Qawaid tafsir 2019 sesi 05
Sambungan kaedah 52
52.Yang dikira ialah umum lafaz
(ayat), bukan sebab (turun)nya
yang khusus.
قاعدة 52 الْعِبْرَةُ بِعُمُومِ اللَّفْظِ لَا بِخُصُصِ السٌَبَبِ
Keterangan: Hukum umum dan khusus yang terdapat di dalam sesuatu ayat,mengambil kira sebab turunnya,
terbahagi kepada 4 bahagian.
(1) خاص بالاسم
(khasdengan sebab disebut nama secara khusus).
(2) عام مربوط بقرينه التخصيص
(umum yangterikat dengan petunjuk takhsis).
(3) عام مربوط بقرينة التعيم
(umum yang terikat denganpetunjuk umum).
(4) مجرد عن القرينة
(kosong daripada dalil yang menunjukkankhususnya).
Yang dimaksudkan dengan خاص بالاسم itu ialah ayat-ayat yang ada tersebut didalamnya nama seseorang secara khusus. Kandungan ayat itu adalah berkaitan
dengannya secara khusus. Para 'ulama' bersepakat tentang ayat-ayat seperti itu adalah khusus dengan orang-orang berkenaan sahaja. Ia tidak merangkumi orang-orang lain.
Yang dimaksudkan dengan عام مربوط بقرينة التعيم ialah ayat-ayat yang turunsehubungan dengan peristiwa tertentu, tetapi lafaz yang digunakan untuknya adalah
umum.
Daripada lafaz ayat berkenaan sendiri atau dalil-dalil lain tidak pula terdapatpetunjuk yang mengkhususkannya dengan peristiwa berkenaan sahaja. Malah ia boleh
merangkumi peristiwa-peristiwa lain yang ada persamaan dengannya. Berhubungdengan ayat-ayat seperti ini sekalian ahli ilmu bersepakat tentang ia memberi ertiumum sesuai dengan lafaznya. Ia tidak terikat dengan peristiwa khusus yang
merupakan sebab turunnya. Contohnya ialah beberapa ayat di permulaan Surah al-Mujadilah. Memang terdapat di dalam hadits-hadits sahih bahawa ia turun
sehubungan dengan peristiwa yang berlaku kepada seorang sahabat wanita Rasulullah
s.a.w. yang bernama Khaulah binti Hakim. Suaminya telah berkata kepadanya
أنت علىكظهر أمي
(engkau kepadaku seperti belakang ibuku).
Ayat yang menyatakan hukumzhihar di situ bagaimanapun tidak mengkhususkannya dengan Khaulah dan suaminya.
Ia disebut secara umum merangkumi orang-orang lain juga yang berlaku kepadamereka keadaan seperti itu. Semua orang yang melakukan zhihar terhadap isterinya
dikehendaki (wajib) memerdekakan seorang hamba sebelum menggauli isterinya. Jikatidak mampu, maka ia hendaklah berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Dan jikaitupun tidak mampu dilaksanakan, maka ia hendaklah mernberi makan kepada enam
puluh orang miskin. Supaya lebih jelas di bawah ini dikemukakan beberapa ayat di
permulaan Surah al-Muj adilah yang dimaksudkan :
قَدۡ سَمِعَ ٱللَّهُ قَوۡلَ ٱلَّتِی تُجَـٰدِلُكَ فِی زَوۡجِهَا وَتَشۡتَكِیۤ إِلَى ٱللَّهِ وَٱللَّهُ یَسۡمَعُ تَحَاوُرَكُمَاۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِیعُۢ بَصِیرٌ.
(2)ٱلَّذِینَ یُظَـٰهِرُونَ مِنكُم مِّن نِّسَاۤىِٕهِم مَّا هُنَّ أُمَّهَـٰتِهِمۡۖ إِنۡ أُمَّهَـٰتُهُمۡ إِلَّا ٱلَّـٰۤـِٔی وَلَدۡنَهُمۡۚ وَإِنَّهُمۡ لَیَقُولُونَ مُنكَرًا مِّنَ ٱلۡقَوۡلِ وَزُورًاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَعَفُوٌّ غَفُورٌ.
(3)وَٱلَّذِینَ یُظَـٰهِرُونَ مِن نِّسَاۤىِٕهِمۡ ثُمَّ یَعُودُونَ لِمَا قَالُوا۟ فَتَحۡرِیرُ رَقَبَةٍ مِّن قَبۡلِ أَن یَتَمَاۤسَّاۚ ذَٰلِكُمۡ تُوعَظُونَ بِهِۦۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِیرٌ
(4)فَمَن لَّمۡ یَجِدۡ فَصِیَامُ شَهۡرَیۡنِ مُتَتَابِعَیۡنِ مِن قَبۡلِ أَن یَتَمَاۤسَّاۖ فَمَن لَّمۡ یَسۡتَطِعۡ فَإِطۡعَامُ سِتِّینَ مِسۡكِینًاۚ ذَٰلِكَ لِتُؤۡمِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۚ وَتِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِۗ وَلِلۡكَـٰفِرِینَ عَذَابٌ أَلِیمٌ
1. Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang
bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil dia berdoa
merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia
mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
.91
2. Orung-orang yang "zhiharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang
yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka
tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka dan
sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu
perkara yang mungkar dan dusta dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf
lagi Maha Pengampun.
3. Dan orang-orang yar-g "zhiharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa
yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah
(suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri)
bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan
mendekati perkara yang mungkar itu) dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam
PengetahuanNya akan apa yangkamu lakukan.
4. Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah dia
berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur.
Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah dia memberi makan
enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu
kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat
Jahiliah) dan itulah batas-batas hukum Allah dan bagi orang-orang yang kafir
disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Mujadilah:1-4).
Dan yang dimaksudkan dengan مجرد عن القرينة
(kosong daripada dalil yangmenunjukkan khususnya) ialah ayat-ayat yang diturunkan sehubungan dengan
peristiwa tertentu, tetapi lafaz yang digunakan adalah umum. Daripada ayat berkenaansendiri atau dalil-dalil lain tidak terdapat petunjuk yang jelas mengkhususkannyadengan peristiwa khusus itu sahaja atau ia merangkumi juga kes-kes lain
seumpamanya. Berhubung dengan bahagian ini, para ahli ilmu ada berbeda pendapatsedikit. Sebahagian mereka berpendapat ayat seperti itu dikhususkan dengan peristiwayang merupakan sebab turunnya. Tetapi jumhur 'ulama' dan fuqaha' berpendapat
sebaliknya. Bagi mereka, ia tidak khusus dengannya sahaja. Malah ia merangkumisemua kes seumpamanya, sesuai dengan lafaz umum yang digunakan di dalam ayatberkenaan.
92
Kesimpulannya ialah qaedah ke-52
قاعدة 52 الْعِبْرَةُ بِعُمُومِ اللَّفْظِ لَا بِخُصُصِ السٌَبَبِ
(Yang dikira ialahumum lafaz (ayat), bukan sebab (turun)nya yang khusus), hanya terpakai untuk dua
bahagian terakhir ini sahaja, iaitu عام مربوط بقرينة التعيم
(umum yang terikat denganpetunjuk umum) dan
عام مجرد عن القرينة
(Umum yg kosong daripada dalil yang menunjukkankhususnya).
Ia tidak melibatkan dua bahagian yang pertama.
Dua golongan 'ulama' yang berbeda pendapat tentang bahagian yang keempat inisebenarnya berbeda pada zahirnya sahaja. Pada hakikatnyamereka sama sahaja dalampenerimaan ma'na umumnya. Apa yang membezakan mereka hanyalah golonganpertama tidak memakai ma'na umum yang terdapat di dalam ayat berkenaan itusendiri untuk memasukkan kes-kes lain ke dalamnya. Mereka menggunakan dalil-dalil yang lain untuknya, seperti hadits, ijma' atau qias. Sementara jumhur 'ulama'pula memakai ayat berkenaan itu sendiri untuk memasukkan kes-kes lain juga, tanpamelihat lagi kepada dalil-dalil yang lain.
Ayat di bawah ini merupakan salah satu contohnya:
وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَیۡسَرَةٍۚ وَأَن تَصَدَّقُوا۟ خَیۡرٌ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
280. Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampaidia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebihbaik bagimu, jika kamu mengetahui.
(a1-Baqarah:280).
Sebab turun ayat ini ialah Banu Mughirah ada berhutang dengan Banu 'Amar bin'Umair. Setelah riba diharamkan, Banu 'Amar bin 'Umair hanya menuntut hutang
asal (pokok) sahaja supaya dibayar oleh Banu Mughirah. Banu Mughirah memintasupaya ditangguhkan pembayarannya, kerana pada ketika itu dalam kesempitan. Banu'Amar berkeras. Mereka tidak mahu menerima penangguhan hutang oleh BanuMughirah, maka turunlah ayat 280 Surah al-Baqarah itu.
Para 'ulama' bersepakat tentang hukum yang terdapat di dalam ayat ini umum. Iatidak khusus dengan Banu Mughirah dan Banu 'Amar sahaja. Pemiutang (yg bg hutang)mana pundikehendaki dan dianjurkan agar memberi tempoh kepada penghutang yang beradadalam kesukaran. Perbuatan menangguhkan pembayaran hutang kepada penghutang-penghutang yang berada dalam kesempitan adalah satu pekerti yang mulia.
93
Jumhur 'ulama cuma pendapat hukum umum itu diperolehi daripada ayat 280 itujuga, bukan daripada dalil-dalil yang lain. Sementara golongan 'ulama' yang
mengkhususkan ayat itu dengan orang-orang yang terbabit di zaman Rasulullah s.a.w.sahaja, mereka mengumumkan hukum yang terdapat ayat itu bukan dengan ayat itusendiri, sebaliknya dengan dalil-dalil lain berupa hadits-hadits Rasulullah s.a.w.Sememangnya terdapat beberapa hadits yang menyatakan kelebihan pemiutang(yg bg hutang) yangmenangguhkan pembayaran hutang oleh penghutangnya yang susah.
.94
Khilafnya hanya pada zahir shj
Tiada ulasan:
Catat Ulasan