Daurah tafsir 2019 sesi 18(47)
41.Al fusilat(54)makkiyah.
42.As syura(53)makkiyah
43.Az zuhruf(89)makkiyah
44.Ad dukhan(59)makkiyah
45.Al jathiyat (37)makkiyah
46.Ah ahqaf(35)makkiyah
👉47.Muhamad(38)madaniyah
48.Al fath(29)madaniyah
49.Al hujurat(18)madaniyah.
50. Qaff(45)makkiyah
Haamin 7, huraian iyyakanastain
Surah Azzumar ,huraian iyyakanakbudu
Ini kesimpulan penting dlm quran.
Tauhid dlm ibadah dan tauhid seruan dlm berdoa
Orang degil mesti diperangi.
Surah ini surah qital.
Nak fikir,boleh dan kena bayar jizyah.
Jika jizyah tak bayar tak boleh.
Peperangan antara ahli hak dan ahli batil.
Surah Fath makna kemenangan.
Setelah menang ,orang syirik jadi orang tauhid.
Jumlah umat islam jadi ramai.
Tentu berhajat kepada peraturan hidup.
Hujurat surah nak ajar cara2 hidup.
Semua tentang undang2 ,yg tak banyak hanya dasar2 umum.
Kumpulan yg hak(benar) lawan kumpulan batil.
Kumpulan batil pula ada 2
1.Musuh terang2 perangi islam
2.Musuh yg munafik
Kesudahan orang yg berperang ,ahli tauhid ,masuk syurga dan ahli syirik keneraka.
Surah muhamad(perang)
Tertib surah 47
Bilangan ayatnya 38
Bilangan rukuk 6
Surah madaniyah
Tertib turunnya yg ke 95
Bilangan paragrafnya ada 6
Paragraf 1ayat 1-3 Keterangan tentang aqidah orang2 kafir dan orang2 mukmin serta sikap dan kedudukan sebenar mereka.
Paragraf 2 ayat 4-9 Hukum perang dan falsafah jihad
Paragraf 3 ayat10-15 مولىOrang2 mujahidin ialah Allah
Paragraf 4 ayat16-22 Helah orang2 munafiqin untuk tidak melibatkan diri dlm jihad
Paragraf 5 ayat 23-35 Panduan untuk pejuang2 yg beriman
Paragraf 6 ayat 36-38 Gesaan berinfaq untuk memperolehi kejayaan dlm jihad.
Mesej Utama
Untuk mendapat kejayaan dunia akhirat,berjihad dgn hartabenda(إنفاق)dan jiwaraga dijln Allah adalah suatu kemestian
Paragraf 1ayat 1-3 Keterangan tentang aqidah orang2 kafir dan orang2 mukmin serta sikap dan kedudukan sebenar mereka.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ أَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ
Orang-orang yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, Allah sia-siakan segala amal mereka.
-Sura Muhammad, Ayah 1
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَهُوَ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۙ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ
Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) - yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat).
-Sura Muhammad, Ayah 2
ذَٰلِكَ بِأَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا اتَّبَعُوا الْبَاطِلَ وَأَنَّ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّبَعُوا الْحَقَّ مِنْ رَبِّهِمْ ۚ كَذَٰلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ لِلنَّاسِ أَمْثَالَهُمْ
Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya orang-orang yang kafir menurut perkara yang salah, dan sesungguhnya orang-orang yang beriman menurut perkara yang benar dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing.
-Sura Muhammad, Ayah 3
Paragraf 2 ayat 4-9 Hukum perang dan falsafah jihad
فَإِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَضَرْبَ الرِّقَابِ حَتَّىٰ إِذَا أَثْخَنْتُمُوهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَ فَإِمَّا مَنًّا بَعْدُ وَإِمَّا فِدَاءً حَتَّىٰ تَضَعَ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ۚ ذَٰلِكَ وَلَوْ يَشَاءُ اللَّهُ لَانْتَصَرَ مِنْهُمْ وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَ بَعْضَكُمْ بِبَعْضٍ ۗ وَالَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَلَنْ يُضِلَّ أَعْمَالَهُمْ
Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka.
-Sura Muhammad, Ayah 4
سَيَهْدِيهِمْ وَيُصْلِحُ بَالَهُمْ
Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat)
-Sura Muhammad, Ayah 5
وَيُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ عَرَّفَهَا لَهُمْ
Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka.
-Sura Muhammad, Ayah 6
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
-Sura Muhammad, Ayah 7
وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْسًا لَهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.
-Sura Muhammad, Ayah 8
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ
Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.
-Sura Muhammad, Ayah 9
Paragraf 3 ayat10-15 مولىOrang2 mujahidin ialah Allah
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ دَمَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ ۖ وَلِلْكَافِرِينَ أَمْثَالُهَا
Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu; dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu.
-Sura Muhammad, Ayah 10
ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ مَوْلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَأَنَّ الْكَافِرِينَ لَا مَوْلَىٰ لَهُمْ
Balasan yang demikian, kerana sesungguhnya Allah menjadi Pelindung orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya orang-orang yang kafir: tiada sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka.
-Sura Muhammad, Ayah 11
إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.
-Sura Muhammad, Ayah 12
وَكَأَيِّنْ مِنْ قَرْيَةٍ هِيَ أَشَدُّ قُوَّةً مِنْ قَرْيَتِكَ الَّتِي أَخْرَجَتْكَ أَهْلَكْنَاهُمْ فَلَا نَاصِرَ لَهُمْ
Dan bukan sedikit (penduduk) negeri-negeri yang lebih kuat dari (penduduk) negerimu (wahai Muhammad) yang telah memaksamu keluar (berhijrah) - Kami binasakan mereka, maka tiadalah sesiapa pun yang dapat membela mereka.
-Sura Muhammad, Ayah 13
أَفَمَنْ كَانَ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّهِ كَمَنْ زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ
Dengan yang demikian, adakah orang orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: sama seperti orang-orang (yang ingkar - derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik), dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)!
-Sura Muhammad, Ayah 14
مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۖ فِيهَا أَنْهَارٌ مِنْ مَاءٍ غَيْرِ آسِنٍ وَأَنْهَارٌ مِنْ لَبَنٍ لَمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ وَأَنْهَارٌ مِنْ خَمْرٍ لَذَّةٍ لِلشَّارِبِينَ وَأَنْهَارٌ مِنْ عَسَلٍ مُصَفًّى ۖ وَلَهُمْ فِيهَا مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ وَمَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ ۖ كَمَنْ هُوَ خَالِدٌ فِي النَّارِ وَسُقُوا مَاءً حَمِيمًا فَقَطَّعَ أَمْعَاءَهُمْ
Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!
-Sura Muhammad, Ayah 15
Paragraf 4 ayat16-22 Helah orang2 munafiqin untuk tidak melibatkan diri dlm jihad
وَمِنْهُمْ مَنْ يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ حَتَّىٰ إِذَا خَرَجُوا مِنْ عِنْدِكَ قَالُوا لِلَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مَاذَا قَالَ آنِفًا ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan di antara mereka (yang hadir di majlismu wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu yang setia): "Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi?" Mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka, dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya.
-Sura Muhammad, Ayah 16
وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ
Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.
-Sura Muhammad, Ayah 17
فَهَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَنْ تَأْتِيَهُمْ بَغْتَةً ۖ فَقَدْ جَاءَ أَشْرَاطُهَا ۚ فَأَنَّىٰ لَهُمْ إِذَا جَاءَتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?
-Sura Muhammad, Ayah 18
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
-Sura Muhammad, Ayah 19
وَيَقُولُ الَّذِينَ آمَنُوا لَوْلَا نُزِّلَتْ سُورَةٌ ۖ فَإِذَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ مُحْكَمَةٌ وَذُكِرَ فِيهَا الْقِتَالُ ۙ رَأَيْتَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يَنْظُرُونَ إِلَيْكَ نَظَرَ الْمَغْشِيِّ عَلَيْهِ مِنَ الْمَوْتِ ۖ فَأَوْلَىٰ لَهُمْ
Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata: "Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)?" Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.
-Sura Muhammad, Ayah 20
طَاعَةٌ وَقَوْلٌ مَعْرُوفٌ ۚ فَإِذَا عَزَمَ الْأَمْرُ فَلَوْ صَدَقُوا اللَّهَ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ
(Mereka selalu berkata: "Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah)". Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.
-Sura Muhammad, Ayah 21
فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?
-Sura Muhammad, Ayah 22
Paragraf 5 ayat 23-35 Panduan untuk pejuang2 yg beriman
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَىٰ أَبْصَارَهُمْ
(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya
-Sura Muhammad, Ayah 23
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
-Sura Muhammad, Ayah 24
إِنَّ الَّذِينَ ارْتَدُّوا عَلَىٰ أَدْبَارِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْهُدَى ۙ الشَّيْطَانُ سَوَّلَ لَهُمْ وَأَمْلَىٰ لَهُمْ
Sesungguhnya orang-orang yang telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadanya), Syaitanlah yang memperdayakan mereka (berlaku demikian), serta memanjangkan angan-angan mereka.
-Sura Muhammad, Ayah 25
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لِلَّذِينَ كَرِهُوا مَا نَزَّلَ اللَّهُ سَنُطِيعُكُمْ فِي بَعْضِ الْأَمْرِ ۖ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِسْرَارَهُمْ
Berlakunya yang demikian ialah: kerana mereka berkata kepada orang-orang yang tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah: "Kami akan patuh kepada kamu pada setengah perkara (yang berhubung dengan menentang Muhammad dan pengikutnya) itu"; sedang Allah mengetahui segala (perkataan dan perbuatan) yang mereka sembunyikan.
-Sura Muhammad, Ayah 26
فَكَيْفَ إِذَا تَوَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ
(Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka) maka bagaimanakah (mereka dapat menolak azab seksa) apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka?
-Sura Muhammad, Ayah 27
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمُ اتَّبَعُوا مَا أَسْخَطَ اللَّهَ وَكَرِهُوا رِضْوَانَهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ
(Kematian mereka dalam keadaan yang buruk) itu, kerana mereka menurut (serta melakukan) perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan mereka pula membenci perkara-perkara yang diredhaiNya; oleh itu, Allah gugurkan amal-amal mereka (yang baik, yang pernah mereka lakukan).
-Sura Muhammad, Ayah 28
أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ أَنْ لَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ أَضْغَانَهُمْ
Patutkah orang-orang (munafik) yang ada penyakit (syak, ragu-ragu) dalam hatinya: menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka (terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya)?
-Sura Muhammad, Ayah 29
وَلَوْ نَشَاءُ لَأَرَيْنَاكَهُمْ فَلَعَرَفْتَهُمْ بِسِيمَاهُمْ ۚ وَلَتَعْرِفَنَّهُمْ فِي لَحْنِ الْقَوْلِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ أَعْمَالَكُمْ
Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka; dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya. Dan (ingatlah kamu masing-masing), Allah mengetahui segala yang kamu lakukan.
-Sura Muhammad, Ayah 30
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
-Sura Muhammad, Ayah 31
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَشَاقُّوا الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْهُدَىٰ لَنْ يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا وَسَيُحْبِطُ أَعْمَالَهُمْ
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, serta mereka memusuhi Rasul Allah setelah ternyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dibawanya), mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan (sebaliknya) Allah akan menghampakan perbuatan dan amal-amal mereka.
-Sura Muhammad, Ayah 32
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!
-Sura Muhammad, Ayah 33
Paragraf 6 ayat 36-38 Gesaan berinfaq untuk memperolehi kejayaan dlm jihad.
إِنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۚ وَإِنْ تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ وَلَا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ
(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).
-Sura Muhammad, Ayah 36
إِنْ يَسْأَلْكُمُوهَا فَيُحْفِكُمْ تَبْخَلُوا وَيُخْرِجْ أَضْغَانَكُمْ
(Tabiat kamu wahai manusia) jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda kamu serta mendesak kamu memberikanNya, nescaya kamu akan berlaku bakhil kedekut, dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu.
-Sura Muhammad, Ayah 37
هَا أَنْتُمْ هَٰؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنْكُمْ مَنْ يَبْخَلُ ۖ وَمَنْ يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَفْسِهِ ۚ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ ۚ وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
-Sura Muhammad, Ayah 38
Dari segi latarbelakang.
Juga dinamakan surah qital atau peperangan.
Turun dlm bulan syaban atau ramaadan tahun ke 2 hijrah sebelum berlakunya perang badar.sebelumnya turun surah al baqarah ,attaghabun dan at talaq.ini semua surah2 madaniyah yg turun sebelum surah muhamad.
Dlm surah attaghabun disuruh supaya berinfaq dijalan Allah.
Sedangkan dlm surah muhamad ini,Allah taala menyebutkan kedua2 sekali iaitu infaq dan jihad.
Selepas hijrah kemadinah,nabi telah meletakan asas negara islam.tetapi musyrikin mekah masih tak senang hati walaupun orang islam meninggalkan mekah.mereka buat persiapan untuk menghancurkan madinah.
Sebelum surah Muhamad,turun surah hajji.sebahagiannya turun dimekah dan sebahagian lagi turun dimadinah.Kebenaran orang islam berperang ada dlm surah hajji...uzinalillazi na yukolimu...turun lebih awal lagi ..hujung tahun pertama hijrah.
Orang islam perlu bersemangat untuk berperang.
Dimadinah juga ada munafikin.disamping itu ada orang yahudi juga.
Tentera Islam 313 orang.nabi pilih ,bukan kerah. Sebab itu dikatakan ahli badar ini orang terpilih.
Pihak orang kafir 1,000 orang dan cukup peralatan.
Tujuan surah ini nak bg semangat untuk berperang dan ada keinginan berinfaq(galakan belanja harta benda)
Juga jgn terpengaruh propaganda munafik yg melemahkan semangat
Minit 10
Selepas surah haawaamin 3 surah madani.dari surah qaff bermula bhg yg ke5 dlm quran.
Dlm Surah al qaff,menceritakan hukuman terhadap orang yg melanggarnya adalah secara langsung.
Contoh kaum aad.yg telah dibinasakan oleh Allah.
Ayat 21-27,dok cerita yg tulah.
Surah muhamad menceritakan,adakalanya hukuman tidak nampak atau secara tak langsung seperti ribut,tetapi secara peperangan dan kalah.kalah itu adalah hukuman.abu jahal mati, umayah bin khalaf mati.
Ramai pemimpin besar kafir quraisy yg mati.
Ini hukum atau sunatullah.
Zaman lain pun begitu juga atau hanya ujian atau kerana ada benda tak kena.
Hukuman allah juga byk.
Pakistan kalah perang dgn india,itu hukuman Allah.
Hukuman allah terhadap orang kafir dgn tangan orang islam.
Paragraf 2 ayat 4-9 Hukum perang dan falsafah jihad.
Kenapa jadi berperang?
Ayat 4
فَإِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَضَرْبَ الرِّقَابِ
حَتَّىٰ إِذَا أَثْخَنْتُمُوهُمْ
فَشُدُّوا الْوَثَاقَ
فَإِمَّا مَنًّا
بَعْدُ وَإِمَّا فِدَاءً
حَتَّىٰ تَضَعَ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ۚ
ذَٰلِكَ وَلَوْ يَشَاءُ اللَّهُ
لَانْتَصَرَ مِنْهُمْ
وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَ بَعْضَكُمْ بِبَعْضٍ
ۗ وَالَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَلَنْ يُضِلَّ أَعْمَالَهُمْ
Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya,
sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya.
Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau
membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang menimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya).
Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu).
Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka.
Minit 29
Umat nabi saw tidak akan dibinasakan semua sekali.
Selepas perang ahzab nabi saw kata kita tak akan berperang dgn kafir quraisy lagi.
Kafir quraisy tak sangka mereka akan kalah.
Jgn berlembut tapi pancung فَضَرْبَ الرِّقَابِini cara bertindak terhadap musuh
Lepaskan sj فَإِمَّا مَنًّا بَعْدُ وَإِمَّا فِدَاء
Hikmat dan falsafah adalah nak menghukum mereka yg beria-ia nak berperang.
Abu jahal kena kerat kepala ,ini hukuman.
Abu jahal masih sombong walaupun nak mati dgn berkata kenapa aku tak mati ditangan quraisy.
Kaitan surah dgn surah.
Orang Islam akan dapat ghanimah yg banyak.isyarat dari Allah orang Islam kaya hasil dr peperangan.
Surah selepasnya Alfath bererti kemenangan
Kata kunci surah ini
Nama surah perang.
Kenapa allah buat perang?allah suka?allah nak ajar gitu ko?
Seperti orang yg berkahwin nak bercerai ke?
Tidak.
Allah tak suka tapi bg jln.untuk bercerai.
Begitu juga dgn perang ,pertembungan antara kebenaran dan kebatilan.apa lagi pihak yg kufur ingin peperangan.
Allah nak cerita kenapa dikendaki berperang.
Kata kuncinya pertentangan antara
الَّذِينَ آمَنُوا
dan الَّذِين
َ كَفَرُوا
Makna pertentangan aqidah dan ia menjelaskan apa yg telah disebut dlm suruh haji...yg dok bertengkar kerana tuhan.. firobihi .hok ni kata tuhen so dia kat dok..ini lah yg mengharuskan perang
Minit 40
Perang menghabiskan belanja yg banyak.
Musuh akan mudah menyerang jika kita kelihatan lemah.
Paling asas boleh dapat dari infaq atau seeloknya kerajaan yg berusaha untuk persediaan.
Air ,secupak untuk wuduk
Segantang untuk mandi wajib..paling bawah.
Zaman nabi saw tiada peruntukan pun boleh menang .itu pentingnya kesedaran.
Ayat perbandingan antara الَّذِينَ آمَنُوا dan الَّذِينَ كَفَرُوا
Ayat 2,3,12,33.
Allah mahu orang Islam yg kuat dan jaga agama serta maruahnya.
Paling kurang rakyat yg infaq dan paling tinggi kerajaan boleh bg peruntukan.
Ayat 7
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
Jgn bakhil untuk infaq.
Perkataan Taqwa disebut 3X
Ayat 15 الْمُتَّقُونَ
Ayat 17 تَقْوَاهُمْ
Ayat 36 وَتَتَّقُوا
Seterusnya perkataan munafikun disebut 3X juga
Juga perkataan karihu(mereka tidak suka)ayat 9.
