Daurah tafsir 2019 sesi 03
1.fatihah(7)
2.albaqarah(286)
3.ali imran(200)
Daurah tafsir 2016 sesi 034 ali imran1-20
Dlm surah Fatihah dulu,kita minta berlindung
dari masuk gol yg dimurkai (Yahudi)dan gol yg sesat(nasora).
Golongan yg dimurkai yahudi.
Surah ini Ali imran yg sebahagian besar menerangkan sifat2 orang nasora iaitu sifat2 orang yg sesat.
Iaitu sifat2 orang yg sesatْ وَلَا الضَّالِّينَ
Sebahagian besar penjelasan surah baqarah adalah sifat yahudi.
Sebahagian besar penjelasan surah ali imran sifat nasora.
Sifat orang yg sesat,golongan nasaro dizaman nabi.zaman lain pun jika berfahaman seperti dizaman nabi saw jua sesat.
Boleh jadi sifat ada pada zaman lain dan bangsa lain.
Ada yg telah masuk Islam dan sifat nasora telah tiada.
Sifat sesat dikhuatiri ada pada diri kita dan kita tidak untuk berusaha meninggalkannya.
Oleh kerana kita tak tahu sifat sesat,sifat sesat ada pada kita.
Ali imran dibahagi dua.
Bhg pertama dari Ayat 1-92,ditujukan khas pada sifat nasaro.
Bhg kedua dari Ayat 93-akhir( +-200ayat)surah.ada Yahudi ,nasora ,allah sebut atas maksud teguran zajran atau Syikayah.
Asalnyg duduk di najran yg ikut kitab injil.
Orang Arab ada yg beragama nasora dan kitab Injil.
Seperti juga negeri habsyah.
Tetapi sebelum wujudnya quran.
Setelah lahir nabi saw,kitab Injil sudah tidak boleh dipakai.hanya Quran yg boleh dipakai.
Dinajran sudah masuk bidah.kitab injil telah diterjemah dan ditafsir lari dari bentuk asal.
Orang nasora Najran sudah tidak mampu nak ikut kitab Injil yg sebenar.
Begitu juga bukan semua isi Al-Quran mampu di ikut oleh sesaorang islam.kemudian amal hanya ikut yg mampu shj.dan kata tak sesuai dgn zaman.pada hal tak sesuai dgn nafsu kita.
Tak mampu amal kemudian takwil sesuka hati.
Seperti kata,tak akan tok guru salah,sedangkan tok guru pun boleh salah.
Iman syafie,duk cela zaman,sedang kita yg lemah.
Minit 12
Tak mampu nak amal takwil.
Dok kata tak kan tok guru salah.
Kena ngaku,tak mampu ikut.dia hurai ikut kemampuan dia jah.
Orang negeri Yaman beragama nasaro ,berbahasa Arab dtg nak berdebat dgn nabi saw.mereka tidak sedegil Yahudi dgn anggapan nabi masih mentah.
Dia dok ingat nabi saw ni tak matang lagi.
Byk selukbeluk agama tak reti,pada anggapanya.
Nabi kata hanya Allah adalah Illah.
Sedang depa kata nabi Isa juga Ilah.
Ini adalah bid'ah di segi aqidah .
Mereka bertawasul dgn nabi isa.
Lalu nabi saw bg keterangan satu persatu sifat ilah adalah bg allah.
dan nabi gunakan surah ini untuk menjelaskan kepada orang nasaro.
ini boleh dipakai sampai bila2.
Yahudi tak fasih Arab dan tidak mahu berdebat dgn nabi.
agama nasaro mempertuhan Isa sehingga ke hari ini .
Orang nak kata,nabi isa adalah juga ilah.
Nabi jawab kepada orang nasaro dgn surah Ali Imran ini.
Begitu Jugalah untuk kita sekarang bila berhadapan dgn orang nasaro dizaman ini.
Minit 21
Nak injil tu ori,serupa quran dak?
Nabi saw bc quran,Tetapi nasaro degil tak mahu pakai hanya allah illah.
Jika tak mahu pakai,nabi ajak nasaro mubahalah.
Berdoa minta terus kepada Allah dan minta azab serta merta jika salah.yg mana dua kumpulan yg tidak betul ,turunkan azab serta merta.
Hebat quran ni boleh ubah kekufuran.
Wakil madarasah Mudir( dan dua orang)kepada Maulana Hadi pernah nak bermubahalah dgn Syiah.,buat pentas khas.masuk surat khabar, ramai orang dtg.tetapi Syiah tak dtg...esuk tubik surat khabar pihak syiah tak bersedia untuk mari..dlm perselisihan tiada mubahalah.
Yg jelas2 bercanggah dgn quran.
Mubahalah hanya boleh antara kufur dan Islam sahaja yg boleh.dlm fekah tidak boleh.
Nasaro Najran tidak bersedia untuk bermubahalah tetapi kemudian ramai yg masuk Islam sebab kebenaran hanya ada dlm Quran.
Surah ali imran bg kita reti pasal orang nasaro.kalu tidak kita tak tahu kesalahan orang nasaro menyebabkan kita tak akan mampu ajak dia kepada Islam.
dari Ayat 1-32 Muqadimah atau tamhid (suatu pendahuluan awal) pendahuluan untuk dibaca kpd nasaro Najran.
