Halaman

Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 045 an nisa 77-104

Daurah tafsir 2016 sesi 045 an nisa 77-104

Ayat 77
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ
فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَال
ُ إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللَّه
ِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً ۚ
وَقَالُوا رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ
لَوْلَا أَخَّرْتَنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ ۗ
قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيل
ٌ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ لِمَنِ اتَّقَىٰ
وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka:
"Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan),
dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang),
kemudian apabila mereka diperintahkan berperang,
tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi.
Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)?
Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?"
Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap),
dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya),
dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun".
👉Juga Ayat zajrun kepada golongan yg beriman,bersemangat tidak bertempat.
Agama akan berkembang dgn penghayatan.
Apa yg diamalkan akan disebar
Hanya semata2 semangat ada ,tapi tak mampu buat.agama tidak akan berkembang.semangat hanya nampak kehebatan Islam tetapi dia sendiri tak mampu nak buat.dlm hati ada semangat tidak penghayatan.tempatnya hanya dihati.
Tiada penghayatan yg sempurna .
Dituju kepada sebhg kecil .golongan yg minta nak berperang sedang perang belum lagi diwajibkan.
Agama adalah penghayatan.
Jihad akan mybbkan mati lebih cepat.
Penghayatan 2perkara
1.mengagungkan Allah yg maha pencipta.dlm syariat.
2.mengasihi sesama hamba Allah.
Sedang jika semangat shj tanpa hubungan Allah tak sempurna dan hubungan dgn hamba Allah yg lain juga tidak sempurna
Tidak bangkang sepenuhnya لِمَ كَتَبْتَcuma minta tangguh sebab cinta duniaserta sedia untuk mati syahid.
DiMekah tiada munafik.

Ayat 78
أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ
فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ ۗ
وَإِنْ تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۖ
وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ
يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِنْدِكَ ۚ قُلْ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۖ
فَمَالِ هَٰؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal),
sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.
Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah",
dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu".
Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah".
Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?
👉Jihad itu mati,sebab itu takut.
Allah bg tau,kerana tiada buat persiapan untuk mati jadi takut untuk jihad
Perkataan munafikin Ini (baik) adalah dari sisi Allah",
adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu(nabi)

Ayat 79
مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ
وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ ۚ
وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولًا ۚ
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah(kurniaan) dari Allah;
dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat).
Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).
👉Taqdir Allah mengikut ikhtiar hamba.
Musibah kebanyakannya sebenarnya  dari ikhtiar hamba.
Ini Ayat Tasliyah (pujukan atau penghibur hati)tidak betul sial itu disebabkan nabi.
Sial mati sebagai jihad tidak betul.
Bahkan nabi punca nikmat

Ayat 80
مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ
فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ ۖ
وَمَنْ تَوَلَّىٰ
فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا

Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah;
dan sesiapa yang berpaling ingkar,
maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad),
kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).
👉nak ajar pd manusia,syariat dlm Quran adalah perkara  dasar ada byk lagi yg perlu dijelaskan nabi.
Cara penghayatan berbeza.nabi akan bg tau.
Cara solat ,nabi yg bg tau.
Wajib ikut nabi .
Dan bila taat nabi,telah taat pada Allah.
Hadis dan sunnah nabi adalah syariat.
Tak boleh pakai Quran shj.
Tugas nabi hanya sampaikan.

Ayat 81
وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ
فَإِذَا بَرَزُوا مِنْ عِنْدِكَ
بَيَّتَ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ غَيْرَ الَّذِي تَقُولُ ۖ
وَاللَّهُ يَكْتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ ۖ
فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ
وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا

Dan mereka (golongan munafik) berkata: "(Kami) taat", kemudian apabila mereka keluar dari majlismu, segolongan dari mereka memutuskan pada malam hari satu rancangan yang lain daripada (pengakuan taat) yang mereka katakan (kepadamu).
Sedang Allah (perintahkan malaikat) menulis apa yang mereka rancangkan itu;
maka berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka, (janganlah dihiraukan apa yang mereka rancangkan), serta berserahlah kepada Allah;
kerana cukuplah Allah menjadi Pembela (yang memeliharamu dari angkara mereka).
👉Syikayah orang munafik.
Munafik kata dgn lidah.
Mesyuarat waktu malam بَيَّتَ

Ayat 82
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ
وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ
لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا

Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran?
Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
👉Jadi munafik sebab Dengar shj tetapi tiada tadabur,tiada usaha untuk faham.walaupun duduk dgn nabi tiada kesan walaupun sudah dengar ayat Quran.
Kesan tadabur,akan dapat:
Akan faham apa maksud tauhid.
Akan faham risalah atau kelebihan atau hikmat ikut nabi.
Akan faham apa maksud akhirat tempat yg belum mereka pergi ,mereka akan yakin dapat.
Sebut dlm Quran ada diluar.

Ayat 83
وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْن
ِ أَوِ الْخَوْفِ
أَذَاعُوا بِهِ ۖ
وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ
وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ
لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ ۗ
وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُم
ْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ
إِلَّا قَلِيلًا

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan
atau kecemasan,
mereka terus menghebahkannya;
padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah
dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka;
dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah
dan belas kasihanNya kepada kamu,
tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).
👉zajrun mengenai sifat umat Islam yg dok dlm negara yg tidak tadabur Quran yg  Islam menyusahkan orang .

Ayat 84
فَقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
لَا تُكَلَّفُ إِلَّا نَفْسَكَ ۚ
وَحَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ
عَسَى اللَّهُ أَنْ يَكُفَّ بَأْسَ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ
وَاللَّهُ أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنْكِيلًا

Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri.
Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu.
Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatanNya dan Amatlah berat azab seksaNya.
👉Targhib kepada jihad yg dituju kepada nabi.
Bukan paksaan.

Ayat 85
مَنْ يَشْفَعْ شَفَاعَةً حَسَنَةً يَكُنْ لَهُ نَصِيبٌ مِنْهَا ۖ
وَمَنْ يَشْفَعْ شَفَاعَةً سَيِّئَةً
يَكُنْ لَهُ كِفْلٌ مِنْهَا ۗ
وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُقِيتًا

Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Syafaat =sokongan.
Sokongan kuat amat perlu untuk pergi ke medan perang.
Sokongan dan galakan baik juga dapat pahala.
Munafik tidak ,bahkan menghalang.

Ayat 86
وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ
فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا
أَوْ رُدُّوهَا ۗ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam),
maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya,
atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.
👉Ada muamalah sesama Islam.

Ayat 87
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ
لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۗ
وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia.
Sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) yang tidak ada syak padanya.
Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada Allah?
👉 Da'wa,maksud bg jihad.
Takhwif ukhrowi لَيَجْمَعَنَّكُمْ

Ayat 88
فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنَافِقِينَ فِئَتَيْنِ وَاللَّهُ أَرْكَسَهُمْ بِمَا كَسَبُوا ۚ
أَتُرِيدُونَ أَنْ تَهْدُوا
مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ ۖ
وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا

Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan?
Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah?
Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah,
maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

👉Jihad Dgn orang munafikin,nasihat.
Jgn halang orang lain dari islam.
Sebab yg zahir nampak Islam hanya boleh tahu dr lidah dia yg halang jihad dan halang infaq.

Ayat 89
وَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا فَتَكُونُونَ سَوَاءً ۖ
فَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ أَوْلِيَاءَ
حَتَّىٰ يُهَاجِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ
فَإِنْ تَوَلَّوْا
فَخُذُوهُمْ
وَاقْتُلُوهُمْ
حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ ۖ
وَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir,
maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka.
Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam).
Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar,
maka tawanlah mereka
dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya;
dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong;

👉Orang dtg jumpa  itu sangat kuat kekufurannya

Ayat 90
إِلَّا الَّذِينَ يَصِلُونَ إِلَىٰ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ
أَوْ جَاءُوكُمْ حَصِرَتْ صُدُورُهُمْ أَنْ يُقَاتِلُوكُمْ أَوْ يُقَاتِلُوا قَوْمَهُمْ ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَسَلَّطَهُمْ عَلَيْكُمْ
فَلَقَاتَلُوكُمْ ۚ
فَإِنِ اعْتَزَلُوكُمْ
فَلَمْ يُقَاتِلُوكُم
ْوَأَلْقَوْا إِلَيْكُمُ السَّلَمَ
فَمَا جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ عَلَيْهِمْ سَبِيلًا

Kecuali orang-orang yang pergi (meminta perlindungan) kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka,
atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat hendak memerangi kamu
atau memerangi kaumnya.
Dan jika Allah menghendaki, nescaya Ia menjadikan mereka berkuasa melawan kamu,
kemudian tentulah mereka memerangi kamu.
Dalam pada itu, jika mereka.
membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu),
serta mereka tidak memerangi kamu
dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu,
maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka.
👉Undang2 ke 5,masuk dlm perjanjian

Ayat 91
سَتَجِدُونَ آخَرِينَ يُرِيدُونَ أَنْ يَأْمَنُوكُمْ
وَيَأْمَنُوا قَوْمَهُمْ
كُلَّ مَا رُدُّوا إِلَى الْفِتْنَةِ
أُرْكِسُوا فِيهَا ۚ
فَإِنْ لَمْ يَعْتَزِلُوكُمْ
وَيُلْقُوا إِلَيْكُمُ السَّلَم
َ وَيَكُفُّوا أَيْدِيَهُم
ْ فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ
حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ ۚ
وَأُولَٰئِكُمْ جَعَلْنَا لَكُمْ عَلَيْهِمْ سُلْطَانًا مُبِينًا

Kamu juga akan dapati golongan-golongan yang lain (yang pura-pura Islam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu,
dan (sebaliknya mereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak kaumnya (yang masih kafir).
Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah (pencerobohan),
mereka segera terjerumus ke dalamnya.
Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada musuh),
dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu),
maka hendaklah kamu bertindak menawan mereka
dan membunuh mereka di mana sahaja kamu menemuinya;
kerana merekalah orang-orang yang Kami jadikan bagi kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak terhadapnya.
👉Hukum yg ke 6.
Jika belot.i ni orang munafik

Ayat 92
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَنْ يَقْتُلَ مُؤْمِنًا
إِلَّا خَطَأً ۚ
وَمَنْ قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً
فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ
مُؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ
إِلَّا أَنْ يَصَّدَّقُوا ۚ
فَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ عَدُوٍّ لَكُمْ
وَهُوَ مُؤْمِنٌ
فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ ۖ
وَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ
فَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ
وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ ۖ
فَمَنْ لَمْ يَجِدْ
فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ
تَوْبَةً مِنَ اللَّهِ ۗ
وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain,
kecuali dengan tidak sengaja.
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja,
maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati),
kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya).
Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman,
maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka,
maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman.
Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya),
maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu).
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉Hukum yg ke7
Pembunuh untuk kafir  dan syirik.
Undang2 yg sengaja bunuh.

Ayat 93
وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا
فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا
وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ
وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا

Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja,
maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya
serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.
👉Ini yg bunuh dgn sengaja.
Kekal dgn makna lama,t tetapi tidak kekal.

Ayat 94
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا ضَرَبْتُمْ فِي سَبِيلِ اللَّه
ِ فَتَبَيَّنُوا
وَلَا تَقُولُوا
لِمَنْ أَلْقَىٰ إِلَيْكُمُ السَّلَام
َ لَسْتَ مُؤْمِنًا
تَبْتَغُونَ عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
فَعِنْدَ اللَّهِ مَغَانِمُ كَثِيرَةٌ ۚ
كَذَٰلِكَ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلُ
فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْكُمْ فَتَبَيَّنُوا ۚ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya),
dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "
Engkau bukan orang yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal).
(Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak.
Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat),
lalu Allah mengurniakan nikmatNya kepada kamu.
Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan.
👉Hukum yg ke8
Tidak boleh bermudah2 dlm membunuh.
Kena teliti dlm membunuh.
Sekiranya ada alamat Islam kena berhenti.
Menyebabkan orang takut keluar berjihad

Ayat 95
لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ
وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۚ
فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ
عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ
وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ
وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman
- selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat.
Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga),
dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;
👉kelebihan jihad sebagai galakan.ferdu kifayah.

Ayat 96
دَرَجَاتٍ مِنْهُ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً ۚ
وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Huraian Azima.

Cerita mufti tok guru haji Noor.
Bc Ayat 95.
Dia kata kamu lebih lagi lah.

Ayat 97
إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ
قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ ۖ
قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ ۚ
قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا ۚ
فَأُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ
وَسَاءَتْ مَصِيرًا

Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam
dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata:
"Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?"
Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi".
Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?"
Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam,
dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
👉Undang2 ke9

Ayat 98
إِلَّا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَان
ِ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً
وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا

Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak,
yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri)
dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah).
👉kecuali yg tidak mampu

Ayat 99
فَأُولَٰئِكَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُمْ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَفُوًّا غَفُورًا

Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
👉allah memaafkan.

Ayat 100
وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا
وَسَعَةً ۚ
وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِه
ِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِه
ِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ
وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam),
nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak
dan rezeki yang makmur;
dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya,
kemudian ia mati (dalam perjalanan),
maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Targhib kepada hijrah.
Supaya halangan dapat diatasi.
Kampung harbi wajib hijrah.
Hijrah kerana agama memang lebih baik.

Ayat 101
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْض
ِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ
أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ
إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ
إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا لَكُمْ عَدُوًّا مُبِينًا

Dan apabila kamu musafir di muka bumi,
maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir.
Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.
👉Undang2 ke 10
Solat dlm keadaan perang.
Solat 2 lebih baik dari buat 4.

Ayat 102
وَإِذَا كُنْتَ فِيهِم
ْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ
فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ مَعَكَ
وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُم
ْ فَإِذَا سَجَدُوا
فَلْيَكُونُوا مِنْ وَرَائِكُمْ
وَلْتَأْتِ طَائِفَةٌ أُخْرَىٰ
لَمْ يُصَلُّوا
فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ
وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَهُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ ۗ
وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُم
ْ وَأَمْتِعَتِكُمْ
فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُمْ مَيْلَةً وَاحِدَةً ۚ
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ كَانَ بِكُمْ أَذًى مِنْ مَطَرٍ أَوْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ
أَنْ تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ ۖ
وَخُذُوا حِذْرَكُمْ ۗ
إِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا

Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka,
maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu,
dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud,
maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh);
dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh),
maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu,
dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing.
Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak.
Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit.
Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.
👉Solat jemaah semasa perang.
Azab untuk sikafir menyebabkan terganggunsolat

Ayat 103
فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ
فَاذْكُرُوا اللَّهَ
قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ ۚ
فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ ۚ
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk,
dan semasa kamu berbaring.
Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa).
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
👉Latihan ingat Allah.

Ayat 104
وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ
إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ
فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ
كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ
وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ
وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu;
kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu;
sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak).
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉Tahgrib kepada qital lagi.
Sama letih ,tapi untuk orang Islam ada pahala berbeza dgn  musuh islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan