Rabu, Mei 15, 2019

Qawaid tafsir 2019 sesi 11

Qawaid tafsir 2019 sesi 11

Kaedah 57
Fiil yg terletak dihalaman nafi atau mulhaqaaynya memberi erti umum

Keterangan: Fi'il yang dimaksudkan dalam qaedah ini ialah ketiga-tiga bentuk f il,
f il 'Amar, f il madhi dan f il mudhari'. Yang dimaksudkan dengan mulhaqaat nafi
pula ialah nahi, syarat dan istiftram. Inilah perkataan-perkataan yg sama kerjanya
dengan perkataan nafi. Menurut qaedah ini, mana-mana
fiil yang terletak selepas perkataan nafi dan mulhaqaatnya akan memberi erti umum.
Contoh fi'il di halaman nali atau fi'il yang terletak selepas perkataan nafi adalah
seperti berikut:

وَلَا یُفۡلِحُ ٱلسَّاحِرُ حَیۡثُ أَتَىٰ

...Dan tidak akan beroleh kejayaan tukang sihir itu, dari mana saja ia datang."
(Thaha:69).

Tidak akan beroleh kejayaan yang tersebut di dalam ayat ini adalah umum. Ia merangkumi segala bentuk kejayaan. Ertinya ialah segala bentuk kejayaan dinafikan
daripada mereka. Contoh fi'it di halaman nahi (kata larang yang memberi erti jangan) adalah seperti
berikut: '

وَأَنفِقُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلۡقُوا۟ بِأَیۡدِیكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ وَأَحۡسِنُوۤا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan jgnpnlah kamu
menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana
sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (al-Baqarah: 195).

Larangan menjatuhkan diri sendiri ke dalam kebinasaan itu umum merangkumi segala cara dan bentuknya. Semuanya dilarang. Sama ada dengan terjun dari tempat tinggi untuk membunuh diri atau menembak diri sendiri atau menghisap rokok sebagai contohnya. Kerana semua perbuatan itu membawa kepada kebinasaan diri sendiri.
Contoh f il di halaman syarat (kata yang memberi erti jika, kalau dan sebagainya) atau dengan kata lain, fi'il yang terletak selepas daripada perkataan yang memberi erti syarat dan ia merupakan f il syarat ialah:

إِن یَثۡقَفُوكُمۡ یَكُونُوا۟ لَكُمۡ أَعۡدَاۤءً وَیَبۡسُطُوۤا۟ إِلَیۡكُمۡ أَیۡدِیَهُمۡ وَأَلۡسِنَتَهُم بِٱلسُّوۤءِ وَوَدُّوا۟ لَوۡ تَكۡفُرُونَ

Jika mereka dapat menguasai kamu. nescaya mereka menjadi musuh yang
mernbahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah
mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga
menjadi kafir (seperti mereka).
(al-Mumtahanah: 2).

Maksudnya ialah jika mereka dapat menguasai kamu dengan apa cata sekalipun, tidak khusus dengan cara tertentu sahaja.

.108

Kaedah b
القعدة التاسعة قوله تعالى

وَلَیۡسَ ٱلذَّكَرُ كَٱلۡأُنثَىٰۖ

Memanglah tidak sama anak lelaki  dengan anak perempuan.
Ali Imran 36

Tiada ulasan:

Catat Ulasan