Didlm surah ni perancangan jahat atau aktiviti yg melemahkan semangat orang2 Islam oleh orang yg pihak munafikin disebut perkataan mutaqolab ayat 19
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
👉Perancangan jahat munafikin مُتَقَلَّبَ.dan tak puas hati adalah munafikin.ayat 90
&19
Sebut syurga ,apa kena dgn syurga..mati itu nanti akan kesyurga tidak sia2 .
Perang juga boleh menambahkan atau meningkatkan iman ,bahkan jihad ibadah yg sangat mulia.
Bukan hanya solat shj yg menambahkan iman.
Surah muhamad ada 2bhg
Bhg satu1-19
Kandungan bhg ini
Perbezaan amalan dan perbezaan balasan 2kumpulan
Kumpulan tauhid
Hidup dia byk faedah
Dosa tukar jadi kebajikan
Jika Mati dlm perang mati syahid
Lawan dia ahli syirik
Amalan baik (buat baik pada ibubapa atau berbelanja untuk manusia2 tuhan hancurkan)sebab aqidah tak betul.
Aqidah berlainan ,natijah pun berlainan.
Bhg kedua 20-38akhir surah.
Ayat 1
الَّذِينَ كَفَرُوا
وَصَدُّوا
عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
أَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ
Orang-orang yang kafir
serta menghalangi (dirinya dan orang lain)
dari jalan Allah,
Allah sia-siakan segala amal mereka.
👉halang orang lain وَصَدُّوا
Duduk didunia sekadar hidup menghabiskan masa semata2
Ayat 2
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ
وَهُوَ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ
ۙكَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ
وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ
Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh
serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) -
yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, -
Allah mengampunkan dosa-dosa mereka,
dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat).
👉orang betul2 beriman dan dapat melakukan amal soleh menepati syariat dan sunnah.
Ahli kitab boleh jadi beriman tetapi dgn al quran tidak berapa berat.
Ayat 3
ذَٰلِكَ
بِأَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا اتَّبَعُوا الْبَاطِلَ
وَأَنَّ الَّذِينَ آمَنُوا
اتَّبَعُوا الْحَقَّ مِنْ رَبِّهِمْ ۚ
كَذَٰلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ لِلنَّاسِ أَمْثَالَهُمْ
Berlakunya yang demikian,
kerana sesungguhnya orang-orang yang kafir menurut perkara yang salah,
dan sesungguhnya orang-orang yang beriman menurut perkara yang benar dari Tuhan mereka.
Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing.
👉Beza yg diikut akan membezakan natijah.
Kafir ikut batil atau nafsu
Beriman ikut kebenaran atau wahyu.
Ayat 4
فَإِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا
فَضَرْبَ الرِّقَابِ
حَتَّىٰ إِذَا أَثْخَنْتُمُوهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَ
فَإِمَّا مَنًّا بَعْدُ
وَإِمَّا فِدَاءً
حَتَّىٰ تَضَعَ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ۚ
ذَٰلِكَ وَلَوْ يَشَاءُ اللَّهُ لَانْتَصَرَ مِنْهُمْ
وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَ بَعْضَكُمْ بِبَعْضٍ ۗ
وَالَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ
فَلَنْ يُضِلَّ أَعْمَالَهُمْ
Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya,
sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya)
maka tawanlah (mana-mana yang hidup)
dan ikatlah mereka dengan kukuhnya.
Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu)
sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya)
atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya.
(Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh)
sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang menimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya).
Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya);
tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu).
Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya),
maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka.
👉allah ajar pancung فَضَرْبَ الرِّقَابِ
musuh islam tak kenal allah,tapi ia boleh takut kepada orang yg ingin membunuhnya.
Ayat 5
سَيَهْدِيهِمْ وَيُصْلِحُ بَالَهُمْ
Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat)
👉Berita gembira untuk orang yg berjuang serta gugur syahid
Ayat 6
وَيُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ
عَرَّفَهَا لَهُمْ
Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka.
👉ayat ini Huraian bg سَيَهْدِيهِمْ
2terjemahan
Syurga yg diperkenal dalam quran
Syurga yg diwangikan sebelum mereka masuk
Ayat 7
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ
وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman,
kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
👉Hidup berjuang menolong agama allah.
Sebar wahyu allah.
Allah akan tolong kamu.
Ayat 8
وَالَّذِينَ كَفَرُوا
فَتَعْسًا لَهُمْ
وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.
👉Yg melawan wahyu yg disampaikan ,Hidupnya yg sia2 dgn umur dan kelebihan yg allah berikan juga sia2.
Ayat 9
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ
فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ
Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran),
lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.
👉Sebab mereka jadi sia2 kerana tidak suka kepada wahyu yg telah allah turunkan.
Ayat 10
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ
فَيَنْظُرُوا
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ
دَمَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ ۖ
وَلِلْكَافِرِينَ أَمْثَالُهَا
Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan
bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka?
Allah telah menghancurkan orang-orang itu;
dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu
👉Orang yg beraqidah syirik.
Begitu juga bg orang kafir dizaman manapun.
Ayat 11
ذَٰلِكَ
بِأَنَّ اللَّهَ مَوْلَى الَّذِينَ آمَنُوا
وَأَنَّ الْكَافِرِينَ
لَا مَوْلَىٰ لَهُمْ
Balasan yang demikian,
kerana sesungguhnya Allah menjadi Pelindung orang-orang yang beriman,
dan sesungguhnya orang-orang yang kafir:
tiada sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka.
👉Targhib atau janji allah.
Ayat 12
إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ
وَالَّذِينَ كَفَرُوا
يَتَمَتَّعُونَ
وَيَأْكُلُونَ
كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ
وَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir
menikmati kesenangan di dunia
serta mereka makan minum
sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.
👉Tabsyir untuk orang yg beriman hasil aqidah yg betul
Takhwif ukhrowi
Ayat 13
وَكَأَيِّنْ مِنْ قَرْيَةٍ
هِيَ أَشَدُّ قُوَّةً
مِنْ قَرْيَتِكَ
الَّتِي أَخْرَجَتْكَ
أَهْلَكْنَاهُمْ
فَلَا نَاصِرَ لَهُمْ
Dan bukan sedikit (penduduk) negeri-negeri yang lebih kuat dari (penduduk) negerimu (wahai Muhammad)
yang telah memaksamu keluar (berhijrah) -
Kami binasakan mereka,
maka tiadalah sesiapa pun yang dapat membela mereka.
👉takhwif duniawi dan ada juga tasliyah
Ayat 14
أَفَمَنْ كَانَ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّهِ
كَمَنْ زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ
وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ
Dengan yang demikian, adakah orang orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya:
sama seperti orang-orang (yang ingkar - derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik),
dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)!
👉
Ayat 15
مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۖ
فِيهَا أَنْهَارٌ
مِنْ مَاءٍ غَيْرِ آسِنٍ
وَأَنْهَارٌ مِنْ لَبَنٍ
لَمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ
وَأَنْهَارٌ مِنْ خَمْرٍ
لَذَّةٍ لِلشَّارِبِينَ
وَأَنْهَارٌ مِنْ عَسَلٍ مُصَفًّى ۖ
وَلَهُمْ فِيهَا
مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ
وَمَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ ۖ
كَمَنْ هُوَ خَالِدٌ فِي النَّارِ
وَسُقُوا مَاءً
حَمِيمًا
فَقَطَّعَ أَمْعَاءَهُمْ
Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut):
ada padanya beberapa sungai dari air
yang tidak berubah (rasa dan baunya),
dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya,
serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya,
dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan,
serta keredaan dari Tuhan mereka.
(Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka
dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!
👉Tabsyir untuk orang yg beriman.
Sungai Air yg tidak yg tidak berubah rasa dan bau
Susu mudah berubah.
Sungai Arak yg lazat
Sungai madu yg telah ditapis
Buah2an yg berbagai rasa.
Lambang kemewahan yg ada dalam syurga.
Juga keampunan allah
Bandingan
Air yg sangat panas
Ayat 16
وَمِنْهُمْ مَنْ يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ
حَتَّىٰ إِذَا خَرَجُوا مِنْ عِنْدِكَ
قَالُوا لِلَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ
مَاذَا قَالَ آنِفًا ۚ
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ
وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ
Dan di antara mereka (yang hadir di majlismu wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa),
sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu yang setia):
"Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi?"
Mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka,
dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya.
👉Zajrun bg orang yg duduk dlm kalangan orang islam tapi tak percaya akhirat.
Zahir juga bg perhatian pada ucapan nabi tapi hati tidak tawajuh.
Hati munafik tidak akan dapat hidayah
Gelaran sahabat nabi لِلَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَahli ilmu.
Orang yg dikunci hatinya oleh allah,terus menerus ikut hawa nafsu.
Ayat 17
وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا
زَادَهُمْ هُدًى
وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ
Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar),
Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa
👉 Jika ada Sifat nak baik ,akan berubah.
Pertambahan hidayah dan kefahaman serta ketaqwaan. dari allah.
Jika tak berubah langsung ,bahaya.