Perbahasan dgn nasaro najran ,dari 33(?)Sehingga Ayat 92
Dlm muqadimah ,allah beritahu tentang kebenaran Quran.
Satu2nya hujjah yg sahih dan sangat2 muktabar,kitab mukjizat.nak berdebat dgn sapo2 pun.
Apakah niat ini dlm pegangan nasora?
Permulaan surah juga diberitahu Golongan dahulu yg tak ikut wahyu,dikata sesat. Wahyu2 dulu juga benar.
Isi wahyu itulah yg benar termasuklah Al-Quran.
Zaman bila2 pun,Mana2 yg menentang wahyu dan ikut nafsu ,akan sesat
Nabi2 dahulu juga benar.
Surah ali imran
Tertib dlm quran surah yg ke 3
Bilangan ayat 200
Bilangan rukuk 20
Surah Madiniyah
Tertib turun adalah surah 89
Bilangan paragraf 7.
Surah imran boleh dibahagi2
Bahagian pertama mengenai ahlil kitab
Ayat 1-101
Bahagian kedua
Ayat 102-200
Berkenaan orang islam
Paragraf 1 ayat 1-9 ini kita panggil pendahuluan atau muqaddimah
Paragraf 2 ayat 10-32 menyeru ahli kitab kepada islam(itu intipatinya)
Paragraf 3 ayat 33-63 kisah mariam dan zakaria untuk membatalkan aqidah 3 tuhan.
Paragraf 4 ayat 64-101perincian tentang keburukan ahlil kitab(ahlil kitab khusus yg kristian ada buruk dan ada baiknya).
Paragraf 5 ayat 102-120 arahan memperkukuhkan pergerakan islam dgn menjadi sebagai sebaik2 umat,nak bentuk masyarakat islam yg sepatutnya.
Paragraf 6 ayat 121-189 kekalahan dlm peperangan uhud dan ulasan tentang sifat nifaq ada disitu.
Paragraf 7 ayat 190-200 penutup kepada surah ini.
Mesej utama surah ini .
Empat langkah perlu diambil untuk kemenangan islam
1.Dakwah kepada ahlil kitab.
2.Mengambil manfaat drp kebaikan yg ada pada ahlilkitab.
3.menjauhi keburukan yg ada pada ahlil kitab .
4.kesatuan dan kesepakatan umat islam disamping mereka diikat dgn pergerakan yg tersusun kukuh.
👪👪
Zaman turun.
Tahun ke 3 hijrah selepas perang uhud.
Ketika itu telah nyata kesan kesyahidan sekian ramai syahid dlm perang uhud.Dimana telah ramai isteri yg menjanda dan anak2 kecil yg menjadi yatim.
Semua itu menimbulkan masalah masyarakat yg memerlukan penyelesaian.
Sebagaimana kita tahu dlm sirah tersebut 70 orang sahabat meninggal dunia syahid dlm peperangan uhud.
Yg kedua ayat 33-70 bagaimana pun dipercayai diturunkan pada tahun 9 hijrah, ketika mana rombongan orang2 kristian najran dtg berjumpa rasullah dan berlaku perdebatan sehingga membawa kepada cabaran rasullah saw untuk bermubahalah.
Diskusi mereka itu telah dirakam dlm surah ini.
Perkaitan surah dgn surah sebelumnya dan selepasnya.
(Begitulah akan dtg,surah2 lain dia ada kaitan surah ali imran dgn surah sebelum dan selepasnya.jgn ingat tiada kaitan dan kena cari kaitan itu dan insyallah kita akan sebut sikit sebanyak atau satu dua sahaja.perkaitan itu kena cari,barulah kita nampak kenapa allah letak surah tu nombor dua,nombor tiga,padahal nak kira dr segi tertib asalnya tidak begitu.baru kita nampak tertib2 yg ada ini lebih kuat walaupun ulamak khilaf mengatakan itu tidak tauqifi.tetapi berdasarkan kajian ini lebih kepada tauqifi juga seperti tertib ayat tu juga.maknanya ditentukan oleh rasullah.begitu juga dgn surah bukan diserahkan kepada sahabat untuk ditentu sendiri,bukan.sebab kalu kita perhati kita akan nampak sifat ikjas dia ,melemahkan manusia nak buat lagu ni.mukjizat dia disitupun dah nampak)
Yg pertama
Diakhir surah al fatihah disebut almardubialaihimm (orang2 yg dimurkai)dan aldholin.
Siapakah al mardubialaihimm?
Mereka adalah orang2 Yahudi .
Merekalah orang yg dipilih allah sebagai contoh terbaik kepada golongan mardubialaihim(golongan yg dimurkai allah).
Ianya bukan orang Yahudi shj.Banyak lagi orang mardubialaihim ini.Sampai qiamat ada.
Dan kesannya dapat dilihat hingga kehari ini.
Macam mana jadinya masyarakat mardubialaihim ini.
Dia tiada hati perut.membunuh para nabi.Menyelewengkan kitab suci yg diurunkan allah dan bermacam2 lagi kejahatan yg dilakukan.Akibatnya sampai hari ni dapat kita lihat terhadap orang arab islam dipalestin
Minit 17:20
Cerita orang yahudi telah diberikan terperinci sekali dlm surah albaqarah.almargdhubialaihim.
Sekarang tiba masa untuk menceritakan adhoolim orang2 yg sesat . Siapa pula mereka .mereka adalah orang2 kristian.merekalah orang2 yg dipilih Allah sebagai contoh golongan addholin.
Perinciantentang mereka dibentangkan seluas2nya dlm surah aliimran buat pengajaran dan iktibar buat orang2 Islam.
Kalu dlm alfatihah ,almargdhubialaihim dulu sebut perincian dia dlm surah albaqarah.Dtgnya Yahudi juga dahuli drp kristian.
Minit 19.
kenapa mereka ini dimurkai allah.bc dlm surah baqarah.mula2 allah sebut mereka kemudian waladholin.jadi makna kena kenal almargdhubialihim dulu.sebab dlm surah albaqarah byk cerita almargdhubialihim iaitu puak2 yahudi dan Surah ali imran pula ditumpu kepada kristian iaitu disebut adholin yg tersebut dlm surah al fatihah.cuba tengok kaitan rapi cukup cantik dan rapi kaitannya.
Diakhir surah albaqarah allah ajar kepada orang islam satu doa,fansurna alalkoumilkafirin dan
dlm surah ali imran allah mengajar 4 cara untuk mengalahkan mereka dan punca orang islam mengalami kekalahan disuatu peringkat dlm peperangan uhud walaupun duduk diatas jln yg dah betul tetapi tak dapat kemenangan.kenapa berlaku begitu? .
Begitu juga bila nak mengalahkan musuh2 islam atau ahlil kitab orang kafir ini kena ada perancangan yg rapi dan tersusun br boleh mengalahkan mereka bahkan mungkin kita yg kalah.
Diakhir surah ini ada doa juga .
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 191
👉Doa ini ada kesamaan atau munasabah,atau ada kesesuaian diantara surah albaqarah dan surah ali imran.
Yg ke3sebgmn yg disebut dlm alkitab pada ayat kedua surah albaqarah bhw ia merupakan petunjuk kepada orang2 yg bertaqwa begitu juga dgn kitab taurat dan injil yg disebut dlm ayat ketiga dan keempat dlm surah imran.kedua2nya pernah menjadi petunjuk kepada orang2 yg bertaqwa sebelum kedtgan alkitab yakni alquran ini.
Surah albaqarah
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
-Sura Al-Baqarah, Ayah 2
👉 Huda/petunjuk هُدًى
Kitab ni gapo dia tak sebut lagi nama.tapi kitab ni kita tinjau dari sudut aznazmu khofi iaitu struktur mikro quran ni dia menunjukan kitab yg sebenar2nya layak dikatakan kitab.kitab yg sejati.novel pun kitab.tapi jadi petunjuk ke tidak?kalu tak jadi petunjuk bukan kitab yg sebenarnya.kitab untuk panduan.tapi nama tidak sebut.
Cuba tengok dlm Surah imran
نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَأَنْزَلَ التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 3
👉sebut pula kitab
Ini perkaitannya نَزَّلَyg kena cari.
مِنْ قَبْلُ هُدًى لِلنَّاسِ وَأَنْزَلَ الْفُرْقَانَ ۗ إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 4
👉ini seni dia,Perkaitan yg sangat menarik.. هُدًى لِلنَّاسِ.
Kenapa sebut nazzala?sebab qurab itu turun beransur2.
Anzala makna turun juga tapi turun sekali gus,taurat dan injil.ini cara penurunan taurat dan injl.perbincangan annazmu khofi.semua kitab dr allah .tapi itu dulu dan sudah menyeleweng.
Alquran terpelihara
Al imran ..disebut waanzalalfurqan...nama furqan
sifat dia, kitab ini yg bg tau apa yg sebenar.peranannya sebagai pemisah yg benar dan tak benar dlm kitab sebelumnya.
Kitab yg disebelum mu,tengok dlm surah ali imran ialah namanya taurat dan injil.
Kitab sebelum tu pun ada,suhuf ibrahim dll tetapi jauh.yg jadi cabaran kepada umat islam adalah orang yg berpegang dgn taurat dan injil iaitu yahudi dan nasara
Cuba tengok juga,Permulaan surah baqarah ayat 26
إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي أَنْ يَضْرِبَ مَثَلًا مَا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا ۚ فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَيَقُولُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًا ۘ يُضِلُّ بِهِ كَثِيرًا وَيَهْدِي بِهِ كَثِيرًا ۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلَّا الْفَاسِقِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;
-Sura Al-Baqarah, Ayah 26
👉Ada manusia yg sesat meskipun dia ada petunjuk dr allah .keadaan ini berlaku apabila dia menyalah gunakannya.kitab yg betul jadi tak betul .
Sebab salah guna boleh menjadikanya tak berfaedah juga...ubat tidak mujarab sebab tak ikut peraturan.pasal tak ikut peraturan.
Suka ayat mutasyabihat.ini sifat orang kristian.ayat muhkamat yg terang.
Tak semua orang boleh tahu semua perkara.
Dlm ayat 7ali imran allah mengatakan
هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ ۖ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ ۗ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ ۗ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 7.
👉Tak tahu pun tak apa,sebab tidak semua kita boleh tahu dan tidak menjejaskan hidup kita pun.
👉didlm surah baqarah ,diberitahukan kejadian adam tanpa ibu dan bapa .
Dlm surah al imran ,disebutkan tentang kejadian tentang isa tanpa bapa juga tetapi ada ibunya.itulah keajaiban kejadian yg allah boleh buat dan maha kuasanya.
Didlm surah annisa selepas ini pula allah menyatakan kejadian anak cucu adam,mereka dijadikan berbapa dan beribu .dimula surah annisa lagi dinyatakan kejadiannya.
Dgn cara itulah manusia bertaburan dimuka bumi begitu ramai hingga kehari qiamat.
Yg ke 6surah albaqarah lebih byk berbicara tentang yahudi.
Dan surah ali imran ini lebih byk berbicara tentang orang2 kristian.kesimpulan Taurat diturunkan lebih dulu dari injil untuk orang yahudi berbanding dgn kitab injil.
Maka wajar sekalilah kalu kisah yahudi didahulukan dr surah albaqarah dan disusuli kisah kristian dlm surah ali imran.dr segi tertib pun comel.
Yg ke Tujuh,dipermulaan surah albaqarah telah disebut secara umum bhw telah ada kitab yg diturunkan sebelum alquran dan dipercayai oleh orang yg beriman secara umum.kita percaya taurat itu memang ada tetapi perincian taurat yg ada loni tidak boleh diterima sebab mereka pesongkan kitab itu.
Dipermulaan surah imran diperkenalkan secara jelas nama kitab2 yg turun sebelum quran iaitu taurat dan injil.
Yg ke8 dlm surah baqarah ,perang disebut secara borong shj.menerusi ..firman allah didua tempat...waqotilusabilillah tetapi dlm surah imran perang disebut secara detail..iaitu dia bw mari satu contoh iaitu perang uhud ,macam mn dr strateginya ,tenteranya ,kenapa berlaku kekalahan..allah swt tegur dgn maksud membina ..supaya umat islam tidak mengulangi kesilapanya yg sama.
Yg ke9 ,Allahlah yg memberi kerajaan memerintah kepada sesiapa yg dikehendakinya secara borong shj menerusi firmannya dlm surah albaqarah secara umum.
Tetapi dlm surah imran ini perkara yg sama allah memberi tahu secara terperinci pula.tadi disebut..kulillah hum ma likalmu.. almulk dan ini disebut pula.inilah kata kunci seperti...yukti...tuktil ..tuhe tidak bg shj tetapi tuhe tarik juga kuasa pemerintahan.
DiSini lebih terperinci. Dgn bg dan tarik ini ada manusia jadi mulia atau hina.bila dapat mulia.bila tarik jafi hina..itulah berkait dgn kuasa.
Inilah cara quran.mula2 umum kemudian jadi lebih terang dan lebih terang.
Yg ke10allah menceritakan
Bgmn doa lafaz nabi ibrahim untuk nabi kita nabi muhamad saw..cuba tengok perkataannya sama dlm surah ali imran watlu alaihim ,tadi watluaya tika....wayuzakihim sana pun ada.ini kesesuaian antara dua surah...
Tuhan selalu sebut sekali dua surah..
Azzahrowain iaitu dua surah yg gemilang iaitu surah al baqarah dan surah ali imran.
Begitu lamabaru termakbul.
Jadi setelah 2,000 tahun lebih baru dimakbulkan doa nabi ibrahim...cucunya dtg.irang yg berwawasan beribu tahun.
Ciri2 yg dikongsi bersama dlm surah baqarah dan surah ali imran.
Satu,
Dlm bhg kedua surah albaqarah telah dikemukakan sekian banyak kesalahan dan jenayah oleh golongan yahudi.
Dlm bhg pertama surah imran pula sekian banyak kesalahan2 dan jenayah yg dilakukan oleh golongan kristian pula.
Dlm surah albaqarah perincian almardubialaihim yakni orang2 yg dimurkai allah dan dlm surah ali imran ini pula terdapat perincian tentang orang2 adollin orang2 yg sesat.
Yg Kedua .
Dlm surah albaqarah pada ayat 143,
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا ۗ وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنْتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ ۚ وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ ۗ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
-Sura Al-Baqarah, Ayah 143
👉Gelaran ْ أُمَّةً وَسَطًاtelah dikurniakan kepada umat islam.iaitu anugerah drp allah kepada umat ini.
Dlm surah ali imran pula pada ayat 110
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 110
👉Mereka diberi gelaran خَيْرَ أُمَّةٍiaitu sebaik2 ummah.
Ini umat islam ni yg eluk2 gelarannya..ada perkaitan yg rapat
Surah baqarah,Seru..ayat 41
وَآمِنُوا بِمَا أَنْزَلْتُ مُصَدِّقًا لِمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوا أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ ۖ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 41
👉Didlm Surah imran pula ,seruan juga,apakah kamu mahu masuk islam...
Kristian yg hidup dizaman nabi dan begitu juga bani israel yg hidup zaman nabi diseru kepada islam.
Nabi tak biarkan mereka,sebab mereka sudah sesat dan murkai allah.mana tahu ada diantara nereka yg ingin kembali kepangkal jln.
Kedua2 surah disudahi doa yg lengkap ,yg mn umat islam mesti mempunyai hubungan yg rapat untuk kemenangan umat islam.
Kata kunci ini perlu diberi perhatian.jika tak bg perhatian tak akan nampak.
👉Beberapa kata kunci dan tema penting dlm surah ali imran.
Dlm surah ali imran ada beberapa Kata kunci ..
Satu
berkali2 ditegaskan bhw tiada ilah melainkan allah.tiada illah yg layak tuhan disembah melainkan allah.perhatian ada sebab.
Sebab orang kristian terlibat dlm kesyirikan.nabi dia bw ajaran tauhid.nya ubah nya baiki.seperti tikus baiki labu.jadi punah agama.
Inilah jenayahnya.sebab itu mereka tidak layak jadi pemimpin.sebab itu allah swt tukarkan mepimpinan orang yahudi dgn kepimpinan islam.kepimpinan yg dibawa oleh nabi muhamad saw.
Hok ni boleh dilihat pada ayat 2,ayat6,ayat 18,ayat 23 ayat 64.maknanya ini adalah kata kunci dlm setiap surah bila beberapa kali disebut.maknanya ada beberapa benda penekanan disitu.dan itulah masalah orang kristian.syirik .manusia pun iaitu nabi tu dia kata tuhan juga.kita kata nabi dia kata tuhan.
Dua
bukti2 kebenaran agama islam dikemukakan didlm surah ali imran,lalu ahli kitab diseru supaya menerima kebenaran islam.
Begitulah kita jika hidup sudah tidak betul kena tinggal pergi kelain.begitulah allah swt ajar.
a.dinyatakan kepada ahlil kitab dgn terang bhw agama yg diterima disisi allah hanyalah islam...innadinaindallah hi islam.
Minit 39
🎑🎑🎑
Kristian walaupun satu masa dulu pernah menjadi petunjuk..hanya agama islam yg betul.
Ayat 19
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 19
b.secara tidak langsung,ini secara negetif, juga orang yg menerima selain dr agama islam tidak akan sekali2 diterima agama itu...waman yabtaghighairilislam... Din satu ,islam satu kata kunci,byk kali sebut ,19kali lebih ,menarik perhatian kita sebab byk kali allah sebut.benda ini benda besar..jgn sombong kita terima kitab lebih dulu..jgn begitu,kamu sesat kamu akan rugi.kalu kamu ikut islam dan kerana ikut yg dahulu dapat dua
c.kami umat islam tidak membeza2kan rasul allah....sama ada dari keluarga bani israel atau ismail.
Kita orang islam begitu bukan macam yahudi tak nabi isa atau kristian tak terima nabi muhamad..ini lah penyakit depa.muslimun atau islam...berapa kali disebut
Ayat 84
قُلْ آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ عَلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَالنَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)".
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 84
👉
d.allah tidak suruh sesiapa pun jadi kafir ayat 80
وَلَا يَأْمُرَكُمْ أَنْ تَتَّخِذُوا الْمَلَائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًا ۗ أَيَأْمُرُكُمْ بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam?
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 80
👉kafir ni malapetaka.tak kan tuhan nak suruh begitu.
f.semua pengikut setia nabi isa telah bersaksi adalah muslim ayat 53
رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 53
👉Jadi islam baru selamat.
Bentuk perbincangan,Mujadalah, muhasomah..ambil peluang ..ada yg boleh pujuk atau bincang.
h.kepada allah jualah tunduk semua makhluk dibumi.lihat ayat 83
أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 83
👉Maknanya semua alam ini islam belaka kecuali manusia dan jin.yg lain semuanya tunduk.contoh matahari tunduk pada tuhe,bulan ,sungai,pokok nenas.tunduk dgn tiada pilihan(karhan),yg ada pilihan adalah suka rela( tauan)-kita la ada pilihan
i.Nabi ibrahim adalah seorang muslim yg hanif bukan yahudi,nasrani atau musyrik.
Yahudi yg pusing ,kata nabi ibrahim yahudi.
Orang kristian kata nabi ibrahim tu beragama kristian.macam mana nabi ibrahim ikut nabi isa.
j.nabi muhamad saw dan pengikut telah menyeru semua yahudi ,kristian dan bani ismail kepada islam , mereka dikenali ummiyin iaitu bani musyrikin mekah.lihat ayat 20
فَإِنْ حَاجُّوكَ فَقُلْ أَسْلَمْتُ وَجْهِيَ لِلَّهِ وَمَنِ اتَّبَعَنِ ۗ وَقُلْ لِلَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْأُمِّيِّينَ أَأَسْلَمْتُمْ ۚ فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوْا ۖ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَاغُ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam yang aku bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 20.
👉Ummiyin adalah berkait dgn penduduk mekah iaitu kafir quraisy
Tiga
Termasuk kata kunci dan juga tema yg ada dlm surah ali imran.
Ayat2 surah ali imran ,Mencerita sifat dan gelagat ahlil kitab secara terperinci.kalu nak tengok peel perangai dia ,sifat dia,tingkahlaku dia,macam mana tengok sini ,dicelah2nya juga terdapat sekian byk arahan pengajaran dan panduan ,Ayat2 lebih yg mencerita orang kristian,fokus kepada demo ni.
Empat
Perkataan ummiyin .
Dlm surah baqarah pun ada sebut
Disini pun ada.ini kata kunci yg penting kena bg perhatian.perkataan ummiyin telah dipakai dgn makna yg khusus didlm surah ali imran ,ia dipakai dgn bani israel ,bani ismail dan orang2 musyrikin arab terutama penduduk mekah,ini makna ummiyin yg dipakai dlm surah ali imran
a.bani israel telah sekian lama menghidap penyakit gila keturunan dan terlalu melampau2 dlm melebihkan bangsa mereka.hok ni maklum.didlm surah ali imran allah merakamkan kata2 mereka terhadap bani ismail...laisaalaikna...tidak ada dosa bagi kami terhadap orang ummi..
iaitu anggapan tidak salah mengambil harta bani ismail dgn cara yg tidak betul..boleh .ini ugama yahudi yg tak betul.taksub dan fanatik yg begitu tebal.
b.nabi saw diperintah supaya menyeru bani israel dan bani ismail h iaitu al ummiyin ini kepada agama islam.ummi bermakna orang arab mekah.disisi ahlil kitab orang syam,kamu orang mana?saya orang ummi kata dia,bukan maknanya saya orang buta huruf.ada pula orang royat kekurangan dia.awak ni macam mn?saya ni bodoh.ada ke lagu tu?tak dlm dunia ni.sebab tu
Silap sekali jika kata ummiyin ini mesti buta huruf.
ummi ialah orang arab!!jika buta huruf siapa yg tulis quran dulu?yahudi ke??
Yg kelima.
Didlm surah ini Al quran ini telah disebut dgn nama al furqan bererti pembeza atau sesuatu yg membezakan kerana membezakan diantara yg betul dan yg salah yg ada dlm taurat dan injil.lihat ayat 4
مِنْ قَبْلُ هُدًى لِلنَّاسِ وَأَنْزَلَ الْفُرْقَانَ ۗ إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 4
Yg keenam
Dlm surah ini allah menyatakan semua kitab yg diturunkan ada mengandungi ayat2 mutasybihat dan muhkamat.salah satu punca manusia menjadi sesat ialah kerana mereka suka sangat bermain2 dgn ayat mustaybihat.lautan takwil diharungi untuk menimbulkan fitnah pada hal tidak ada yg mengetahui takwilan sebenarnya melainkan allah.oleh itu umat islam hendaklah berwaspada terhadap ayat2 mustsybihat jgn sampai mereka juga jadi sesat kerananya seperti ahlikitab sebelum mereka.umat islam diajar selalu berdoa begini ,robbana latuzikqulubanar...talwahab..jgn engkau pesongkan...pemberiannya. ni dia suruh kita berdoa
untuk apa pula ayat mustasyabihat.
Begitu sebiji kelapa,Makan kelapa termasuk sabut?manusia fesyen mana.
tapi kelapa dtg bersama dgn sabut,tapi sabut tidak boleh dimakan..ikut yg muhkamat sudah cukup.
Byk mn kita tak tahu boleh hidup dgn selamat
Yg ketujuh
Minitt 102
🎀🎀
Melalui firmanya.. waanni ....tuktilkaman tasya...watanziulkamiman tasya....allah mendedahkan rahsia disebalik penukaran kerajaan dan pemerintahan...
Dua kali kita diberitahu kurniaan allah dlm surah
baqarah..pemimpinan bani israel.
2500tahun...bani israel memerintah dunia..telah ditukar kuasa pemerintahannya kepada umat islam .
Umatan wasatan adalah umat islam bukan bani israel lagi
Yg kelapan
Dlm surah ini allah menyatakan sifat2 orang2 yg beraqal menggunakan lafaz ulul albab dan ulul absor.Siapakah mereka, ulil albab atau ulil absor?.(ini adalah kata2 kunci)
a.mereka adalah orang2 yg tak mentakwil ayat2 mutasybihat dan sebaliknya mereka ikut ayat2 muhkamat.ini lah ulul albab ..orang yg cerdik.
Ilmu falsafah ,tidak diyakini dan belajar jadi tak boleh jadi panduan.sia2 buang masa...yg berguna adalah muhkamat bukan mutasyabihat.
b.mereka adalah orang2 yg selalu mengingati allah ,sentiasa berfikir dan merenungi kejadian allah dan memilih aqidah tauhid.untuk menghindari api neraka mereka sentiasa berdoa ,lihat ayat 190
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 190
c.orang berfikir dan celik matahatinya diseru agar ambil iktibar dan pengajaran dr perang badar ,bgmn allah telah memenangkan golongan kecil daripada golongan yg besar.dan dlm perang uhud surah yg sama macam mana pula orang dah islam tapi kalah.sepatutnya ulil absor atau orang cerdik kena ambil pengajaran dari sejarah itu.
Bila dah islam tuhe jamin sokmo.menang kita.tidak begitu.ia terikat dgn hukum sebab dan musabab, ia terikat dgn peraturan adat dan ia terikat dgn berbagai lagi hukum dlm kehidupan kita.
Sembilan.
Didlm surah ali imran beberapa kali selepas menyebut nabi ibrahim,ahlilkitab diseru kepada agama islam.
a.Allah telah memilih keluarga nabi ibrahim melebihi orang2 lain dizamannya.keluarga imran dizamanya...ayat tu.allah pilih dia dan keluarganya ...anak dia sapa?ishak dan ismail..ishak kepala dipalestin..baitul maqdis..keadaan peninggalannya...
Ibrahim dan anaknya Ismail buat kaabah...berdoa ..jadi pusat...sekarang ni berapa ramai yg dtg!!.pakai quata!..keberkatan doa sesaorang..kami lebihkannya..kata allah.
b.taurat dan injil diturunkan selepas nabi ibrahim alaihisalam lihat ayat 65
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تُحَاجُّونَ فِي إِبْرَاهِيمَ وَمَا أُنْزِلَتِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنْجِيلُ إِلَّا مِنْ بَعْدِهِ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 65
c.nabi ibrahim bukan beragama yahudi dan nasrani .mcamna yahudi atau nasrani?tak masuk akal
d.orang yg paling dekat kepada ibrahim orang yg mengikutinya.nabi muhamad dan orang yg mengikutinya adalah orang yg paling dekat dgn nabi ibrahim walaupun dia dtg kemudian dari umat nabi isa dan umat nabi musa.tetapi dr segi mengikut ajarannya paling dekat syariat nabi ibrahim.
siapa yg buat haji?puak2 kritian dan yahudi tu tidak percaya kepada islam.siapa yg buat?kita islam yg buat.korban apa,syariat pada hari raya korban.kamu tak buat kenapa kamu dakwa kamu ikut dia?kamu terima dia orang bagus dan berjurus,baik,terpilih disisi tuha,kamu tak ikut ajaran nabi muhamad,kamu akan terlepas byk dari ajarannya.bahkan kamu yg menyeleweng dari ajarannya.dgn sebab tu kamu kena marilah kepada islam.bo la hidup dgn cara itu.
Tafsir quran sama quran saling menjelaskan.kalu nak detail bolehla pergi kepada hadis.tapi sini dah padan.
e.orang islam beriman kepada sekalian nabi yg diutuskan oleh allah ,mereka tidak fanatik seperti orang2 yahudi.
f.bani israel diperintahkan supaya mengikuti agama nabi ibrahim yg lurus iaitu berdasarkan tauhid ibrahim tidak termasuk orang2 musyrik.setaro musyrikin pun dia kata dia ikut agama nabi ibrahim juga.bukan yahudi dan kristian shj sayang kepada nabi ibrahim .nabi ibrahim seorang tokoh yg disepakati oleh semua tetapi dia dakwa tu dia punahkan ajaran nabi ibrahim.mana nabi ibrahim ajar tawaf kaabah sambil telanjang.mana nabi ibrahim ajar makan bangkai.dgn sebab itu diperintahkan ikut ajaran nabi ibrahim yg lurus.yg lurus itu maksudnya tauhid.kalu musyrikin gitu mo re berhala ikut nabi ibrahim apa?bahkan dia mencemarkan rumah yg nabi ibrahim bina ,pusat ibadah dgn 360 berhala .bagaimana musyrikin jadi musuh kepada nabi saw kalu rujukan nya sama??apa bezanya?bermakna menyelewengkan ajaran nabi ibrahim kalu lagu tu.bukan nak bertanggungjawab atas ajaran nabi ibrahim yg sebenar.bahkan mereka yg merosakan ajaran nabi ibrahim yg sebenar sebagaimana pengikut kristian merosak agama yg dibawa oleh nabi isa.
Minit 1:17
🌎👪🌎
g.maqam ibrahim ialah sebuah batu tempat nabi ibrahim berdiri ketika membina kaabah batu itu adalah mukjizat yg pernah diberikan kepada baginda .lihat ayat 97
فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 97
👉Masih Dok ada dekat kaabah.
Ada tempat yg paling ramai dikunjungi manusia selain kaabah???walaupun baitulmaqdis.ini menunjukan ini kehendaknallah
Ini menunjukan pusat kepimpinan sudah bertukar.
Umrah pun beberapa kali dimana?
Ini menunjuk ugama yg membawa kepada kebahagian kepada semua manusia dan bangsa...ialah agama islam...
agama hindu kotor dan menyiksa diri..
Pecah kelapa la..
Mandi kat sungai,hirup pula air
Makam bukan kubur.
Makam ibrahim=tempat berdiri.
Dulu batu tu dulu mukjizat loni dah tiada.kesan berkat akan tinggal lama.keadan kaki sudah hilang sebab haus.
Nabi ibrahim yg mula2 orang yg bertamadun
Jika diperhatikan surah ali imran,Ada dua bhg besar dan struktur mikronya..
Bhg satu berkenaan ahlil kitab dari ayat 1-101
Bhg dua ,ada struktur mikro tersendiri.yg ini.102-200
Surah ali imran terdiri dr 200ayat .
Paragrafnya ada 7.
Bhg pertama nya ada 4 paragraf
Bhg kedua nya terkandung dlm 3paragraf
Bhg pertama ada 4 paragraf
Bhg ini mengandungi 101ayat.
Ia berkenaan ahlil kitab khususnya golongan kristian.
Bhg kedua
nya terkandung dlm 3paragraf,
bermula dari ayat 102-ayat 200,didlm nya terdapat ayat yg konstraktif supaya umat islam beroleh kemenangan dgn pertolongan allah bila mereka menghadapi ahlilkitab dan golongan kafir yg lain.
Allah swt bawa mari contoh perang uhud .ini bermakna allah swt nak tegur atau nak kritik orang islam ,jgn buat lagu ni.kalu buat lagu kamu akan kalah.kamu nak menghadapi orang kristian dan yahudi sampai bila2.kalu nabi saw sekadar menghadapi orang kafir dlm perang uhud ,habislah cerita tak dah.tapi perang melawan orang kafir ni tiada sud.bahkan dunia ini akan sud dgn orang kafir.dunia tak akan kiamat selagi ada orang yg kata allah.allah.makna nya ada yg islam.maknanya orang islam adalah roh kewujudan alam ini.makna bila tiada orang islam ,seperti tiada nyawa dunia ini.akan kiamat.atau mati dan orang kafir yg ada terutama ahlil kitab.
Ahlil kitab ni ketua.
Yahudi dan kristian.besar..segala kemungkaran mari dari yahudi segi apa pun.selagi ikut dia tiada akan menang.
Begitu kristian ,besar pengaruhnya..
Kalu zaman kita mudah nampak.
Orang islam perlu menghadapi golongan ini.duitnya byk.
Kalu tak tetap pendirian ,kita aksn sesat.
Hindu hanya sedikit.
Cabarn umat islam adalah yahudi dan kristian
Struktur makro surah imran.
Satu
Ayat 1-9
membentuk paragraf pertama yg merupakan pendahuluan bg surah ali imran.
Alquran adalah furqan yg tersebut dipermulaan surah ini.ia dinamakan alfurqan kerana ia mendedahkan mana yg betul mana yg salah yg telah diselewengkan dlm kitab taurat atau injil.didlm nya seruan tauhid.didlm nya juga ada penjelasan tentang alquran adalah wahyu dari allah sebagaimana taurat dan injil..orang kristian sudah tersesat sebab ayat mutasyabihat.orang islam dianjur memilih untuk berakal dan celik matahatinya dlm menghadapi ayat2 mutasyabihat dan muhkamat.kedua2 ayat itu haruslah diimani.tetapi kena elakan diri dr mentakwil ayat2 mutasybihat kerana orang hatinya cenderung kepada kesesatan mereka selalu menuruti yg samar2 dari quran untuk mencari fitnah dan mencari takwilnya serta memutarkannya maksudnya menurut hawa nafsu,supaya hati tidak terpesong atau kesesatan kita diajar berdoa begini...dia tadilah
Ini paragraf satu ,yg merupakan muqadimah...iinakaan talwahab...ini muqadimah.
Mak isa tak sesuai jadi ilah,tuhan yg disembah..alhayukoyum ..sebab tuhan ini berdiri sendiri tak mati tidak ada kurang,sedang nabi isa mati!
Kalu dah mati,macam mana nak urus orang lain?
Minit1:31
😎🎑😎
Nabi isa perlu ko mak dia.mariam tu tuhe ko?
Jadi tak layak jadi ilah,tuhan yg layak disembah ini isyarat nak hadapi puak2 ini.
Sedangkan tuhan tak perlukan kepada sesuatu yg lain.
Dah ada isyarat nak hadapi puak2 ni.
Tuhe merupakannya dlm rahim manusia sebgmn manusia lain.perlukan makan..tuhe perlukan itu.uluhiyah tuhe tak perlu kepada yg lain.
Nabi isa ada rupa,tuhe ada rupa?..inilah muqadimah
Paragraf 1 ayat 1-9 pendahuluan atau muqaddimah
Paragraf 2 ayat 10-32menyeru ahli kitab kepada islam
Besok akan mula laju dah lah.
Seperti ini untuk habiskan dlm masa satu bulan
Mulai disini kena percepatkan
Paragraf 3 ayat 33-63kisah mariam dan zakaria untuk membatalkan aqidah 3tuhan
Paragraf 4 ayat 64-101perincian tentang keburukan ahlil kitab,ada buruk dan ada baiknya.
Paragraf 5 ayat 102-120 arahan memperkukuhkan islam dgn menjadi sebagai sebaik2 umat,nak bentuk masyarakat islam yg sepatutnya
Paragraf 6 ayat 121-189 kekalahan dlm peperangan uhud dan ulasan tentang sifat nifaq .
Paragraf 7 ayat 190-200penutup.
Itulah surah ali imran.
Kalu kita perhati,tuhe bg tiga atau empat untuk menang.
Dlm perjuangan kena ada sabar dan menyuruh orang lain sabar.
Yahudi dahulu dia tak cegah mungkar sesama dia.
Allah kata mereka akan ada jadi mukmin,tetapi majoriti tak akan mari kepada islam.
Tentang uhud ,allah tegur.
Sabar
Saling berpesan untuk sabar
Masyarakat islam mesti mati dlm islam..
Kena sama2 berusaha bersatu
Jgn putus asa.
Buat persediaan sebagai sebab untuk dapat kemenangan.
Kena ada taqwa dgn bimbingan quran.kena jaga apa quran nak
Berjaya dalam usaha dakwah dan menghadapi musuh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan