Khamis, September 19, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 044 annisa 51-76

Daurah tafsir 2016 sesi 044 annisa 51-76

Ayat 51
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَاب
ِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ
وَالطَّاغُوتِ
وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا
هَٰؤُلَاءِ أَهْدَىٰ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا سَبِيلًا
 
Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)?
Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah,
dan kepada Taghut,
dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah)
bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w).
👉Teguran terhadap ahli kitab yahudi.Sebelum ni juga tentang ahlil kitab.
Ajaran taurat adalah tauhid tapi ahli kitab masih syirik
Syaitan dlm bhs Arab dan bhs qibti بِالْجِبْتِ
Pujaan batil selain allah وَالطَّاغُوتِ

Ayat 52
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ ۖ
وَمَنْ يَلْعَنِ اللَّه
ُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ نَصِيرًا

(Kaum Yahudi yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah;
dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah,
maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya.
👉Fatwa dr Allah ,golong ahli kitab yg dilaknat oleh allah

Ayat 53
أَمْ لَهُمْ نَصِيبٌ مِنَ الْمُلْكِ
فَإِذًا
لَا يُؤْتُونَ النَّاسَ نَقِيرًا

Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah?
(Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia.
👉Ayat zajrun
Nikmat kitab dan kenabian adalah pilihan Allah.
Allah boleh pilih sesiapa shj.dan manusia tak boleh berdengki.
Ahlil kitab tak boleh terima.yahudi mahu semua sedang dia tak layak.
Pertanyaan dlm btk peringatan.
Bahkan ahli kitab tidak layak walau seperti bitik2 yg ada pada butik kurma.
Butir2 yg timbul dibuat kurma نَقِيرًا.

Ayat 54
أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ
عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۖ
فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ
الْكِتَابَ
وَالْحِكْمَةَ
وَآتَيْنَاهُمْ مُلْكًا عَظِيمًا

Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya)
disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya?
Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim:
Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi),
dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.
👉Lagi zajrun
Sahabat النَّاسَ
Fatwa atas dasar dengki
Nabi dan sahabat sangat layak untuk memiliki nikmat ini.
Nabi muhamad anak cucu nabi Ibrahim.

Ayat 55
فَمِنْهُمْ مَنْ آمَنَ بِهِ
وَمِنْهُمْ مَنْ صَدَّ عَنْهُ ۚ
وَكَفَىٰ بِجَهَنَّمَ سَعِيرًا

Maka di antara mereka (kaum Yahudi yang dengki itu) ada yang beriman kepada (apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim) itu,
dan ada pula di antara mereka yang berpaling daripadanya (tidak beriman).
Dan cukuplah dengan neraka jahanam yang sentiasa menyala-nyala itu (menjadi tempat seksa mereka).
👉ada segolongan yahudi yg ikut.

Ayat 56
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا
سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا
كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ
بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا
لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ ۗ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami,
Kami akan membakar mereka dalam api neraka.
Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus,
Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu.
Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Bakar نُصْلِيهِمْ
Cara bakar
Penyeksaan dunia ada penghujung berbeza di neraka.

Ayat 57
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ
تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ
لَهُمْ فِيهَا أَزْوَاج
ٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ
وَنُدْخِلُهُمْ ظِلًّا ظَلِيلًا

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih,
serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.
👉Tabsyir

Ayat 58
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا
وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاس
ِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya
(yang berhak menerimanya),
dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,
(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
👉Bermula bhg ke2 surah.Undang2 pentadbiran pemerintahan
Hendaklah ditunaikan hak kepada yg berhak
dan keputusan diberi secara adil.
Pemerintah pemegang amanah.
Orang yg berhak perlu bg.
Contoh ,kunci Kaabah.minta dari pemegang kunci.
Minta hak bukan ambil secara paksa.
Macam mn adil?
Adil adalah mengikut syariat

Ayat 59
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ
وَأَطِيعُوا الرَّسُول
َ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ
فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ
فِي شَيْءٍ
فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّه
ِ وَالرَّسُولِ
إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ
ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
👉ayat ini huraian mengenai makna adil.
Lafaz taat tiada untuk ulil amri.
Ketaatan kepada mereka bergantung kepada ketaatan kepada Allah atau tidak.
Tiada ketaatan pada makhluk apabila menderhakai Allah.
Pemerintah negeri atau pemerintah kerohanian.
Ulil Amri tidak maksum.
Degil tiada penyelesaian ,melainkan api neraka.

Ayat 60
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ
وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِك
َ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ
وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ
وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu
dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu?
Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu.
Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.
👉Ayat Zajrun atas dasar tahkid atau keputusan.
Cerita Yahudi ada masalah dgn simunafik
Yahudi ajak bawa kesnya kepada nabi kamu.munafik setuju.nabi telah membuat keputusan berpihak kepada Yahudi.
Dah jumpa nabi,jumpa Abu bakar pergi pula jumpa Umar.
Umar telah pacung atau bunuh simunafik sbg balasan orang yg menolak rasul.orang ini jelas murtad.
Dan setelah diselidik memang simunafik ini salah.
Taghut kat sini Ka'ab bin Asyraf.

Ayat 61
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ
وَإِلَى الرَّسُولِ
رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,"
nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
👉
Ayat 62
فَكَيْفَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ
بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ
ثُمَّ جَاءُوكَ
يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ
إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا إِحْسَانًا وَتَوْفِيقًا

Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan
disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah:
"Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)".
👉Ka'ab bin Asyraf dibunuh oleh Umar.
Dtg lagi kepada nabi ,untuk bela Asyraf.

Ayat 63
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ اللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِم
ْ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ
وَعِظْهُمْ
وَقُلْ لَهُمْ فِي أَنْفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا

Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka,
oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka,
dan nasihatilah mereka,
serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.
👉Allah bg tau Allah tahu.

Ayat 64
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ
إِلَّا لِيُطَاعَ
بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ
وَلَوْ أَنَّهُمْ
إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ
جَاءُوكَ
فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ
وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ
لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah
Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah,
dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
👉bila ada perselisihan.
Tapi munafik tetap tak mahu minta ampun kepada Allah.

Ayat 65
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ
حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ
فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ
ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا
مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman
sehingga mereka menjadikan engkau hakim
dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka,
kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan,
dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
👉Cara taat yg sebenar.
Ayat ini khusus untuk nabi.
Bukan Khulafa arasyidin.
Tanda munafik tak mahu terima penghakiman nabi.

Ayat 66
وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِم
ْ أَنِ اقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ
أَوِ اخْرُجُوا مِنْ دِيَارِكُم
ْ مَا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌ مِنْهُمْ ۖ
وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِه
ِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu",
nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka.
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
👉Allah bg tau syariat nabi Muhamad sangat ringan.

Ayat 67
وَإِذًا
لَآتَيْنَاهُمْ مِنْ لَدُنَّا
أَجْرًا عَظِيمًا

Dan (setelah mereka berkeadaan demikian,kalu boleh ikut syariat), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
👉

Ayat 68
وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا

Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus(jln kepada Allah).
👉Cuma ada yg taat dan ada yg tidak.

Ayat 69
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُول
َ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ
مِنَ النَّبِيِّين
َ وَالصِّدِّيقِينَ
وَالشُّهَدَاءِ
وَالصَّالِحِينَ ۚ
وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya,
maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah
kepada mereka, iaitu Nabi-nabi,
dan orang-orang Siddiqiin,
dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh.
Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
👉Boleh bersama bukan bererti darjat sama.
Nabi darjat paling tinggi.

Ayat 70
ذَٰلِكَ الْفَضْلُ مِنَ اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ عَلِيمًا

Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).
👉
Ayat 71
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ
فَانْفِرُوا ثُبَاتٍ أَوِ انْفِرُوا جَمِيعًا

Wahai orang-orang yang beriman, bersedialah dan berjaga-jagalah (sebelum kamu menghadapi musuh), kemudian (bila dikehendaki) maralah (ke medan perang) sepuak demi sepuak, atau (jika perlu) maralah serentak beramai-ramai.
👉Undang2 ke2
Undang2 mempertahan negara dari musuh.

Ayat 72
وَإِنَّ مِنْكُمْ لَمَنْ لَيُبَطِّئَنَّ
فَإِنْ أَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةٌ
قَالَ قَدْ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيَّ
إِذْ لَمْ أَكُنْ مَعَهُمْ شَهِيدًا

Dan sesungguhnya ada di antara kamu: orang-orang yang sengaja memberat-beratkan dirinya (juga orang lain, daripada turut mara ke medan perang).
Kemudian kalau kamu ditimpa kemalangan (tercedera atau terbunuh) ia berkata:
"Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat kepadaku, kerana aku tidak turut berperang bersama-sama mereka".
👉Syikayah munafikin.

Ayat 73
وَلَئِنْ أَصَابَكُمْ فَضْل
ٌ مِنَ اللَّهِ لَيَقُولَنَّ
كَأَنْ لَمْ تَكُنْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُ مَوَدَّةٌ
يَا لَيْتَنِي كُنْتُ مَعَهُمْ فَأَفُوزَ فَوْزًا عَظِيمًا

Dan demi sesungguhnya kalau kamu beroleh limpah kurnia (kemenangan) dari Allah,
sudah tentu ia mengatakan (dengan sesalnya), seolah-olah tidak ada hubungan kasih mesra antara kamu dengannya:
"Alangkah baiknya kalau aku turut serta bersama-sama mereka, supaya aku juga beroleh kemenangan yang amat besar?"
👉sifat Munafikin

Ayat 74
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۚ
وَمَنْ يُقَاتِلْ فِي سَبِيل
ِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ
أَوْ يَغْلِبْ
فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia,
hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam).
Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan,
maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.
👉Taghrib (dorongan dan galakan)
Mati syahid pun pahala besar.
Menang pun dapat pahala besar
Ayat 75
وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَال
ِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ
يَقُولُون
َ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا
وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا
وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam)
dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak,
iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata:
"Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)".
👉Hukum yg ke3

Ayat 76.
الَّذِينَ آمَنُوا
يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ
وَالَّذِينَ كَفَرُوا
يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوت
ِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ ۖ
إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا

Orang-orang yang beriman ,mereka akan sentiasa berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan).
Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.
👉Tentangan Peperangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan