eluk.
Nabi nuh istighafar.
Istigharfar sangat penting
Istighafar ini bermakna kita rasa kita salah.
Ini maksud  surah ini

Disebut juga dia nuh sama macam nabi adam,Targfirli ini istighafar  juga.
jgn jadi kaum aad..

Dicerita kelebihan  istighafar
Ayat 52
وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!
-Sura Hud, Ayah 52
👉ni nabi hud kata Wahai kaum ku bererti ketua2 kaum dia la tu.
Jika tidak istigfhafar allah tidak akan tambah kekuatan.
Inilah akibatnya jika institusi tidak bertaubat.
Kalu tak istighafar,tuhan tak akan tolong.
Ini faedah istighafar.
1.Allah akan panjangkan umur bangsa kita.
2.Allah akan nyatakan kelebihannya bg orang yg ada kelebihan.Maknanya dlm negeri yg tertindas kelebihan tidak akan dinilai,berlaku tidak adil.orang yg sepatutnya ada keistimewaan akan dapat kelebihan.
Orang yg berkelayakan tidak diberi peluang.
Berlaku penindasan.tuhan tidak nak begitu.
Yg layaklah yg patut jadi pemimpin.
Wayuktikullazi fadlinfadla... Tiada..
Itulah akibatnya institusi tidak beristighafar.
Nabi soleh juga beristighafar
Ayat 61
وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا ۚ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ ۚ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".
-Sura Hud, Ayah 61
👉Ini lah kata kunci,istighafar.ini benda penting dlm kehidupan.
Kafir pun boleh kekal kalu buat dgn cara yg betul.
Bersih misalnya,sudah ciri islam 
Kafir istighafar nya dgn hendak yg telus.dia cuma dapat kelebihan didunia shj diakhirat tak dapat lah. Kalu nak selamat kena bertaubat.
Kalu ada buat kena tinggalkan.
Kalu nak dunia akhirat istighafar secara islam.
Benda yg ditinggalkan sama ,perkara yg semua orang tak suka,penindasan dan kezaliman.
Tuhan maha dekat,inilah Tauhid istianah dlm surah alfatihah.
Nabi syuib pun begitu juga.
Misalnya Ayat 90

وَاسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ ۚ إِنَّ رَبِّي رَحِيمٌ وَدُودٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih".
-Sura Hud, Ayah 90
👉Tadi  sifat ghafurulwadud lain..tapi semua sifat tuhan yg dekat.salah mesej utama surah ini ,manusia kalu nak selamat dan aman dia kena ada istighafar.kena ada bertaubat kepada allah.jgn buat bendayg tak eluk.

Antara syak dan ragu2
Misalnya nabi soleh.
Ayat 62

قَالُوا يَا صَالِحُ قَدْ كُنْتَ فِينَا مَرْجُوًّا قَبْلَ هَٰذَا ۖ أَتَنْهَانَا أَنْ نَعْبُدَ مَا يَعْبُدُ آبَاؤُنَا وَإِنَّنَا لَفِي شَكٍّ مِمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ مُرِيبٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Mereka menjawab dengan berkata: "Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya".
-Sura Hud, Ayah 62
👉Penyakit syak atau keraguan adalah bahaya kepada individu atau bangsa

Misalnya kita tengok ayat 110
وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ فَاخْتُلِفَ فِيهِ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۚ وَإِنَّهُمْ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مُرِيبٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Janganlah engkau merasa bimbang wahai Muhammad tentang keingkaran kaummu) kerana sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, lalu berlaku pertentangan mengenainya. Dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya mereka masih menaruh perasaan ragu-ragu tentang (kebenaran Al-Quran) itu.
-Sura Hud, Ayah 110
👉ini juga Penyakit nabi musa.
Kerana ada penyakit ni dia mendustakan kebenaran.

Tuduh juga bahaya juga.
Kalu kita tengok dlm ayat 13
أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ ۖ قُلْ فَأْتُوا بِعَشْرِ سُوَرٍ مِثْلِهِ مُفْتَرَيَاتٍ وَادْعُوا مَنِ اسْتَطَعْتُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar".
-Sura Hud, Ayah 13

Ayat 35
أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ ۖ قُلْ إِنِ افْتَرَيْتُهُ فَعَلَيَّ إِجْرَامِي وَأَنَا بَرِيءٌ مِمَّا تُجْرِمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Mereka terus berdegil), bahkan mereka menuduh dengan mengatakan Nabi Nuh sengaja mengada-adakan secara dusta: bahawa Tuhan mengurniakan pangkat Nabi kepadanya. Nabi Nuh diperintahkan menjawab dengan berkata: "Kalau aku yang mereka-reka wahyu itu maka akulah yang akan menanggung dosa perbuatanku itu, dan sebenarnya aku bersih dari dosa kesalahan kamu menuduhku".
-Sura Hud, Ayah 35
👉Ini juga sifat penting yg allah suruh kita bg perhatian.jgn ada macam ni.orang islam pun jika dia keraguan lama2 dia akan menjauhi agama.dan boleh jadi dia akan meninggalkan agama.dgn sebab itu jgn ada keraguan.kena belajar.belajar  adalah satu sebab yg menghilangkan keraguan.

Kemudian nabi2 ni ajar kebebasan beragama.
Kebebasan pegang dgn agama masing2 daripada nabi nuh lagi.dia seru tu bukan  jenis paksa.cuma jika tak terima kena hukum dari allah ,begitulah.akan jadi manusia yg malang .
misalnya kita tengok ayat 28.

قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِنْ كُنْتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَآتَانِي رَحْمَةً مِنْ عِنْدِهِ فَعُمِّيَتْ عَلَيْكُمْ أَنُلْزِمُكُمُوهَا وَأَنْتُمْ لَهَا كَارِهُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Nabi Nuh berkata: "Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Ia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?
-Sura Hud, Ayah 28
👉ini kata nabi nuh.
Aqidah bukan jenis paksa.itulah anyara secara ringkas yg kita dpti dlm surah hud.

Sekarang kita kembali kepada mesej utama.
Dgn menerima seruan alquran ,ajaran tauhid dan bertaubat drp syirik (orang kafir taubat dia tinggalkan syirik)dan dosa2 selain dari keampunan kepada allah ,sesatu kaum diberi peluang tanpa dibinasakan.jika tidak mereka dibinasakan seperti kaum2 sebelumnya.
Kalu kita tak mahu lenyap atau hilang bangsa kita ,malaysia,kalu tak jaga boleh hilang.
Sebab tu kena ada tauhid,istighafar,tawakkal kepada allah ,jgn ada keragu2an terhadap ajaran islam.jgn tuduh orang yg bw kebenaran dgn tuduhan yg bukan2.itu antara pengajaran yg kita dapati disini.yg mana ada kaum dahulu mereka itu hancur dan lenyap.

Lepas tu kita pergi kepada surah yusuf.

Surah Yusuf
Tertib dlm quran 12
Bilangan ayat 111
Bilangan rukuk 12
Makkiyah
Tertib turun ke53
Bilangan paragraf 3
Paragraf 1ayat 1-2pendahuluan alquran diturunkan supaya manusia berfikir.
maknanya mencetuskan fikiran manusia kepada kebenaran.
Paragraf 2 ayat 3-101ini kisah nabi yusuf.dicelah kisahnya byk pengajarannya.
Paragraf 3 ayat 102-111ini penutup kepada surah.jadi ringkas sangat.

Mesej utama
1.Berita gembira untuk Rasullah tentang baginda akan menguasai Mekah dan Islam akan berkuasa dgn sepenuhnya.
2.Orang2 kafir Quraisy Mekah  akan menjadi seperti saudara2 Yusuf  yg kemudiannya mengharapkan gelas kasihan.
Mari kita tengok mesej utama surah ini.
Dgn menerima seruan alquran, ajaran tauhid dan bertaubat drp syirik dan dosa2  selain memohon keampunan kepada allah ,sesuatu kaum diberi peluang tanpa dibinasakan.jika tidak mereka juga akan dibinasakan seperti kaum2 sebelumnya .
itulah mesej utama surah ini.

Dr segi masa turun lebih kurang sama surah tadi selepas surah hud.makna orang2 musyrikin mekah dok merancang macam2 nak bertindak terhadap nabi saw.kerana apa ?kerana dengki.kira sama keadaan nabi saw yg didengki oleh kaumnya(kira adikberadik juga)
Bangsa quraisy itu kuat dan besar.
Adikberadik nabi yusuf ,dibuangnya nabi yusuf sebab dengki.
Kaum  quraisy  seperti itu juga buat kat nabi saw.
Yg dibuang itu jadi berkuasa.
Itu juga yg dibuat kepada nabi saw  dan akhir sekali nabi saw menguasai mekah.
Kata2 nabi saw juga sama kata nabi yusuf kepada adikberadik dia. Rayuan yg sama orang quraisy atau adikberadik nabi yusuf..Engkau yg baik ,anak orang baik hati dan engkau saudara yg baik hati..
Pergilah kamu, aku bebas dan maafkan...
Kecuali dua tiga orang sebab dia bunuh orang,sebab dia bunuh orang kena qisas.
Akhir tunduk..sama

Kita tengok pengikut nabi yusuf.penyakit syirik.
Menolak ajaran tauhid juga.

Dlm surah hud ancaman kepada umat yg durhaka.disitu ada inzar.
Dlm surah yusuf ,disuruh sabar,disitu ada tabsyir.nabi disuruh sabar.
Kemudian Turun ayat izinkan perang...Uzinalilazi nakafaru....
Sabar yg indah...pertemukan mereka semua...

Sebagaimana dlm surah hud diceritakan dalil2  ayptau hujjah,lenyapnya umat yg salah yg tak betul dikemukakan dalil2 yg berupa sejarah.orang panggil dalil2 tarikiyah.nabi yusuf pun sejarah.
Kemudian dia buat mari dalil yg berdasarkan akal dalam surah ar rad.
Macam2lah sejarah,cuma itu sejarah kaum dan yg ini sejarah adik beradik.
Buah buat aniaya ada juga.
Jadi secara sindiran puak2 quraisy jgn buat begitu lah kat nabi.sebab adik beradik .Puak2 quraisy pun
mengaku adikberadik juga kepada nabi saw.jadi serupa.

Lepas tu dari segi kata kunci dlm surah ni,iaitu pengakuan bersalah adikberadik nabi yusuf dan penyesalan mereka dan ayah mereka minta ampun kepada allah.
Jadi minta ampun ni penting sokmo,untuk diri sendiri,keluarga dan masyarakat,dlm negara,institusi resmi dan tidak resmi,semua kena ada istighafar ni.
Cuba tengok istighafar nabi yaakub ayat hujung
1:25
اذْهَبُوا بِقَمِيصِي هَٰذَا فَأَلْقُوهُ عَلَىٰ وَجْهِ أَبِي يَأْتِ بَصِيرًا وَأْتُونِي بِأَهْلِكُمْ أَجْمَعِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya ia dapat melihat, dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya".
-Sura Yusuf, Ayah 93

قَالُوا يَا أَبَانَا اسْتَغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا إِنَّا كُنَّا خَاطِئِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Mintalah ampun bagi kami akan dosa-dosa kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah".
-Sura Yusuf, Ayah 97

قَالَ سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي ۖ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Nabi Yaakub berkata: "Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
-Sura Yusuf, Ayah 98

👉dlm surah yusuf juga diperkenalkan tentang quran.untuk apa?untuk manusia dapat berfikir.

Cerita2 asal betul adalah sangat baik untuk menginsafkan.dan nabi tak tahu kalu allah tak bg tau.
Antara ajaran nabi yusuf adalah tauhid dan
Kepercayaan pada hari akhirat seperti mana nabi kita saw.
Ini dapat kita lihat dlm ayat 37
قَالَ لَا يَأْتِيكُمَا طَعَامٌ تُرْزَقَانِهِ إِلَّا نَبَّأْتُكُمَا بِتَأْوِيلِهِ قَبْلَ أَنْ يَأْتِيَكُمَا ۚ ذَٰلِكُمَا مِمَّا عَلَّمَنِي رَبِّي ۚ إِنِّي تَرَكْتُ مِلَّةَ قَوْمٍ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Yusuf menjawab: "(Aku bukan sahaja dapat menerangkan takbir mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Dengan sebab itu aku meninggalkan ugama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat.
-Sura Yusuf, Ayah 37
👉dakwah nabi yusuf sewaktu dlm penjara.

يَا صَاحِبَيِ السِّجْنِ أَأَرْبَابٌ مُتَفَرِّقُونَ خَيْرٌ أَمِ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Wahai sahabatku berdua yang sepenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa?
-Sura Yusuf, Ayah 39
👉Ini akan Mengetuk fikiran dgn guna lojik,cara nabi yusuf.
Disini disebut tentang ulil albab.iaitu orang yg guna akal untuk nilai ajaran yg betul atau tidak betul.jgn sia2kan akal.
Satu lagi dalil kerasulan ,mukjizat pandai atau tepat tadbir mimpi

Aqidah tauhid nabi yusuf?
Ayat 101

رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".

-Sura Yusuf, Ayah 101

Tiada ulasan:

Catat Ulasan