Rabu, Januari 22, 2020

Tafsir nota baca 2(35-39)

Tafsir nota baca 2(35-39)

Tafsir nota 2(35)

Al-Baqarah 2:21

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Al-Baqarah 2:22

ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ فِرَٰشًا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزْقًا لَّكُمْۖ فَلَا تَجْعَلُوا۟ لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang terdahulu daripadamu ⁴⁹ supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
[21]
Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit(serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit,⁵⁰ lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan sebagai rezeki untukmu; maka janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah,⁵¹ padahal kamu semua mengetahui(bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa ⁵² [22]


_____________________________________________________________________________________________________

⁴⁹ Sembahlah Tuhan Yang Maha Pencipta, bukan
tuhan-tuhan yang tidak mencipta apa-apa pun.
Tuhan Yang Maha Pencipta sahajalah yang layak disembah.
Allah berfirman:
An nahl:17
أَفَمَنْ يَخْلُقُ كَمَنْ لَّا يَخْلُقُ اَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Bermaksud: "Apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak menciptakan (apa-apa)?" Mengapa tidak kamu fikirkan?

⁵⁰ Seperti telah disebutkan pada nota ke-46 yang lalu, bahawa maksud langit (السماء) didalam Al-Qur'an apabila dikaitkan dengan hujan yang turun darinya ialah awan.
Lihat nota ke-46 untuk mendapat dalil-dalilnya daripada Al-Qur'an.

35

Tafsir nota 2(36)

⁵¹ dengan menyembahnya selain Allah, atau menyintainya sama seperti menyintai Allah. Perbuatan seperti itu tidak dilakukan oleh orang-orang yang beriman.
Allah berfirman:
Al-Baqarah 2:165
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّهِۗ وَلَوْ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ إِذْ يَرَوْنَ ٱلْعَذَابَ أَنَّ ٱلْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعَذَابِ

Bermaksud: Di antara manusia ada orang-orang yang menyembah sekutu-sekutu yang lain dari Allah; mereka mencintainya sama seperti mereka mencintai Allah. Adapun  orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan andainya orang-orang yang zalim itu mengetahui ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat),bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat keras azabnya (tentulah mereka tidak mempersekutui Allah).
(al- Baqarah :165 ).

⁵² Manusia secara tabi'i dan semula jadinya, apabila berada dalam keadaan sangat terdesak hanya akan memohon pertolongan kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa
semata-mata.

Allah berfirman:
Al-'Ankabut 29:65

فَإِذَا رَكِبُوا۟ فِى ٱلْفُلْكِ دَعَوُا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ فَلَمَّا نَجَّىٰهُمْ إِلَى ٱلْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ

Bermaksud: Apabila mereka naik kapal (lalu menemui sesuatu bahaya di laut),mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.
(al-' Ankabut:65).

Menerusi dua ayat ini (ayat ke-21 dan ke-22) Allah mengisyaratkan kepada tiga bukti besar daripada bukti-bukti tentang adanya (hari) kebangkitan sesudah mati.
Di dalam sekian banyak ayat-ayat yang lain Allah mengemukakannya secara terperinci.

Bukti pertama ialah kejadian dan penciptaan -manusia buat kali pertama. Ia diisyaratkan menerusi firman Allah:
(Baqarah:21)
اعْبُدُوْا رَبَّكُمُ الَّذِىْ خَلَقَكُمْ وَالَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ
( Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang terdahulu)
kerana kemampuan menciptakan manusia buat kali pertama merupakan bukti bagi kemampuan menciptakannya buat kali kedua. Perkara ini diperjelaskan di dalam sekian banyak ayat-ayat yang lain.

Antaranya ialah:
Ar-Rum 30:27

وَهُوَ ٱلَّذِى يَبْدَؤُا۟ ٱلْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۥ وَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْهِۚ وَلَهُ ٱلْمَثَلُ ٱلْأَعْلَىٰ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ

Bermaksud: Dan Dialah yang memulakan kejadian manusia, kemudian mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagiNya. Dan bagiNyalah sifat yang tertinggi di langit dan dibumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(ar-Ruum:27).

Al-Anbiya 21:104

يَوْمَ نَطْوِى ٱلسَّمَآءَ كَطَىِّ ٱلسِّجِلِّ لِلْكُتُبِۚ كَمَا بَدَأْنَآ أَوَّلَ خَلْقٍ نُّعِيدُهُۥۚ وَعْدًا عَلَيْنَآۚ إِنَّا كُنَّا فَٰعِلِينَ

Bermaksud: (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai panciptaan pertama, begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati; sesungguhnyaKamilah yang akan melaksanakannya.
(al-Anbiyaa':104).

36

Tafsir nota 2(37)

Al-Isra' 17:51

أَوْ خَلْقًا مِّمَّا يَكْبُرُ فِى صُدُورِكُمْۚ فَسَيَقُولُونَ مَن يُعِيدُنَاۖ قُلِ ٱلَّذِى فَطَرَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍۚ فَسَيُنْغِضُونَ إِلَيْكَ رُءُوسَهُمْ وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هُوَۖ قُلْ عَسَىٰٓ أَن يَكُونَ قَرِيبًا

Bermaksud: atau suatu makhluk dari makhluk yang tidak mungkin (hidup) menurut fikiranmu". Mereka pula akan bertanya: "Siapa yang akan menghidupkan kita kembali?" Katakanlah: "Yang telah menciptakan kamu pada kali yang pertama". Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata (secara mengejek): "Bila berlakunya?" Katakanlah: "Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi! "
(al-Israa':51).

Ya Sin 36:79
قُلْ يُحْيِيهَا ٱلَّذِىٓ أَنشَأَهَآ أَوَّلَ مَرَّةٍۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ

Bermaksud: Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya kali yang pertama. Dia Maha Mengetahui tentang segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya).
(Yasiin: 79)

Qaf 50:15

أَفَعَيِينَا بِٱلْخَلْقِ ٱلْأَوَّلِۚ بَلْ هُمْ فِى لَبْسٍ مِّنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ

Bermaksud: Maka adakah Kami telah letih dengan penciptaan yang pertama?Sebenamya mereka dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang penciptaan yang baharu.
(Qaaf:15).

Al-Hajj 22:5
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍ مِّنَ ٱلْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْۚ وَنُقِرُّ فِى ٱلْأَرْحَامِ مَا نَشَآءُ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوٓا۟ أَشُدَّكُمْۖ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّىٰ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرْذَلِ ٱلْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنۢ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْـًٔاۚ وَتَرَى ٱلْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَآ أَنزَلْنَا عَلَيْهَا ٱلْمَآءَ ٱهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنۢبَتَتْ مِن كُلِّ زَوْجٍۭ بَهِيجٍ

Bermaksud: Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah,kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu (kekuasaan Kami), dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan,dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai tua nyanyuk, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering,kemudian apabila Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dengan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.
(al-Hajj:5).

Al-Waqi'ah 56:62
وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ

Bermaksud: Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama,maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran (untuk penciptaan yang kedua)?
(al-Waaqiah:62).

37

Tafsir nota 2(38)

Itulah sebabnya Allah menyebutkan bahawa orang yang tidak menerima adanya hari kebangkitan sebenarnya ia lupa akan kejadian pertamanya. Lihatlah pula beberapa firman Allah di bawah ini:

Ya Sin 36:78
وَضَرَبَ لَنَا مَثَلًا وَنَسِىَ خَلْقَهُۥۖ قَالَ مَن يُحْىِ ٱلْعِظَٰمَ وَهِىَ رَمِيمٌ

Bermaksud: Ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan ia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh?"
(Yasiin:78).

Maryam 19:67
أَوَلَا يَذْكُرُ ٱلْإِنسَٰنُ أَنَّا خَلَقْنَٰهُ مِن قَبْلُ وَلَمْ يَكُ شَيْـًٔا

Bermaksud: Tidak ingatkah manusia itu bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakannya dahulu, ketika itu, ia tidak ada sama sekali?
(Maryam:67).

Bukti kedua ialah kejadian langit dan bumi yang diisyaratkan dengan firmanNya:
(Al baqarah:22)
الَّذِىْ جَعَلَ لَكُمُ الْاَرْضَ فِرَاشًا وَّالسَّاءَ بِمَا ء ً
{Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit(serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya}
Kerana kedua-duanya adalah antara kejadian Allah yang sangat besar. Tuhan yang berkuasa menjadikan makhlukNya yang begitu besar,tentu sekali lebih berkuasa menjadikan makhluk-makhluk kerdil seperti manusia.
Bukti ini diterangkan oleh Allah pada beberapa tempat di dalam Al-Qur'an.
Antaranya ialah

Ghafir 40:57
لَخَلْقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ أَكْبَرُ مِنْ خَلْقِ ٱلنَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Bermaksud: Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar daripada penciptaan manusia (dan menghidupkannya semula sesudah matinya);akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Ghafir:57)

Ya Sin 36:81
أَوَلَيْسَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يَخْلُقَ مِثْلَهُمۚ بَلَىٰ وَهُوَ ٱلْخَلَّٰقُ ٱلْعَلِيمُ
Bermaksud: Bukankah Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.
(Yasiin:8l).

Al-Ahqaf 46:33
أَوَلَمْ يَرَوْا۟ أَنَّ ٱللَّهَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ وَلَمْ يَعْىَ بِخَلْقِهِنَّ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحْۦِىَ ٱلْمَوْتَىٰۚ بَلَىٰٓ إِنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Bermaksud Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah yang menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak pernah merasa letih kerana menciptakannya, berkuasa (pula) menghidupkan orang-orang mati? Ya (bahkan),sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(al-Ahqaaf:33)

Al-Isra' 17:99
أَوَلَمْ يَرَوْا۟ أَنَّ ٱللَّهَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ قَادِرٌ عَلَىٰٓ أَن يَخْلُقَ مِثْلَهُمْ وَجَعَلَ لَهُمْ أَجَلًا لَّا رَيْبَ فِيهِ فَأَبَى ٱلظَّٰلِمُونَ إِلَّا كُفُورًا

Bermaksud: Tidakkah mereka mahu memikirkan dan meyakini bahawa Allah yang menciptakan langit dan bumi, berkuasa menciptakan orang-orang yang seperti mereka(dalam bentuk yang baru), padahal Dia telahpun menentukan bagi mereka tempoh yang tidak ada syak padanya? Dalam pada itu, orang-orang yang zalim enggan menerima melainkan kekufuran.
(al-Israa' : 99).

An-Nazi'at 79:27
ءَأَنتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ ٱلسَّمَآءُۚ بَنَىٰهَا
An-Nazi'at 79:28
رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّىٰهَا

Tafsir nota 2(39)

Bermaksud Wahai golongan  yang ingkar kebangkitan semula! Kamu kah sukar diciptakan atau langit dengan kukuh(27).
Dia meninggikan bangunan langit lalu menyempurnakanya(28)

Bukti ke tiga ialah menghidupkan bumi  setelah matinya. Ia adalah sebesar-besar bukti bagi adanya kebangkitan setelah mati. Disini ia diisyaratkan menerusi firman Nya

Al-Baqarah 2:22
وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزْقًا لَّكُمْۖ
Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu.

Bukti ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa ayat yg lain.

Lihat sebagai contoh  ayat2 dibawah ini.

Fushshilat 41:39

وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنَّكَ تَرَى ٱلْأَرْضَ خَٰشِعَةً فَإِذَآ أَنزَلْنَا عَلَيْهَا ٱلْمَآءَ ٱهْتَزَّتْ وَرَبَتْۚ إِنَّ ٱلَّذِىٓ أَحْيَاهَا لَمُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰٓۚ إِنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Dan sebagian dari tanda-tanda (kebesaran)-Nya, engkau melihat bumi itu kering dan tandus, tetapi apabila Kami turunkan hujan di atasnya, niscaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya (Allah) yang menghidupkannya pasti dapat menghidupkan yang mati; sesungguhnya Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.

Qaf 50:11

رِّزْقًا لِّلْعِبَادِۖ وَأَحْيَيْنَا بِهِۦ بَلْدَةً مَّيْتًاۚ كَذَٰلِكَ ٱلْخُرُوجُ

(sebagai) rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan (air) itu negeri yang mati (tandus). Seperti itulah terjadinya kebangkitan (dari kubur).

Ar-Rum 30:19

يُخْرِجُ ٱلْحَىَّ مِنَ ٱلْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ ٱلْمَيِّتَ مِنَ ٱلْحَىِّ وَيُحْىِ ٱلْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَاۚ وَكَذَٰلِكَ تُخْرَجُونَ

Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi setelah mati (kering). Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur).

Al-A'raf 7:57

وَهُوَ ٱلَّذِى يُرْسِلُ ٱلرِّيَٰحَ بُشْرًۢا بَيْنَ يَدَىْ رَحْمَتِهِۦۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَٰهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَنزَلْنَا بِهِ ٱلْمَآءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِۦ مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِۚ كَذَٰلِكَ نُخْرِجُ ٱلْمَوْتَىٰ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa kabar gembira, mendahului kedatangan rahmat-Nya (hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian Kami tumbuhkan dengan hujan itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.

39

Tiada ulasan:

Catat Ulasan