Halaman

Isnin, Mei 13, 2019

Qawaid tafsir 2019 sesi 09

Qawaid tafsir 2019 sesi 09

Kaedah 55

Qawaid tafsir 2019 sesi 09

Kaedah 55

Kemungkinanan-kemungkinan
salah faham di dalam mana-mana
ayat al-Qur'an akan dihilangkan
bila perlu.

قاعدة ٥٥ الْمُحتَرَزَاتُ فِي الْقُرْآنِ تَقَعُ فِي كُلِّ الْمَوَاضِعِ عِنْدَ الْحَاجَةِ   إِلَيْهَا

Keterangan: Apabila terdapat kemungkinan salah faham
Qur'an, maka pasti akan ada sesuatu yang menghilangkannya. Ia tidak akan dibiarkan
begitu saja dalam keadaan mengelirukan.
102

Di bawah ini dikemukakan beberapa contohnya:

لَّا یَسۡتَوِی ٱلۡقَـٰعِدُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ غَیۡرُ أُو۟لِی ٱلضَّرَرِ وَٱلۡمُجَـٰهِدُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡۚ فَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَـٰهِدِینَ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ عَلَى ٱلۡقَـٰعِدِینَ دَرَجَةًۚ وَكُلًّا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ وَفَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَـٰهِدِینَ عَلَى ٱلۡقَـٰعِدِینَ أَجۡرًا عَظِیمًا

Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) dan tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk (tidak turut berperang kerana uzur) satu darjat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-oran g yang berjihad atas orang yang duduk (tidak turut berperang
tanpa ada sesuatu uzur) dengan pahala yang besar.
(an-Nisaa':95).

Jika غَیۡرُ أُو۟لِی ٱلضَّرَرِ tidak disebutkan di dalam ayat di atas, niscaya ia boleh disalah fahami oleh sesetengah orang, bahawa orang yang tidak pergi berperang itu bagaimana pun tetap tidak akan mendapat langsung kelebihan (pahala) yang diperolehi orang-orang yang pergi berjihad. Padahal yang tidak mendapat langsung pahala seperti orang-orang yang pergi berjihad ialah orang-orang yang tidak pergi tanpa ada sebarang keuzuran. Adapun orang-orang yang tidak pergi kerana ada keuzuran, mereka dapat juga pahala, cuma pahala yang diperolehinya kurang daripada pahala orang-orang yang pergi berjihad dengan harta dan jiwa mereka. Itulah sebabnya setelah mengatakan tidak sama di antara orang-orang yang tidak ikut berperang, Allah terus menyebut   غَیۡرُ أُو۟لِی ٱلضَّرَرِ( tidak mempunyai 'uzur) sebelum lagi Dia menyebutkan orang-orang yang pergi berjihad di jalan  Allah dengan
harta mereka dan jiwanya. Memanglah tidak sama, tetapi itu tidaklah bererti orang- orang yang tidak ikut berperang kerana ada sesuatu keuzuran langsung tidak
mendapat pahala yang diperolehi orang-orang yang pergi berjihad. Yang tidak dapat langsung ialah orang-orang yang tidak ikut berperang dalam keadaan tidak ada
sebarang keuzuran yang dibenarkan oleh Syara'.
(2)

103
إِنَّكَ لَا تُسۡمِعُ ٱلۡمَوۡتَىٰ وَلَا تُسۡمِعُ ٱلصُّمَّ ٱلدُّعَاۤءَ إِذَا وَلَّوۡا۟ مُدۡبِرِینَ

80. Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati mendengar dan (tidak pula) menjadikan orang-orang yang tuli (pekak) mendengar panggilan,
apabila mereka telah berpaling membelakang.
(an-Naml: 80).

Orang yang salah faham mungkin berkata, memanglah orang tuli tidak mendengar seruanmu, tetapi ia boleh faham jika engkau memahamkarrnya dengan bahasa isyarat misalnya. Untuk menghilangkan kekeliruan itulah Allah menutup firmanNya dengan berkata: "apabila mereka telah berpaling membelakang". Dalam keadaan berpaling membelakang bagaimana orang tuli akan faham bahasa isyaratmu?
(3)

فَفَهَّمۡنَـٰهَا سُلَیۡمَـٰنَۚ وَكُلًّا ءَاتَیۡنَا حُكۡمًا وَعِلۡمًاۚ وَسَخَّرۡنَا مَعَ دَاوُۥدَ ٱلۡجِبَالَ یُسَبِّحۡنَ وَٱلطَّیۡرَۚ وَكُنَّا فَـٰعِلِینَ

79. Maka Kami beri (Nabi) Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat
kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan (Nabi) Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

Oleh kerana firman Allah di permulaan ayat,
iaitu   فَفَهَّمۡنَـٰهَا سُلَیۡمَـٰنَۚ (mungkin disalah fahami oleh sesetengah orang, bahawa kedudukan Daud di segi kefahaman kurang daripada Sulaiman, maka ia diiringi terus dengan firmanNya  وَكُلًّا ءَاتَیۡنَا حُكۡمًا وَعِلۡمًا (dan
masing-masing dari mereka berdua Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu yang banyak) dan selepas itu dikemukakan pula keistimewaan Daud secara
khusus     وَسَخَّرۡنَا مَعَ دَاوُۥدَ ٱلۡجِبَالَ یُسَبِّحۡنَ وَٱلطَّیۡرَۚ   (dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan (Nabi) Daud).

Kaedah b(panduan hidup )

القعاعدة السادسة قوله تعالى

Qaedah Ketujuh:

مَا عَلَى ٱلۡمُحۡسِنِینَ مِن سَبِیلٍۚ

Firman Allah s.w.t. Bermaksud: Tidak ada jalan sedikitpun untukmenyalahkan orang-orang yang berbuat baik.
(at-Taubah:91 ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan