Jumaat, Mei 10, 2019

Daurah tafsir 2019 sesi 08(18)

Daurah tafsir 2019 sesi 08

18.Al kahf(110)makkiyah
19.maryam(98)makkiyah
20.taha(135)makkiyah
21.Al anbiya(112)makkiyah

018.Surah Al kahfi
Surah Kahfi surah bani Israel dan surah Maryam hampir sama iaitu menjelaskan tentang kesamaran  aqidah dan yg berhak diseru.
Dlm surah Kahfi ada 4 kesamaran,2 golongan iaitu nabi dan wali ,nabi Khidir dan nabi Musa.wali pula Ashabul Kahfi dgn Zulkarnain.biasa golongan ini yg dijadikan pujaan,kerana berlaku luarbiasa kepada mereka.contoh kayu tongkat nabi Musa.ambil berkat nama ashabul Kahfi dikedai dan buat azimat serta hafal nama2 asbulkahfi untuk ambil berkat khayalan yg menyebabkan syirik.baca surah Kahfi setiap minggu  tapi tetap syirik.baca juga untuk tujuan dunia.
4golongan.
2nabi 2wali
1.khidir
2.musa
1.ashabul Kahfi,
2.zulkarnain
Masyarakat kita lebih berminat dgn ashabul Kahfi berbanding dgn zulkarnain
Cerita,gadis pasang lilin minta jodoh dan duduk hayat dengan seru dr di kubur wali.
Mudah ditipu oleh syaitan.

Mengajak untuk belajar wahyu cara yg tidak menakutkan orang yg tidak tahu tentang agama

Golongan itu ada kelemahan dan tidak boleh diseru  dan dipuja.mereka tiada ilmu dan qudrat sebagaimana Tuhan.dan jgn jadikan mereka Tuhan.

Maklumat asas sudah ada bg setiap daurah tafsir.

Surah al kahfi
Dari segi tertibnya surah yg ke 18 (dlm tertib kitabi atau al quran atau mas'uf yg ada pada kita)
Bilangan ayat 110
Bilangan rukok 12
Surah Makkiyah
Tertib turun yg ke 69
Bilangan paragraf 6
Paragraf 1ayat 1-8 pendahuluan
Paragraf 2 ayat 9-31 ujian dlm keimanan(untuk itu) kisah ashabulkahfi (dikemukakan contohnya)
Paragraf 3 ayat 32-59 ujian dlm harta kekayaan(sedikit atau byknya harta kekayaan yg ada pada sesaorang itu juga menjadi ujian drp allah swt.berhubung dgn ujian ini dikemukakan) kisah dua orang tuan tanah
Paragraf 4 ayat 60-82 ini ujian dlm ilmu(sedikit atau byk ilmu sesaorang itu adalah ujian  drp allah,untuk itu dikemuka )kisah musa dan khadir.
Paragraf 5 ayat 83-102 ujian dlm kekuasaan(ini juga ujian allah swt juga bila manusia ada kuasa,untuk ni dikemukakan) kisah zulqarnain (sebagai contohnya)
Paragraf 6 ayat 103-110 ini penutup kepada surah alkahfi.

Mesej utama surah ni ada beberapa:
1.Tujuan perhiasan hidup dimuka bumi(kecantikan hidup)
2.Ujian terhadap amalan manusia.
3.Ujian istiqamah dgn ajaran tauhid.minit 4
4.Ujian banyak harta ,kemuliaan dan ramai bilangan ahli keluarga.
5.ujian harta benda dan anak2
6.ujian terhadap yg berkuasa.
7.manusia diseru mengenepikan kecintaan terhadap dunia dan menerima ajaran alquran yg menyeru kepada aqidah tauhid dan aqidah risalah serta aqidah adanya hari kemudian.
(Itulah mesej utama yg boleh kita simpulkan drp pengajaran yg hdk disampaikan melalui surah alkahfi ini

Paragraf 1ayat 1-8 pendahuluan
Ayat 1
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ
وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا ۜ

Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
👉Semua mengenai tauhid ,risalah dan akhirat.
Perselisihan عِوَجًا

Ayat 2
قَيِّمًا
لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ
وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ
الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ
أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran
untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah,
dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh,
bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
👉maknanya teguh dan tidak berubah قَيِّمًا

Ayat 3
مَاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
👉berada dlm syurga selama2nya.

Ayat 4
وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
👉disini maknanya wakil bukan anak وَلَدًا
Jika anak tak boleh buat apa,tapi ini diseru.
Balasan dgn makna mainan,boleh mewakili urusan kita.

Ayat 5
مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ
كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ
إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka;
besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka;
mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
👉Zajrun.

Ayat 6
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ
عَلَىٰ آثَارِهِمْ
إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita
terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka,
jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
👉Tasliyah kepada nabi.

Ayat 7
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا
لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya,
kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
👉Yg menepati wahyu

Ayat 8
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
👉Perhiasan atas dunia hanya ujian dan akan berakhir.

Paragraf 2 ayat 9-31 ujian dlm keimanan(untuk itu) kisah ashabulkahfi (dikemukakan contohnya)
Ayat 9
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ
وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi"
dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
👉kesamaran ashabulkahfi.
siapa ashabulkahfi?kenapa begitu istimewa?
Keuntungan cerita adalah qudrat allah
Allah sebut diluar quran asbab
Allah sebut dlm quran luar asbab
Allah zahir dlm kehidupan kita mengikut asbab biasa
Tapi bila Allah cerita qudrat dia dlm Quran ,qudrat dia luar biasa supaya hamba dia memahami Allah boleh  buat  dgn berbagai cara biasa seperti dlm kehidupan dan cara luar biasa seperti yg diberitahu dlm quran.jika kamu tergendala dgn cara biasa Allah boleh buat dgn cara luar biasa.sebab Allah tu allah taala.
Yg ke 2 keuntungannya,sekiranya berlaku secara luar biasa jgn mempengaruhi hati kamu.
Perkara luar biasa yg dibw oleh dajal boleh memurtadkan separuh umat Islam dunia.jadi jika biasa dgn keluarbiasaan Quran, keluarbiasaan diluar tidak boleh mempengaruhi kita.
Cerita kera putih.
Kelebihan surah Kahfi.

Ayat 10
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ
فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً
وَهَيِّئْ لَنَا
مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua,
lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu,
dan berilah kemudahan-kemudahan
serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".
👉 Untuk ugama kami berilah rahmat yg khas an dunia kami berilah persiapan yg baik.

Ayat 11
فَضَرَبْنَا عَلَىٰ آذَانِهِمْ فِي الْكَهْف
ِ سِنِينَ عَدَدًا

Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu,
bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.
👉ringkas cerita
Gunalah doa akan lahir keluarbiasaan.
Ashabul Kahfi jadi luarbiasa sebab pegangan aqidahnya dan kerana doanya

Ayat 12
ثُمَّ بَعَثْنَاهُمْ لِنَعْلَمَ أَيُّ الْحِزْبَيْن
ِ أَحْصَىٰ لِمَا لَبِثُوا أَمَدًا

Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya),
untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya,
tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu).
👉2 puak itu dikalangan ashabulkahfi sendiri atau
Satu lagi Yahudi dan nasora.

Ayat 13
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ ۚ
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ
وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar;
sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka,
dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
👉

Ayat 14
وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ
إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
لَنْ نَدْعُوَ مِنْ دُونِهِ إِلَٰهًا ۖ
لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا

Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian),
semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi;
kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya;
jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."
👉Didepan raja zalim mereka.
Yg sangat besar kezaliman شَطَطًا

Ayat 15
هَٰؤُلَاءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آلِهَةً ۖ
لَوْلَا يَأْتُونَ عَلَيْهِمْ بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ ۖ
فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا

(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian);
Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.
👉Ringkasan percakapan Ashabul Kahfi yg penting  yg pernah diluah dan Allah bg kecekalan dan keyakinan yg tinggi dan Allah bantu mereka dgn tanda qudrat allah

Ayat 16
وَإِذِ اعْتَزَلْتُمُوهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ إِلَّا اللَّهَ فَأْوُوا إِلَى الْكَهْفِ يَنْشُرْ لَكُمْ رَبُّكُمْ مِنْ رَحْمَتِهِ وَيُهَيِّئْ لَكُمْ مِنْ أَمْرِكُمْ مِرْفَقًا

Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu,
supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".
👉 Huraian bg izqomu.
Gua tempat menyelamatkan diri.

Ayat 17
وَتَرَى الشَّمْسَ إِذَا طَلَعَتْ تَزَاوَرُ عَنْ كَهْفِهِمْ
ذَاتَ الْيَمِينِ
وَإِذَا غَرَبَتْ تَقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ
وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِنْهُ ۚ
ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ۗ
مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ ۖ
وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُرْشِدًا

Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka;
dan apabila ia terbenam,
meninggalkan mereka ke arah kiri,
sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah.
Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah,
maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan;
dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
👉Keremajaan ashabulkahfi salah tetap bukan seperti israeliyat kata kuku panjang belit badan.

Ayat 18
وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ ۚ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ ۖ
وَكَلْبُهُمْ بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ ۚ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا ppوَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا

Dan engkau sangka mereka sedar,
padahal mereka tidur;
dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri;
sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua;
jika engkau melihat mereka,
tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka,
dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
👉Tidur yg paling teruk رُقُودٌ
Allah yg campakkan perasaan takut.

Ayat 19
وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَاهُمْ
لِيَتَسَاءَلُوا بَيْنَهُمْ ۚ
قَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ ۖ
قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ ۚ
قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ
فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَٰذِهِ
إِلَى الْمَدِينَةِ
فَلْيَنْظُرْ
أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا
فَلْيَأْتِكُمْ بِرِزْقٍ مِنْهُ
وَلْيَتَلَطَّفْ
وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya),
supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri.
Salah seorang di antaranya bertanya:
"Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab:
"Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari".
(Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu,
membawa wang perak kamu ini ke bandar;
kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ);
kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya;
dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar);
dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
👉

Ayat 20
إِنَّهُمْ إِنْ يَظْهَرُوا عَلَيْكُم
ْ يَرْجُمُوكُم
ْ أَوْ يُعِيدُوكُمْ
فِي مِلَّتِهِمْ
وَلَنْ تُفْلِحُوا إِذًا أَبَدًا

"Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu,
atau mereka akan mengembalikan kamu kepada ugama mereka (secara paksa);
dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya".

Ayat 22
سَيَقُولُونَ ثَلَاثَة
ٌ رَابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ
وَيَقُولُونَ خَمْسَة
ٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُم
ْ رَجْمًا بِالْغَيْبِ ۖ
وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ ۚ
قُلْ رَبِّي أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِمْ
مَا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌ ۗ
فَلَا تُمَارِ فِيهِمْ إِلَّا مِرَاءً ظَاهِرًا
وَلَا تَسْتَفْتِ فِيهِمْ مِنْهُمْ أَحَدًا

(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang,
yang keempatnya ialah anjing mereka ";
dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang,
yang keenamnya ialah anjing mereka"
- secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui;
dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang,
dan yang kedelapannya ialah anjing mereka".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka,
tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran),
dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).
👉Bilangan ashabulkahfi tiada siapa pun tahu melainkan Allah.
Ulamak Yahudi tidak tahu.
Bilangannya semuanya tekaan sahaja.
Bilangan mereka tak penting.

Ayat 23
وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan):
"Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".
👉jumlah muktaridoh
Ini teguran kepada nabi yg berjanji tak sebut  insyallah atau wallah waallam.
Umat dia juga kena jaga perkara ini

Ayat 24
إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ ۚ
وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ
وَقُلْ عَسَىٰ أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَٰذَا رَشَدًا

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah".
Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah:
"Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
👉Insyallah dan wallahuwaallam.
2perkataan yg perlu selalu disebut.
Jika tak kata dgn lidah,ingat dlm hati

Ayat 25
وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِائَةٍ سِنِينَ
وَازْدَادُوا تِسْعًا

Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab),
dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
👉Tahun masihi 300tahun.

Ayat 26
قُلِ اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثُوا ۖ
لَهُ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
أَبْصِرْ بِهِ وَأَسْمِعْ ۚ
مَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ
وَلَا يُشْرِكُ فِي حُكْمِهِ أَحَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur;
bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi;
terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)!
Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya
dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya.
👉

Ayat 27
وَاتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنْ كِتَابِ رَبِّكَ ۖ
لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ
وَلَنْ تَجِدَ مِنْ دُونِهِ مُلْتَحَدًا

Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu;
tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya;
dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya
👉Dalil wahyi

Ayat 28
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ
بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ
يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ
وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ
تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ
وَلَا تُطِعْ
مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا
وَاتَّبَعَ هَوَاهُ
وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka
pada waktu pagi dan petang,
yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata;
dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia;
dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai
daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran,
serta ia menurut hawa nafsunya,
dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
👉tasliyah
Orang kaya musyrikin مَنْ أَغْفَلْنَا

Ayat 29
وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ
فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ
وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ ۚ
إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا ۚ
وَإِنْ يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ ۚ
بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا

Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu,
maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman;
dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya".
Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah;
dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka;
amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.
👉pemberi wahyu tiada pilih kasih
Takhwif ukhrowi.
Air tembaga cair كَالْمُهْلِ

Ayat 30
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا

Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh
sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.
👉Tabsyir

Ayat 31
أُولَٰئِكَ لَهُمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ
تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ
يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِنْ ذَهَبٍ
وَيَلْبَسُونَ ثِيَابًا خُضْرًا
مِنْ سُنْدُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ
مُتَّكِئِينَ فِيهَا عَلَى الْأَرَائِكِ ۚ
نِعْمَ الثَّوَابُ وَحَسُنَتْ مُرْتَفَقًا

Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas,
dan memakai pakaian hijau
dari sutera yang nipis
dan sutera tebal yang bersulam;
mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias).
Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.
👉

Paragraf 3 ayat 32-59 ujian dlm harta kekayaan(sedikit atau byknya harta kekayaan yg ada pada sesaorang itu juga menjadi ujian drp allah swt.berhubung dgn ujian ini dikemukakan) kisah dua orang tuan tanah
Ayat 32
وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلًا رَجُلَيْنِ
جَعَلْنَا لِأَحَدِهِمَا جَنَّتَيْن
ِمِنْ أَعْنَابٍ وَحَفَفْنَاهُمَا بِنَخْلٍ
وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمَا زَرْعًا

Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki,
Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur;
dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar,
serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.
👉bandingan

Ayat 33
كِلْتَا الْجَنَّتَيْنِ آتَتْ أُكُلَهَا
وَلَمْ تَظْلِمْ مِنْهُ شَيْئًا ۚ
وَفَجَّرْنَا خِلَالَهُمَا نَهَرًا

Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya,
dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu;
dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.
👉

Ayat 34
وَكَانَ لَهُ ثَمَرٌ
فَقَالَ لِصَاحِبِهِ وَهُوَ يُحَاوِرُه
ُأَنَا أَكْثَرُ مِنْكَ مَالًا
وَأَعَزُّ نَفَرًا

Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya,
semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu,
dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".
👉biasa manusia byk harta ramai pengikut.

Ayat 35
وَدَخَلَ جَنَّتَهُ وَهُوَ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ
قَالَ مَا أَظُنُّ أَنْ تَبِيدَ هَٰذِهِ أَبَدًا

Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya),
sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.
👉

Ayat 36
وَمَا أَظُنُّ السَّاعَةَ قَائِمَةً
وَلَئِنْ رُدِدْتُ إِلَىٰ رَبِّي لَأَجِدَنَّ خَيْرًا مِنْهَا مُنْقَلَبًا

Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku;
dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu),
tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.
👉sahabat dia seorang islam,ahli tauhid.

Ayat 37
قَالَ لَهُ صَاحِبُهُ
وَهُوَ يُحَاوِرُهُ
أَكَفَرْتَ بِالَّذِي
خَلَقَكَ مِنْ تُرَابٍ
ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ
ثُمَّ سَوَّاكَ رَجُلًا

berkatalah rakannya kepadanya,
semasa ia berbincang dengannya:
"Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah,
kemudian dari air benih,
kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?
👉

Ayat 38
لَٰكِنَّا هُوَ اللَّهُ رَبِّي
وَلَا أُشْرِكُ بِرَبِّي أَحَدًا

Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku,
dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.
👉

Ayat 39
وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّه
ُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ
إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)?
Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,
👉nasihat ahli tauhid kepada kawannya yg kafir

Ayat 40
فَعَسَىٰ رَبِّي أَنْ يُؤْتِيَنِ خَيْرًا
مِنْ جَنَّتِكَ
وَيُرْسِلَ عَلَيْهَا حُسْبَانًا مِنَ السَّمَاءِ
فَتُصْبِحَ صَعِيدًا زَلَقًا

Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu,
dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit,
sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.
👉sebab kamu syirik ,walaupun kebun kamu baik ,Allah timpakan bencana dr langit.

Ayat 41
أَوْ يُصْبِحَ مَاؤُهَا غَوْرًا
فَلَنْ تَسْتَطِيعَ لَهُ طَلَبًا

Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian,
engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".
👉

Ayat 42
وَأُحِيطَ بِثَمَرِهِ
فَأَصْبَحَ يُقَلِّبُ كَفَّيْهِ
عَلَىٰ مَا أَنْفَقَ فِيهَا
وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا
وَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي
لَمْ أُشْرِكْ بِرَبِّي أَحَدًا

Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan,
lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya,
sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya;
sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"
👉natijah.
Menolak balik dua tangan alamat menyesal.

Ayat 43
وَلَمْ تَكُنْ لَهُ فِئَةٌ يَنْصُرُونَهُ
مِنْ دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مُنْتَصِرًا

Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya,
selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.
👉kumpulan yg dia seru فِئَةٌ

Ayat 44
هُنَالِكَ الْوَلَايَةُ لِلَّهِ الْحَقِّ ۚ
هُوَ خَيْرٌ ثَوَابًا وَخَيْرٌ عُقْبًا

Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya;
Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).
👉

Ayat 45
وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ
أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاء
ِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ
فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ ۗ
وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُقْتَدِرًا

Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit,
lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin;
dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Cerita yg ke3.

Ayat 46
الْمَالُ وَالْبَنُونَ
زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ
وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ
خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ
ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

Harta benda dan anak pinak itu,
ialah perhiasan hidup di dunia;
dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan,
dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
👉Semua amal baik. وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُyg disyariat dan dijanjikan pahala
dunia tidak kekal kecuali amal baik

Ayat 47
وَيَوْمَ نُسَيِّرُ الْجِبَالَ وَتَرَى الْأَرْضَ بَارِزَةً
وَحَشَرْنَاهُمْ
فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا

Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata;
dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.
👉takhwif ukhrowi

Ayat 48
وَعُرِضُوا عَلَىٰ رَبِّكَ صَفًّا
لَقَدْ جِئْتُمُونَا
كَمَا خَلَقْنَاكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ
بَلْ زَعَمْتُمْ أَلَّنْ نَجْعَلَ لَكُمْ مَوْعِدًا

Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka):
"Kamu sekarang telah datang kepada Kami - (berseorangan)
sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya;
bahkan kamu dahulu menyangka,
bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan)".
👉satu gambaran diakhirat

Ayat 49
وَوُضِعَ الْكِتَابُ
فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ
مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ
وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا
مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ
لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً
إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ
وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ
وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu,
merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:"
Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya?
Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!"
Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya);
dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.
👉

Ayat 50
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ
فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ
كَانَ مِنَ الْجِنِّ
فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ ۗ
أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ
َ مِنْ دُونِي
وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ ۚ
بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:
"Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis;
ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya.
Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku?
Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu.
Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
👉Menolak kesamaran ke2 pada perkara syirik.
Seru selain Allah iaitu seru jin.
Kisah jin ini untuk tolak jin.
Jin Islam tidak akan berkawan dgn manusia.
Hanya jin kafir  yg berkawan dgn manusia kecuali nabi Sulaiman.
Iblis adalah bermakna putus asa.

Ayat 51
مَا أَشْهَدْتُهُمْ خَلْقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَلَا خَلْقَ أَنْفُسِهِمْ
وَمَا كُنْتُ مُتَّخِذَ الْمُضِلِّينَ عَضُدًا

Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi,
dan tidak juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain;
dan tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu.
👉Mereka itu adalah jin.
Jin bukan pembantu dlm penciptaan langit dan bumi.
Jin adalah makhluk yg jauh dr rahmat.

Ayat 52
وَيَوْمَ يَقُولُ نَادُوا شُرَكَائِيَ
الَّذِينَ زَعَمْتُمْ
فَدَعَوْهُمْ
فَلَمْ يَسْتَجِيبُوا لَهُمْ
وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمْ مَوْبِقًا

Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: "Panggilah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu);
lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja,
kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka:
dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan.
👉Takhwif ukhrowi.
Jika ambil jin sebagai tandingan allah

Ayat 53
وَرَأَى الْمُجْرِمُونَ النَّارَ
فَظَنُّوا أَنَّهُمْ مُوَاقِعُوهَا
وَلَمْ يَجِدُوا عَنْهَا مَصْرِفًا

Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka,
maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya
dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.
👉

Ayat 54
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاس
ِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ ۚ
وَكَانَ الْإِنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا

Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia,
dari segala jenis contoh bandingan;
dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
👉Zajrun.

Ayat 55
وَمَا مَنَعَ النَّاسَ أَنْ يُؤْمِنُوا
إِذْ جَاءَهُمُ الْهُدَىٰ
وَيَسْتَغْفِرُوا رَبَّهُمْ
إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمْ
سُنَّةُ الْأَوَّلِينَ
أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ قُبُلًا

Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka,
dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu,
atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.
👉Zajrun dan Takhwif ukhrowi.
Azab hilangnya baka سُنَّةُ الْأَوَّلِينَ

Ayat 56
وَمَا نُرْسِلُ الْمُرْسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ
وَمُنْذِرِينَ ۚ
وَيُجَادِلُ الَّذِينَ كَفَرُوا بِالْبَاطِلِ
لِيُدْحِضُوا بِهِ الْحَقَّ ۖ
وَاتَّخَذُوا آيَاتِي
وَمَا أُنْذِرُوا هُزُوًا

Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira
dan pemberi amaran;
dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu;
dan mereka jadikan ayat-ayatku,
dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan.
👉Jawapan bg soalan muqaddar. kenapa tak ditimpa azab setelah sekian lama melanggar perintah allah.
Zajrun.
Perkara yg tidak sabit بِالْبَاطِلِ

Ayat 57
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآيَاتِ
رَبِّهِ فَأَعْرَضَ عَنْهَا
وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ ۚ
إِنَّا جَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً
أَنْ يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا ۖ
وَإِنْ تَدْعُهُمْ إِلَى الْهُدَىٰ
فَلَنْ يَهْتَدُوا إِذًا أَبَدًا

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya,
lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya;
sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya,
dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak).
Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian,
mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.
👉zajrun

Ayat 58
وَرَبُّكَ الْغَفُورُ ذُو الرَّحْمَةِ ۖ
لَوْ يُؤَاخِذُهُمْ بِمَا كَسَبُوا
لَعَجَّلَ لَهُمُ الْعَذَابَ ۚ
بَلْ لَهُمْ مَوْعِدٌ
لَنْ يَجِدُوا مِنْ دُونِهِ مَوْئِلًا

Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya.
Jika Ia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan,
tentulah Ia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka;
(tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang ialah daripadanya.
👉sebab Allah tidak menyegerakan azab.

Ayat 59
وَتِلْكَ الْقُرَىٰ أَهْلَكْنَاهُمْ
لَمَّا ظَلَمُوا
وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِمْ مَوْعِدًا

Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
👉

Paragraf 4 ayat 60-82 ini ujian dlm ilmu(sedikit atau byk ilmu sesaorang itu adalah ujian  drp allah,untuk itu dikemuka )kisah musa dan khadir.

Paragraf 4 ayat 60-82 ini ujian dlm ilmu(sedikit atau byk ilmu sesaorang itu adalah ujian  drp allah,untuk itu dikemuka )kisah musa dan khadir.
Ayat 60
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَاهُ
لَا أَبْرَحُ حَتَّىٰ أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ
أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".
👉Kesamaran atau syubhat yg ke3 tentang nabi Musa dan nabi Khidir.
Nabi Musa ni  orang tak seru dia   tetapi terpengaruh dgn tongkat dia.tidak sebagaimana nabi khidir.
Yusyak ganti nabi Musa setelah nabi musa mati.
Kena berlapik dlm percakapan.allah tak suka cakap dia memang pandai.Jadi Allah bg tau ada lagi yg lebih tahu dr nabi Musa.tapi Allah tidak hukum sebab betul cuma tak kena adab shj.tak kata wallah waallam atau insyaallah.
Nabi Khidir tiada kitab bahkan dia juga guna kitab nabi Musa.
Nabi Khidir ada ilmu takwini.

Ayat 61
فَلَمَّا بَلَغَا مَجْمَعَ بَيْنِهِمَا
نَسِيَا حُوتَهُمَا
فَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ سَرَبًا

Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu,
lupalah mereka akan hal ikan mereka,
lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.
👉Ini merupakan tanda tempat guru nabi Musa.
Yusyak bin nun tidak tidur.
Nabi Musa tidur.
Ikan adalah yg paling penting kerana tanda tempat adanya guru iaitu nabi Khidir.

Ayat 62
فَلَمَّا جَاوَزَا
قَالَ لِفَتَاهُ آتِنَا غَدَاءَنَا
لَقَدْ لَقِينَا مِنْ سَفَرِنَا هَٰذَا نَصَبًا

Setelah mereka melampaui (tempat itu),
berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini".
👉

Ayat 63
قَالَ أَرَأَيْتَ
إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ
فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ
وَمَا أَنْسَانِيهُ إِلَّا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ ۚ
وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَبًا

Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu?
Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu;
dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan;
dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan".
👉soalan,kenapa dia boleh terlupa perkara penting?
Syaitan yg ganggu dan bg lupa,tak suka orang menuntut ilmu.syaitan tak suka manusia belajar ilmu walaupun ilmu itu kurang berguna.
Bg yusyak luar biasa sudah biasa bgnya.

Ayat 64
قَالَ ذَٰلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِ ۚ
فَارْتَدَّا عَلَى
ٰآثَارِهِمَا قَصَصًا

Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ,
dengan menurut jejak mereka.
👉tak perlu pergi jauh.jadi balik semula.
Padang pasir hanya tapak kaki yg jadi penanda.

Ayat 65
فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا
آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا
وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا

Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.
👉Nabi Khidir diberi ilmu takwini(ilmu kejadian alam dll).tetapi itu cuma sebahagian shj bukan semua ilmu ghaib.
Berselisih samada khidir itu nabi atau wali,jumhur nabi.

Ayat 66
قَالَ لَهُ مُوسَىٰ
هَلْ أَتَّبِعُكَ
عَلَىٰ أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا

Nabi Musa berkata kepadanya:
Bolehkah aku mengikutmu,
dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu,
ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"
👉ilmu yg berkait dgn syariat diwajibkan.ilmu takwini tidak diwajibkan.

Ayat 67
قَالَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا

Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.
👉Ini antara ilmu takwini,ilmu yg nabi khidir sudah tahu nabi Musa tak boleh belajar .dia nak tapi tak boleh.
Nabi Musa tak mungkin akan dapat sabar dia seorang nabi dan Nabi musa akan pasti akan tegur sebab kamu nabi.

Ayat 68
وَكَيْفَ تَصْبِرُ
عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا

Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?
👉ilmu syarii yg sampai kepada nabi Musa.
Ilmu takwini yg tak sampai kepada kamu.

Ayat 69
قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا
وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا

Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar;
dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".
👉ini nak guru besar (nabi Ulul Azmi)ngaji dgn nabi kecil.

Ayat 70
قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي
فَلَا تَسْأَلْنِي
عَنْ شَيْءٍ
حَتَّىٰ أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا

Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".
👉 Syarat nak belajar dgn Khidir.
sesuatu yg tak mungkin sebab peristiwa semuanya bercanggah dgn syariat.

Ayat 71
فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ
خَرَقَهَا ۖ
قَالَ أَخَرَقْتَهَا
لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا
لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا إِمْرًا

Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu,
ia membocorkannya.
Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya?
Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar".
👉Nabi Musa tegur perbuatan nabi Khidir.
kapal penambang السَّفِينَةِ,dimiliki oleh orang miskin.
bahaya إِمْرًا

Ayat 72
قَالَ أَلَمْ أَقُلْ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا

Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
👉ujian pertama sudah gagal.

Ayat 73
قَالَ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا نَسِيتُ
وَلَا تُرْهِقْنِي مِنْ أَمْرِي عُسْرًا

Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu);
dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".
👉

Ayat 74
فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا لَقِيَا غُلَامًا
فَقَتَلَهُ
قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُكْرًا

Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda
lalu ia membunuhnya.
Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!"
👉Kisah ke2.
Ini perbuatan yg sangat mungkar,kata nabi Musa.

Ayat 75
قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا

Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
👉ke2

Ayat 76
قَالَ إِنْ سَأَلْتُكَ عَنْ شَيْءٍ بَعْدَهَا
فَلَا تُصَاحِبْنِي ۖ
قَدْ بَلَغْتَ مِنْ لَدُنِّي عُذْرًا

Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini,
maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".
👉

Ayat 77
فَانْطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ
اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا
فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمَا
فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا
يُرِيدُ أَنْ يَنْقَضَّ فَأَقَامَهُ ۖ
قَالَ لَوْ شِئْتَ لَاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا

Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ,
lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka.
Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh,
lalu ia membinanya.
Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"
👉daerah kedekut.

Ayat 78
قَالَ هَٰذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ ۚ
سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ
مَا لَمْ تَسْتَطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا

Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu,
aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.
👉

Ayat 79
أَمَّا السَّفِينَةُ
فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ
يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ
فَأَرَدْتُ أَنْ أَعِيبَهَا
وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ
يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا

Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut;
oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya,
kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.
👉cerita ini semuanya melalui ilmu takwini.
Tuan perahu tu tak tegur,sebab telah diketahui tindakannya selalunya baik.
Rampas غَصْبًا

Ayat 80
وَأَمَّا الْغُلَامُ
فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ
فَخَشِينَا أَنْ يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا

Adapun pemuda itu,
kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.
👉

Ayat 81
فَأَرَدْنَا أَنْ يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا
خَيْرًا مِنْهُ
زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا

Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa,
dan lebih mesra kasih sayangnya.
👉Anak lelaki diganti dgn anak perempuan yg lebih baik agamanya.

Ayat 82

وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ
وَكَانَ تَحْتَهُ كَنْزٌ لَهُمَا
وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا
فَأَرَادَ رَبُّكَ أَنْ يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا
وَيَسْتَخْرِجَا كَنْزَهُمَا
رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ ۚ
وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي ۚ
ذَٰلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا

Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu;
dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka;
dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh.
Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu,
sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka).
Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri.
Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".
👉hamba yg soleh ,harta yg ditinggalkan akan dijaga oleh Allah.
Alangkah bagusnya jika nabi Musa lama lagi bersama nabi Khidir tentu kita tahu lebih byk lagi

Paragraf 5 ayat 83-102 ujian dlm kekuasaan(ini juga ujian allah swt juga bila manusia ada kuasa,untuk ni dikemukakan) kisah zulqarnain (sebagai contohnya)
Ayat 83
وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ ذِي الْقَرْنَيْنِ ۖ
قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُمْ مِنْهُ ذِكْرًا

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain.
Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":
👉Syubhat yg ke3
Yahudi hanya tahu nama shj.
Nabi muhamad tahu melalui wahyu.
Zulkarnain raja dunia tapi manusia.
Sulaiman raja dunia tapi nabi.

Ayat 84
إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ
وَآتَيْنَاهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi,
dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
👉Ini juga nak sabit Zulkarnain ini manusia.
Allah sedia perkakas pentadbiran.

Ayat 85
فَأَتْبَعَ سَبَبًا

Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
👉Dari Palestin ke syam.

Ayat 86
حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ
وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَة
ٍوَوَجَدَ عِنْدَهَا قَوْمًا ۗ
قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَنْ تُعَذِّبَ
وَإِمَّا أَنْ تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًا

Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam,
ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur,
dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar).
Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".
👉walaupun dia raja tapi dia tak paksa untuk beriman.
Tugas Zulkarnain cari manusia dan ajak kepada agama Allah.
Ayat 87
قَالَ أَمَّا مَنْ ظَلَمَ
فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَىٰ رَبِّهِ فَيُعَذِّبُهُ عَذَابًا نُكْرًا

Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka),
maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.
👉seru kepada tauhid dan ajar syariat dahulu dan bila zalim baru dihukum.

Ayat 88
وَأَمَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُ جَزَاءً الْحُسْنَىٰ ۖ
وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْرًا

Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya;
dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati".
👉

Ayat 89
ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا

Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
👉

Ayat 90
حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ
وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَىٰ قَوْمٍ
لَمْ نَجْعَلْ لَهُمْ مِنْ دُونِهَا سِتْرًا

Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
👉

Ayat 91
كَذَٰلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْرًا

Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.
👉

Ayat 92
ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا

kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
👉

Ayat 93
حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ
وَجَدَ مِنْ دُونِهِمَا قَوْمًا
لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلًا

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung,
ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
👉boleh jadi daerah ini guna bahasa yg sukar difahami

Ayat 94
قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ
إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ
فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا
عَلَىٰ أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا

Mereka berkata: "wahai Zulkarnain,
sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi;
oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"
👉

Ayat 95

قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ
فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ
أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا

Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya,
lebih baik (dari bayaran kamu);
oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai)
aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
👉ini jawapan dari Zulkarnain.
Barang ada,tetapi pekerja tiada.

Ayat 96
آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ ۖ
حَتَّىٰ إِذَا سَاوَىٰ بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ
قَالَ انْفُخُوا ۖ
حَتَّىٰ إِذَا جَعَلَهُ نَارًا
قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا

Bawalah kepadaku ketul-ketul besi";
sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu,
dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata:
"Tiuplah dengan alat-alat kamu"
sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api,
berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".
👉

Ayat 97
فَمَا اسْطَاعُوا أَنْ يَظْهَرُوهُ
وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu,
dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
👉

Ayat 98
قَالَ هَٰذَا رَحْمَةٌ مِنْ رَبِّي ۖ
فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ ۖ
وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقًّا

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku;
dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku,
Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur,
dan adalah janji Tuhanku itu benar".
👉

Ayat 99
وَتَرَكْنَا بَعْضَهُمْ يَوْمَئِذٍ
يَمُوجُ فِي بَعْضٍ ۖ
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَجَمَعْنَاهُمْ جَمْعًا

Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai)
bercampur-baur antara satu dengan yang lain;
dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala,
lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 100
وَعَرَضْنَا جَهَنَّمَ
يَوْمَئِذٍ لِلْكَافِرِينَ عَرْضًا

Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam,
pada hari itu kepada orang-orang kafir,
dengan pendedahan yang jelas nyata;
👉

Ayat 101
الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ
عَنْ ذِكْرِي
وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا

(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup
daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu,
dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.
👉Ini darjat ke4 kekufuran

Ayat 102
أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا
أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي
مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ ۚ
إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا

Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah,
selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.
👉Syirik kepada Allah.
Patung2 berhala sebagai kiblat.yg mereka seru adalah roh.

Paragraf 6 ayat 103-110 ini penutup kepada surah alkahfi.
Ayat 103
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
👉Golongan yg kafir masa didunia mereka rasa mereka benar.dan ini Allah bagi tau.mereka paling rugi diakhirat.

Ayat 104
الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini,
sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
👉Amalan tidak sah kerana syirik ضَلَّsedang mereka sangka mereka betul.ini bukan orang yg

Ayat 105
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ
وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ
فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya;
oleh itu gugurlah amal-amal mereka;
maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
👉

Ayat 106
ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ
جَهَنَّمُ
بِمَا كَفَرُوا
وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

(Mereka yang bersifat) demikian,
balasannya neraka Jahannam,
disebabkan mereka kufur ingkar,
dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.
👉tolak tauhid bermakna Ayat dan rasul tidak perlu atau bahan persendaan

Ayat 107
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
👉tabsyir

Ayat 108
خَالِدِينَ فِيهَا
لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

Mereka kekal di dalamnya,
(dan) tidak ingin berpindah daripadanya.
👉keluar dari syurga.

Ayat 109
قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي
لَنَفِدَ الْبَحْرُ
قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي
وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku,
sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku,
walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
👉golongan Yahudi berbangga dgn Taurat
Musyirikin mekah berbangga dgn khurafat mereka.
Allah bg tau apa yg ada dlm quran lebih dari kitab2 yg sebelumnya.

