Daurah tafsir 2019 sesi 11(24,25)
21.Al anbiya(112)makkiyah
22.Al haj(78) madaniyah
23.almukminun(118)makkiyah
👉24.An nur(64) madaniyah
25.alfurqan(77)makkiyah
26. Asy syuara(227)makkiyah
27.An naml(93) makkiyah
28.Al Qasas(88) makkiyah
29.Al ankabut(69)makkiyah
30.Ar rum(60)makkiyah.
024.Surah An nur
Umar suruh ajar.
Peraturan rumahtangga untuk ahli tauhid
Annisa mahram harta pusaka
Ahzab
Annur,adab ,jaga maruah,jaga hati ,sangkaan, tuduh menuduh
Dibahagi 2bhg.
Bhg satu 1-57
Bhg dua58-64
Da'wa surah,allah taala yg maha esa dan memiliki ilmu yg sempurna.dia boleh syariat kan apa sj peraturanNya.
Adab 4 hukum mengenai jenayah.Jenayah kezaliman lelaki dan wanita
Hukum zina
Hukum tuduh berzina
Hukum tuduh isteri berzina
7 adab elak atau jaga dari zina dan untuk memurnikan hati jiwa yg hidup dlm satu keluarga supaya tiada pandang buruk dan tiada tuduh menuduh.
24.An nur(64) madaniyah
Surah An nur
Bilangan ayat 64
Bilangan rukuk 9
Surah Madaniyah
Tertib turun yg ke 102
Bilangan paragraf 5
Paragraf 1ayat 1-34
Ayat 1-3hukum penzina yg belum berkahwin
Ayat 4-10hukum terhadap orang menuduh perempuan suci yg berzina
Ayat 11-26peristiwa ifk dan hukum2 yg berkait dgnnya
Ayat 27-29hukum masuk kedalam rumah2.
Ayat 30-31hukum menundukkan pandangan dan memakai barang kemas
Ayat 32-34hukum2 kahwin.
Paragraf 2 ayat 35-40 Dua perbandingan untuk amalan orang2 mukmin dan orang2 kafir.
Paragraf 3 ayat 41-46 Pengenalan allah melalui sifat2nya
Paragraf 4 ayat 47-58 Perbezaan sifat orang2 mukmin dgn orang2 munafik
Paragraf 5 ayat 58-64
Ayat 58-59 hukum dibilik tidur
Ayat 60 hukum orang2 perempuan tua
Ayat 61 hukum2 makan,salam dan masuk kedlm rumah2.
Ayat 62-64, hukum dan disiplin jamaah
Mesej utama
1.Tinggalkanlah kekufuran dan nifaq
2.Ikutlah undang2 kekeluargaan,kemasyarakatan dan jenayah Islam.
3.Janji memberi kuasa dan pemerintahan.
Paragraf 1ayat 1-34
1-3hukum penzina yg belum berkahwin
4-10hukum terhadap orang menuduh perempuan suci yg berzina
11-26peristiwa ifk dan hukum2 yg berkait dgnnya
27-29hukum masuk kedalam rumah2.
30-31hukum menundukkan pandangan dan memakai barang kemas
32-34hukum2 kahwin.
Ayat 1
سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا
وَفَرَضْنَاهَا
وَأَنْزَلْنَا فِيهَا
آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ
لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan,
dan Kami wajibkan hukum-hukumnya,
serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
👉
Ayat 2
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي
فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ
وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ
فِي دِينِ اللَّهِ
إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ
وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا
طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat;
dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah,
jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu
oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
👉
Ayat 3
الزَّانِي لَا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً
وَالزَّانِيَةُ لَا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ ۚ
وَحُرِّمَ ذَٰلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik;
dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.
Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
👉Allah bandingkan zina dgn syirik kerana tidak berpada dgn satu atau yg halal.
Ini tabiat berzina الزَّانِي
Ayat 4
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat;
dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -
👉
Ayat 5
إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ
وَأَصْلَحُوا
فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut)
serta memperbaiki amalannya,
maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉
Ayat 6
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ
وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ شُهَدَاءُ
إِلَّا أَنْفُسُهُمْ
فَشَهَادَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَادَات
ٍبِاللَّهِ ۙ
إِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah
dengan nama Allah, empat kali,
bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; -
👉Suami tuduh isteri berzina tidak boleh rotan 80 rotan sebab adanya ikatan perkahwinan.
Ayat 7
وَالْخَامِسَةُ
أَنَّ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَيْهِ
إِنْ كَانَ مِنَ الْكَاذِبِينَ
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta.
👉ini sumpah suami.
Ayat 8
وَيَدْرَأُ عَنْهَا الْعَذَابَ
أَنْ تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَادَاتٍ
بِاللَّهِ ۙ
إِنَّهُ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ
Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; -
👉 Dan ini pula sumpah oleh isteri.
Ayat 9
وَالْخَامِسَةَ
أَنَّ غَضَبَ اللَّهِ عَلَيْهَا
إِنْ كَانَ مِنَ الصَّادِقِينَ
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.
👉Telah berlaku kisah lelaki yg menuduh isterinya duduk dgn lelaki lain.nabi telah kata jika kamu tak boleh mendatangkan 4 orang saksi kamu akan dihukum 80 rotan. wanita itu takut keluarganya malu lalu dia tidak mengaku maka berlakulah sumpah li'an ini.
Dan bila anaknya lahir telah menyerupai lelaki yg berzina itu.lalu nabi kata jika tidak kerana undang2 li'an dia kan rejam perempuan ini.
Ayat 10
وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ
وَأَنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ حَكِيمٌ
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu,
dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi).
👉
Ayat 11
إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ
عُصْبَةٌ مِنْكُمْ ۚ
لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ ۖ
بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۚ
لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ
مَا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ
وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ
مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu,
bahkan ia baik bagi kamu.
Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu,
dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka,
akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
👉Ini tuduhan orang berzina tapi tiada saksi.
Ayat 12
لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ
ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنْفُسِهِمْ خَيْرًا
وَقَالُوا هَٰذَا إِفْكٌ مُبِينٌ
Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri.
dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".
👉Zajrun
Ayat 13
لَوْلَا جَاءُوا عَلَيْهِ بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ ۚ
فَإِذْ لَمْ يَأْتُوا بِالشُّهَدَاءِ
فَأُولَٰئِكَ عِنْدَ اللَّهِ هُمُ الْكَاذِبُونَ
Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu.
Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi,
maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
👉Jika tidak mendatangkan saksi dikira bohong.k eraan sabit tuduhan ini sangat berat.jika perempuan telah berkahwin dia akan mati dgn cara rejam.
Ayat 14
وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
لَمَسَّكُمْ
فِي مَا أَفَضْتُمْ فِيهِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -
👉jika dunia diberi peluang untuk ditangguhkan dan akhirat diterima taubat.
Ayat 15
إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ
وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُمْ
مَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ
وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا
وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ
Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu,
dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya;
dan kamu pula menyangkanya perkara kecil,
pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
👉Kisah tuduhan keatas rumahtangga nabi.
Mustah telah tuduh aisyah berzina.
Yg dituduh telah dihukum
Tetapi ketua munafik tidak dihukum.
Ayat 16
وَلَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ قُلْتُمْ
مَا يَكُونُ لَنَا أَنْ نَتَكَلَّمَ بِهَٰذَا
سُبْحَانَكَ هَٰذَا بُهْتَانٌ عَظِيمٌ
Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata:
"Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini!
Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".
👉
Ayat 17
يَعِظُكُمُ اللَّهُ أَنْ تَعُودُوا لِمِثْلِهِ
أَبَدًا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya,
jika betul kamu orang-orang yang beriman.
👉
Ayat 18
وَيُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ ۚ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya);
kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉
Ayat 19
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ
فِي الَّذِينَ آمَنُوا
لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman,
mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat;
dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
👉alamat sukanya mereka, adalah mereka tuduh.
Ayat 20
وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ
وَأَنَّ اللَّهَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu,
dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).
👉
Ayat 21
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ
وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ
فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۚ
وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ ۗ
وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan;
dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan,
maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar.
Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu,
nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya;
akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya);
dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui
👉Ayat 4-26turun sekali gus.
Dosa besar بِالْفَحْشَاءِ
Dosa kecil وَالْمُنْكَرِ
Ayat 22
وَلَا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنْكُمْ وَالسَّعَةِ
أَنْ يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَىٰ
وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ
وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا ۗ
أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ۗ
وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu,
bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah;
dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan
serta melupakan kesalahan orang-orang itu;
tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu?
Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
👉ini peringatan untuk jgn rugi pahala sebab dosa orang akan dan jgn hukum ikut perasaan.tapi hukum atas dasar hukum Allah.mistoh telah dihukum jadi tak perlu hukum dgn merugikan diri sendiri.
Ayat 23
إِنَّ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ
الْغَافِلَاتِ
الْمُؤْمِنَات
ِلُعِنُوا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya,
yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan,
lagi yang beriman,
akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat
dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar;
👉
Ayat 24
يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ
وَأَيْدِيهِمْ
وَأَرْجُلُهُمْ
بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.
👉Lidah dgn maksud pengakuan mereka sendiri diakhirat.
Ayat 25
يَوْمَئِذٍ يُوَفِّيهِمُ اللَّهُ دِينَهُمُ الْحَقَّ
وَيَعْلَمُونَ
أَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ الْمُبِينُ
Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui
bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.
👉
Ayat 26
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ
وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ ۖ
وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ
وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ ۚ
أُولَٰئِكَ مُبَرَّءُونَ
مِمَّا يَقُولُونَ ۖ
لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat;
dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik,
dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat);
mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
👉Orang baik akan berjodoh dgn orang baik seperti nabi isterinya juga baik.
Ayat 27
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ
حَتَّىٰ تَسْتَأْنِسُوا
وَتُسَلِّمُوا عَلَىٰ أَهْلِهَا ۚ
ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu,
sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya;
yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).
👉Undang2 atau peraturan untuk elak zina dlm masyarakat islam
Minta izin wajib ,Salam hanya sunat.jadi disebut minta izin dulu.
Jawab salam bukan keizinan.
Izin adalah undang2 Islam.
Ayat 28
فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فِيهَا أَحَدًا
فَلَا تَدْخُلُوهَا حَتَّىٰ يُؤْذَنَ لَكُمْ ۖ
وَإِنْ قِيلَ لَكُمُ
ارْجِعُوا
فَارْجِعُوا ۖ
هُوَ أَزْكَىٰ لَكُمْ ۚ
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin;
dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah",
maka hendaklah kamu berundur balik;
cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu;
dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
👉
Ayat 29
لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَدْخُلُوا بُيُوتًا
غَيْرَ مَسْكُونَةٍ
فِيهَا مَتَاعٌ لَكُمْ ۚ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ
وَمَا تَكْتُمُونَ
Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin) mana-mana rumah yang tidak didiami orang,
yang ada keperluan kamu padanya;
dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan
dan apa yang kamu sembunyikan.
👉Undang2 ke2
Ayat 30
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِم
ْوَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ
ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ
إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.
Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
👉Mata untuk laki2 dan tudung untuk wanita
Ayat 31
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ
وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ
إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ
إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ
أَوْ آبَائِهِنَّ
أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ
أَوْ أَبْنَائِهِنَّ
أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ
أَوْ إِخْوَانِهِنَّ
أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ
أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ
أَوْ نِسَائِهِنَّ
أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ
أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ
أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ
وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ
لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ
وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا
أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka
atau bapa mertua mereka
atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka,
atau saudara-saudara mereka,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,
atau hamba-hamba mereka,
atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
👉
Ayat 32
وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنْكُمْ
وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ ۚ
إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۗ
وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu,
dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.
Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
👉Hukum ke4,kena kahwinkan untuk elak fitnah zina.
Ayat 33
وَلْيَسْتَعْفِفِ
الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا
حَتَّىٰ يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۗ
وَالَّذِينَ يَبْتَغُونَ الْكِتَاب
َ مِمَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ
فَكَاتِبُوهُمْ
إِنْ عَلِمْتُمْ فِيهِمْ خَيْرًا ۖ
وَآتُوهُمْ مِنْ مَالِ اللَّهِ الَّذِي آتَاكُمْ ۚ
وَلَا تُكْرِهُوا فَتَيَاتِكُمْ
عَلَى الْبِغَاءِ
إِنْ أَرَدْنَ تَحَصُّنًا
لِتَبْتَغُوا عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۚ
وَمَنْ يُكْرِهْهُنَّ
فَإِنَّ اللَّهَ مِنْ بَعْدِ إِكْرَاهِهِنَّ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin,
hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya;
dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian);
dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu.
Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya,
kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia
Dan sesiapa yang memaksa mereka,
maka sesungguhnya Allah - sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka - Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉hukum ke5 tentang hamba sahaya.
Bg Quraisy zina hanya dikalangan wanita hamba tidak wanita Quraisy.
Ayat 34
وَلَقَدْ أَنْزَلْنَا إِلَيْكُمْ آيَاتٍ مُبَيِّنَاتٍ
وَمَثَلًا
مِنَ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ
وَمَوْعِظَةً لِلْمُتَّقِينَ
Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu,
ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah),
dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu,
serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
👉tagrib dan Takhwif duniawi.
Paragraf 2 ayat 35-40 Dua perbandingan untuk amalan orang2 mukmin dan orang2 kafir.
Ayat 35
اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ
الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ۖ
الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ
يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ
مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ
لَا شَرْقِيَّةٍ
وَلَا غَرْبِيَّةٍ
يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ
نُورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗ
يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ ۗ
وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Allah yang menerangi langit dan bumi.
Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu;
lampu itu dalam geluk kaca (qandil),
geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang;
lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya,
(iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya
dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari);
hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda):
cahaya berlapis cahaya.
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu;
dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia;
dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
👉Da'wa bg surah ini atau maksud penting bagi surah ini.
Lubang dinding yg ada pelita yg sedang nyala.
Pelita itu dikelilingi untuk menguatkan cahaya.
Seolah2 bintang.
Minyaknya dr buah zaiton.
Sebhg ulamak terjemah نُورُsebagai
Adalah Allah yg mentadbir langit dan bumi.
Sumbu yg sudah nyala مِصْبَاحٌ
Nur inabah (Nur cahaya cari Tuhan-seperti minyak zaiton)+Nur hidayah
Ayat 36
فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَنْ تُرْفَعَ
وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ
يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا
بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ
(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya;
di situ juga dikerjakan ibadat mensuci
dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.
👉
Ayat 37
رِجَالٌ
لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ
عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ
وَإِقَامِ الصَّلَاةِ
وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ
يَخَافُونَ يَوْمًا
تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya
yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut
serta mengingati Allah,
dan mendirikan sembahyang
serta memberi zakat;
mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
👉Peniaga akan seronok masa jual.
Masa beli tu hanya ada gambaran jual ْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ
Peniagaan ialah keadaan yg sangat tinggi untuk lalai.
Ayat 38
لِيَجْزِيَهُمُ اللَّهُ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا
وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۗ
وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan,
dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya;
dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.
👉Jumlah takliliyah وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Ayat 39
وَالَّذِينَ كَفَرُوا
أَعْمَالُهُمْ
كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ
يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَهُ
لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا
وَوَجَدَ اللَّهَ عِنْدَهُ
فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ ۗ
وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Dan orang-orang yang kafir pula,
amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu,
tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir,
tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya)
dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya,
lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya);
dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya.
👉 Ini contoh pertama orang yg tidak dapat nur
Ayat 40
أَوْ كَظُلُمَاتٍ
فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ
يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ
مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ۚ
ظُلُمَاتٌ
بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ
إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ
لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا ۗ
وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا
فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam,
yang diliputi oleh ombak bertindih ombak;
di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya,
ia tidak dapat melihatnya sama sekali.
Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk)
maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
👉Contoh ke2orang yg tiada Nur
Paragraf 3 ayat 41-46Pengenalan allah melalui sifat2nya
Ayat 41
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ ۖ
كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ
وَتَسْبِيحَهُ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi
serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya;
dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
👉Dalil aqli pertama
Ayat 42
وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi
dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).
👉Dalil aqli ke2
Ayat 43
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُزْجِي سَحَابًا
ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُ
ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَامًا
فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ
وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ
مِنْ جِبَالٍ
فِيهَا مِنْ بَرَدٍ
فَيُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ
وَيَصْرِفُهُ عَنْ مَنْ يَشَاءُ ۖ
يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالْأَبْصَارِ
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan,
kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya.
Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit,
dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya;
lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya,
dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
👉
Ayat 44
يُقَلِّبُ اللَّهُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً
لِأُولِي الْأَبْصَارِ
Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar
bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir.
👉Contoh ke4
Ayat 45
وَاللَّهُ خَلَقَ كُلَّ دَابَّةٍ مِنْ مَاءٍ ۖ
فَمِنْهُمْ مَنْ يَمْشِي عَلَىٰ بَطْنِهِ
وَمِنْهُمْ مَنْ يَمْشِي عَلَىٰ رِجْلَيْنِ
وَمِنْهُمْ مَنْ يَمْشِي عَلَىٰ أَرْبَعٍ ۚ
يَخْلُقُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ ۚ
إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air;
maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya,
dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki.
Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut),
kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Contoh ke4
Ayat 46
لَقَدْ أَنْزَلْنَا آيَاتٍ مُبَيِّنَاتٍ ۚ
وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti);
dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.
👉
Ayat 47
وَيَقُولُونَ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالرَّسُولِ
وَأَطَعْنَا
ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٌ مِنْهُمْ
مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ ۚ
وَمَا أُولَٰئِكَ بِالْمُؤْمِنِينَ
Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya
serta kami taat"; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul)
sesudah pengakuan itu,
dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.
👉Syikayah
Ayat 48
وَإِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ
لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ
إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ مُعْرِضُونَ
Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya
supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka,
maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).
👉Ini mukmin yg sebenar.
Ayat 49
وَإِنْ يَكُنْ لَهُمُ الْحَقُّ
يَأْتُوا إِلَيْهِ مُذْعِنِينَ
Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).
👉Dgn habuan dunia الْحَقُّ
Ayat 50
أَفِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ
أَمِ ارْتَابُوا
أَمْ يَخَافُونَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَرَسُولُهُ ۚ
بَلْ أُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur),
atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman),
ataupun kerana mereka takut bahawa Allah
dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka?
(Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).
👉Sebab berlaku begini.
Ayat 51
إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ
إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ
لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ
أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۚ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya,
supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka,
hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
👉Mukmin yg sebenar dan Tabsyir.
Ayat 52
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
وَيَخْشَ اللَّهَ
وَيَتَّقْهِ
فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah
serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah,
maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.
👉
Ayat 53
وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ
لَئِنْ أَمَرْتَهُمْ لَيَخْرُجُنَّ ۖ
قُلْ لَا تُقْسِمُوا ۖ
طَاعَةٌ مَعْرُوفَةٌ ۚ
إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Dan mereka (yang munafik) bersumpah dengan nama Allah, dengan sebebar-benar sumpahnya:
bahawa jika engkau (wahai Muhammad) perintahkan mereka (keluar berjihad),
tentulah mereka akan keluar.
Katakanlah: " Janganlah kamu bersumpah, (taat kamu itu) taat yang terkenal (dustanya).
Sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan".
👉Zajrun kepada munafik.
Ayat 54
قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ ۖ
فَإِنْ تَوَلَّوْا
فَإِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ ۖ
وَإِنْ تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا ۚ
وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah.
Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya,
dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu.
Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk;
dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata".
👉Kesimpulan.
Ayat 55
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ
فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ
وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ
يَعْبُدُونَنِي
لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ
وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ
فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad)
bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka:
khalifah-khalifah yang berkuasa;
dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka;
dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).
Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu.
Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
👉 Ini ayat Tabsyir dan dituju kepada sahabat2 nabi.
Ada ulamak yg berpendapat Yg pertama mengkufuri nikmat ini ialah yg bunuh Usman bin affan.
Ayat 56
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ
وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ
لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat;
dan taatlah kamu kepada Rasul Allah;
supaya kamu beroleh rahmat.
👉hubungan dgn Allah yg maha mencipta dan sayang dan kasihan belas pada makhluk.
Ayat 57
لَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مُعْجِزِينَ فِي الْأَرْضِ ۚ
وَمَأْوَاهُمُ النَّارُ ۖ
وَلَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Janganlah engkau menyangka orang-orang kafir itu akan dapat melemahkan kekuasaan Allah (daripada menimpakan azab kepada mereka) di dunia,
sedang tempat kembali mereka ialah neraka;
dan sesungguhnya neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
👉Takhwif ukhrowi.
Paragraf 5 ayat 58-64
58-59 hukum dibilik tidur
60 hukum orang2 perempuan tua
61 hukum2 makan,salam dan masuk kedlm rumah2.
62-64, hukum dan disiplin jamaah
Ayat 58
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِيَسْتَأْذِنْكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنْكُم
ْثَلَاثَ مَرَّاتٍ ۚ
مِنْ قَبْلِ صَلَاةِ الْفَجْرِ
وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُمْ مِنَ الظَّهِيرَةِ
وَمِنْ بَعْدِ صَلَاةِ الْعِشَاءِ ۚ
ثَلَاثُ عَوْرَاتٍ لَكُمْ ۚ
لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلَا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌ بَعْدَهُنَّ ۚ
طَوَّافُونَ عَلَيْكُمْ
بَعْضُكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ
كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman,
hendaklah hamba-hamba kamu
dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu,
meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu),
dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari,
dan sesudah sembahyang Isyak;
itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya).
Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut,
(kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu,
dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya);
dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉bahagian kedua surah,adab yg perlu dijaga dr perbuatan keji dan dosa.
Ayat 59
وَإِذَا بَلَغَ الْأَطْفَالُ مِنْكُمُ الْحُلُمَ
فَلْيَسْتَأْذِنُوا
كَمَا اسْتَأْذَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ
كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ ۗ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh,
maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉bila cukup umur WAJIB minta izin.
Ayat 60
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ
اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا
فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ
غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ ۖ
وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ ۗ
وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid,
yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya,
dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka;
dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉
Ayat 61
لَيْسَ عَلَى الْأَعْمَىٰ حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْأَعْرَجِ حَرَجٌ
وَلَا عَلَى الْمَرِيضِ حَرَجٌ
وَلَا عَلَىٰ أَنْفُسِكُمْ
أَنْ تَأْكُلُوا مِنْ بُيُوتِكُمْ
أَوْ بُيُوتِ آبَائِكُمْ
أَوْ بُيُوتِ أُمَّهَاتِكُمْ
أَوْ بُيُوتِ إِخْوَانِكُمْ
أَوْ بُيُوتِ أَخَوَاتِكُمْ
أَوْ بُيُوتِ أَعْمَامِكُمْ
أَوْ بُيُوتِ عَمَّاتِكُمْ
أَوْ بُيُوتِ أَخْوَالِكُمْ
أَوْ بُيُوتِ خَالَاتِكُمْ
أَوْ مَا مَلَكْتُمْ مَفَاتِحَهُ
أَوْ صَدِيقِكُمْ ۚ
لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَأْكُلُوا جَمِيعًا
أَوْ أَشْتَاتًا ۚ
فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا
فَسَلِّمُوا عَلَىٰ أَنْفُسِكُمْ
تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ
مُبَارَكَةً
طَيِّبَةً ۚ
كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ
لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Tidak ada salahnya bagi orang buta,
dan tidak ada salahnya bagi orang tempang,
dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian),
dan juga tidak ada salah bagi kamu (termasuk orang-orang yang tersebut turut sama) makan di rumah kamu sendiri,
atau di rumah bapa kamu,
atau di rumah ibu kamu,
atau di rumah saudara kamu yang lelaki,
atau di rumah saudara kamu yang perempuan,
atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa),
atau di rumah emak saudara kamu (sebelah bapa),
atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah ibu),
atau di rumah emak saudara kamu (sebelah ibu),
atau di rumah yang kamu kuasai kuncinya,
atau di rumah sahabat kamu;
tidak juga menjadi salah bagi kamu,
makan bersama-sama atau berasing-asing.
Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya),
supaya kamu memahaminya.
👉Hukum seterusnya boleh makan.
Ayat 62
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ
الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ
وَإِذَا كَانُوا مَعَهُ
عَلَىٰ أَمْرٍ جَامِعٍ
لَمْ يَذْهَبُوا
حَتَّىٰ يَسْتَأْذِنُوهُ ۚ
إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَأْذِنُونَكَ
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ۚ
فَإِذَا اسْتَأْذَنُوكَ
لِبَعْضِ شَأْنِهِمْ
فَأْذَنْ لِمَنْ شِئْتَ مِنْهُمْ
وَاسْتَغْفِرْ لَهُمُ اللَّهَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya,
dan apabila mereka turut bersama-sama dengan Rasulullah dalam sesuatu perkara yang memerlukan perhimpunan ramai,
tidaklah mereka meninggalkan majlis perhimpunan itu sebelum mereka meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (wahai Muhammad) itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya.
Maka apabila meminta izin kepadamu untuk pergi menjalankan sesuatu urusan mereka,
maka izinkanlah bagi sesiapa yang engkau kehendaki di antara mereka,
dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉
Ayat 63
لَا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ
بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ۚ
قَدْ يَعْلَمُ اللَّهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنْكُمْ لِوَاذًا ۚ
فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ
أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ
أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu;
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri ke luar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi.
Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat
serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Perkara ke2
Golongan Munafikin.
Ayat 64
أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
قَدْ يَعْلَمُ مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ وَيَوْمَ يُرْجَعُونَ إِلَيْهِ
فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا ۗ
وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi.
Sesungguhnya Ia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia);
dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Ia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan,
kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.
👉
Tiada ulasan:
Catat Ulasan