Tafsir asas quran sesi 009-014
Tafsir Asas Quran (Sesi 9).
USUL KE 8 Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib Turun Ayat Dan Surah Al-Qur’an boleh difahami dengan dua cara
(i) Memahaminya berdasarkan tertib turun ayat-ayat dan surah-surah Al-Qur’an
(ii) Memahaminya berdasarkan tertib yang terdapat di dalam mushaf (al-Qur’an) yang ada di hadapan kita sekarang ini.
Memahami al-Quran berdasarkan tertib turun ayat-ayatnya merupakan usul kelapan bagi tafsir al-Qur’an yang baik.
Untuk mengetahui tertib turun ayat-ayat al-Qur’an dan surah-surahnya, anda tidak dapat tidak mestilah mengetahui sebab-sebab turunnya terlebih dahulu.
Dan ia dapat dipastikan apabila anda betul-betul mahir tentang sirah Nabi s.a.w.
Semua peristiwa yang berlaku kepada Nabi s.a.w semasa baginda berada di Mekah perlu diketahui dan dipastikan kesahihannya.
Demikian juga dengan peristiwa yang berlaku kepada Baginda s.a.w semasa di Madinah. Anda perlu sedar bahawa al-Qur’an baru turun ke dunia setelah nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi rasul ketika berumur 40 tahun.
Al-Qur’an turun kepada baginda secara beransur-ansur. Ia turun sejajar dengan perjalanan hidup baginda. Oleh itu, orang yang cuba memahami al-Qur’an tanpa pengetahuan tentang sirah (perjalanan hidup) Nabi s.a.w , bukan sahaja akan kecundang, malah akan tersasul jauh dari kebenaran.
Bukan dia sahaja akan tersesat jalan, malah akan menyesatkan pula orang-orang lain. Dengan berpandukan riwayat-riwayat sahih berhubung dengan sebab-sebab turun ayat-ayat atau surah-surah, akan mudahlah kepada anda memahami al-Qur’an.
(a)Surah-surah Makiyyah dan Madaniyyah.
Para pelajar mestilah terlebih dahulu mengetahui dan memahami tentang tertib surah-surah Makiyyah, kemudian tertib surah-surah Madaniyyah.
Apa yang dimaksudkan dengan surah-surah Makiyyah ialah surah-surah yang diturunkan kepada Nabi s.a.w sebelum baginda berhijrah ke Madinah. Samada ia diturunkan di Mekah atau tempat-tempat lain.
Dan yang dimaksudkan dengan surah-surah Madaniyyah pula ialah surah-surah yang diturunkan kepada baginda selepas berhijrah ke Madinah. Sama ada ia memang diturunkan di Madinah atau di luar Madinah.
Surah yang paling akhir diturunkan dengan lengkap kepada Rasulullah s.a.w ialah surah al-Nashr. Ia diturunkan kepada Nabi s.a.w di Mina dalam peristiwa haji wadaa’ yang berlaku pada tahun ke sepuluh hijrah.
Satu perkara penting yang perlu sekali diketahui anda sekarang ialah riwayat Ibnu Dhurais yang dikaitkan dengan Ibnu ‘Abbaas tentang tertib surah-surah sama sekali tidak boleh dipegang, kerana ia adalah munqathi’.
Sanad riwayat yang dikemukakan oleh as-Suyuthi tentang tertib surah-surah juga bermasalah. Ia juga tidak harus dijadikan pegangan.
(b) Bilangan Surah-Surah Makiyyah dan Madaniyyah Surah-surah Makiyyah ada 90 kesemuanya dan surah-surah Madaniyyah pula ada 24 kesemuanya. Sesetengah orang berpendapat, surah-surah ar-Ra’ad, ar-Rahman, ad-Dahr dan al-Zilzaal adalah surah-surah Madaniyyah. Sedangkan yang sebetulnya, keempat-empat surah itu adalah Makiyyah. Untuk lebih jelas, surah-surah Makiyyah dan surah-surah Madaniyyah itu dalam tertib nuzulnya perlulah dibahagikan pula kepada beberapa peringkat. Misalnya
(i) peringkat permulaan.
(ii) peringkat pertengahan dan
(iii) peringkat akhir.
Untuk memahami dan menentukan tertib turun surah-surah Makiyyah agak sukar. Anda terpaksa menggunakan bukti–bukti luaran dan juga bukti-bukti dalaman dalam usaha menentukannya.
Bukti luaran mungkin berdasarkan sesuatu perkara yang diriwayatkan dengan sanad yang sahih. Bukti dalaman pula akan diperolehi dengan mengkaji isi kandungan surah berkenaan.
Di dalamnya akan ada isyarat-isyarat yang menunjukkan ia termasuk dalam surah yang diturunkan pada peringkat-peringkat tertentu.
PERINGKAT-PERINGKAT KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.W SEMASA DI MEKAH
Peringkat kehidupan Rasulullah s.a.w semasa di Mekah dapat dibahagikan kepada empat bahagian.
Dalam empat bahagian itulah turun 90 surah kepada Baginda s.a.w.
Di bawah ini dikemukakan carta menyatakan empat peringkat kehidupan Rasulullah s.a.w semasa di Mekah.
PERINGKAT PERTAMA
1) Bermula dari masa Baginda s.a.w dilantik menjadi nabi hingga tahun ketiga kenabian.
2) Dakwah Rasulullah s.a.w diperingkat ini berlangsung secara sulit dan ia berterusan selama tiga tahun.
3) Dalam masa ini 13 surah diturunkan kepada Baginda s.a.w
PERINGKAT KEDUA
1) Bermula dari tahun keempat hingga tahun kelima kenabian.
2) Ia berlangsung dalam masa dua tahun. Dalam masa ini dakwah mula disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umum secara terbuka.
3) Dalam masa ini sebanyak 42 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w
PERINGKAT KETIGA
1) Bermula dari tahun keenam hingga tahun kesepuluh kenabian.
2) Ia berlangsung dalam lima tahun
3) Dalam masa ini sebanyak 22 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w
PERINGKAT KE EMPAT
1) Bermula dari tahun kesebelas kenabian hingga ke tahun berhijrah ke Madinah.
2) Ia berlangsung dalam masa tiga tahun.
3) Dalam masa ini sebanyak 13 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w. -
Jumlah tahun ialah 13 tahun.
Jumlah kesemua sekali surah-surah Makiyyah ialah 90 surah.
SENARAI SURAH-SURAH YANG DITURUNKAN:
PERINGKAT PERTAMA
1) Bermula dari masa Baginda s.a.w dilantik menjadi nabi hingga tahun ketiga kenabian.yakni dlm masa 3 tahun.
2) Dakwah Rasulullah s.a.w diperingkat ini berlangsung secara sulit dan ia berterusan selama tiga tahun.
3) Dalam masa ini 13 surah diturunkan kepada Baginda s.a.w
Senarai 13 surah yg diturunkan
Tafsir asas quran sesi 010.
Senarai Surah-surah Yang Diturunkan Di Peringkat Pertama Kenabian, Wahyu pertama bermula dengan turunnya lima ayat daripada Surah al-‘Alaq. Turunnya ialah pada bulan Ramadhan. Dalam masa tiga tahun pertama itu turun sebanyak 13 surah (tidak semesti selengkapnya) kepada Rasulullah s.a.w.
Perinciannya dapat anda lihat di bawah ini:
Surah ke 96 – Al-‘Alaq -Lima ayat di permulaan Surah al-‘Alaq merupakan wahyu yang mula-mula sekali diturunkan kepada nabi kita Muhammad s.a.w.
Surah ke 74 – Al-Muddatstsir -Selepas itu turun pula ayat di permulaan Surah Al-Muddatstsir.
Surah ke 73 – Al-Muzammil -Lapan ayat di permulaannya diturunkan
Surah pertama – al-Faatihah -Ia mengandungi tujuh ayat dan diturunkan lengkap sebagai satu surah.
Surah ke 93 – ad-Dhuha -Surah ini mengandungi 11 ayat. Ia diturunkan selengkapnya selepas tempoh senggang turun wahyu (fitrah wahyu) untuk menghiburkan hati Nabi s.a.w.
Surah ke 94 – al-Insyirah -Surah ini juga diturunkan selepas tempoh senggang turun wahyu (fitrah wahyu) untuk menghiburkan hati nabi s.a.w.
Surah ke 81 – at-Takwir -Sebahagian besar kandungan surah ini menggambarkan keadaan dan suasana di hari kiamat. Manusia diberi peringatan tentangnya.
Surah ke 82- al-Imfithaar -Surah ini juga menggambarkan perihal hari kiamat. Manusia diberi peringatan lagi tentangnya.
Surah ke 97 – al-Qadr -Surah ini menyatakan kelebihan dan nilai wahyu Allah berupa al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Surah ke 99 – al-Zilzaal -Ia menggambarkan perihal hari kiamat dan mengingatkan manusia tentangnya.
Surah ke 100 – al-‘Aadiyaat -Selain menceritakan tentang kehidupan selepas kematian, surah ini juga menceritakan tentang beberapa sifat keji manusia.
Surah ke 101 – al-Qaari’ah -Surah ini menceritakan tentang hari kiamat dan beberapa perkara yang akan nyata di hari itu.
Surah ke 103 – al-Ashr -Rahsia yang membuatkan seseorang manusia tidak kerugian dalam kehidupan dunia diberitahu Allah melalui surah ini.
Senarai Surah-surah Yang Diturunkan diperingkat kedua Kenabian.
PERINGKAT KEDUA
1) Bermula dari tahun keempat hingga tahun kelima kenabian.
2) Ia berlangsung dalam masa dua tahun. Dalam masa ini dakwah mula disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umum secara terbuka.
3) Dalam masa ini sebanyak 42 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w
Tahun ke 4-Tahun ke 5.
Di peringkat ini Nabi s.a.w telah berdakwah kepada umum secara terbuka.
23 surah daripadanya diturunkan selepas baginda s.a.w memulakan dakwah kepada umum secara terbuka. Tahun 4 kenabian.
Ia bermula pada tahun ke 4 Hijrah bersamaan 613 masihi.
7 daripadanya diturunkan sebelum berlakunya hijrah para sahabat ke Habsyah.
Dan 12 daripadanya pula diturunkan selepas hijrah mereka ke Habasyah.
Perincian 23 surah yang diturunkan selepas baginda s.a.w memulakan dakwah kepada umum secara terbuka dapat anda lihat di dalam carta berikut:
Surah ke 112 – al-Ikhlas -Melalui surah ini Nabi s.a.w diperintahkan supaya menyampaikan ‘aqidah dan konsep tauhid zat (pengesaan Zat Allah s.w.t)
Surah ke 95 – at-Tiin -Ia diturunkan di zaman (di peringkat) pendustaan oleh orang-orang kafir terhadap Nabi s.a.w
Surah ke 55 – ar-Rahman -Ia diturunkan di zaman (di peringkat) pendustaan oleh orang-orang kafir terhadap Nabi s.a.w.
Surah ke 77 – al-Mursalat -Ia juga diturunkan di zaman (di peringkat) pendustaan oleh orang-orang kafir terhadap Nabi s.a.w.
Surah ke 75 – al-Qiyaamah -Peringatan daripada Allah agar tidak diikuti pimpinan yang menolak kewujudan hari akhirat.
Surah ke 76 – ad-Dahr atau al-Insaan -Jalan yang benar telah pun diberikan oleh Allah kepada manusia (dan jin), maka mereka tidak patut lagi mengkufuriNya.
Surah ke 78 – an-Naba -Perbandingan keadaan golongan (at-Thaghiin) atau golongan yang tidak percayakan hari akhirat dengan orang-orang yang bertaqwa (al-muttaqiin) di akhirat nanti.
Surah ke 79 – an-Naaziaat -Perbandingan di antara orang-orang yang menjalani kehidupan dunia dengan penuh kesedaran dan keyakinan tentang akan adanya hari kiamat dan hari pembalasan dan orang-orang yang tidak mempercayainya di samping menjalani kehidupan dunia dengan melampaui batas hukum tuhan.
Surah ke 83 – al-Muthaffifin -Penyelewengan dalam pengurusan harta benda di kalangan masyarakat yang mengejek dan menghina perjuangan dakwah nabi s.a.w. Surah ke 84 – al-Insyiqaq -Ia diturunkan ketika masyarakat sedang mengejek dan menghina ajaran yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w
Surah ke 80 –‘Abasa -Tatasusila dakwah dalam masyarakat yang menghina dan mencemuh ajaran islam.
Surah ke 87 – Al-A’la -Diturunkan ketika nabi Muhammad s.a.w sibuk memberi peringatan kepada masyarakat tentang hari kemudian.
Surah ke 88 – al-Ghasyiyah -Surah ini juga diturunkan ketika nabi s.a.w sibuk memberi peringatan kepada masyarakat tentang hari kemudian.
Surah ke 102 – at-Takaatsur -Faham kebendaan yang sangat menebal di kalangan pimpinan Quraisy Mekah didedahkan. Akibat buruk yang akan diterima mereka di hari kemudian juga didedahkan di dalam surah ini.
Surah ke 104 – al-Humazah -Akhlak buruk dan sifat bakhil pimpinan Quraisy
Surah ke 105 – al-Fiil -Peringatan kepada kaum Quraisy, khususnya pimpinan mereka bahawa Ka’abah akan dijaga Allah.
Surah ke 106 – Quraisy -Perintah kepada pimpinan Quraisy agar menyembah ampunya rumah Allah.
Surah ke 107- al-Ma’un -Pendedahan akibat yang akan menimpa pimpinan Qquraisy kerana mendustakan hari akhirat.
Surah ke 108 – al-Kautsar -Ramalan kebinasaan yang akan dialami pimpinan Quraisy
Surah ke 109 al-Kafirun -Berbicara terus-terang dengan pimpinan Quraisy
Surah ke 111 – al-Masad -Ramalan kebinasaan yang akan dialami pemimpin tertinggi Quraisy dan isterinya
Surah ke 113 – al-falaq -Perintah mengisyhtiharkan tauhid rububiyyah kepada umum.
Surah ke 114 - an-Naas -Perintah mengishyiharkan tauhid uluhiyyah dan kekuasaan mutlak adalah hak Allah semata-mata.
Peringatan: Diperingkat nabi s.a.w didustakan,
turun surah al-Falaq dan ayat-ayat berbaki daripada surah al-Muddatstsir dan al-Muzammil.
Tafsir asas sesi 011
(SAMBUNGAN) Usul ke 8
Surah-surah yang diturunkan sebelum sahabat berhijrah ke Habasyah.
Selepas peringkat kedua, bermulalah zaman penentangan kaum Quraisy terhadap Nabi s.a.w. ia menjadi semakin memuncak sehingga akhirnya mendorong sesetengah sahabat memilih untuk berhijrah ke Habasyah.
Tujuh surah berikut diturunkan sebelum mereka berhijrah ke sana:
1.Surah ke 29 – Al-Ankabut: -di dalamnya ada isyarat kepada hijrah ke Habasyah
2.Surah ke 30 – ar-Ruum -di dalamnya terdapat berita gembira bahawa orang-orang Islam akan mendapat kejayaan setelah diuji
3.Surah ke 31 – Luqmaan -larangan mengikut kedua ibu bapa dalam ‘aqidah syiriknya
4.Surah ke 39 – az-Zumar -di dalamnya juga terdapat isyarat kepada hijrah ke Habasyah
5.Surah ke 18 – al-Kahfi -adab-adab penyampaian agama kepada penganut-penganut agama Kristian di Habasyah. 6.Surah ke 19 – Maryam -penyampaian aqidah tauhid kepada penganut-penganut agama Kristian dan penolakan terhadap ajaran tiga tuhan yang dibawa mereka.
7.Surah ke 20 – Thaaha -seruan tauhid kepada penganut-penganut agama Kristian.
Hijrah Pertama Dan Kedua Ke Habasyah
Hijrah pertama ke Habasyah telah berlaku pada 5 Rajab tahun kenabian (selepas Rasulullah s.a.w dilantik sebagai nabi dan rasul) bersamaan dengan 614 Masehi.
Pada kali ini seramai 12 orang laki-laki muslim dan 4 orang muslimah telah berhijrah ke Habasyah di bawah pimpinan Saiyyidina ‘Utsman r.a.
Dalam hijrah kedua pula seramai 82 orang laki-laki muslim dan 18 orang muslimah telah berhijrah ke sana.
Surah-surah Yang Diturunkan Selepas Para Sahabat Berhijrah Ke Habasyah Selepas sekumpulan para sahabat berhijrah ke Habasyah, sejumlah 12 surah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w diperingkat ini.
Baginda s.a.w dituduh dengan pelbagai tuduhan. Bukan sekadar itu sahaja, malah ajaran yang dibawa Baginda juga didustakan.
Di bawah ini menunjukkan senarai 12 surah berkenaan: 1.Surah ke 32 – as-Sajdah -Rasulullah s.a.w dituduh sebagai pereka al-Qur’an dan penimbul fitnah
2.Surah ke 56 – al-Waaqi’ah -
surah ini diturunkan di zaman (di peringkat) Nabi s.a.w didustakan.
3.Surah ke 50 – Qaaf -mengandungi perintah Allah kepada Rasulullah s.a.w agar terus memberikan peringatan walaupun didustakan.
4.Surah ke 51 – ad-Dzaariyaat -Rasulullah s.a.w dituduh sebagai gila dan tukang sihir
5.Surah ke 52 – at-Thuur -Rasulullah s.a.w dituduh dengan pelbagai tuduhan, seperti penyair, gila, tukang tenung dan mereka-reka sendiri al-Qur’an.
6.Surah ke 67 – al-Mulk -nabi s.a.w dituduh sesat
7.Surah ke 68 al-Qalam -baginda dituduh gila dan dirasuk. 8.Surah ke 69 – al-Haaqqah -Rasulullah dituduh penyair gila dan telah mengada-adakan al-Qur’an.
9.Surah ke 70 – al-Maarij -ancaman kebinasaan terhadap pimpinan Quraisy yang begitu materialistik dan mata duitan.
10.Surah ke 71 – Nuuh -etika da’wah dan ancaman kebinasaan kepada orang-orang yang Ingkar seperti telah berlaku kepada kaum Nabi Nuuh a.s yang terdahulu.
11.Surah ke 91 – as-Syams -ia turun ketika (di peringkat) Nabi s.a.w didustakan. Akibat pendustaan, bangsa mana pun mungkin dimusnahkan se[erti kaum Tsamud.
12.Surah ke 92 – al-Lail -diturunkan di zaman pendustaan orang-orang kafir terhadap Nabi s.a.w Peringatan: Ayat-ayat terakhir di dalam
13.surah an-Najm juga turun di peringkat ini. Sementara beberapa ayat di permulaannya pula diturunkan pada tahun ke 12 kenabian semperna berlakunya peristiwa Israa’ dan Mi’raj.
🍅
Tafsir asas quran sesi 012
Sambungan usul ke8
PERINGKAT KETIGA
1) Bermula dari tahun keenam hingga tahun kesepuluh kenabian.
2) Ia berlangsung dalam lima tahun
3) Dalam masa ini sebanyak 22 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w
Senarai surah2 yg turun peringkat ini.
Sejumlah kira-kira 22 surah diturunkan kepada baginda.
Mula-mula turun 9 surah pasca kemarau yg berlaku dimekah.
Dipermulaan peringkat ketiga saidina hamzah telah memeluk agama islam.
Tiga hari kemudian umar alkhattab pula memeluk islam.
Peristiwa ini berlaku pd bulan zulhijjah tahun ke 6 kenabian bersamaan 615masehi .
Pada th ke 7 kenabian bersamaan 616 masehi ,telah berlaku kemarau yg dasyat di mekah,9 surah yg diturunkan pasca kemarau yg berlaku pada tahun ke 7 kenabian seperti berikut:
1.al anbiya /ambiya(surah 21)
Rasullah dituduh sbg penyair dan seorg yg dirasuk .
Al-Anbiya 21:5
ayat 5
بَلْ قَالُوا أَضْغَاثُ أَحْلَامٍ بَلِ افْتَرَاهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِآيَةٍ كَمَا أُرْسِلَ الْأَوَّلُونَ
(Mereka bukan sahaja menyifatkan Al-Quran itu sihir) bahkan mereka menuduh dengan berkata: "Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah ia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus dahulu".
Ada unsur2 ini ,ini adalah peringkat tuduhan
2.al-mukminun(surah 23)
Dituduh gila.
Ayat 70
أَمْ يَقُولُونَ بِهِ جِنَّةٌ ۚ بَلْ جَاءَهُمْ بِالْحَقِّ وَأَكْثَرُهُمْ لِلْحَقِّ كَارِهُونَ
Atau kerana mereka mengatakan: "Dia kena penyakit gila?" (Sebenarnya bukan kerana sesuatu pun dari yang tersebut itu) bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa ugama yang tetap benar, dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran.
-manusia dah punah,bila dtg balik ajaran dituduh dgn macam2 tuduhan
-jika ini gila,maka semuanya manusia gila.
-dlm dunia sentiasa ada perjuang kebenaran ditohmah.
-jadi jangan cepat menuduh.
Jika tidak dibuat tuduhan akan nampak kejahatan dia ,dia takut yg tu.itu biasa.
3.alfurqan(surah 25)
Dituduh seorang yg terkena sihir dan seorang yg mengada2kan dgn mereka alquran.
Ayat4,
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَٰذَا إِلَّا إِفْكٌ افْتَرَاهُ وَأَعَانَهُ عَلَيْهِ قَوْمٌ آخَرُونَ ۖ فَقَدْ جَاءُوا ظُلْمًا وَزُورًا
Dan orang-orang yang kafir itu berkata: "(Al-Quran) ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad, dan ia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain". Maka (dengan kata-kata itu) sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta.
Ayat 5,
وَقَالُوا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ اكْتَتَبَهَا فَهِيَ تُمْلَىٰ عَلَيْهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Dan mereka berkata lagi: "Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)".
Ayat 8
أَوْ يُلْقَىٰ إِلَيْهِ كَنْزٌ أَوْ تَكُونُ لَهُ جَنَّةٌ يَأْكُلُ مِنْهَا ۚ وَقَالَ الظَّالِمُونَ إِنْ تَتَّبِعُونَ إِلَّا رَجُلًا مَسْحُورًا
"Atau diberikan perbendaharaan harta benda kepadanya, atau ia mempunyai sebuah kebun untuk ia makan hasilnya". Dan orang-orang yang zalim itu berkata pula (kepada orang-orang yang beriman): "Sebenarnya kamu hanyalah menurut seorang yang tidak siuman".
-macam2 tuduhan.pada hal semua tahu tidak begitu.
-ini cara untuk buat sekatan.
-nak ukur kebenaran dgn kebendaan.
-kebun adalah ukuran kekayaan.
-kata kuncinyg menentukan peringkat
4.an syu'ara(surah 26)
Rasullah saw diragui dan dituduh gila.
Ayat 27
قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ الَّذِي أُرْسِلَ إِلَيْكُمْ لَمَجْنُونٌ
Firaun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?"
-sedang manusia biasanya bila disekat semakin ramasi yg ingin tahu
5.an naml(surah 27)
Diragui dan dituduh tukang sihir
Ayat 66,68
6.al qasas(surah 28)
Nabi saw tidak berkuasa memberi hidayat kepada abu talib
7.ad dukhan (surah 44)
Baginda dituduh gila dan diajar oleh orang lain.
Ayat 14
ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَجْنُونٌ
Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): "Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!"
-orang yg tak eluk kearah yg tak eluk
8.al jaatsiyah (surah 45)
Ancaman kepada pemimpin2 materilis dan atheis
-pemimpin terlalu kebendaan
Ayat 23
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
Ayat 24
وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ ۚ وَمَا لَهُمْ بِذَٰلِكَ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ
Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.
وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ ۚ=kehidupan hanya didunia
9.al-qamar(surah 54)
Turun dizaman pendustaan orang kafir terhadap nabi saw
Ayat 1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
Ayat 2
وَإِنْ يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُسْتَمِرٌّ
Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
Ayat 3
وَكَذَّبُوا وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ ۚ وَكُلُّ أَمْرٍ مُسْتَقِرٌّ
Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).
Diperingkat ini nabi dipulau oleh kaum quraisy selama 3tahun.
Dalam masa tiga tahun nabi saw dan keluarga serta pengikut2nya dibenarkan bebas hanya dikawasan syi'bi hasyim atau syi'bi abitalib shj.
Peristiwa ini bermula pada tahun ke 7 kenabian bersamaan 616 m.
Surah2 yg dturunkan ketika penindasan dan kekejaman penguasa2 kafir quraisy terhadap para shabat berada dikemuncaknya.
Berlaku pemulauan
Istihar jgn ada perhub dgn nabi saw
Rebus kulit unta,minum air untuk rasa daging.
Peringkat ke3 yg akhir
Diperingkat ini turun kepada rasullah saw kira2 11surah.nabi saw pada ketika itu bukan sj dituduh malah ketegangan kadang2 sampai kepada pakatan
jahat mereka untuk membunuh baginda saw.
Dipenghujung peringkat inilah turun kepada baginda saw dua surah daripada surah hawaaamin.
Dibawah ini dikemukakan 11surah yg diturunkan pada peringkat ini
1.surah Saba(34)
Rasullah saw dituduh tukang sihir,gila, dan pereka alquran.
Ayat 7-8
2.surah fatir(35)
Pakatan jahat terhadap rasullah saw.dan tindakan mendustakan
Ayat 10
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا ۚ إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ ۚ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ ۖ وَمَكْرُ أُولَٰئِكَ هُوَ يَبُورُ
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
َمَكْرُperancangan
Tuduhan dan komplot.
3.surah yassin(36)
Pakatan jahat terhadap rasullah.sifat jalal allah
Ayat 69
4.as shaffat(37)
Rasullah saw dituduh sebagai tukang sihir dan gila.penyair
Ayat 13-15,&36
5.surah shaad(38)
Rasullah saw dituduh tukang sihir dan pendusta besar.
Ayat 4-
وَعَجِبُوا أَنْ جَاءَهُمْ مُنْذِرٌ مِنْهُمْ ۖ وَقَالَ الْكَافِرُونَ هَٰذَا سَاحِرٌ كَذَّابٌ
Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta besar.
Ayat 5
أَجَعَلَ الْآلِهَةَ إِلَٰهًا وَاحِدًا ۖ إِنَّ هَٰذَا لَشَيْءٌ عُجَابٌ
" Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!"
6.surah al-buruj(85)
Ancaman kebinasaan kepada kaum kafir quraisy kerana penindasan dan kekejaman mereka yg melampaui batas keatas umat islam.
Ayat 1-22
Surah lengkap menceritakan kezaliman yg berulang2
Tapi jika bertaubat ,allah masih terima.
7.surah at tariq(86)
Turun dizaman berlakunya konspirasi ,komplot dan pakatan jahat membunuh nabi saw.
Ayat 13
إِنَّهُ لَقَوْلٌ فَصْلٌ
Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar)
-17,peringkat 3&4
Hujung peringkat ke3
In ni sakim,itu tauriyah
Ini adik beradik ,ibrahim tak kata bini .makna yg jauh.
Sakit ,makna yg jauh mungkin sakit hati,semua
8.surah al-fajr(89)
Firman allah yg bermaksud "sesungguhnya tuhan mu benar2 mengawasi" ,merupakan ancaman kebinasaan drp allah kepada penguasa2 yg zalim.
9.surah albalad(90)
tuhan bersumpah dgn negeri mekah
Kezaliman terhadap baginda dianggap halal.
Sedang darah binatang pun haram ditumpahkan
Ayat 2,
وَأَنْتَ حِلٌّ بِهَٰذَا الْبَلَدِ
Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
-turun semasa nabi diancam untuk dibunuh
10.surah hammin almu'min(40)
Ancaman kebinasaan seperti yg telah berlaku kepada firaun.
Orang dulu binasa sebab buat kerja2 begini (kafir quraisy)
Kesalahan yg dilakukan cukup berat,boleh hancur
Ayat 14-18
11.surah haamin (41)
Ancaman kebinasaan seperti kebinasaan seperti yg telah berlaku kepada kaum aad dan tsamud
Ayat 14-18
Peringkat kehidupan rasullah saw ini berakhir dgn baginda dan para pengikut dibebaskan drp kepungan disyi'bi bani hasyim .diperingkat ini lah juga abu talib dan khadijah meninggal dunia.kemudiannya rasullah saw berkahwin dgn saudah dan pergi pula ke thaif untuk berdakwah.
Perincian adalah seperti berikut.
a).abu talib meninggal dunia pada bulan rejab tahun 10 kenabian bersamaan 619masehi
b).2bulan selepas itu saidatina khadijah pula meninggal dunia iaitu bulan ramadan tahun ke 10 kenabian.
c).nabi saw berkahwin dgn saudah pada bulan syawal tahun ke 10 kenabian bersamaan 619masehi
d).pergi berdakwah ke thaaif pada tahun ke10 kenabian bersamaan jun 619masehi.pada ketika itulah dipercayai turun surah
1. surah al ahkaf(46)
Al quran diperdengarkan kepada kumpulan jin
Demo tu nak tahu ajaran islam
Ramai yg masuk islam
dan
2.al jin(72)
Selepas mendengar al quran kumpulan jin itu memeluk agama islam dan menjadi pendakwah.
Hujung peringkat ke3 kehidupan rasullah saw di mekah
Surah makkiyah,turun sebelum nabi berhijrah.
💟💞
Tafsir asas quran sesi 013
PERINGKAT KE EMPAT
1) Bermula dari tahun kesebelas kenabian hingga ke tahun berhijrah ke Madinah.
2) Ia berlangsung dalam masa tiga tahun.
3) Dalam masa ini sebanyak 13 surah diturunkan kepada Nabi s.a.w. -
4.surah2 yg diturunkan pada tiga tahun terakhir kehidupan rasullah saw di mekah
Beberapa peristiwa penting yg berlaku pada tahun2 berkenaan yg merupakan peringkat ke4 kehidupan rasullah saw dimekah.
Tahun ke 11 kenabian hingga hijrah,selama 3tahun
Ada 13 surah yg diturunkan diperingkat ini
a)berkahwin dgn aisyah .ia berlangsung pa bulan syawal pd ke11kenabian bersamaan 620masihi,bgmnpun kehidupan sbg suami isteri setelah hijrah ke madinah
-tahun kenabian , adalah tahun bermulanya bila dia dilantik menjadi nabi dan rasul ketika berumur 40th
-selepas kewafatan khadijah.
b)6orang drp puak khazraj dtg dr madinah ke mekah lalu memeluk islam.
Peristiwa ini berlaku pd bulan zulhijjah tahun ke11 kenabian bersamaan 620masehi.
-orang madinah yg buka jln.
-hajji dan umrah dah ada sebelum zaman nabi,dan diperbaiki penyelewenganya
-syariat hajji yg betul nabi bg tau sebagai mana yg asal seperti yg nabi ibrahim buat
c)berlakunya peristiwa israk mikraj dan keferduan solat 5 waktu .berlaku pada 27rejab tahun ke 12 kenabian bersamaan 621masehi(ulamak boleh kira secara khusus)
Selepas peristiwa mikraj ,sebhg drp permulaan
surah an najm (53)diturunkan dan diturunkan juga surah bani israil atau surah al-israa'(15)
Surah ni diperingkat mana?
Ayat 1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Disini disebut أَسْرَىٰyg dipanggil masdar dlm b.arab
asalnya israk yg bererti berjln mlm bukan tengahari.
d)berlakunya baiah aqobah pertama .
Perjanjian aqobah adalah asas/persediaan hijrah kemadinah.
12 orang ansaar dtg dari madinah ke mekah lalu memeluk islam .
10 orang drp mereka adalah puak khazraj dan 2 orang dari puak aus.
Peristiwa ini berlaku pada bulan zulhijjah tahun ke12 kenabian bersamaan 621masehi.
3tahun masa untuk buat perancangan hijrah.
e)Berlaku baiah aqobah ke 2 .Pada kali seramai 72 orang madinah datang kepada nabi saw lalu memeluk agama islam.
Peristiwa ini berlaku pada bulan zulhijjah tahun 13 kenabian.
Diperingkat ke4 yg merupakan peringkat terakhir kehidupan rasullah saw di mekah turun kira2 13 surah secara kasar
Ini adalah hasil dr penelitian ulamak.
Dibawah ini dikemukakan perinciannya.
1.surah yunus (10)
Dizaman keraguan dan pelbagai tuduhan terhadap nabi saw seperti tukang sihir ,pereka alquran dsbnya
Ayat 2
أَكَانَ لِلنَّاسِ عَجَبًا أَنْ أَوْحَيْنَا إِلَىٰ رَجُلٍ مِنْهُمْ أَنْ أَنْذِرِ النَّاسَ وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا أَنَّ لَهُمْ قَدَمَ صِدْقٍ عِنْدَ رَبِّهِمْ ۗ قَالَ الْكَافِرُونَ إِنَّ هَٰذَا لَسَاحِرٌ مُبِينٌ
Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): "Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan). (Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang mengembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: "Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata."
-tuduhan tukang sihir(kata kunci)
-ini peringat keraguan orang kafir.apa sebab mereka ragu?
Ayat 15-17.
Ayat 15
وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ ۙ قَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا ائْتِ بِقُرْآنٍ غَيْرِ هَٰذَا أَوْ بَدِّلْهُ ۚ قُلْ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أُبَدِّلَهُ مِنْ تِلْقَاءِ نَفْسِي ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ ۖ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): "Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia ". Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, - jika aku menderhaka kepada Tuhanku, - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".
Ayat 16
قُلْ لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا تَلَوْتُهُ عَلَيْكُمْ وَلَا أَدْرَاكُمْ بِهِ ۖ فَقَدْ لَبِثْتُ فِيكُمْ عُمُرًا مِنْ قَبْلِهِ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika Allah kehendaki (supaya aku tidak membacakan Al-Quran ini kepada kamu), tentulah aku tidak dapat membacakannya kepada kamu, dan tentulah Ia tidak memberitahu kamu akan Al-Quran ini (dengan perantaraanku); kerana sesungguhnya aku telah tinggal dalam kalangan kamu satu masa yang lanjut (dan kamu pula mengenal aku sebagai seorang yang amanah) sebelum turunnya Al-Quran ini; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?"
Ayat 17
فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِ ۚ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْمُجْرِمُونَ
Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya.
-berdusta atas nama allah adalah dosa besar
Ayat 37-41ayat 2adalah berkenaan keraguan terhadap quran
Ayat 94-95mendustakan ayat2 allah suatu kerugian
Ayat 94
َإِنْ كُنْتَ فِي شَكٍّ مِمَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكَ ۚ لَقَدْ جَاءَكَ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turukan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.
Ayat 95
Ayat104-106,soal keraguan terhadap agama.tak boleh orang kafir
Ayat 104
قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي شَكٍّ مِنْ دِينِي فَلَا أَعْبُدُ الَّذِينَ تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِنْ أَعْبُدُ اللَّهَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُمْ ۖ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sekiranya kamu menaruh syak tentang kebenaran ugamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah makhluk-makhluk yang kamu menyembahnya yang lain dari Allah, tetapi aku hanya menyembah Allah yang akan mematikan kamu (untuk menerima balasan); dan aku diperintahkan supaya menjadi dari golongan yang beriman
Ayat 105
وَأَنْ أَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
"Serta (diwajibkan kepadaku): ' Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) ugama dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik '."
Ayat 106
وَلَا تَدْعُ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنْفَعُكَ وَلَا يَضُرُّكَ ۖ فَإِنْ فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِنَ الظَّالِمِينَ
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).
2.surah huud(11)
Juga diturunkan dizaman keraguan dan pelbagai tuduhan terhadap nabi saw seperti tukang sihir ,pereka alquran dan sebagainya.
Ayat 12
فَلَعَلَّكَ تَارِكٌ بَعْضَ مَا يُوحَىٰ إِلَيْكَ وَضَائِقٌ بِهِ صَدْرُكَ أَنْ يَقُولُوا لَوْلَا أُنْزِلَ عَلَيْهِ كَنْزٌ أَوْ جَاءَ مَعَهُ مَلَكٌ ۚ إِنَّمَا أَنْتَ نَذِيرٌ ۚ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ
Jangan-jangan engkau (wahai Muhammad) tidak menyampaikan sebahagian dari apa yang diwahyukan kepadamu serta merasa sempit dada untuk menyampaikannya disebabkan orang-orang yang ingkar itu berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) perbendaharaan (harta benda yang banyak), ataupun datang bersama-sama dengannya malaikat (untuk menolongnya menyiarkan Islam)?" Kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar, dan Allah jualah Pentadbir yang menguruskan tiap-tiap sesuatu (maka berserahlah diri kepadaNya).
Ayat 12-14
Ayat 12
فَلَعَلَّكَ تَارِكٌ بَعْضَ مَا يُوحَىٰ إِلَيْكَ وَضَائِقٌ بِهِ صَدْرُكَ أَنْ يَقُولُوا لَوْلَا أُنْزِلَ عَلَيْهِ كَنْزٌ أَوْ جَاءَ مَعَهُ مَلَكٌ ۚ إِنَّمَا أَنْتَ نَذِيرٌ ۚ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ
Jangan-jangan engkau (wahai Muhammad) tidak menyampaikan sebahagian dari apa yang diwahyukan kepadamu serta merasa sempit dada untuk menyampaikannya disebabkan orang-orang yang ingkar itu berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) perbendaharaan (harta benda yang banyak), ataupun datang bersama-sama dengannya malaikat (untuk menolongnya menyiarkan Islam)?" Kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar, dan Allah jualah Pentadbir yang menguruskan tiap-tiap sesuatu (maka berserahlah diri kepadaNya).
Ayat 13
أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ ۖ قُلْ فَأْتُوا بِعَشْرِ سُوَرٍ مِثْلِهِ مُفْتَرَيَاتٍ وَادْعُوا مَنِ اسْتَطَعْتُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar".
Ayat 14
فَإِلَّمْ يَسْتَجِيبُوا لَكُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّمَا أُنْزِلَ بِعِلْمِ اللَّهِ وَأَنْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Oleh itu, jika mereka (penolong-penolong kamu) tidak dapat melaksanakan permintaan kamu (untuk membuat surah-surah yang sebanding dengan Al-Quran), maka ketahuilah bahawa Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Setelah (terbukti hakikat yang demikian) maka adakah kamu mengakui Islam dan menurut aturannya?
-pendustaan terlalu kuat.
-minta dibukti dgn kebendaan
Ayat 18,nabi dituduh nabi saw mereka alquran
Ayat 35,sama juga,tuduhan yg direka2.
Ayat 112
Ayat 113
Pertembungan diantara pembawa ajaran tauhid dan syirik
Jgn cenderung pada orang zalim,syirik adalah kezaliman yg paling besar.allah menyuruh tetap/istiqomah dgn pendirian.kezaliman syirik boleh keneraka.
3.surah yusuf(12),sama je dgn diatas
Ayat12
Ayat 13
Ayat 14
4.surah ar rad(13)
Pelbagai komplot dan pakatan jahat dirancang terhadap rasullah saw
Ayat 31
Ayat 32
Ayat 33
Mereka memperolok2 nabi2 yg dahulu
Ayat 42
Ayat 43
Pakatan jahat dirancang untuk nabi saw.
5.surah ibrahim(14)
Ada unsur2 pelbagai komplot dan pakatan jahat dirancang terhadap rasullah saw.
Ayat 13
Ayat 14
Tindakan nak menghalau nabi saw.
Sebgmn telah terjadi pd nabi musa
Ayat 44
Ayat 45
Ayat 46
Ayat 47
Umumnya bila ada Makaru,ayat diperingkat 4.
6.surah al hijr(15)
Diturunkan dlm suasana ejekan dan tuduhan2 liar terhadap nabi saw
Ayat 6-13
Macam2 tuduhan
Ayat 94-97
Kata2 dan pakatan jahat,tapi nabi dijaga oleh allah.
Kata kunci yg jadi panduan ulamak untuk menentukan peringkat
7.surah an nahl(16)
Didlmnya terdapat isyarat hijrah kemadinah
Ada rancangan jahat dan penindasan kafir quraisy
Ayat 106
Kecuali dlm keadaan terpaksa,ini kemuncak penyiksaan
Ayat 26-29
Perancangan jahat mereka
Ayat 41-42
Kezaliman yg kemuncak
Pada tahun ke 12 kenabian berlaku peristiwa mikraj kepada nabi pada tahun itu dipercayai turun 2 surah kepada baginda saw.Didlm nya ada tersebut peristiwa itu.
Didlm surah israa diajarkan kepada nabi saw doa hijrah.
Dlm perjlnan rasullah saw dari mekah ke palestin untuk mikraj ke langit itu ditayang kepada rasullah saw dari mekah ke palestin untuk mikraj kelangit itu ditayang kepada rasullah saw madinah jadi tempat penghijrahan baginda
2 surah berkenaan ialah
1.surah isra atau bani israil(17)
Selain tersebut apa yg berlaku pada malam mikraj itu terdapat juga isyarat tentang penubuhan negara islam madinah.ini persediaan membentuk negara
Ayat 33
Ayat 47
Ayat 60
Ayat 191-103
2surah an najm(53)
Peristiwa dimlm mikraj dikemukakan dipermulaan surah ini
Ayat ,73-77
4 surah yg dikemukakan nanti dipercayai telah turun pada tahun 13 kenabian,beberapa ketika sebelum nabi saw berhijrah ke madinah.
1.surah haamin asy syura(42)
Penjelasan tentang kemasyarakatan islam.
2.surah haamin azzukhruf(43)
Penyempurnaan hujjah terhadap kaum kafir quraisy dan amaran terakhir kepada mereka
3.surah al an'am (6)
Penyempurnaan hujjah terhadap kaum kafir quraisy dan amaran terakhir kepada mereka.
4.surah al a'raf(7)
Penyempurnaan hujjah terhadap kaum kafir quraisy dan amaran terakhir kepada mereka .
Tafsir asas quran sesi 014
Penekanan yg memuncak,tanda2 hidup yg akhir dimekah
Ayat 88
قَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا مِنْ قَوْمِهِ لَنُخْرِجَنَّكَ يَا شُعَيْبُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَكَ مِنْ قَرْيَتِنَا أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا ۚ قَالَ أَوَلَوْ كُنَّا كَارِهِينَ
Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada ugama kami". Nabi Syuaib menjawab: "Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya?
Ayat2 96-99
Nak mencukupkan hujjah allah.manusia ni selalu mendustakan dan tidak takut pada allah .
أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ ۚ
Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah?
Tafsir asas quran sesi 014
Hidayah ke madinah.
Tahun pertama hingga akhir kehidupan di madinah.
Pada 27safar tahunke14 kenabian ,rasullah saw berhijrah ke madinah bersama abu bakar.
24 surah telah diturunkan setelah rasullah saw berhijrah ke madinah tak semestinya betul2 berada dimadinah tetapi selepas hijrah.
Carta dibawah ini menunjukan tertib turun ayat2 dan surah2 semasa nabi saw berada di madinah.
1.surah al jumaah (62)
3 ayat terakhir ,ini ayat yg mula2
Turun pada 1H ,solat jumaat pertama didirikan di quba dan khutbah serta hukum hakam solat jumaat.
Antara yg mula2 turun.
Berhijrah berhenti diquba.
Kemarau dipadang pasir tentu teruk,bila orang bw makanan tentunya berebut.
وَإِذَا رَأَوْا تِجَارَةً أَوْ لَهْوًا انْفَضُّوا إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَائِمًا ۚ قُلْ مَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ مِنَ اللَّهْوِ وَمِنَ التِّجَارَةِ ۚ وَاللَّهُ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
Selepas ini khutbah diubah kepada sebelum solat jika tidak ianya dibuat selepas solat.
Syiah kata kat sahabat kurang ajar.
Bukan shabt besar.
Ini berlaku sebelum sampai dimadinah
Tahun ke 2 telah berubah.
Byk hukum hakam jumaat dr 3 ayat ini.
2.surah al haj(surah 22,ayat 39-41)
Zaman turun pada 1H
Isi kandungan utamanya :kebenaran berperang demi mempertahankan diri.
Peringkat awal hijrah.kebenaran berperang demi mempertahankan diri.
Dah tinggalkan mekah,masih ingin diserang lagi sehingga nak diperangi .
Ayat 39,diizinkan berperang.
Perang untuk mempertahankan diri.
أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
Ayat 41,ciri2 negara islam.
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
Kewajipan hajji pun adalah selepas hijrah kemadinah.
Ini berlaku dimadinah
Kepelbagaian agama.
3.surah at taghabun(64)
Zaman turun pada 1H
Isi kandungan utamanya :pendahuluan ajaran jihad dan infaq dijalan allah.ini yg disebut ,penyediaan alat2 perang
Ayat 16
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنْفِقُوا خَيْرًا لِأَنْفُسِكُمْ ۗ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
Ayat 17
إِنْ تُقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۚ وَاللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ
Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
4.surah al baqarah
Turun tahun ke 2 hijrah .
Sebelum perang badar
Isi kandungan utama nya perubahan arah kiblat dan kepimpinan serta hukum hakam syariat baharu
Secara keseluruhannya secara kasar
Perubahan arah kiblat berlaku pada tahun itu
16 @17 bulan.
Pusing ketika sedang solat.
Pertukaran kepimpinan dari yahudi kepada nabi muhamad.
Yahudi hilang kelayakan,bunuh nabi,dll,betul ada kelebihan suatu masa dulu.
Orang kafir,munafik dan beriman
Yg lain tentang orang yahudi.
Ajar umat islam bgmn nak menghadapi orang nasrani dlm surah imran.
Bangsa yg mulia pun jika buat tak betul,tak boleh jadi pemimpin
Al baqarah 142-144.
Perubahan kiblat =perubahan kuasa dari yahudi kepada arab
yahudi membuat pelbagai tuduhan kepada nabi sulaiman .pada hal nabi sulaiman berbangsa yahudi. Seperti mengamalkan sihir.
ini menyebabkan murka allah yahudi dan nasrani,ini musuh islam yg besar.
Ini lah hikmah tertib
Penuh dgn hikmah disebalik susunan tertib yg dok ada,bukan ikut tertib nuzul.
Ayat 142
Ayat 143
Ayat 144
Tiada ulasan:
Catat Ulasan