Halaman

Khamis, Julai 25, 2019

026.Surah Asy syu'ara

026.Surah Asy syu'ara

Dalam surah ni semua dalil naqlil
Surah sebelum alfurqan dalil aqli
Dalil yg mensabitkan keberkatan dari Allah.
Siapa nak keberkatan kena minta dari Allah dan kena ada hubungan dgn Allah.
Keberkatan sangat penting dan perlu dituntut dari allah.
Amalan yang ada keberkatan akan diberi balasan diakhirat nanti.
Amalan yg tiada berkat akan dilaknat oleh Allah.

026.Surah Asy syuara,(penyair2)
Bilangan ayat 227
Bilangan rukuk 11
Surah Makkiyah
Tertib turun yg ke 47
Bilangan paragraf  10
Paragraf 1ayat 1-6 Dalil2 rububiyah Allah dan pengenalan alquran.
Paragraf 2 ayat 7-9 Dalil2 أرضي(pada bumi)untuk sifat maha perkasa dan maha penyayang tuhan.kata kunci al aziz ar rahim
Paragraf 3 ayat 10-68 Dalil2 sejarah pada kisah Musa dan Firaun.
Paragraf 4 ayat 69-104 Dalil2 sejarah daripada kisah nabi Ibrahim.
Paragraf 5 ayat 105-122 Kisah nabi nuh dan pelajaran drp sifat maha kuasa dan maha penyayang Nya.
Paragraf 6 ayat 123-140 Dalil2 sejarah drp kisah kaum Aad
Paragraf 7 ayat 141-159 Dalil sejarah dari kisah kaum tsamud.
Paragraf 8 ayat 160-175 Kisah kaum lut.
Paragraf 9 ayat 176-191 Kisah Ashabul Aikah dan Nabi Syuaib
Paragraf 10 ayat 192-227 Penutup,
beberapa arahan ,penghiburan dan ancaman
192-209 Pengenalan alquran
210-225 Quran bukan ramalan syaitan
226-227 Quran bukan Syair.
(Itulah struktur makro surah ini)

Mesej utama
1.Semua para nabi menyeru kepada Allah tuhan semesta alam dan taat kepada mereka
2.Berimanlah kepada alQuran berpandukan dalil2 أرضيdan تاريحي (sejarah)disamping menerima sifat maha perkasa dan maha penyayang Allah

Paragraf 1ayat 1-6 Dalil2 rububiyah Allah dan pengenalan alquran.
Ayat 1
طسم
Taa, Siin, Miim.

Ayat 2
تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.

Ayat 3
لَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ
أَلَّا يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ
Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.
👉Ayat Tasliyah kepada nabi
Binasa sebab rasa nak bunuh diri.
Seperti Perasaan seorang ibubapa yg anak tak mahu ikut agama Allah.
Contoh Abu Talib yg tetap tak Islam.

Ayat 4
إِنْ نَشَأْ نُنَزِّلْ عَلَيْهِمْ مِنَ السَّمَاءِ آيَةً
فَظَلَّتْ أَعْنَاقُهُمْ لَهَا خَاضِعِينَ

Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit,
yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.
👉jika begini dunia tidak lagi tempat ujian.
Iman mesti diusahakan.

Ayat 5
وَمَا يَأْتِيهِمْ مِنْ ذِكْرٍ مِنَ الرَّحْمَٰنِ مُحْدَثٍ
إِلَّا كَانُوا عَنْهُ مُعْرِضِينَ

Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.
👉Zajrun

Ayat 6
فَقَدْ كَذَّبُوا
فَسَيَأْتِيهِمْ أَنْبَاءُ
مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

Oleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran,
maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.
👉Takhwif duniawi

Paragraf 2 ayat 7-9 Dalil2 أرضي(pada bumi)untuk sifat maha perkasa dan maha penyayang tuhan.kata kunci al aziz ar rahim

Ayat 7
أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الْأَرْضِ
كَمْ أَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ

Masihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi,
berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?
👉

Ayat 8
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً ۖ
وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُؤْمِنِينَ

Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah);
dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman.
👉Kedegilan menyebabkan manusia engkar.
Jelasnya bukti dan dgn besarnya bukti berbanding dgn keengkaran manusia  semacam tidak munasabah manusia boleh engkar.

Ayat 9
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
👉Allah boleh hukum bila2 masa tetapi Allah sentiasa bg peluang sebelum mati.

Paragraf 3 ayat 10-68 Dalil2 sejarah pada kisah Musa dan Firaun.

Ayat 10
وَإِذْ نَادَىٰ رَبُّكَ مُوسَىٰ أَنِ ائْتِ الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, -
👉beberapa dalil naqli.seperti cerita nabi Musa.

Ayat 11
قَوْمَ فِرْعَوْنَ ۚ
أَلَا يَتَّقُونَ

"Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?"
👉

Ayat 12
قَالَ رَبِّ إِنِّي أَخَافُ
أَنْ يُكَذِّبُونِ

Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.
👉permintaan nabi Musa sebagai manusia.

Ayat 13
وَيَضِيقُ صَدْرِي
وَلَا يَنْطَلِقُ لِسَانِي
فَأَرْسِلْ إِلَىٰ هَارُونَ

"Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya ia membantuku).
👉Bukan sesuatu yg mudah kerana kebiasaan manusia.

Ayat 14
وَلَهُمْ عَلَيَّ ذَنْبٌ
فَأَخَافُ أَنْ يَقْتُلُونِ

"Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku;
oleh itu aku takut mereka akan membunuhku".
👉

Ayat 15
قَالَ كَلَّا ۖ
فَاذْهَبَا بِآيَاتِنَا ۖ
إِنَّا مَعَكُمْ مُسْتَمِعُونَ

Allah berfirman: "Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)!
Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.
👉Walaupun nampak hanya berdua tapi Allah ada bersama.

Ayat 16
فَأْتِيَا فِرْعَوْنَ
فَقُولَا
إِنَّا رَسُولُ رَبِّ الْعَالَمِينَ

"Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.
👉Seruan wahyu yg perlu dibuat.

Ayat 17
أَنْ أَرْسِلْ مَعَنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ

"Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami".
👉

Ayat 18
قَالَ أَلَمْ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدًا
وَلَبِثْتَ فِينَا
مِنْ عُمُرِكَ سِنِينَ

Firaun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir,
serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?
👉Firauan sebut jasa dia.

Ayat 19
وَفَعَلْتَ فَعْلَتَكَ الَّتِي فَعَلْتَ وَأَنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ

"Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan
dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?"
👉Bunuh orang qibti padahal duduk dgn orang qibti ,sudut pandang firaun.

Ayat 20
قَالَ فَعَلْتُهَا إِذًا
وَأَنَا مِنَ الضَّالِّينَ

Nabi Musa berkata: "Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk.
👉Disini الضَّالِّينَdgn makn jahilin.dia tak tahu tumbukan nya boleh menyebabkan kematian dan tujuannya untuk membantu.biasanya pukulan sebegitu tidak boleh menyebabkan kematian.

Ayat 21
فَفَرَرْتُ مِنْكُمْ
لَمَّا خِفْتُكُمْ
فَوَهَبَ لِي
رَبِّي حُكْمًا
وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُرْسَلِينَ

"Lalu aku melarikan diri dari kamu,
ketika aku merasa takut kepada kamu;
kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama,
dan menjadikan daku seorang RasulNya.
👉

Ayat 22
وَتِلْكَ نِعْمَةٌ
تَمُنُّهَا عَلَيَّ
أَنْ عَبَّدْتَ بَنِي إِسْرَائِيلَ

"Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.
👉Kerana kamu buat undang2 bunuh anak lelaki kami tidak akan masuk ke rumah kamu

Ayat 23
قَالَ فِرْعَوْنُ
وَمَا رَبُّ الْعَالَمِينَ

Firaun berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?"
👉

Ayat 24
قَالَ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَمَا بَيْنَهُمَا ۖ
إِنْ كُنْتُمْ مُوقِنِينَ

Nabi Musa menjawab. "Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, -
kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya".
👉gaya atau uslub yg betul.
Nabi Musa bg tahu sifat bukan jawapan kepada soalan.

Ayat 25
قَالَ لِمَنْ حَوْلَهُ
أَلَا تَسْتَمِعُونَ

Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?"
👉

Ayat 26
قَالَ رَبُّكُمْ وَرَبُّ
آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ

Nabi Musa menegaskan lagi: "Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu
dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu."
👉

Ayat 27
قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ
الَّذِي أُرْسِلَ إِلَيْكُمْ
لَمَجْنُونٌ

Firaun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?"
👉

Ayat 28
قَالَ رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۖ
إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ

Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata:
"Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya;
kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya!"
👉

Ayat 29
قَالَ لَئِنِ اتَّخَذْتَ إِلَٰهًا غَيْرِي
لَأَجْعَلَنَّكَ مِنَ الْمَسْجُونِينَ

Firaun berkata: "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku,
sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan".
👉Kata firaun dgn kedegilan

Ayat 30
قَالَ أَوَلَوْ جِئْتُكَ بِشَيْءٍ مُبِينٍ

Nabi Musa menjawab: "Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?"
👉

Ayat 31
قَالَ فَأْتِ بِهِ
إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ

Firaun berkata: "Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
👉

Ayat 32
فَأَلْقَىٰ عَصَاهُ
فَإِذَا هِيَ ثُعْبَانٌ مُبِينٌ

Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
👉

Ayat 33
وَنَزَعَ يَدَهُ
فَإِذَا هِيَ بَيْضَاءُ
لِلنَّاظِرِينَ

Dan ia mengeluarkan tangannya,
maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.
👉

Ayat 34
قَالَ لِلْمَلَإِ حَوْلَهُ
إِنَّ هَٰذَا لَسَاحِرٌ عَلِيمٌ

Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya:
"Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.
👉

Ayat 35
يُرِيدُ أَنْ يُخْرِجَكُمْ مِنْ أَرْضِكُمْ
بِسِحْرِهِ
فَمَاذَا تَأْمُرُونَ

"Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya,
maka apa yang kamu syorkan?"
👉

Ayat 36
قَالُوا أَرْجِهْ
وَأَخَاهُ
وَابْعَثْ
فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ

Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya,
serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir),
👉

Ayat 37
يَأْتُوكَ
بِكُلِّ سَحَّارٍ عَلِيمٍ

"Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir".
👉

Ayat 38
فَجُمِعَ السَّحَرَةُ
لِمِيقَاتِ يَوْمٍ مَعْلُومٍ

Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum.

Ayat 39
وَقِيلَ لِلنَّاسِ
هَلْ أَنْتُمْ مُجْتَمِعُونَ

Dan dikatakan kepada orang ramai: "Berkumpulah kamu semuanya;

Ayat 40
لَعَلَّنَا نَتَّبِعُ السَّحَرَةَ
إِنْ كَانُوا هُمُ الْغَالِبِينَ

"Semoga kita (tetap) mengikut (ugama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang".
👉
Ayat 41
فَلَمَّا جَاءَ السَّحَرَةُ
قَالُوا
لِفِرْعَوْنَ أَئِنَّ لَنَا لَأَجْرًا
إِنْ كُنَّا نَحْنُ الْغَالِبِينَ

Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang,
berkatalah mereka kepada Firaun: "Benarkah kami akan beroleh upah,
kiranya kamilah orang-orang yang menang?"
👉
Ayat 42
قَالَ نَعَمْ
وَإِنَّكُمْ إِذًا لَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ

Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapatnya)
dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku".
👉

Ayat 43
قَالَ لَهُمْ مُوسَىٰ
أَلْقُوا
مَا أَنْتُمْ مُلْقُونَ

Nabi Musa berkata kepada mereka:
"Campakkanlah dahulu
apa yang kamu hendak campakkan".
👉

Ayat 44
فَأَلْقَوْا حِبَالَهُمْ وَعِصِيَّهُمْ
وَقَالُوا
بِعِزَّةِ فِرْعَوْنَ
إِنَّا لَنَحْنُ الْغَالِبُونَ

Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata:
"Demi kekuasaan Firaun,
sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang".
👉

Ayat 45
فَأَلْقَىٰ مُوسَىٰ عَصَاهُ
فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ
مَا يَأْفِكُونَ

Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
👉

Ayat 46
فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ
سَاجِدِينَ

Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud,
👉

Ayat 47
قَالُوا آمَنَّا
بِرَبِّ الْعَالَمِينَ

Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,

Ayat 48
رَبِّ مُوسَىٰ وَهَارُونَ

"Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun".

Ayat 49
قَالَ
آمَنْتُمْ لَهُ
قَبْلَ أَنْ آذَنَ لَكُمْ ۖ
إِنَّهُ لَكَبِيرُكُمُ الَّذِي عَلَّمَكُمُ السِّحْرَ
فَلَسَوْفَ تَعْلَمُونَ ۚ
لَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ
وَأَرْجُلَكُمْ مِنْ خِلَافٍ
وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ أَجْمَعِينَ

Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir;
oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya).
Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang
kemudian aku akan memalang kamu semuanya".
👉

Ayat 50
قَالُوا لَا ضَيْرَ ۖ
إِنَّا إِلَىٰ
رَبِّنَا مُنْقَلِبُونَ

Mereka menjawab: "(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar),
kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.
👉

Ayat 51
إِنَّا نَطْمَعُ أَنْ يَغْفِرَ لَنَا رَبُّنَا خَطَايَانَا
أَنْ كُنَّا أَوَّلَ الْمُؤْمِنِينَ

"Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami,
kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)".
👉

Ayat 52
وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَىٰ أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِي
إِنَّكُمْ مُتَّبَعُونَ

(Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam;
sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)".
👉

Ayat 53
فَأَرْسَلَ فِرْعَوْنُ
فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ

(Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya)
ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya),
👉

Ayat 54
إِنَّ هَٰؤُلَاءِ
لَشِرْذِمَةٌ قَلِيلُونَ

(Sambil berkata kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil,

Ayat 55
وَإِنَّهُمْ لَنَا لَغَائِظُونَ

"Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah;.

Ayat 56
وَإِنَّا لَجَمِيعٌ حَاذِرُونَ

"Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga".

Ayat 57
فَأَخْرَجْنَاهُمْ
مِنْ جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair,

Ayat 58
وَكُنُوزٍ
وَمَقَامٍ كَرِيمٍ

Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.

Ayat 59
كَذَٰلِكَ
وَأَوْرَثْنَاهَا
بَنِي إِسْرَائِيلَ

Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka.

Ayat 60
فَأَتْبَعُوهُمْ
مُشْرِقِينَ

Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.
👉

Ayat 61
فَلَمَّا تَرَاءَى الْجَمْعَانِ
قَالَ أَصْحَابُ مُوسَىٰ
إِنَّا لَمُدْرَكُونَ

Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".

Ayat 62
قَالَ كَلَّا ۖ
إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ

Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)!
Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya),
Ia akan menunjuk jalan kepadaku".
👉

Ayat 63
فَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَىٰ
أَنِ اضْرِبْ بِعَصَاكَ الْبَحْرَ ۖ
فَانْفَلَقَ
فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ
كَالطَّوْدِ الْعَظِيمِ

Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa:
"Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.
👉

Ayat 64
وَأَزْلَفْنَا
ثَمَّ الْآخَرِينَ

Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.
👉Kumpulan firaun

Ayat 65
وَأَنْجَيْنَا مُوسَىٰ
وَمَنْ مَعَهُ أَجْمَعِينَ

Dan Kami selamatkan Nabi Musa
serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.
👉

Ayat 66
ثُمَّ
أَغْرَقْنَا الْآخَرِينَ

Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).
👉

Ayat 67
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ
لَآيَةً ۖ
وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُؤْمِنِينَ

Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman.

Ayat 68
وَإِنَّ رَبَّكَ
لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Paragraf 4 ayat 69-104 Dalil2 sejarah daripada kisah nabi Ibrahim.

Ayat 69
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ إِبْرَاهِيمَ

Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.

Ayat 70
إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ
مَا تَعْبُدُونَ

Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya:
"Apa yang kamu sembah?"
👉

Ayat 71
قَالُوا نَعْبُدُ أَصْنَامًا
فَنَظَلُّ لَهَا عَاكِفِينَ

Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya".
👉Dgn bangganya فَنَظَلُّ لَهَا عَاكِفِينَ

Ayat 72
قَالَ
هَلْ يَسْمَعُونَكُمْ
إِذْ تَدْعُونَ

Nabi Ibrahim bertanya:
"Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu
semasa kamu menyerunya
👉
Ayat 73
أَوْ يَنْفَعُونَكُمْ
أَوْ يَضُرُّونَ

"Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu
ataupun menimpakan sesuatu bahaya?"
👉

Ayat 74
قَالُوا بَلْ
وَجَدْنَا آبَاءَنَا كَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ

Mereka menjawab: "(Tidak satupun!)
Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian".
👉Betapa teruknya alasan.

Ayat 75
قَالَ
أَفَرَأَيْتُمْ
مَا كُنْتُمْ تَعْبُدُونَ

Nabi Ibrahim berkata:
"Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? -
👉

Ayat 76
أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْأَقْدَمُونَ

"(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?
👉

Ayat 77
فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِي
إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ

"(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;
👉

Ayat 78
الَّذِي خَلَقَنِي
فَهُوَ يَهْدِينِ

"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin
dan memberi petunjuk kepadaku;
👉

Ayat 79
وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي
وَيَسْقِينِ

"Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan
dan memberi minum,
👉

Ayat 80
وَإِذَا مَرِضْتُ
فَهُوَ يَشْفِينِ

"Dan apabila aku sakit,
maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
👉

Ayat 81
وَالَّذِي يُمِيتُنِي
ثُمَّ يُحْيِينِ

"Dan (Dia lah) yang mematikan daku,
kemudian Ia menghidupkan daku;
👉

Ayat 82
وَالَّذِي أَطْمَعُ أَنْ يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي
يَوْمَ الدِّينِ

"Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku
pada hari kiamat;
👉

Ayat 83
رَبِّ هَبْ لِي
حُكْمًا
وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku
ilmu pengetahuan ugama,
dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
👉Ini munajat nabi Ibrahim.
Ilmu dan amal حُكْمًا

Ayat 84
وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ
فِي الْآخِرِينَ

"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum)
dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
👉

Ayat 85
وَاجْعَلْنِي
مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

"Dan jadikanlah daku
dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;
👉

Ayat 86
وَاغْفِرْ لِأَبِي
إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ

"Dan ampunkanlah bagi bapaku,
kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;
👉

Ayat 87
وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

"Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -
👉

Ayat 88
يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
👉Ini idkhal ilahi,pencelahan Tuhan.

Ayat 89
إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
👉selamat dari perkara syirik.
Ferdu Ain memahami syirik.
Nabi ajak mentauhidkan Allah dan berhenti dari penderhakaan.

Ayat 90
وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

"Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,
👉

Ayat 91
وَبُرِّزَتِ الْجَحِيمُ لِلْغَاوِينَ

"Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;
👉

Ayat 92
وَقِيلَ لَهُمْ
أَيْنَ مَا كُنْتُمْ تَعْبُدُونَ

"Serta dikatakan kepada mereka:
` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu -
👉

Ayat 93
مِنْ دُونِ اللَّهِ
هَلْ يَنْصُرُونَكُمْ
أَوْ يَنْتَصِرُونَ

` Selain dari Allah?
Dapatkah mereka menolong kamu
atau menolong dirinya sendiri ? '
👉

Ayat 94
فَكُبْكِبُوا فِيهَا
هُمْ وَالْغَاوُونَ

"Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, -
mereka dan orang-orang yang sesat bersama,
👉

Ayat 95
وَجُنُودُ إِبْلِيسَ أَجْمَعُونَ

"Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.
👉

Ayat 96
قَالُوا
وَهُمْ فِيهَا يَخْتَصِمُونَ

"Mereka berkata,
sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka:
👉

Ayat 97
تَاللَّهِ
إِنْ كُنَّا لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

` Demi Allah!
Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,
👉

Ayat 98
إِذْ نُسَوِّيكُمْ بِرَبِّ الْعَالَمِينَ

` Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;
👉Tasliyah dlm memuja.

Ayat 99
وَمَا أَضَلَّنَا إِلَّا الْمُجْرِمُونَ

" ` Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.
👉

Ayat 100
فَمَا لَنَا مِنْ شَافِعِينَ

" ` Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,
👉

Ayat 101
وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍ

" ` Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.
👉

Ayat 102
فَلَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً
فَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

" ` Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi,
supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. ' "
👉

Ayat 103
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً ۖ
وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُؤْمِنِينَ

Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya);
dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
👉

Ayat 104
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.
👉

Paragraf 5 ayat 105-122 Kisah nabi nuh dan pelajaran drp sifat maha kuasa dan maha penyayang Nya.

Ayat 105
كَذَّبَتْ قَوْمُ نُوحٍ الْمُرْسَلِينَ

(Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)
👉

Ayat 106
إِذْ قَالَ لَهُمْ
أَخُوهُمْ نُوحٌ
أَلَا تَتَّقُونَ

Ketika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
👉

Ayat 107
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

"Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
👉

Ayat 108
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

" Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
👉

Ayat 109
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ
إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
👉
Ayat 110
فَاتَّقُوا اللَّهَ
وَأَطِيعُونِ

"Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah,
dan taatlah kepadaku".

Ayat 111
قَالُوا
أَنُؤْمِنُ لَكَ
وَاتَّبَعَكَ الْأَرْذَلُونَ

Mereka menjawab: "Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?"

Ayat 112
قَالَ وَمَا عِلْمِي
بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Nabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka?

Ayat 113
إِنْ حِسَابُهُمْ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّي ۖ
لَوْ تَشْعُرُونَ

"Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku;
kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian).

Ayat 114
وَمَا أَنَا بِطَارِدِ الْمُؤْمِنِينَ

"Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku).

Ayat 115
إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ مُبِينٌ

"Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)".

Ayat 116
قَالُوا
لَئِنْ لَمْ تَنْتَهِ
يَا نُوحُ
لَتَكُونَنَّ مِنَ الْمَرْجُومِينَ

Mereka (mengugut dengan) berkata:
"Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh,
sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!"

Ayat 117
قَالَ
رَبِّ
إِنَّ قَوْمِي كَذَّبُونِ

Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku.

Ayat 118
فَافْتَحْ بَيْنِي
وَبَيْنَهُمْ فَتْحًا
وَنَجِّنِي
وَمَنْ مَعِيَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

"Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka,
dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah),
serta selamatkanlah daku
dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku"
👉

Ayat 119
فَأَنْجَيْنَاهُ
وَمَنْ مَعَهُ
فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ

Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).

Ayat 120
ثُمَّ أَغْرَقْنَا بَعْدُ الْبَاقِينَ

Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).

Ayat 121
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً ۖ
وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُؤْمِنِينَ

Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah);
dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

Ayat 122
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Paragraf 6 ayat 123-140 Dalil2 sejarah drp kisah kaum Aad

Ayat 123
كَذَّبَتْ عَادٌ الْمُرْسَلِينَ

(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
👉 Mendustakan seorang rasul seperti mendustakan semua rasul sebab semua rasul membawa ajaran yg sama.
!
Ayat 124
إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ هُودٌ
أَلَا تَتَّقُونَ

Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Ayat 125
إِنِّي  لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

"Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

Ayat 126
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

Ayat 127
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ
إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
👉

Ayat 128
أَتَبْنُونَ بِكُلِّ رِيعٍ
آيَةً
تَعْبَثُونَ

"Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam,
padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.
👉

Ayat 129
وَتَتَّخِذُونَ مَصَانِعَ
لَعَلَّكُمْ تَخْلُدُونَ

"Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh
dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?
👉

Ayat 130
وَإِذَا بَطَشْتُمْ بَطَشْتُمْ جَبَّارِينَ

"Dan apabila kamu memukul atau menyeksa,
kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis
👉

Ayat 131
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.

Ayat 132
وَاتَّقُوا الَّذِي أَمَدَّكُمْ
بِمَا تَعْلَمُونَ

"Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.
👉

Ayat 133
أَمَدَّكُمْ بِأَنْعَامٍ وَبَنِينَ

"Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),
👉

Ayat 134
وَجَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

"Dan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir).
👉

Ayat 135
إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

"Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)
👉

Ayat 136
قَالُوا سَوَاءٌ عَلَيْنَا
أَوَعَظْتَ أَمْ لَمْ تَكُنْ مِنَ الْوَاعِظِينَ

Mereka menjawab: "Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran,
atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran.
👉

Ayat 137
إِنْ هَٰذَا إِلَّا خُلُقُ الْأَوَّلِينَ

"Segala apa (yang engkau katakan) ini,
hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala,
👉

Ayat 138
وَمَا نَحْنُ بِمُعَذَّبِينَ

"Dan kami pula tidak akan diseksa".

Ayat 139
فَكَذَّبُوهُ فَأَهْلَكْنَاهُمْ ۗ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً ۖ
وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُؤْمِنِينَ

Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka.
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah);
dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

Ayat 140
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Paragraf 7 ayat 141-159 Dalil sejarah dari kisah kaum tsamud.

Ayat 141
كَذَّبَتْ ثَمُودُ الْمُرْسَلِينَ

(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),
👉Dalil naqli yg ke5

Ayat 142
إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ صَالِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Ketika saudara mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
👉

Ayat 143
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
👉

Ayat 144
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
👉

Ayat 145
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ
إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
👉Pengulangan tauhid ,ajarannya sama walaupun berlainan zaman.

Ayat 146
أَتُتْرَكُونَ فِي مَا هَاهُنَا آمِنِينَ

"Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? -
👉

Ayat 147
فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

"Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir),
👉

Ayat 148
وَزُرُوع
ٍ وَنَخْلٍ
طَلْعُهَا هَضِيمٌ

"Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?
👉

Ayat 149
وَتَنْحِتُونَ مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا
فَارِهِينَ

"Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh?
👉

Ayat 150
فَاتَّقُوا اللَّهَ
وَأَطِيعُونِ

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku;
👉

Ayat 151
وَلَا تُطِيعُوا أَمْرَ الْمُسْرِفِينَ

"Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, -
👉

Ayat 152
الَّذِينَ يُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ
وَلَا يُصْلِحُونَ

"Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".
👉

Ayat 153
قَالُوا إِنَّمَا أَنْتَ مِنَ الْمُسَحَّرِينَ

Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir!
👉

Ayat 154
مَا أَنْتَ إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُنَا
فَأْتِ بِآيَةٍ إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ

"Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
👉

Ayat 155
قَالَ هَٰذِهِ نَاقَةٌ
لَهَا شِرْبٌ وَلَكُمْ شِرْبُ يَوْمٍ مَعْلُومٍ

Nabi Soleh berkata: "Ini adalah seekor unta betina,
(di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari,
dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu.
👉

Ayat 156
وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ
فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابُ يَوْمٍ عَظِيمٍ

"Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya)
maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".
👉
Ayat 157
فَعَقَرُوهَا
فَأَصْبَحُوا نَادِمِينَ

Akhirnya mereka menikam mati unta itu,
kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).
👉

Ayat 158
فَأَخَذَهُمُ الْعَذَابُ ۗ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً ۖ
وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُؤْمِنِينَ

Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah);
dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
👉Azab pada hari ke3

Ayat 159
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
👉

Paragraf 8 ayat 160-175 Kisah kaum lut.

Ayat 160
كَذَّبَتْ
قَوْمُ لُوطٍ الْمُرْسَلِينَ

(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
👉Dalil naqli yg ke6

Ayat 161
إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ لُوطٌ
أَلَا تَتَّقُونَ

Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
👉

Ayat 162
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

Ayat 163
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.

Ayat 164
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ
إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

Ayat 165
أَتَأْتُونَ الذُّكْرَانَ مِنَ الْعَالَمِينَ

"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,

Ayat 166
وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ
رَبُّكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ ۚ
بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ

"Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu?
(Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"
👉

Ayat 167
قَالُوا لَئِنْ لَمْ تَنْتَهِ يَا لُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ الْمُخْرَجِينَ

Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci
dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"
👉

Ayat 168
قَالَ إِنِّي لِعَمَلِكُمْ مِنَ الْقَالِينَ

Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".
👉

Ayat 169
رَبِّ نَجِّنِي وَأَهْلِي مِمَّا يَعْمَلُونَ

(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."
👉

Ayat 170
فَنَجَّيْنَاهُ وَأَهْلَهُ أَجْمَعِينَ

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya
👉Nabi lut dan 2 anak-anak perempuannya.

Ayat 171
إِلَّا عَجُوزًا فِي الْغَابِرِينَ

Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.
👉

Ayat 172
ثُمَّ دَمَّرْنَا الْآخَرِينَ

Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).

Ayat 173
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ مَطَرًا ۖ
فَسَاءَ مَطَرُ الْمُنْذَرِينَ

Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
👉

Ayat 174
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً ۖ
وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُؤْمِنِينَ

Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah);
dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
👉

Ayat 175
وَإِنَّ رَبَّكَ
لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
👉

Paragraf 9 ayat 176-191 Kisah Ashabul Aikah dan Nabi Syuaib

Ayat 176
كَذَّبَ أَصْحَابُ الْأَيْكَةِ الْمُرْسَلِينَ

(Demikian juga) penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
👉Nama pokok الْأَيْكَةِ

Ayat 177
إِذْ قَالَ لَهُمْ شُعَيْبٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Ayat 178
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
👉

Ayat 179
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
👉

Ayat 180
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۖ
إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ الْعَالَمِينَ

"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
👉

Ayat 181
أَوْفُوا الْكَيْلَ
وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُخْسِرِينَ

"Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang,
dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.
👉

Ayat 182
وَزِنُوا بِالْقِسْطَاسِ الْمُسْتَقِيمِ

"Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.
👉

Ayat 183
وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ
وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

"Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.
👉

Ayat 184
وَاتَّقُوا الَّذِي خَلَقَكُمْ
وَالْجِبِلَّةَ الْأَوَّلِينَ

"Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu".
👉

Ayat 185
قَالُوا إِنَّمَا أَنْتَ مِنَ الْمُسَحَّرِينَ

Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir.
👉

Ayat 186
وَمَا أَنْتَ إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُنَا
وَإِنْ نَظُنُّكَ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ

"Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta.
👉

Ayat 187
فَأَسْقِطْ عَلَيْنَا كِسَفًا مِنَ السَّمَاءِ
إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ

Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit,
jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"
👉Kata2 kaum nabi Syuib

Ayat 188
قَالَ رَبِّي أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ

Nabi Syuaib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan".
👉

Ayat 189
فَكَذَّبُوهُ
فَأَخَذَهُمْ عَذَابُ يَوْمِ الظُّلَّةِ ۚ
إِنَّهُ كَانَ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung;
sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar - (huru-haranya).
👉kholasoh.

Ayat 190
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً ۖ
وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُؤْمِنِينَ

Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah);
dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
👉

Ayat 191
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
👉Maha perkasa boleh menghukum sesiapa shj dan boleh maha mengasihani memberi peluang kepada sesiapa shj.

Paragraf 10 ayat 192-227 Penutup,
beberapa arahan ,penghiburan dan ancaman
192-209 Pengenalan alquran
210-225 Quran bukan ramalan syaitan
226-227 Quran bukan Syair.
Itulah struktuk makro surah ini

Ayat 192
وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.
👉Ini Ayat zajrun setelah ajar tauhid dalam berkat

Ayat 193

نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ

Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.
👉

Ayat 194
عَلَىٰ قَلْبِكَ
لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ

Ke dalam hatimu,
supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).
👉

Ayat 195
بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍ

(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
👉
Ayat 196
وَإِنَّهُ لَفِي زُبُرِ الْأَوَّلِينَ

Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu.
👉

Ayat 197
أَوَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ آيَةً
أَنْ يَعْلَمَهُ عُلَمَاءُ بَنِي إِسْرَائِيلَ

(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?
👉

Ayat 198
وَلَوْ نَزَّلْنَاهُ عَلَىٰ بَعْضِ الْأَعْجَمِينَ

Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,
👉

Ayat 199
فَقَرَأَهُ عَلَيْهِمْ
مَا كَانُوا بِهِ مُؤْمِنِينَ

Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka,
mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.
👉Ini susulan orang mekah nak Al-Quran dlm bahasa Ajam.tetapi mereka telah tidak akan beriman bukan sebab bahasa tetapi sebab degil .

Ayat 200
كَذَٰلِكَ سَلَكْنَاهُ فِي قُلُوبِ الْمُجْرِمِينَ

Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa - tidak percayakan Al-Quran.
👉Sifat mengengkari wahyu yg dimasukkan oleh Allah

Ayat 201
لَا يُؤْمِنُونَ بِهِ حَتَّىٰ يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ

Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,
👉Datang azab secara tiba2.

Ayat 202
فَيَأْتِيَهُمْ بَغْتَةً وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.
👉

Ayat 203
فَيَقُولُوا هَلْ نَحْنُ مُنْظَرُونَ

Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): "Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?"

Ayat 204
أَفَبِعَذَابِنَا يَسْتَعْجِلُونَ

(Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?
👉Byk perkara (nikmat dan hidayah,)boleh minta disegerakan tetapi mereka minta azab?

Ayat 205
أَفَرَأَيْتَ
إِنْ مَتَّعْنَاهُمْ سِنِينَ

Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)?
Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,
👉

Ayat 206
ثُمَّ جَاءَهُمْ مَا كَانُوا يُوعَدُونَ

Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,
👉

Ayat 207
مَا أَغْنَىٰ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يُمَتَّعُونَ

(Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.
👉

Ayat 208
وَمَا أَهْلَكْنَا مِنْ قَرْيَةٍ
إِلَّا لَهَا مُنْذِرُونَ

Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu),
melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.
👉

Ayat 209
ذِكْرَىٰ وَمَا كُنَّا ظَالِمِينَ

Memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.
👉

Ayat 210
وَمَا تَنَزَّلَتْ بِهِ الشَّيَاطِينُ

Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.
👉Allah jawap.

Ayat 211
وَمَا يَنْبَغِي لَهُمْ
وَمَا يَسْتَطِيعُونَ

Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian,
dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.
👉

Ayat 212
إِنَّهُمْ عَنِ السَّمْعِ لَمَعْزُولُونَ

Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.
👉

Ayat 213
فَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ
فَتَكُونَ مِنَ الْمُعَذَّبِينَ

Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.
👉

Ayat 214
وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ

Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.
👉

Ayat 215
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
👉

Ayat 216
فَإِنْ عَصَوْكَ
فَقُلْ إِنِّي بَرِيءٌ مِمَّا تَعْمَلُونَ

Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu,
maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!"
👉

Ayat 217
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ

Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
👉

Ayat 218
الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ

Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),
👉

Ayat 219
وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ

Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.
👉Nabi ada pergi rumah sahabat untuk sujud diwaktu pagi.

Ayat 220
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉

Ayat 221
هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَىٰ مَنْ تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ

Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu,
kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
👉Syaitan tiada hubungan dgn alquran

Ayat 222
تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ

Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
👉Pembohongan dlm aqidah yg rosak dan berdosa dlm maksiat

Ayat 223
يُلْقُونَ السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ

Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
👉

Ayat 224
وَالشُّعَرَاءُ يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ

Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
👉Haris bin annadol
Isteri Abu Lahab
Ahli2syair dizaman nabi.

Ayat 225
أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ

Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
👉

Ayat 226
وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ

Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

Ayat 227
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا
وَانْتَصَرُوا مِنْ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا ۗ
وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu),
dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak,
serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
👉Takhwif ukrowi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan