Halaman

Ahad, Februari 09, 2020

Tafsir nota baca4 (73-74)

Tafsir nota baca4 (73-74)

Tafsir nota 4(73)

Al-Baqarah 2:44

أَتَأْمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ ٱلْكِتَٰبَۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Patutkah kamu menyuruh orang lain berbuat kebaikan sedangkan kamu lupakan dirimu sendiri; padahal kamu membaca Kitab (Taurat), apakah kamutidak berfikir?⁹⁶ [44]

Al-Baqarah 2:45

وَٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلْخَٰشِعِينَ

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu.⁹⁷ Sesungguhnya shalat ituamatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu'; [45].

Al-Baqarah 2:46

ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَٰقُوا۟ رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

(Iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya,dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.⁹⁸ [46].

⁹⁶  Inilah salah satu sikap dan perangai Ahli Kitab yang telah menyeleweng. Perangai seperti ini tidak patut diikuti. Ia adalah satu sikap dan perangai yang mengundang kebencian dan kemurkaan Allah. Orang-orang yang telah mempunyai kitab suci dari Allah sepatutnya tidak berperangai seperti itu. Justeru Allah menegur orang-orang mu'min yang berperangai begitu di dalam firmanNya ini:

As-Shaf 61:2

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

As-Shaf 61:3

كَبُرَ مَقْتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُوا۟ مَا لَا تَفْعَلُونَ

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (as-Shaff:2-3).

⁹⁷ Memang sabar adalah sebaik-baik penolong bagi seseorang dalam menghadapicabaran hidup. Dengan sabar manusia boleh berjaya mengatasi segala masalah, sama

73

Tafsir nota 4(74)

ada yang berkaitan dengan keugamaan mahupun keduniaan. Pendek kata sabar adalah penjamin kejayaan dunia dan akhirat. Itulah sebabnya Allah begitu memuji orang-orang yang sabar. Allah selalu menyuruh hamba-hambanya supaya bersabar. Dia menyediakan syurga untuk orang-orang yang sabar. Cukuplah sabar sebagai penjamin kejayaan dan kemenangan apabila Allah bersama orang-orang yang sabar. Di tempat yang lain di dalam al-Qur'an, bimbingan yang sama diberikan dan ia ditutupi dengan firmanNya "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar". Berikut adalah firman Allah yang dimaksudkan:

Al-Baqarah 2:153

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar:
(al-Baqarah:153).

Shalat pula boleh menjadi penolong apabila Allah di dalam firmanNya yang lain menyebutkan bahawa antara khasiatnya ialah ia mencegah pelakunya daripada perkara keji dan mungkar.
Lihatlah firman Allah berkenaan di bawah ini:

Al-'Ankabut 29:45

ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتَٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bermaksud: Bacalah serta ikutlah apayangtelah diwahyukan kepadamu dari Al-Kitab(Al-Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan yang) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (denganbershalat itu) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan(ingatlah) Al lah men getahui apa y ang kamu kerj akan.
(al-'Ankabut:45).

Antara khasiat shalat yang juga disebut Allah di dalam al-Qur'an ialah ia menarik rezeki dan kesudahan yang baik kepada pelakunya.
Firman Allah:

Thaa Ha 20:132

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱصْطَبِرْ عَلَيْهَاۖ لَا نَسْـَٔلُكَ رِزْقًاۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَۗ وَٱلْعَٰقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ

Bermaksud: Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yangmemberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orangyang bertakwa.
(Thaha:132).

⁹⁸  Perihal menjadikan sabar dan shalat itu sebagai penolong (الاستعانة بهما) memanglah amat sukar, tetapi ia tidak sukar kepada orang-orang yang menerima bahawa mereka adalah hamba-hamba Allah dan percaya pula akan adanya hari pembalasan. Allahberfirman:

Al-Layl 92:5

فَأَمَّا مَنْ أَعْطَىٰ وَٱتَّقَىٰ
Al-Layl 92:6

وَصَدَّقَ بِٱلْحُسْنَىٰ
Al-Layl 92:7

فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلْيُسْرَىٰ

Bermaksud: Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa(mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya),(5)
serta membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga),(6) maka akan Kami sediakanbaginya jalan yang mudah (untuk mengerjakan kebaikan).(7).
(al-Lail:5-7).

74

Tiada ulasan:

Catat Ulasan