Ayat 18
فَهَلْ يَنْظُرُونَ
إِلَّا السَّاعَةَ أَنْ تَأْتِيَهُمْ بَغْتَةً ۖ
فَقَدْ جَاءَ أَشْرَاطُهَا ۚ
فَأَنَّىٰ لَهُمْ إِذَا جَاءَتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak Ada lagi yang mereka tunggu
melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut,
kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya.
Kalaulah demikian,
maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?
👉takhwif duniawi.
Qiamat atau kematian.
Umur kita dlm genggaman allah
Ayat 19
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ
وَمَثْوَاكُمْ
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan;
dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia)
dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
👉tujuan berperang dgn orang kafir sebab allah dan mempertahankan diri.
Sentiasa beristighifar kepada diri kita sendiri,mukmin lelaki dan wanita.
Allahumagfarlimukmimin nawal mukminat.musliminawalmuslimat...
Keampunan mengikut seramai mukmim dan mukminah
Bahagian ke2 surah.
Rungutan terhadap orang degil.
Ayat 20
وَيَقُولُ الَّذِينَ آمَنُوا لَوْلَا نُزِّلَتْ سُورَةٌ ۖ
فَإِذَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ
مُحْكَمَةٌ
وَذُكِرَ فِيهَا الْقِتَالُ ۙ
رَأَيْتَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ
مَرَضٌ يَنْظُرُونَ إِلَيْكَ
نَظَرَ الْمَغْشِيِّ عَلَيْهِ
مِنَ الْمَوْتِ ۖ
فَأَوْلَىٰ لَهُمْ
Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata:
"Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)?"
Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut.
padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh),
sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati;
dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.
👉kata orang lemah iman atau munafik
Ayat 21
طَاعَةٌ وَقَوْلٌ مَعْرُوفٌ ۚ
فَإِذَا عَزَمَ الْأَمْرُ
فَلَوْ صَدَقُوا اللَّهَ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ
(Mereka selalu berkata: "Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah)".
Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya);
maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.
👉minta taufik dari allah.
Ayat 22
فَهَلْ عَسَيْتُمْ
إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ
وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ
(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan -
jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi,
dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?
👉IIah dan sebab jihad,jaga hak allah dan jaga hak hamba allah atau manusia.
Jaga syariat,maka aman lah kehidupan manusia.
Ayat 23
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ
فَأَصَمَّهُمْ
وَأَعْمَىٰ أَبْصَارَهُمْ
(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah
serta ditulikan pendengaran mereka,
dan dibutakan penglihatannya
👉Natijah bg orang munafikin
Ayat 24
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ
أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran?
Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
👉Teguran kepada golongan munafik yg jauhkan diri dr quran.
Baca dgn penuh teliti untuk mengetahui makna yg ada secara mendalam يَتَدَبَّرُونَ
Kesan laknat 1
Ayat 25
إِنَّ الَّذِينَ ارْتَدُّوا عَلَىٰ أَدْبَارِهِمْ
مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْهُدَى ۙ
الشَّيْطَانُ سَوَّلَ لَهُمْ
وَأَمْلَىٰ لَهُمْ
Sesungguhnya orang-orang yang telah berbalik kepada keingkaran mereka
sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadanya),
Syaitanlah yang memperdayakan mereka (berlaku demikian),
serta memanjangkan angan-angan mereka.
👉Syaitan memudahkan mereka buat benda buruk.
Ayat 26
ذَٰلِكَ
بِأَنَّهُمْ
قَالُوا لِلَّذِينَ كَرِهُوا
مَا نَزَّلَ اللَّهُ
سَنُطِيعُكُمْ فِي بَعْضِ الْأَمْرِ ۖ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِسْرَارَهُمْ
Berlakunya yang demikian ialah:
kerana mereka
berkata kepada orang-orang yang tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah:
"Kami akan patuh kepada kamu pada setengah perkara (yang berhubung dengan menentang Muhammad dan pengikutnya) itu";
sedang Allah mengetahui segala (perkataan dan perbuatan) yang mereka sembunyikan.
👉Ketua2 munafik tak dtg jumpa nabi
Jadi mudahlah membuat amalan2 buruk.
Ayat 27
فَكَيْفَ
إِذَا تَوَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ
يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ
وَأَدْبَارَهُمْ
(Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka) maka bagaimanakah (mereka dapat menolak azab seksa)
apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka
dan punggung mereka?
👉Takhwif duniawi.
Ayat 28
ذَٰلِكَ
بِأَنَّهُمُ اتَّبَعُوا مَا أَسْخَطَ اللَّهَ
وَكَرِهُوا رِضْوَانَهُ
فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ
(Kematian mereka dalam keadaan yang buruk) itu, kerana mereka menurut (serta melakukan) perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah,
dan mereka pula membenci perkara-perkara yang diredhaiNya;
oleh itu, Allah gugurkan amal-amal mereka (yang baik, yang pernah mereka lakukan)
👉Ini sebab berlaku pukulan
Ayat 29
أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ
أَنْ لَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ أَضْغَانَهُمْ
Patutkah orang-orang (munafik) yang ada penyakit (syak, ragu-ragu) dalam hatinya: menyangka
bahawa Allah tidak sekali-kali akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka (terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya)?
👉Zajrun
Konon seolah2 sembunyikan penyakit benci dan dengki. Kerana bila ada jihad dan infaq,penyakit itu boleh dilihat.
Ayat 30
وَلَوْ نَشَاءُ
لَأَرَيْنَاكَهُمْ فَلَعَرَفْتَهُمْ بِسِيمَاهُمْ ۚ
وَلَتَعْرِفَنَّهُمْ فِي لَحْنِ الْقَوْلِ ۚ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ أَعْمَالَكُمْ
Dan sekiranya Kami kehendaki,
tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad),
lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka;
dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya.
Dan (ingatlah kamu masing-masing), Allah mengetahui segala yang kamu lakukan.
👉mungkin satu hari mereka akan jadi benar2 beriman
Sifat2 munafik boleh dikenali
Dlm surah nur,diberi tahu sifat zahir munafik bila jihad dan infaq.
Perkataan atau pertururan juga boleh dikenali.
Ayat 31
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ
وَالصَّابِرِينَ
وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu
dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami);
dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
👉Hikmat ayat sifat munafik,jgn menyangka kita mukmin sebenar.
Jihad dan infaq adalah ujian bg menentukan samada mempunyai sifat munafik
Mujahidin dan infaq harta hingga akhir hayat.
Ayat 32
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
وَشَاقُّوا الرَّسُولَ
مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْهُدَىٰ
لَنْ يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا
وَسَيُحْبِطُ أَعْمَالَهُمْ
Sesungguhnya orang-orang yang kafir
dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, serta mereka memusuhi Rasul Allah setelah ternyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dibawanya), mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun,
dan (sebaliknya) Allah akan menghampakan perbuatan dan amal-amal mereka.
👉Sifat musyrikin.
Walau seramai mana penentang agama allah ,agama allah tetap berkembang sebab ada pejuang2nya.
Penentang tak dapat mengalahkan islam kerana umat islam berusaha menegakan islam.
Jika tiada pejuang islam tetap berkubur walaupun tiada penentang.
Inilah pentingnya menyebarkan wahyu.
Quran akan dorong orang untuk berjuang.
Ayat 33
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
أَطِيعُوا اللَّهَ
وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ
وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman!
Taatlah kamu kepada Allah
dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!
👉 untuk dlm berjuang
Ayat 34
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
ثُمَّ مَاتُوا
وَهُمْ كُفَّارٌ
فَلَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah,
kemudian mereka mati dengan keadaan kafirnya,
maka Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka.
👉Kerugian akhirat bg orang kafir.
Ayat 35
فَلَا تَهِنُوا
وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ
وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ
وَاللَّهُ مَعَكُمْ
وَلَنْ يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ
(Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah
dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai,
padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya,
lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan), dan Ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu.
👉Pergerakan perjuangan akan dapat pertolongan allah dan sebab agama allah akan berkembang ,Jgn berhenti berjihad.
Ayat 36
إِنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۚ
وَإِنْ تُؤْمِنُوا
وَتَتَّقُوا
يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ
وَلَا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ
(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan;
dan jika kamu beriman serta bertaqwa,
Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu,
dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).
👉Bila mendapat kebaikan dunia bila berjuang perlu diingat hakikat dunia ini.
Untuk dewasa وَلَهْوٌ
Ayat 37
إِنْ يَسْأَلْكُمُوهَا
فَيُحْفِكُمْ تَبْخَلُوا
وَيُخْرِجْ أَضْغَانَكُمْ
(Tabiat kamu wahai manusia) jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda kamu
serta mendesak kamu memberikanNya,
nescaya kamu akan berlaku bakhil kedekut,
dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu.
👉allah hanya minta sedikit shj.seperti zakat yg wajib.
Ayat 38
هَا أَنْتُمْ هَٰؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ
فَمِنْكُمْ مَنْ يَبْخَلُ ۖ
وَمَنْ يَبْخَلْ
فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَفْسِهِ ۚ
وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ ۚ
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا
يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ
ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah,
maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil,
padahal sesiapa yang berlaku bakhil
maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri.
Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun),
sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal).
Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
👉Ini teguran kepada munafik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan