Rabu, Februari 06, 2019

030.Surah Ar rum.

030.Surah Ar rum.
Surah janji dan dapat kemenangan.
Kemenangan kepada tentera Rom(orang yg ada kitab).
Kemenangan yg cepat dan luarbiasa.
Surah Rom surah yg byk beri kesan pada hati mereka.
Akan mengalahkan parsi(sembah api) dlm masa kurang 10tahun.
Tahun kemenangan bg Rom ada tahun yg sama nabi dan sahabat menang dlm perang Badar.bermakna berlaku surah ni tahun 5sebelum hijrah campur 2tahun selepas hijrah,bermakna 7tahun shj Rom telah dikalahkan oleh parsi yg tidak ada dlm fikiran mereka.
Dalam surah ini Allah sebut kuasa dan kuqrat dia dalam
Ayat 17-19.
Dan 11 dalil aqli bermula Ayat 20-54.
Rom dikalahkan oleh parsi dlm tahun 615m.
Rom mengalahkan parsi pula dlm tahun 622myakni jarak 7th.merupakan tahun ke2h tahun kemenangan orang Islam dlm perang Badar.

Surah ar rum
Tertib Surah 30
Bilangan ayat 60
Bilangan rukuk 6
Surah makkiyah
Tertib turunnya  ke 84
Bilangan paragrafnya ada 8.
Paragraf 1-7 berita gembira tentang kemenangan orang2 rom dan orang islam(orang islam dan orang rom tu dah ada isyarat,menang pada tahun yg sama.mula2 tu nampak dia teruk kena pukul oleh tentera parsi.orang parsi menang selama mana sehingga orang2 dok kata tak boleh bangun dah puak rom ni.tetapi quran sudah sebut.
فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ
Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -
-Sura Ar-Rum, Ayah 4
👉Ini disebutkan disini.
Menang tak sampai 10 tahun tapi tak kurang dari 3.
Ini kita boleh tahu zaman mn surah ni turun)
Paragraf 2ayat 8-27 dalil2 akhirat.
Paragraf 3 ayat 28-29 dalil tauhid
(Hok akhirat dan tauhid dlm surah mn2 ada sokmo)
Paragraf 4 ayat 30-39 beberapa panduan untuk umat islam
Paragraf 5 ayat 40-42 cabaran terhadap orang2 musyrikin.keadann rezeki ,kematian dan kehidupan(ini cabaran)
Paragraf 6 ayat 43-45 perintah menerima aqidah tauhid dan percaya hari kemudian
Paragraf 7 ayat46-53 dalil2 tauhid dan akhirat
Paragraf 8 ayat 54-60 berita gembira dan dalil2 tentang balasan baik dan buruk.(balasan2 perlu dibuktikan.kalu orang tak percaya ,orang melakukan sewenang2nya.balasan baik buruk ini drp dunia lagi tuhe dah buat)

Mesej utamanya adalah
1.Berita gembira akan mendapat kemenangan dlm peperangan badar.
2.Dalil2 akhirat.
3.berita gembira akan mendapat kemenangan  didunia dan diakhirat.

Ayat 1
الم
Alif, Laam, Miim.

Ayat 2
غُلِبَتِ الرُّومُ

Orang-orang Rom telah dikalahkan .
👉Merupakan satu ujian besar.
Pemerhati tidak mudah Rom  mudah dikalahkan.orang Rom orang Nasara yg bermakna orang ada kitab.jadi parsi akan mengalahkan Rom satu berita gembira untuk orang kafir mekah kerana orang Rom ada kitab macam orang nabi saw

Ayat 3
فِي أَدْنَى الْأَرْضِ
وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ
سَيَغْلِبُونَ
Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya -
👉DiSyam.tanah jajahan Rom.
Rom akan menang balik.

Ayat 4
فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗ
لِلَّهِ الْأَمْرُ
مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ ۚ
وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ

Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun.
Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan,
sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira
👉Bilangan ganjil بِضْعِbukan 5.l kunjungan 10th kebawah.
Abu bakar bertarung kerana yakin dgn Quran.
Rom mengalahkan parsi.

Ayat 5
بِنَصْرِ اللَّهِ ۚ
يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ ۖ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

Dengan kemenangan yang diberi Allah.
Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya,
dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
👉

Ayat 6
وَعْدَ اللَّهِ ۖ
لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Demikian dijanjikan Allah.
Allah tidak pernah mengubah janjiNya,
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
👉

Ayat 7
يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja,
dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
👉Rom bila kalah perlu masa untuk pulih balik.
Tak tahu menahu bermaksud tidak boleh menjadikan dunia untuk akhirat.

Ayat 8
أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنْفُسِهِمْ ۗ
مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
وَمَا بَيْنَهُمَا
إِلَّا بِالْحَقِّ
وَأَجَلٍ مُسَمًّى ۗ
وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ بِلِقَاءِ رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ

Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja,
dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui),
bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi
serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar,
dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)?
Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
👉

Ayat 9
أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ
فَيَنْظُرُوا
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ
كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً
وَأَثَارُوا الْأَرْضَ
وَعَمَرُوهَا
أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا
وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ ۖ
فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ
وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi,
serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka?
Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri,
dan orang-orang itu telah meneroka bumi
serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka,
dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan).
Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
👉Takhwif duniawi

Ayat 10
ثُمَّ
كَانَ عَاقِبَةَ الَّذِينَ أَسَاءُوا
السُّوأَىٰ
أَنْ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ
وَكَانُوا بِهَا يَسْتَهْزِئُونَ

Sesudah dibinasakan di dunia
maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak),
disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah
dan sentiasa mempersendakannya.
👉 mendapat azab yg buruk السُّوأَىٰmempersenakan ayat2 Allah.
Terjemahan ke2 Akibat orang yg telah melakukan amalan buruk atau syirik

Ayat 11
اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ
ثُمَّ يُعِيدُهُ
ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Allah memulakan kejadian sekalian makhluk,
kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula pada hari kiamat),
kemudian kepadaNyalah kamu akan dikembalikan (untuk menerima balasan).
👉

Ayat 12
وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ
يُبْلِسُ الْمُجْرِمُونَ

Dan semasa berlakunya hari kiamat,
orang-orang yang berdosa akan dia membisu serta berputus asa.
👉Takhwif ukhrowi.
Tiada pergerakan yg mampu dibuat.

Ayat 13
وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ مِنْ شُرَكَائِهِمْ شُفَعَاءُ
وَكَانُوا بِشُرَكَائِهِمْ كَافِرِينَ

Dan makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah itu tidak ada satupun daripadanya pemberi syafaat melepaskan mereka (dari azab Allah),
padahal mereka berlaku kufur di dunia dahulu dengan sebab makhluk-makhluk yang mereka sekutukan (dengan Allah) itu.
👉Ayat yg menafikan kemampuan يُبْلِسُ

Ayat 14
وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ
يَوْمَئِذٍ يَتَفَرَّقُونَ

Dan semasa berlakunya kiamat,
mereka pada hari itu akan berpecah kepada dua kumpulan (setelah selesai perbicaraan).
👉Takhwif ukhrowi.

Ayat 15
فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
فَهُمْ فِي رَوْضَةٍ يُحْبَرُونَ

Adapun kumpulan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
maka mereka akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria.
👉Tabsyir
Orang yg beriman sebab menerima aqidah tauhid.

Ayat 16
وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
وَلِقَاءِ الْآخِرَةِ
فَأُولَٰئِكَ فِي الْعَذَابِ مُحْضَرُونَ

Dan sebaliknya kumpulan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran)
serta mendustakan pertemuan hari akhirat,
maka mereka akan tetap berada dalam azab seksa selama-lamanya.
👉

Ayat 17
فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ
وَحِينَ تُصْبِحُونَ

(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam
dan semasa kamu berada pada waktu subuh.
👉Waktu malam, maghrib dan isya'

Ayat 18
وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَعَشِيًّا
وَحِينَ تُظْهِرُونَ

Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi,
dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang
dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.
👉

Ayat 19
يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ
وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ
وَيُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ
وَكَذَٰلِكَ تُخْرَجُونَ

Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati,
dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup,
serta menghidupkan bumi sesudah matinya;
dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).
👉

Ayat 20
وَمِنْ آيَاتِهِ
أَنْ خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ
ثُمَّ إِذَا أَنْتُمْ بَشَرٌ تَنْتَشِرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula),
bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah;
setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu,
kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.
👉Semua dr qudrat yg sama.

Ayat 21
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ
مِنْ أَنْفُسِكُم
ْ أَزْوَاجًا
لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا
وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ
مَوَدَّةً
وَرَحْمَةً ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ
لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya,
dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
👉

Ayat 22
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ
وَأَلْوَانِكُمْ ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ
لِلْعَالِمِينَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi,
dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
👉Berbeza bahasa dan warna kulit.adalah tanda qudrat.

Ayat 23
وَمِنْ آيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ
وَالنَّهَارِ
وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ
لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya
ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari,
dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu).
Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).
👉

Ayat 24
وَمِنْ آيَاتِهِ
يُرِيكُمُ الْبَرْقَ
خَوْفًا
وَطَمَعًا
وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَيُحْيِي بِهِ الْأَرْضَ
بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ
لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya,
Ia memperlihatkan kilat kepada kamu,
untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan);
dan Ia menurunkan hujan dari langit,
lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.
👉

Ayat 25
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ تَقُومَ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ بِأَمْرِهِ ۚ
ثُمَّ إِذَا دَعَاكُمْ دَعْوَةً
مِنَ الْأَرْضِ
إِذَا أَنْتُمْ تَخْرُجُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya,
ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya;
akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi,
kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).
👉Dalil aqli lagi.

Ayat 26
وَلَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
كُلٌّ لَهُ قَانِتُونَ

Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya,
masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.

Ayat 27
وَهُوَ الَّذِي يَبْدَأُ الْخَلْقَ
ثُمَّ يُعِيدُهُ
وَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْهِ ۚ
وَلَهُ الْمَثَلُ الْأَعْلَىٰ
فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati),
sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya.
Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi,
dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Ayat 28
ضَرَبَ لَكُمْ مَثَلًا مِنْ أَنْفُسِكُمْ ۖ
هَلْ لَكُمْ مِنْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ مِنْ شُرَكَاءَ
فِي مَا رَزَقْنَاكُمْ
فَأَنْتُمْ فِيهِ سَوَاءٌ
تَخَافُونَهُمْ كَخِيفَتِكُمْ أَنْفُسَكُمْ ۚ
كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Ia mengemukakan kepada kamu satu misal perbandingan dari keadaan diri kamu sendiri,
iaitu:
Relakah kamu menerima sebahagian dari hamba-hamba abdi yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi kamu pada harta benda yang Kami telah kurniakan kepada kamu,
supaya dengan penerimaan kamu itu,
mereka dengan kamu menjadi sama-sama berhak padanya,
sehingga kamu pun tidak berani (menguruskan harta benda itu dengan tiada persetujuan) mereka, sebagaimana kamu tidak berani (berbuat demikian dengan orang-orang yang berkongsi dengan kamu - yang setaraf dengan) diri kamu?
Demikianlah Kami menjelaskan keterangan-keterangan satu persatu bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahaminya.
👉Kejadian hamba dgn tuan,inilah dinamakan kejadian qudrat.
Pusingan hamba dan tuan pusingannya kekal.
Kaya miskin tidak kekal.
Hamba dan tuan tidak sama
Kaya miskin juga qudrat.

Ayat 29
بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَاءَهُمْ
بِغَيْرِ عِلْمٍ ۖ
فَمَنْ يَهْدِي مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ ۖ
وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ

Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik)
dengan tidak berdasarkan pengetahuan.
Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri),
dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.
👉Kedegilan bermula dgn sedikit demi sedikit dan bertambah tebal.setakat mana Hawa nafsu diikuti sebanyak itulah tebalnya kedegilan

Ayat 30
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ
فِطْرَتَ اللَّهِ
الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ
لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ
ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu,
wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan;
(turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya;
tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu;
itulah ugama yang betul lurus,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
👉Fitrotaallah
Hati yg sentiasa mentauhidkan allah
Nak elak dr degil

Ayat 31
مُنِيبِينَ إِلَيْهِ
وَاتَّقُوهُ
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ
وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti)
serta bertaqwalah kamu kepadaNya;
dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -
👉Golongan syirik yg tiada sifat inabah.

Ayat 32
مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ
وَكَانُوا شِيَعًا ۖ
كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ

Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak;
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).
👉

Ayat 33
وَإِذَا مَسَّ النَّاسَ ضُرٌّ دَعَوْا رَبَّهُمْ مُنِيبِينَ إِلَيْهِ
ثُمَّ إِذَا أَذَاقَهُمْ مِنْهُ رَحْمَةً
إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya;
kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya,
tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya;
👉Zajrun
Selepas berdoa mensyirikkan allah

Ayat 34
لِيَكْفُرُوا بِمَا آتَيْنَاهُمْ ۚ
فَتَمَتَّعُوا فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

Dengan sebab itu, mereka mengingkari nikmat-nikmat yang telah Kami berikan kepadanya.
Maka (dikatakan kepada mereka): "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara),
kemudian kamu akan mengetahui (balasan kederhakaan kamu)".
👉Akibatnya Kufur nikmat

Ayat 35
أَمْ أَنْزَلْنَا عَلَيْهِمْ سُلْطَانًا
فَهُوَ يَتَكَلَّمُ بِمَا كَانُوا بِهِ يُشْرِكُونَ

Pernahkah Kami menurunkan kepada mereka (yang musyrik itu) sebarang bukti keterangan,
lalu ia menerangkan jalan yang membolehkan mereka lakukan perbuatan syirik itu?
👉jumlah muktaridoh.
Syirik berlaku sebab memporakperandakan wahyu allah

Ayat 36
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا ۖ
وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ
إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ

Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.
👉

Ayat 37
أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ
وَيَقْدِرُ ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ
لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya),
dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)?
Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
👉Dalil aqli lagi

Ayat 38
فَآتِ ذَا الْقُرْبَىٰ حَقَّه
ُ وَالْمِسْكِينَ
وَابْنَ السَّبِيلِ ۚ
ذَٰلِكَ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ ۖ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu,
dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing;
pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredaan Allah
dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
👉Ayat penolak bala

Ayat 39
وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ رِبًا
لِيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ
فَلَا يَرْبُو عِنْدَ اللَّهِ ۖ
وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ زَكَاةٍ
تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ
فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ

Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan,
supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan).
Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata,
maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.
👉Buat baik dan jgn zalim
Riba adalah paling zalim.
Ceti,bagi cepat sekali tapi nak balik byk sekali.
Bandingan riba dan infaq

Ayat 40
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ
ثُمَّ رَزَقَكُمْ
ثُمَّ يُمِيتُكُمْ
ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ۖ
هَلْ مِنْ شُرَكَائِكُمْ مَنْ يَفْعَلُ مِنْ ذَٰلِكُمْ مِنْ شَيْءٍ ۚ
سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Ia memberi rezeki kepada kamu;
sesudah itu Ia mematikan kamu;
kemudian Ia menghidupkan kamu semula.
Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu sesiapa yang dapat berbuat sesuatu pun dari segala yang tersebut?
Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan (denganNya)
👉

Ayat 41
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ
وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاس
ِلِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا
لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia;
(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan,
supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
👉Takhwif duniawi bg orang yg berterusan dlm aqidah syirik.
Musibah dan bala ,peluang untuk manusia berfikir.

Ayat 42
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ
فَانْظُرُوا
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ ۚ
كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ

Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah
bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan);
kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik
👉Takhwif duniawi

Ayat 43
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ الْقَيِّمِ
مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ
لَا مَرَدَّ لَهُ مِنَ اللَّهِ ۖ
يَوْمَئِذٍ يَصَّدَّعُونَ

(Jika demikian keadaannya) maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad) ke arah ugama yang betul,
sebelum datangnya dari Allah:
hari yang tak dapat ditolak;
pada hari itu manusia akan berpecah (kepada dua golongan).
👉Pengulangan semual

Ayat 44
مَنْ كَفَرَ
فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ ۖ
وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِأَنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ

Sesiapa yang kufur ingkar maka dia lah sahaja yang menanggung bencana kekufurannya itu,
dan sesiapa yang beramal soleh (yang membuktikan imannya),
maka merekalah orang-orang yang membuat persiapan untuk kesenangan diri mereka masing-masing;
👉

Ayat 45
لِيَجْزِيَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْ فَضْلِهِ ۚ
إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ

Kerana Allah akan membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari limpah kurniaNya.
Sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang kufur ingkar.
👉

Ayat 46
وَمِنْ آيَاتِهِ
أَنْ يُرْسِلَ الرِّيَاحَ
مُبَشِّرَاتٍ وَلِيُذِيقَكُمْ
مِنْ رَحْمَتِهِ
وَلِتَجْرِيَ الْفُلْكُ بِأَمْرِهِ
وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ
وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan;
dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya,
dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya;
dan seterusnya supaya kamu bersyukur.
👉Dalil qudrat allah

Ayat 47
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ رُسُلًا
إِلَىٰ قَوْمِهِمْ
فَجَاءُوهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ
فَانْتَقَمْنَا مِنَ الَّذِينَ أَجْرَمُوا ۖ
وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا
نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing,
lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata;
kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya);
dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.
👉
Ayat 48
اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ
فَتُثِيرُ سَحَابًا
فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاءِ
كَيْفَ يَشَاءُ
وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا
فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ ۖ
فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ
إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan;
kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya,
dan menjadikannya berkelompok-kelompok;
lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;
👉Dalil aqli yg terakhir

Ayat 49
وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلِ
أَنْ يُنَزَّلَ عَلَيْهِمْ مِنْ قَبْلِهِ
لَمُبْلِسِينَ

Dan sesungguhnya mereka dahulu,
sebelum diturunkan hujan kepada mereka,
adalah orang-orang yang telah berputus asa.
👉

Ayat 50
فَانْظُرْ
إِلَىٰ آثَارِ رَحْمَتِ اللَّهِ
كَيْفَ يُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ
إِنَّ ذَٰلِكَ لَمُحْيِي الْمَوْتَىٰ ۖ
وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, bagaimana Ia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur). Sesungguhnya Allah yang demikian kekuasaanNya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati.
Dan (ingatlah) Ia maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉

Ayat 51
وَلَئِنْ أَرْسَلْنَا رِيحًا
فَرَأَوْهُ مُصْفَرًّا
لَظَلُّوا مِنْ بَعْدِهِ يَكْفُرُونَ

Dan demi sesungguhnya, jika Kami hantarkan angin (menyerang tanaman)
lalu mereka melihat tanaman itu menjadi kuning kering, nescaya mereka sesudah itu,
terus kembali kufur (tidak mengenangkan nikmat-nikmat Allah serta berputus asa).
👉

Ayat 52
فَإِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَىٰ
وَلَا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاءَ
إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ

(Maka janganlah engkau berdukacita - wahai Muhammad - terhadap keadaan mereka yang demikian), kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu,
apabila mereka berpaling undur (disebabkan keingkarannya).
👉Tasliyah.

Ayat 53
وَمَا أَنْتَ بِهَادِ الْعُمْيِ عَنْ ضَلَالَتِهِمْ ۖ
إِنْ تُسْمِعُ
إِلَّا مَنْ يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا
فَهُمْ مُسْلِمُونَ

Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (matahatinya) supaya menjauhi kesesatan mereka;
engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sedia beriman akan ayat-ayat keterangan Kami,
kerana mereka orang-orang yang menurut perintah.
👉

Ayat 54
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ ضَعْفٍ
ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً
ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ
ضَعْفًا
وَشَيْبَةً ۚ
يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۖ
وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ

Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah,
selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula
serta tua beruban.
Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya,
dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
👉ini semua dlm qudrat dia

Ayat 55
وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ
يُقْسِمُ الْمُجْرِمُونَ
مَا لَبِثُوا غَيْرَ سَاعَةٍ ۚ
كَذَٰلِكَ كَانُوا يُؤْفَكُونَ

Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan bersumpah
mengatakan bahawa mereka tidak tinggal (di dalam kubur) melainkan sekadar satu saat sahaja;
demikianlah mereka sentiasa dipalingkan (oleh fahaman sesatnya dari memperkatakan yang benar).
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 56
وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ
وَالْإِيمَانَ
لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِي كِتَابِ اللَّهِ
إِلَىٰ يَوْمِ الْبَعْثِ ۖ
فَهَٰذَا يَوْمُ الْبَعْثِ
وَلَٰكِنَّكُمْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Dan (bagi menjawabnya) berkatalah orang-orang yang berilmu
serta beriman:
"Demi sesungguhnya, kamu telah tinggal - menurut yang terkandung dalam Kitab Allah - sampai ke hari kebangkitan (hari kiamat);
maka inilah dia hari kebangkitan (yang dijanjikan) itu, akan tetapi kamu dari dahulu lagi tidak mahu mengetahui (kebenarannya)".
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 57
فَيَوْمَئِذٍ
لَا يَنْفَعُ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَعْذِرَتُهُمْ
وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ

Maka pada hari itu tidak berguna lagi bagi orang-orang yang zalim,
sebarang alasan yang mereka kemukakan untuk melepaskan diri,
dan mereka pula tidak diberi peluang untuk memohon keredaan Allah.
👉

Ayat 58
وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ ۚ
وَلَئِنْ جِئْتَهُمْ بِآيَةٍ
لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا مُبْطِلُونَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai kisah dan perbandingan di dalam Al-Quran ini;
dan demi sesungguhnya jika engkau membawa kepada mereka sebarang keterangan,
sudah tentu orang-orang kafir itu akan berkata:
"Kamu ini tidak lain hanyalah orang-orang yang membuat dakwaan palsu".
👉Syikayah

Ayat 59
كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Demikianlah Allah meteraikan hati orang-orang yang tidak mahu menerima jalan mengetahui (kebenaran).
👉

Ayat 60
فَاصْبِرْ
إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ ۖ
وَلَا يَسْتَخِفَّنَّكَ الَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ

Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar;
dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah.
👉Tasliyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan