Surah al anfal
Surah ke 8
Bilangan ayat=75
Tertib turun ke 88
Makkiyah atau Madaniyah=Madaniyah
Bilangan rukuk
Bilangan paragraf 8
inilah yg dimaksudkan struktur makro atau secara kasar.
Paragraf 1ayat 1-4 pendahuluan dan menyatakan berita gembira,rezeki,maghfirah
Paragraf 2 ayat 5-14 pemandangan dan latar belakang perang badar dan tujuan perang badar
Paragraf 3 ayat 15-28 ayat hijrah,taat dan patuh ,ini kepada pemimpin.
Paragraf 4 ayat 29-40 kesalahan jenayah orang musyrikin mekah dan keharusan berjihad menentang mereka
Paragraf 5 ayat 41-47 iaitu harta rampasan perang dan hukum hakam perang.iaitu peranan2 iblis dlm peperangan badar ,sikap orang munafik dan abu jahal.
Paragraf 6 ayat 48-54 54 Peranan iblis dlm perang badar.Sikap orang munafik dan Abu Jahal yg betul-betul ikut jejak langkah firaun.
Paragraf 7 ayat 55-71hukum hakam perang dan damai
Paragraf 8 ayat 72-75berita gembira dan pengampunan seperti dipermulaan surah ini dan kata kunci surah ini.
Mesej utama surah
1.apa itu jihad?atau falsafah jihad
2.adab atau displin jihad.
3.galakan berjihad
4.perang dan damai
5.kelebihan2 jihad
Susunan surah
6.al anam(165)makkiyah
7.al a'raf(206)makkiyah
8.al anfal(75)madaniyah
dlm quran,macam jalinan. unik.
9.at taubah(129)madaniyah
Zaman turun dan latarbelakang turun surah ini pada tahun kedua hijrah.surah madaniyah yg mana turun selepas perang badar.dan sebahagiannya menceritakan masa sebelum perang badar.makna sekitar tahun kedua sebelum sedikit dan lebih banyak selepas perang badar iaitu tahun kedua hijrah.sebelum perang badar sudah turun surah talaq dan surah muhamad.
Dr segi kesinambungan antara surah al anfal dan surah al araf mempunyai kaitan yg sangat rapat.
Sebab dlm surah itu allah swt pukul aqidah syrik dlm pelbagai bentuk dan tonjolkan pelbagai aqidah syirik dlm pelbagai bentuk.
Lebih ditumpukan kepada kafir dimekah dan sekitar mekah.jadi surah al anfal menentang musyrik
Dlm surah al araf, menentang aqidah syirik dan orang yg nak menentang aqidah tauhid.
Disitu diberitahu ada 6 kaum yg telah binasa akibat syirik.
Mereka mendustakan ayat2 allah bahkan mereka mendustakan para nabi.Allah swt aqidah murka dgn kesyirikan.orang yg aqidah syirik tidak layak menjadi pemimpin.tetapi mereka pemimpin kawasan masing2.
Bila allah tak suka kepada fahaman syirik dan mereka
mendustakan seruan rasul maka allah hancurkan mereka dgn berbagai cara.
Surah al anfal,allah hukum juga tapi tidak secara langsung tetapi dgn perantaraan orang islam pukul orang kafir seperti dlm perang badar.
Ini perkaitannya.
Begitu juga orang persaorangan.ditimpa bencana alam.
Tsunami.
Ada juga dgn cara lain iaitu golongan lain yg serang,seperti perang.
Allah tidak nak kaum musyrikin binasa seperti umat yg dahulu seperti:
Banjir
Tempikan
Bumi dihempap.
Inilah kesesuaiannya.
Surah sebelum ini allah sendiri yg membinasakan mereka
Surah anfal yakni orang islam yg membinasakan mereka dan menggagalkan usaha mereka.
Yg disebutkan dlm Ayat ini ayat 62
وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ ۚ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu.
Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.
-Sura Al-Anfal, Ayah 62
👉Orang kafir nampak dua kali ganda orang islam dlm perang.
أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).
-Sura Al-Anfal, Ayah 4
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.
-Sura Al-Anfal, Ayah 74
👉Diulang.
Nilai keampunan dan kemuliaan hidup ummah.
Ini kesesuaian ayat dipermulaan dan akhir surah.
Hidup dlm Perjuangan..
Falsafah jihad.
Suatu bangsa perlu diperangi jika telah rosak.
Ada Perkahwinan dan ada penceraian
Ada perang ada damai
Ada hidup ada mati
Dlm surah anfal adalah yg dasar.
Tema2 utama ialah
1.surah anfal sebut tentang maghfirah dan rezkunkarim diawal surah dan diakhir surah.
Kita mukmin yg sebenarnya.
2.dlm surah anfal disebut perang badar adalah pemisah antara yg benar dan yg salah.tujuannya
Ayat 8
لِيُحِقَّ الْحَقَّ وَيُبْطِلَ الْبَاطِلَ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.
-Sura Al-Anfal, Ayah 8
3.dlm surah ini ada beberapa nikmat termasuk rasa yakin dan dianugerahkan rasa mengantuk.sehingga ada yg pegang pedang jatuh dan dapat ketenangan setelah mengantuk itu.
Antaranya allah juga menurunkan air hujan.
Tempat orang kafir jadi lecah.
Malaikat bg semangat kat orang islam.
Jgn biarkan syaitan yg dtg kepada kita.
Ikut ajaran allah betul2 ,pertolongan allah akan dtg.
Allah swt telah menunjukan kepada mereka dlm mimpi,berjumlah sedikit...
Ayat 46
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
-Sura Al-Anfal, Ayah 46
👉Taat kepada allah disebut banyak kali.
Ayat 24 juga
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
-Sura Al-Anfal, Ayah 24
👉Ingatnallahndan sahut seruan allah.ini sangat penting ,kena berperang atau tidak.
Ayat 20
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَوَلَّوْا عَنْهُ وَأَنْتُمْ تَسْمَعُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya).
-Sura Al-Anfal, Ayah 20
👉Kali ketiga disebut
Jgn mulut cakap lain tapi buat lain.
Binatang paling buruk,kata sj taat tapi buat tidak.
Kaki yg buruk perlu dipotong untuk selamatkan bhg lain.
Jadi kena jaga.
Jgn khianat.dgn musuhpun tidak boleh khianat.
Ayat 58
وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِنْ قَوْمٍ خِيَانَةً فَانْبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.
-Sura Al-Anfal, Ayah 58
👉Kalu depa batalkan baru kita batalkan.
Fitnah perkara yg besar.
Ayat 73
وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.
-Sura Al-Anfal, Ayah 73
👉Kalu tak hapuskan fitnah akan berlaku kekacauan
Ayat 39
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ ۚ فَإِنِ انْتَهَوْا فَإِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.
-Sura Al-Anfal, Ayah 39
👉Disini disebut lagi fitnah.
Semua agama bg allah الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ
Fitnah makna tiada kebebasan
Bukan sampai tiada kafir ,bukan begitu.
Kalu mereka nak hidupmdlmmkeadaan damai,kita tak akan memerangi mereka.
Dlm jihad dan perjuangan ,maksud perjuangan itu penting.
Ayat 28
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
-Sura Al-Anfal, Ayah 28
👉Ini yg menyebabkan rasa berat nak pergi berperang ,kena fikir bangsa dan negara atau ummat.
Kalu kamu mati,ada pahala yg besar disisi kamu.
Mesej utama mari dr mana?
Ayat2 surah al anfal
Falsafah jihad
Dari ayat2 surah alanfal
Surah at taubah atau albaroah.
Tertib dlm quran yg ke 9
Bilangan ayat 129
Bilangan rukuk 16
Surah madaniyah
Tertib turun 113
Surah yg paling lengkap surah an nasrh.
Paragraf ada 5
Paragraf 1ayat 1-28
Ayat 1-12turun sebelum perintah kerja haji
Ayat 13-24 turun pada permulaan hijrah.
perintah jihad menentang musyrikin arab dari kalangan bani ismail( dan bani israel yg telah maulana jelaskan sebelum ini iaitu kafir quraisy.Nabi saw telah melaksanakan perintah allah dgn berperang)
Paragraf 2 ayat 29-35perintah berjihad menentang bani israel terdiri dr kalangan ahli kitab ,yahudi dan nasaro,tahun yg ke9perang tabut pula.yg tak jadi berlaku. Ayat 29-35 tahun ke9
Paragraf 3 ayat 36-41galakan berjihad ,seruan berjihad menentang maharaja rom.
Paragraf 4 ayat 42-127perintah berjihad menentang orang2 munafikin
Paragraf 5 ayat 128-129perintah menghargai perjuangan muhamad yg membawa kebaikan.
Sebab dia telah menyelamatkan manusia didunia lagi
Mesejnya adalah
1.jihad adalah suatu keperluan dlm menentang musyrikin mekah dari kalangan bani ismail ,bani ismail ini maksudnya puak2 kafir quraisy.
2.keperluan jihad menentang ahli kitab iaitu golongan nasaro,yahudi dan nasaro.
3.keperlusn jihad menentang orang2 munafikin.
4.keperluan mendidik orang2 islam yg nasih mentah.
Dari segi tertib turunya,attaubah iaitu pada bulan rejab tahun ke9 hijrah,itu bhg yg kedua ketika persiapan untuk pergi berperang ditabuk ketika itu.
Bhg ke3 surah at taubah,setelah pulang drp nak pergi berperang dr perang tabut.
Bhg pertama surah at taubah ,akhir sekali turun.
Hok ni akhir sekali turun kepada nabi saw.tetapi dari tertib alquran ,ia diletakan dahulu.itu agak pelik sedikit dan kita lemah untuk memahaminya.Iaitu turun pada zulqaedah.seblum ayat perintah buat haji.
Bhg kedua surah at taubah turun ketika persiapan untuk pergi berperang tabut.
Bila dah selesai ,nabi arah abu bakar buat pengumuman.tak boleh tawaf dlm keadaan telanjang.
Keadaan ayat2 ada yg turun sebelum hijrah iaitu dgn kematian abu talib.
Lihat ayat 113
مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَىٰ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.
-Sura At-Tawbah, Ayah 113
👉Ayat ini turun berkenaan abu talib.abu talib mati sewaktu nabi saw masih dimekah lagi...jadi ayat ni ayat makkiyah tapi letaknya dlm surah madaniyah.
Allah larang tidak bg nabi saw istighafar untuk bapa saudaranya itu.
Ayat 1-12turun sebelum perintah kerja haji
Ayat 13-24 turun pada permulaan hijrah.
Ketika perjanjian hudaibiyah terbatal.
Ayat 29-35 tahun ke9
Antara keistimewaan surah ini.
Dipermulaannya tiada bismillah.
Turun pada tahun ke9 hijrah.
1.Kerana kandungan surah ini sangat serupa iaitu tentang perang
2.tiada nama ar rahmanni rahim.
Kaitan surah dgn surah sebelum ini,menceritakan tentang peperangan .
Syarat2 jihad.
Mesej2 penting.
1.allah swt menyebutkan alasan yg kukuh menyebabkan mereka boleh diperangi.
2.
Musyrikin dan sekutu2
Nabi saw cukup menjaga janji.
4bulan diberi tempuh
Pada tahun yg ke9.
Polisi luar negara islam,tetap jaga janji.
Macam mn negara islam memerintah?
Ayat 6
وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْلَمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).
-Sura At-Tawbah, Ayah 6
👉Kafir muahid,kafir yg tak berperang dgn orang islam.
Bg visa belajar.
Kafir mustakmin=kafir yg minta damai,kita tak boleh ceroboh mereka.
Ayat36
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ ۚ
وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya);
dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
-Sura At-Tawbah, Ayah 36
👉45negara bersekutu menyerang afghanistan..
Negara islam?
Sedang orang islam allah suruh bersekutu menentang kekafiran.
Bom atom ada,tapi rakyat miskin meminta2 disana sini
Basyar al asad syiah alawi...teruk ,bukan islam ,ayah nyapun sama.
Jadi kalau kita sorang2 menghadapi orang kafir ,boleh ke menang?
قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّىٰ يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَنْ يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.
-Sura At-Tawbah, Ayah 29
Yg ketiga kesalahan jenayah orang munafikin.
Juga orang yg jauh dari bandar,orang arab a'raf ..juga ramai yg munafik
Ada yg a'raf yg beriman.
Keperluan jihad
Perang dgn yahudi sebelum tu lagi ,tahun ke7dan telah di halau th ke2&4 lagi.
Surah Yunus
TErtib 10
Bilangan ayat 109
Bilangan rukuk 11
Surah Makkiyah
Tertib turun ke;51
Bilangan paragraf 8
Paragraf 1ayat 1-2
Paragraf 1ayat 1-2 Quran berasaskan hikmat.ia merupakan berita gembira kepada irang yg beriman
Paragraf 2 ayat 3-20 dialog dgn musyrikin quraisy dan orang yg mengingkari adanya hari akhirat dan mempertahankan alquran (kritikan kafir dan jawapannya)
Paragraf 3 ayat21-46 perdebatan dgn pemimpin2 quraisy dan pemuja kebendaan disamping mempertahankan alquran
Paragraf 4 ayat 47-58 Perdebatan dgn orang2 Quraisy yg mengingkari kerasulan dan orang2 yg mengingkari hari kiamat disamping mempertahankan alquran (tonjolkan quran mukjizat allah)
Paragraf 5 ayat 59-70 Perdebatan aidah syirik orang2 Quraisy dan undang2 halal haram ciptaan mereka.
Paragraf 6 ayat71-93 perdebatan dgn orang2 musyrikin quraisy dan orang2 yg mengingkari hari akhirat disamping mempertahankan alquran.
Paragraf 7 ayat94-103 Alquran bersih dari sebarang keraguan.Manusia tidak boleh dipaksa menerima tauhid.
Paragraf 8 ayat 104-109 Anjuran supaya beriman kepada quran dan mengikutnya disamping bersabar dan beristiqamah.
Mesej utama penyempurnaan hujjah.
1.Penyempurnaan hujjah berpandukan dalil2 Quran yg teguh terhadap orang2 yg tidak menerima kerasulan dan tidak menerima hari akhirat.
2.Jawapan kepada kritikan dan bantahan mereka.
Yg menarik dlm surah ini kisah nabi yunus sendiri
Satu shj kaum yg selamat iaitu kaum yunus.
Sebab nabi yunus merajuk,dia kesal dgn kaumnya.
Bila dia tinggal,allah telah hukum dia.
Kaumnya telah berfikir dan menyesal
Kira berbeza Kaum2 yg dulu seperti
Kaum lut
Kaum syuaib
Kaum add
Kaum hud dll
Tiada ulasan:
Catat Ulasan