Ayat 110
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ
يُوحَىٰ إِلَيَّ
أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ
فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ
فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا
وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,
diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,
hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
👉Kholasoh surah,ini risalah ْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ
Aqidah dah,tapi jangan buat kerana makhluk .ini syirik sogir.
10ayat yg awal dan akhir eluk dihafal

Surah al kahfi
Dari segi tertibnya surah yg ke 18 (dlm tertib kitabi atau al quran atau mas'uf yg ada pada kita)
Bilangan ayat 110
Bilangan rukok 12
Surah Makkiyah
Tertib turun yg ke 69
Bilangan paragraf 6
Paragraf 1ayat 1-8 pendahuluan
Paragraf 2 ayat 9-31 ujian dlm keimanan(untuk itu) kisah ashabulkahfi (dikemukakan contohnya)
Paragraf 3 ayat 32-59 ujian dlm harta kekayaan(sedikit atau byknya harta kekayaan yg ada pada sesaorang itu juga menjadi ujian drp allah swt.berhubung dgn ujian ini dikemukakan) kisah dua orang tuan tanah
Paragraf 4 ayat 60-82 ini ujian dlm ilmu(sedikit atau byk ilmu sesaorang itu adalah ujian  drp allah,untuk itu dikemuka )kisah musa dan khadir.
Paragraf 5 ayat 83-102 ujian dlm kekuasaan(ini juga ujian allah swt juga bila manusia ada kuasa,untuk ni dikemukakan) kisah zulqarnain (sebagai contohnya)
Paragraf 6 ayat 103-110 ini penutup kepada surah alkahfi.

Mesej utama surah ni ada beberapa:
1.Tujuan perhiasan hidup dimuka bumi(kecantikan hidup)
2.Ujian terhadap amalan manusia.
3.Ujian istiqamah dgn ajaran tauhid.minit 4
4.Ujian banyak harta ,kemuliaan dan ramai bilangan ahli keluarga.
5.ujian harta benda dan anak2
6.ujian terhadap yg berkuasa.
7.manusia diseru mengenepikan kecintaan terhadap dunia dan menerima ajaran alquran yg menyeru kepada aqidah tauhid dan aqidah risalah serta aqidah adanya hari kemudian.
(Itulah mesej utama yg boleh kita simpulkan drp pengajaran yg hdk disampaikan melalui surah alkahfi ini)

Terlebih dahulu kita perlu tahun dari segi zamannya turun surah ni bila?tahun keberapa?kepada nabi kita saw.
Surah alkahfi  turun lebih dahulu lagi dari surah azzumar dan lebi dahulu lagi turun kepada  nabi saw sebelum sahabat2 berhijrah ke habsyah yg berlaku pada tahun ke5 kenabian.maknanya 5 tahun selepas nabi dilantik menjadi rasul.pada ketika itu orang islam sudah mula dizalimi,dianiayai oleh pihak berkuasa quraisy mekah.
Surah ni adalah persediaan.
Penyelewengan orang kristian
Surah ini untuk mendidik anak muda.
Bgmn nak menjga iman ?bila berhadapan dgn kezaliman sama seperti kaum quraisy juga.
Ini satu bentuk hiburan.
Pengajaran surah ini adalah menjaga iman,apa langkah yg sepatutnya diambil oleh orang beriman
Apa keistimewaan surah ini?
Antara fadilat telah sebut dan ada dlm hadis2 yg sahih.
Dah biasa dgn yg tak sahih,jadi sedap dgn yg tak sahih.
Hadis2
1.hafal 10 ayat terpelihara dr fitnah dajjal.
2.bc 3 ayat permulaan terpelihara dari fitnah dajal.
3.sesiapa yg dan dgn dajal,kena bc surah ini untuk melindungi
4.ada sahabt bc alkahfi tengah mlm,kudanya merengek,..ada cahaya diawan...royat ko nabi..nabi bg tau itulah cahaya ketenangan..sahih muslim
5.sesiapa yg bc surah kahfi ,allah swt memberi cahaya kejumaat yg berikutnya.
6.jadi penyuluh diakhirat nanti.
7.dajjal tidak dpt memudaratkannya

Surah isra diberikan asas2 pemerintahan islam.dlm surah ni dikemukakan contoh pemeritah yg adil.macam mana? Dia buat apa?kena tiru yg tu.iaitu Iskandar Zulkarnain.itu contoh.
Lepas tu dia kena ada pengorbanan untuk nak dapat satu pemerintahan negara yg seperti tu.
Selain drp itu,jemaah itu kena percaya kepada pertemuan dgn allah.makna percaya kepada hari akhirat.itu salah satu untuk berjaya dlm kehidupan mesti ada keyakinan itu.dlm surah bani israel pun ada dalam surah alkahfi pun ada.ini akan disebut kemudian.

Antara kata kunci yg boleh kita sebut yg allah swt nak tarik  perhatian kita kesitu.
Kalu kita tak faham yg itu byk perkara yg kita tak faham.
Tema atau tajuk khusus yg diberi penekanan.
Minit 16

Ayat 44
هُنَالِك

👈َ الْوَلَايَةُ

لِلَّهِ الْحَقِّ ۚ هُوَ خَيْرٌ ثَوَابًا وَخَيْرٌ عُقْبًا

Pada saat yang sedemikian itu

👉 kekuasaan memberi pertolongan
-kata kunci surah ini

hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya;
Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).
Minit 1:25

Tiada ulasan:

Catat Ulasan